Aku tanya pes4kit tu mana suami, sekali dia tunjuk gambar suami dia dengan perempuan lain

Kak Salmah dah mula rasa s4kit nak bersalin. Memang aku tak tipu, itulah kelahiran yang paling mudah aku pernah lihat. Tak fikir panjang, aku sendiri yang azankan anak dia sampai nurse pun terk3jut dengan tindakan aku..

#Foto sekadar hiasan. Dah memang menjadi rutin dan perkara yang diketahui oleh pelajar perubatan mengenai log book. Masuk sahaja posting baru, pasti ada log book, dan pasti ada tugas ibarat assignment untuk memenuhkan logbook tersebut.

Aku semasa itu berada di tahun 4 sekolah perubatan. Aku cukup tak suka dengan posting tersebut. Aku tak suka menguruskan pes4kit bersalin, aku tak suka mempelajari subjek tersebut dan aku tak suka atmosfera bilik bersalin.

Pendek kata, memang sewaktu belajar dahulu, memang aku tak minat untuk mempelajari subjek O&G. Namun aku tahu, kelak, selepas tamat sekolah perubatan, semasa buat housemanship, akan perlu aku lalui posting ini selama 4 bulan.

Dan sekiranya aku tamat houseman, aku mungkin akan ditempatkan di kIinik – kIinik kesihatan seluruh Malaysia, yang mana tak boleh lari daripada menguruskan kes – kes ibu mengandung. Tidak banyak pes4kit malam itu, ada 5 bilik kesemuanya di situ, 3 daripadanya sudah penuh.

Terus aku masuk bilik ketiga, maklumlah, sebelum kawan – kawan aku sampai. Memang antara kami, akan berebut pes4kit dan berebut tandatangan daripada bidan – bidan bertauliah pula. Pes4kit sedikit, pelajar ramai, jadi, dah macam konsep “surv1val of the fittest” la kiranya.

Aku lihat di dinding, tertulis nama Salmah Md Nor. Umurnya 43, gravida 5 Para 4. Bermaksud dia mempunyai 4 orang anak, dan ini merupakan peranakannya yang ke-5. Bertuah juga aku, kerana bukan pes4kit primigravida, iaitu anak pertama mereka.

Proses kelahiran untuk mereka yang telah beranak sebelum itu kalau nak dibandingkan dengan kali pertama jauh lebih cepat dan lebih lancar. Terus aku memberi salam kepada Puan Salmah. Di situ terdapat seorang pelajar jururawat juga, daripada kolej kejururawatan kubang kerian kalau tak silap aku. Sahira namanya.

Aku meminta kebenaran Puan Salmah untuk menguruskan proses dia bersalin. Aku pasangkan mesin cardi0tocograph dengan pertolongan pelajar jururawat tu sekali. Elok juga dia berada di situ, maklumlah, kalau pes4kit berseorangan, berlainan jantina, perlu ada chaperone, iaitu peneman.

Aku kira adik tu lah chaperone di situ. “Ini anak ke berapa kak?”, aku berpura – pura bertanya walaupun dah tahu, dengan niat nak mencari modal untuk memulakan perbualan. “Kelima doktor”, katanya. Aku mengangguk sahaja.

Memang biasa pes4kit memanggil kami doktor walaupun semasa itu, masih belum lagi dapat “title” tersebut. “Wah, orang kata kalau anak kelima ni batuk sahaja pun dah terkeluar bayi tu…”, aku membuat jenaka. Sahira tersenyum sahaja. Puan Salmah ketawa.

“Mestilah doktor, dah pengalaman banyak”, jawab sambil tersengih, menampakkan giginya. Mulai dari saat itu, aku kira connection antara dia sebagai pes4kit dan aku sebagai salah seorang perawat terbentuk. Aku mula bersembang.

Puan Salmah agak ramah juga. Sembang – sembang, dia tanya aku berasal daripada mana, tahun berapa di universiti dan lain – lain. Entah daripada mana terpacul soalan “Puan Salmah seorang sahaja ke? Suami tak dapat teman?”

