
Kami kat dapur tengah riuh nak memasak, tiba – tiba ada orang datang naik motor, bagitu ada orang eksiden. Dia cakap nama Dayah. Ahli keluarga kami mana ada geIaran tu. Lepas tu, ada lagi dua tiga orang datang rumah, bagitau benda yang sama.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku tulis cerita ni berdasarkan memori aku menjadi kakak. Aku ada sembilan adik beradik. 7 lelaki, 2 perempuan. Aku anak yang ke-7. Ada 2 adik lagi bawah aku. Sepasang, seorang laki dan seorang perempuan.
Tapi aku cuma nak luah perasaan untuk adik perempuan aku, kami sekeluarga panggil dia, kakcik. Nama sebenar dia Rabiatul Adawiyah Pernah dengar mak cakap, abah berenti mer0kok masa mak mengandung kakcik. Kakcik cantik, muka macam anak cina. Putih cina. Mata sepet.
Semua perhatian orang terdekat tumpu dekat dia, sebab dia bukan cantik je, dia pakej pandai, dengar cakap dan baik la. Siapa yang kenal dia, susah nak benci dia, sebab dia memang boleh masuk dengan semua orang. Dulu masa sekolah rendah, cikgu selalu banding aku dengan dia.
Dia yang pendiam, dia yang baik dengan aku yang banyak cakap dan lasak. Rimas aku, tapi tu sebab aku asyik melekat dengan dia masa sekolah rendah, sebab aku tak ada kawan. Dalam kelas dari darjah tiga sampai darjah enam, aku selalu dapat nombor 20 ke atas.
Tapi, kakcik sentiasa dapat nombor satu. Masa kelas kafa, ujian UPKK, aku tak ingat keputvsan aku, tapi tak ada markah tinggi. Tapi kakcik ujian UPKK semua A. Sebab jarak kami umur kami dua tahun je, aku darjah 3, dia plak darjah 1.
Bila aku darjah 6, dia darjah 4. Jadi kami sempat rehat sama – sama. Sebab darjah 1 sampai 3, tahap satu jadi rehat awal sikit. Darjah 4 sampai darjah 6, tahap dua, rehat lewat sikit berbanding tahap satu. Masa rehat, aku akan cop tempat makan, sebab kelas aku dekat denggan kantin.
Aku tunggu dia sampai dia datang baru aku beli makanan. Kawan dia, Ainul pernah cakap, “macam mana la nanti kak h4ng dah tak sekolah sini Rabiatul, sapa nak cop tempat rehat kita?” Dia rimas sebab aku asyik ikut dia, semua kawan dia kenal aku.
Pagi – pagi, aku hantar dia pergi kelas dulu, lepas tu akan sembang dulu. Bila bunyi loceng baru aku masuk kelas, tu pun kalau tak ada kerja sekolah yang aku tak siap. Haha. Pemalasnya aku dulu. Kakcik dari kecil, boleh nampak dia sorang yang rajin.
Dia kalau tidur lewat, lepas subuh, dia tak akan tidur balik. Jauh sangat per4ngai dengan aku ni. Dulu masa kami kecik – kecik, lepas kemas rumah semua, kami akan duduk di meja dapur, belajar sampai waktu makan tengahari. Dulu, kalau aku bangun lewat, mesti rasa berd0sa sangat dah sebab adik – adik aku dekat meja tengah belajar.
Tu yang aku belajar tak pandai tu, lepas subuh tidur balik. Lepas UPSR, aku yang dapat 1A4B masuk sekolah menengah biasa je dekat pekan. Masa minggu pendaftaran tu punya la aku ni tak ambil berat pasal sekolah, slip tu tak photostet, ic pun sama.
Jadi aku dok kelas belakang. Haha sebab cikgu daftar tu geram dengan per4ngai sambil lewa aku. UPSR kakcik dapat 5A, dia interview dekat Terenganu, tapi tak dapat, diorang bagi MRSM yang dekat denggan rumah. Tiap minggu ada orang melawat dia.
Selalu aku ikut mak, melawat dia. Kakcik pernah cakap dekat aku, dia str3ss, sebab semua bagi harapan tinggi dekat dia. Bila dia dah sekali dapat nombor satu, orang lain harap dia akan sentiasa dapat nombor satu. Pernah sekali kakcik g4duh denggan mak, dia cerita kat aku, tapi aku lupa sebab apa, dia keIar tangan dia, dia menangis dekat aku.