Mendengar soalan aku, wajah Puan Salmah yang tadinya gembira bertukar suram. Aku hairan. Dalam hatiku, ah, b0doh sungguh aku ni, mengapa aku bertanya soalan sedemikian walaupun aku pun sebenarnya merasakan soalan itu tidak pelik dan bukan soalan yang tidak patut.

Terus aku minta maaf tanpa disuruh kepada Puan Salmah. Aku kata, andai kata soalan aku tu mengecilkan hatinya, aku minta maaf. Puan Salmah diam sahaja. Tiba – tiba terjenguil sahaja seorang bidan terlatih di muka pintu sambil berkata

“Adik student, awak tolong bersihkan set yang dekat dalam sinki tu sekejap”. Sahira mengangguk dan terus membuat kerja yang diarahkan tanpa banyak soal. Aku bersandar di kabinet ubat – ubatan di dalam bilik bersalin.

Keadaan jadi sedikit pelik. Jadi macam “awkward” tiba – tiba. “Sebenarnya kan doktor…”, Puan Salmah tiba – tiba bercakap. Aku menoleh ke arah mukanya, bunyi mesin dynamap yang bising sewaktu itu menyebabkan aku merapati Puan Salmah untuk mendengar apa yang ingin dia katakan.

“Ni suami akak, Abang Rozi”, kata Puan Salmah seraya menunjukkan gambar suaminya di dalam telefon pintarnya. “Dia ask4r, bekerja di Lahad Datu, dah tiga bulan dia tak balik” sambungnya. “Mungkin dia sibuk di sana kot Puan,” jawab aku.

Saat itu, terus Puan Salmah menunjukkan aku gambar suaminya bersama seorang perempuan. Aku terdiam, takut nak bertanya apa – apa taktala melihatkan wajah perempuan tersebut yang sememangnya bukan Puan Salmah.

“Ni gambar kawan dia hantar. Dalam diam – diam dia kahwin satu lagi. Bila akak dapat tahu, terus dia tak baIas mesej dan tak jawab panggiIan daripada akak dah. Habis beras, pakaian anak – anak semua, ayah akak yang perlu tanggung” katanya mengesahkan apa yang aku fikirkan daripada tadi.

“Dia tipu akak, katanya ada urusan kerja yang masih tak selesai, walhal kawan – kawan satu kem dan satu unit dengannya dah balik 3 minggu lepas…” Puan Salmah menyambung. “Ayah akak kerja lagi ke? Dah tu akak menyara kehidupan ni macamana?”, aku bertanya dengan perasaan ingin tahu.

“Akak jual laksam dan kuih – muih di gerai jiran kak, tepi jalan besar dekat – dekat area Pasir Tumboh”. Aku mengangguk sahaja. Bukan aku tahu sangat pun kawasan situ, walaupun berdekatan dengan hospitaI. “Cukup ke kak hasil yang dapat daripada jual kuih tu?”.

Aku menyambung persoalan. Kalau tadinya Puan Salmah banyak bertanya kepadaku, kini giliran aku pula. “Memang tak pernah cukup. Anak – anak akak yang bersekolah semua dapat RMT (Rancangan Makanan Tambahan), cuma yang kecil – kecil ni lah, lampinnya, susunya, memang tak pernah cukup…”

Aku bersetuju. Zaman ini, mana ada yang cukup. Tak pernah pun cukup kecuali kau Donald Trumph. Puan Salmah menyambung, “Sebenarnya, sebelum dia tinggalkan akak pun, abang Rozi memang tak pernah bagi nafkah yang mencukupi untuk akak dan keluarga. Sibuk dengan r0kok dia, sibuk keluar melepak sampai ke malam…”

Saat itu, aku lihat Sahira masuk semula. Puan Salmah. Aku lihat, Puan Salmah terus mengunci bibirnya. Mungkin dia tak mahu orang lain mengetahui perkara sebenar. Sahira tersenyum melihatku. Pelajar berumur 20-an itu kemudiannya terus sahaja mencatat bacaan tekanan d4rah.

Aku diam sahaja di tepinya. Bukan diam, tetapi lebih kepada terdiam. Apa jenis manusia yang buat macam ni? Kukira, saat dia mengandungkan Puan Salmah buat kali kelima, selepas itu terus pergi meninggaIkannya tanpa sesen pun duit nafkah.

Dicarinya pula perempuan lain? Aku ingat begitu sahaja, rupanya memang tak pernah ambil kisah tentang keluarganya sendiri. Kurasakan perkataan zaIim terlalu baik untuk orang – orang sebegini. Beberapa minit kemudian, Puan Salmah mula merasakan bahawa dah tiba masanya untuk dia meneran, melahirkan anak.

Terus dia kata kepada Sahira, “Adik nurse, tolong teman akak ya”. Terus sahaja kulihat Sahira mengangguk dan memegang tangannya seraya berkata’ “Boleh saja makcik”. Aku simpati juga. Dia melahirkan anak kali ini tanpa sesiapa di sisi.

Tanpa suami yang disayangi, yang dicintainya dulu. Saat itu, aku perlu “conduct” kelahiran bayi dengan bantuan bidan bertauliah. Memang aku tak tipu, itulah kelahiran yang paling mudah aku pernah lihat. Puan Salmah melahirkan seorang anak lelaki.

Berkulit cerah, suci. Suci daripada dosa, suci daripada segala kekotoran yang berada di dalam hati manusia yang telah dewasa. Tak fikir panjang, aku azankan sahaja. Aku lihat, Sahira macam terk3jut juga kerana aku tahu, dia tidak tahu perkara sebenar yang dialami Puan Salmah.

Maklumlah yang biasa azankan mahupun iqamat tu pihak suami. Setelah uri dikeluarkan, bayi telahpun dirapatkan ke kulit ibunya atau dipanggil “skin to skin contact”, bayi tersebut dibawa ke sebuah bilik berdekatan bilik bersalin.

“Akak nak panggil dia Muhammad Hanif”, kata Puan Salmah menyebabkan aku senyum. Aku tahu maksud nama Hanif ialah seseorang muslim yang suci dan teguh. Bersih, langsung tak sama dengan bapanya. Memikirkan sahaja kisah yang diceritakan Puan Salmah itu mengenai suaminya Rozi sudah cukup membuatkan aku marah, geram dan s4kit hati.

B0doh. Tak guna. Ada ke patut setelah mengandungkan isterinya, tinggal begitu sahaja. Sudahlah begitu, terkontang – kanting pula isterinya nak hidup, nak menanggung 4 orang anak dan kini menjadi 5. Aku fikir, sudah tentu ibu bapa Puan Salmah sudah agak tua.

Kasihan, perlu menanggung Puan Salmah yang dianggap sisa oleh suaminya pula. Aku melihat Hanif dia dalam kot bayi. Menangis dia di situ. Tanpa aku sedar, air mata mula juga berempang di mataku. Sedik. Sebak. Apalah yang akan kau lalui Hanif.

Bagaimanakah kau nak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Tanpa persekitaran yang kondusif dan banyak pancaroba. Pelbagai fikiran negatif membanjiri ruang pemikiranku. Ku lihat jari – jemarinya mengenggam saat aku meletakkan jari telunjukku di tapak tangannya.

Dia berhenti menangis. Dia membulatkan matanya melihat aku yang kesedihan di situ. Dia tersenyum. Seolah – olah menyampaikan mesej “jangan risau” kepadaku. Aku tersenyum kembali.. TAMAT… – Ilzanno Sharky

Komen Pembaca :

Farah Hamizah Muhd Zaimi : Kesiannya. Tapi suami dia tak boleh kahwin 2 tanpa kebenaran pihak atm. Kalau kena tangkap siapla.. puan tu boleh buat report bagitau suami dia abaikan dia dan tak bagi nafkah. Memang kenalah nanti si suami tu dengan pihak pentadbiran atm.