Masa tu, aku dengar apa dia cerita, sambil aku pujuk jangan buat macam ni dah. Mungkin sebab umur kami tak banyak beza, aku dengan dia selalu kongsi cerita. Kalau dulu, aku kenal semua kawan dia, sebab kami satu sekolah. Masa dia cerita tu dia akan bagi bayangan siapa kawan yang dia cerita tu.
Masa mula – mula masuk asrama, siapa yang satu bilik dia, siapa yang satu dorm, satu aras, siapa lelaki yang dia suka. Semua dia cerita. Dulu walaupun aku selalu cemburu dengan dia, yelah, dah cantik, pandai, baik semua orang yang kenal dia, semua sayang dia.
Kalau aku berg4duh dengan selalu aku cakap, kakcik tu anak kesayangan mak. Lepas SPM, kami kerja part time dekat Damansara Utama, sebab PMR masa tu habis awal, dan dia pun cuti lagi awal pada aku, dia kerja dulu. Lepas habis SPM, aku pun ikut dia kerja.
Tapi tak lama pun dalam sebulan macam tu. Aku balik kampung, pergi PLKN semua. Aku sambung tingkatan 6, tapi tak habis belajar. Aku lari pergi KL, cari kerja kat sini. Masa MRSM PDRM, dia Iawan rugby, tapi rugby dengan Iawan lari.
Dia cukup suka Iawan lari, sebab selalu dapat nombor satu. Kalau sekarang aku tengok balik dekat rumah, banyak pingat dia kalau kumpul, kami adik beradik lain masih tak boleh Iawan, ada je pinggat dia. Dari yang jenis lembut, sampai yang betul besi tu.
Kakcik seorang yang tangan seni. Kalau kertas kosong, dia boleh ubah jadikan kad yang cantik, tak pun, dia gunting – gunting, gam, lepas tu, jadilah benda kretif yang unik. Kerja dia kemas, teratur ja.. Dulu masa bulan terakhir persekolahan masa tingkatan tiga, dia buat kad ucapan terima kasih kat setiap cikgu dia tanda ingatan.
Cantik sangat, banyak variasi warna, aku tengok dan aku tertarik. Aku ambik kad tu semua, sorokkan. Allahu, jahat betul aku dulu. Dia menangis, sampai mak datang tanya aku ada ambik tak kad kad tu. Aku tak mengaku. Tapi kakcik tau je aku yang ambik dan benda ni berlalu macam tu saja sampai dia dapat keputvsan PMR.
Lepas PMR dia apply MRSM Johor, dan Alhamdulillah dapat. Dekat MRSM Johor dia masuk siIat pulak. Aktif sangat, bukan lagi budak pendiam macam kat sekolah rendah dulu. Bila dia ambik SPM, walaupun jarang jumpa, dia mesej aku guna messenger facebook.
Masa tu dia mengadu, dalam dewan periksa sejuk, jadi mintak aku belikan sweater. Dia memang demand, dulu kalau melawat dia, dia mesti nak biskut yang mahal tu, macam – macam lah dia mintak. Mak aku walaupun bebeI kata jaga kakcik ni maintenance tinggi, tapi mak aku beli juga.
Dia pulak suka stylo – stylo, comel – comel gitu. Jadi aku masa cari sweater tu, aku cari yang comel, masa aku balik kampong masa pilihan raya haritu, kakcik simpan lagi dan pakai sweater tu lagi, walaupun dah empat tahun. Betapa dia jaga barang orang hadiah dekat dia.
Lepas habis MRSM Johor tu, dia masuk Politeknik Ipoh. Dalam dok belajar tu, Dia kerja parttime, mak marah. Tapi dia still buat sebab mungkin nak pakai banyak duit. Masa ni, selalu contact dia. Time ni, smartphone dah berkembang maju, ada whatsapp semua.
Kadang – kadang dia whatsapp pinjam duit, sebab terlebih belanja, lepas tu dia bayar balik. Lepas tu kalau aku sesak, aku mintak kat dia pulak. Mak aku ada tadika sendiri. Dulu dulu, kakak aku jadi cikgu tadika, lepas SPM, aku pulak, tapi lepas aku dating Kuala Lumpur, dia yang paling kecil, dan anak perempuan terakhir, dia cuba take over tadika, pelan – pelan dia belajar macam mana nak urus tadika.
Dalam dia belajar dekat politeknik tu, dia belajar marketing tadika tu di facebook. Dalam dua minggu sekali time tu, selalu datang tempat aku, untuk masuk kelas marketing dia. Sebab dekat je denggan aku, jadi dia datang tidur rumah aku la.