Atm ni sebenarnya jaga kebajikan. Sebab tu kena join bakat. At least, kalau dapat kenal kawan – kawan yang dalam bakat tu, inform lah diorang. Nanti diorang boleh tolong. Tapi tula, taktau bakat kakak ni kat beIah lahad datu or berdekatan dengan kawasan dia tinggal.

Ann Fardan : Suami jadi tak guna sebab isteri tidak tahu gunakan haknya. Dalam islam title isteri menaikkan martabat wanita di sisi Allah dan menambah bahagia untuk tenang beribadah pada Allah. Bukan merendahkan maru4h kita jadi kilang buat anak dan melarat kerja sampai nak mamp0s sebab nak bagi makan anak – anak suami cam tu!!!

Tolonglah wahai wanita – wanita. Allah tak jadikan kita untuk diani4ya. Cerai tak pernah d0sa. Tapi d0sa kalau kita sendiri tidak gunakan haq yang Allah bagi sampai zaIimi diri sendiri dan hak anak – anak untuk hidup bahagia!!

Ain Ahmad : Semoga puan salmah. Hanif dan doktor diIindungi Allah tapi hairan la. Ni bukan nak kecam. Suami bagi nafkah tak elok kenapa anak sampai 5??? 5 tu boleh dikira ramai. Please la wanita. Jadi bijak dan fikir diri sendiri dulu. Supaya pada akhirnya kita tak s4kit dengan pengakhiran yang macam ni.

Muhammad Arif : Dah terlalu banyak kes macam ni, dalam apa jua profesion, yang melibatkan ask4r malah badan beruniform lain juga termasuk poIis walaupun bukan semua begitu tapi banyak kes melibatkan mereka.

Nasihat abang, kalau berlaku dalam keluarga kamu, report kepada ketua mereka. Andai kahwin lain senyap – senyap dan kamu tak setuju, report, mereka akan dikenakan tatatertib, gaji akan dip0tong siap – siap kepada isteri pertama dan kalau kahwin senyap – senyap akan diturunkan pangkat.

Abang pernah handle dua kes macam ni, kes poIis dan ask4r, bila fikir balik, mereka yang bersalah ni macho tapi sayang otak memang di kepala tapi akal di kangkang. Satu je abang doakan buat lelaki macam ni, m4ti pucuk dan tersungkur. Sebab kejahatan telah dilakukan.

Betapa seri0usnya kes ini sampaikan ada kawan abang yang handle tatatertib badan beruniform (tent3ra) siap pesan, kalau ada ahli keluarga nak kahwin dengan tent3ra, elakkanlah, sebab dengan dia sahaja bertimbun kes tent3ra tunggu hukvman tatatertib sebab poIigami tanpa izin.

Diorang ni lagi ditegah, lagi dibuat agaknya. Kena ingat, keistimewaan badan beruniform terutama tent3ra ialah, mereka tak boleh poIigami kecuali dengan izin ketuan mereka dan isteri pertama, malah gaji tent3ra akan dip0tong untuk anak isteri siap – siap.

Abang tak salahkan semua tent3ra, ramai yang baik dan amat bertanggungjawab tapi sebahagian ni yang per4ngai melaun yang jadi tent3ra, mereka ni yang merosakkan nama dan imej tent3ra. Sepatutnya sebagai tent3ra, mereka ni jadi pembeIa bangsa terutama anak – anak dan isteri tapi sekarang dah terbalik, mereka jadi pemusn4h kehidupan orang lain.

Benda macam ni, dalam profesion lain pun banyak berlaku, cuma bila berlaku dalam profesion tent3ra, kecewa juga sebab sifat tent3ra itu ialah pembela tapi dalam kes yang berlaku ni, sebaliknya yang berlaku.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.