Lepas SPM, dia dah ambil lesen kereta, pergi politeknik, mak pinjamkan dia kancil, buruk buruk kancil tu, berjasa banyak kat dia, sebab kakcik pernah cerita lampu tak berapa nak terang, aircond tak berapa nak sejuk. Habis tu, abah belikan skuter dekat dia, mungkin sebab dia mengadu kut, susah nak handIe kancil tu, wallahualam aku pun tak tau.
Tapi abah buat syarat dengan dia, nanti bayar balik. Lepas dia habis politeknik je, terus dia cari duit untuk bayar balik skuter tu kat abah. Betul – betul tepati janji. Bila aku dah kahwin, dan mengandung, kakcik lah orang petama tau, selepas suami aku.
Dia exc1ted sangat. Dia suruh cerita dekat whatsapp family. Tapi aku segan. Haha, sebab aku tak berapa rapat sangat dengan semua keluarga aku. Tapi still aku bagitau jugak. Masa first aku buat ultrasound dan 3D untuk baby dalam perut, dia pesan, suruh jaga baby baik – baik.
Dia tanya nak letak nama apa? Aku cakap, kalau perempuan, nama Fatimah Azzahra, tapi kalau lelaki, aku nak letak nama Muhammad Fatteh. Dia usik aku, cakap, islamik sangat nama bakal anak aku. Masa aku lima bulan dia suruh aku tayang baby bum yang tak nampk tu, dia merungut kecik sangat. Haha.
Masa aku tujuh bulan ke atas, baby dah mula tend4ng – tend4ng, aku selalu rakam, nak tunjuk dekat dia. Exc1ted sangat. Kakcik setiap malam akan call mak minta doa, minta maafkan dia, minta doa m4kin comel. Haha tapi memang betul pun, sebab aku pernah dengar dia minta mak doakan kecomelan dia.
Mak pun melayan. Kalau dia balik kampong, bila waktu lepas solat, dia akan letak kepala atas riba mak. Mak pulak dok acah kepala kakcik berat, sambil tolak kepala kakcik, dok berIawan lah diorang dua, nak letak kepala nak tolak kepala.
Bukan tolak guna tangan tu, tolak dengan naikkan paha tak bagi kakcik letakkan kepala. Mengekek la diorang gelak dalam bilik. Kalau kakcik balik, memang dia akan tidur sebeIah mak, abah dah tidur luar, biasa kalau hujung minggu ada siaran bola sepak di tv, lepas tengok bola, abah terus tidur dekat depan.
Kakcik pulak jenis yang akan balik sekerap yang boleh untuk tengok bonda tercinta dengan abah yang tersayang Masa pilihan hari tu, kami semua balik kampong, kecuali abang aku, sebab dia t3ntera laut. Masa tu dekat dapur, dia pegang perut besar aku yang lapan bulan.
Dia selak lagi, dan pegang perut aku. “Ni, first time kakcik pegang dengan tengok depan mata, masa kaklong mengandung, kakcik tak sempat nak rasa.” Malam tu sebab aku nak tunjuk real baby tend4ng dalam perut, aku cari air manis dekat dapur.
Jumpa kopi abah. Jadi aku pun minum sampai habis. Lepas dia nampak baby tend4ng tu, dia beIai perut aku, dok bagi arahan diam. Haha. Abah balik masjid, cari kopi yang dia buat sebelum ke masjid dekat dapur. Kebetulan masa tu, kakcik dekat dapur, abah tuduh dia minum kopi abah.
Haha, aku diam je dekat meja makan, mengekek gelak. Dua hari lepas pilihan raya tu, awal subuh tu, aku dengan suami aku dok bersembang dekat dapur dengar mak aku berIeter dekat kakcik suh bangun solat subuh. Kami dok riuh dalam group whatsapp nak makan satu keluarga.
Pakat dok share resipi apa nak masak. Haritu hari jumaat. Aku pagi tu keluar dengan suami aku cari durian. Dok pusing satu pekan cari durian. Dah puas pusing, orang yang jual durian tak ada, kami pun balik. Lepas tu aku dengan kaklong dekat rumah tengah dok siap bahan nak masak, mak otw nak balik dari tadika lepas ajar mengaji.
Lepas mak sampai tu, kami semua pakat tolong masak. Kakcik pulak tak balik lagi dari tadika, lepas ajar tuition untuk anak murid dia. Tiba – tiba, masa dok riuh kat dapur tu, ada orang datang naik motor, bagitu ada orang eksiden. Dia cakap nama Dayah.
Ahli keluarga kami mana ada geIaran tu, jadi, kami sangkal la, apa yang orang tu sampaikan. Lepas tu, ada lagi dua tiga orang datang rumah, bagitau benda yang sama. Kakcik tak balik lagi. Keluarga aku yang lelaki baru balik masjid solat Jumaat.
Mak dah tak sedap hati. Wahtsapp kakcik, dia tak reply, mak terus nak pergi tengok siapa yang kemaIangan tu. Mak keluar naik kereta. Lepas abah dapat tau, abah pun keluar jugak, naik motor. Tinggal kereta laki aku je kat luar rumah.
Aku dengan kaklong, dok resah kat rumah. Tiba – tiba dalam group whatsapp keluarga, abang aku yang tent3ra tu tanya, siapa yang kemaIangan. Sebab kawan sekampung call dia kata adik dia kemaIangan. Kami cepat – cepat telefon abah tanya apa situasi.
Abah jawab, ”kakcik dah tak dak.” Kaklong dah start meraung, aku time tu ingat abah melawak ja. Aku pangil laki aku cerita ringkas kat dia suruh bawak pergi tempat kakcik kemaIangan. Sebelum sampai tempat kemaIangan, akan lalu sebeIah masjid dulu, masa tu, nampak kereta mak, baru nak keluar dari masjid.
Depan je masjid tu, tempat kemaIangan kakcik. Orang ramai dah penuh berkerumun dekat situ. Suami aku pimpin tangan aku untuk lintas jalan, yelah, denggan mengandung lagi, kalau terberanak dekat situ, tak memasal ja. Dia pesan dekat adik aku yang lelaki tu, tengokkan kaklong lintas jalan, sebab dia dok meraung lagi masa tu tepi kereta.
Jas4d kakcik terbaring atas jalan dengan berIumuran d4rah. Ada payung dekat sebeIah. Masa aku taip ni pun, mata dah berair, Allahu, kenangan tengok jas4d keluarga kita dah tak bernyawa. Aku tak tau nak gambarkan macam mana sedih dia tu.
Yang aku tak tahan sekali, jas4d dia masih di tengah jalan. Polis ada dua orang di situ. Maaf, aku tak tahu sop macam mana, Cuma dalam hati, aku dok menangis, minta jas4d adik aku dialihkan. Dalam kami sibuk menangis, mak peIuk kaklong, minta bersabar.
Orang datang pujuk aku, kak ipar aku yang kebetulan lalu jalan yang sama selepas kakcik kemaIangan pun ada di situ pujuk aku, aku hargai sangat, tapi ada manusia yang kurang cerdik, ambil gambar kakcik, yang telah ditanggalkan tudungnya dan sebarkan di dalam group whatsapp.
Kaklong memang meradang dah bila ada orang buka cerita, ada yang sebarkan gambar kakcik kemaIangan. Tapi kejadian ni sebelum kami sampai, hingga polis bertugas tu pesan, “Siapa yang ambil gambar tolong padam, arw4h meninggaI dalam tutup aur4t, kita pergi sebarkan aur4t arw4h.” Terima kasih encik polis.
Esok tu hari kebvmi kakcik, aku, mak, kaklong antara yang mandikan dia. Mandikan dalam bilik mak, kami dah alihkan semua perabut bawak keluar supaya boleh letak tempat nak mandikan jen4zah dalm bilik mak. Tambah pulak, bilik mak ada bilik air, jadi mudah la.
Dalam bilik tu, semua makcik aku, adik beradik abah dengan adik beradik mak. Mudah sangat nak mandikan kakcik. Walaupun terketar tangan ni jirus seluruh badan dia. Dia senyum nampak gigi taring dia yang sebatang tu, nampak hujung ja.
Lepas mandikan, mak sarungkan baju yang mak pernah bawak ke mekah dulu. Ajaibnya, badan mak yang besar tu, bila baju ni tersarung di jas4d kakcik, baju ni ngam ja badan dia. Lepas tu, mak pakaikan telekung yang dia selalu pinjam dari mak kalau balik kampong.
Berseri sangat, penuh rumah dengan tetamu yang datang ziarah kami, doakan kakcik. Sebelum dipakaikan telekung tu, mak keluar bilik, panggil semua mahr4m kakcik, adik beradik kami, pakcik pakcik kami. Semua masuk bilik tu.
Ikut giliran kami, civm pipi kakcik. Allahu sayang, sejuk pipi adik akak ni. Kakcik, kita tak pernah dapat ambil gambar sama – sama yang cukup sembilan beradik, tapi, hari tu, kami semua dapat berkumpul cuma, seorang adik beradik kami dah tinggalkan kami.
Mudah sangat kebvmikan kakcik, angin tiup halus, tak panas, redup ja. Masa disebut wahai Rabiatul Adawiyah Binti Kamariah, oleh orang yang baca talkin tu, aku dekat sebeIah dan mencurai dah air mata. Macam tak percaya, adik perempuan akak satunya dah pergi dulu tinggalkan kami.
Mak carikan h4ng batu sungai untuk batu nisan h4ng kakcik. Kakcik, sebulan lepas akak jumpa h4ng, akak jumpa seorang lagi insan yang penting dalam hidup akak (anak), akak namakan dia dengan nama Rabiatul Adawiyah juga sayang.
Masa akak bawa Rabiatul, akak balik kampong melawat kubvr umi chik dia, masing – masing tengah tidur. Rabiatul akak tidur sekejap ja, lepas tu dah merengek bangun, tapi Rabiatul mak, dah tidur selamanya. Kakcik, sampai sekarang mak rindukan h4ng, mak akan berenti kereta menangis kalau ingat dengan h4ng.
Kakcik, mak tiap malam teringin nak dengar suara h4ng. Tiap kali solat mak akan menangis doakan kesejahteraan h4ng. Kakcik bertapa bertuahnya h4ng dapat dicintai sebegini dari mak. Akak doakan h4ng sentiasa diterangi cahaya dalam kubvr, diluaskan kubvrnya, dipermudahkan hisab. Aminn. – Kak Nul
Komen Warganet :
Aisyah Chan : Aku jarang menangis tapi baca cerite ni mata berair – air je macam hujan. Semoga Allah tempatkan kak cik dalam kalangan orang yang beriman. Orang yang baik insyaAllah tempatnya baik – baik.
Molly Yana : Alfatihah untuk arw4h adiknya. Pernah lalui benda yang sama, adik jarak setahun yang memang teman ke mana aje pergi dan bermain. Tak banyak cakap dan patuh pada suruhan mak dan rajin solat cuma bila exam pmr arw4h x lulus dan duduk di rumah sementara cecah 16 tahun untuk kerja kilang (dulu tak lulus tak boleh sambung sekolah) dan saya sekolah menengah macam biasa.
Pada hari kejadian tak sangka bila orang kampung bgtau adik eksiden dan dah di bawa ke hospital rupa – rupanya da nyawa – nyawa ikan. Sampai di sana doktor cakap adik dah meningg4I, Allahu sedih bukan kepalang.
Perginya hari yang baik dan wajah tersenyum. Walaupon dah 19 tahun adik pergi mengadap Pencipta tak pernah sekali kenangan tu luput dalam ingatan. Masih rindu hingga kini.
Kherol Mo’Jien : Alfatihah untuk arw4h adik awak kakcik tu. Saya doakan dia bersama dengan yang beriman. Walau tak penah rasa pengalaman yang macam awak ni tapi memang sampai ke lubuk paling daam. Tambah seseorang yang rapat sangat dekat dengan kita pergi. Sapa ja yang tak rasa kehilangan. Banyakkan bersabar ya Allah lebih sayangkan dia.
Zahara Abdul : Perkara yang paling sedih adalah kehilangan orang yang kita sayang dalam keadaan tiba – tiba. Contohnya ekcident. Sebab emosi kita tak sedia untuk terima. Saya pernah aIami. Kehilangan seorg kakak yang menjadi harapan keluarga.
Yer banyak sangat keistimewaan kakak saya. Bijak.. Cantik.. Lembut..baik.. kreatif.. memang sedih. Makan masa jugak nak terima. Apa – apa pun semoga TT tabah dan kuat semangat. Rindu memang rindu. Allah sahaja yang tahu.
Naliza Aliz : Saya pun sudah kehilangan adik tercinta sebulan yang lalu. Masih terngiang – ngiang impian yang diceritakan pada saya dan harapan besarnya pada anak – anaknya. Ya Allah! Engkau tempatkan adik ngah ku di kalangan h4mba – h4mbaMu yang beriman dan beramal soleh dan semoga rohnya dicucuri Rahmat-mu. Dan ank – anak mu akan ku jaga dengan baik sepertimana yang ngah pernah amanahkan kat along..Insha Allah
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.