
Niat aku baik konon nak ‘baikkan’ suami dengan bekas isteri dia. Tapi akhirnya aku pecahkan semua yang boleh aku pecahkan. TV 60 inci, aku hempas periuk Noxxa, aku t0reh sofa chesterfield dengan pis4u. Aku t0reh semua langsir. Aku tak sangka suami cerita benda yang sama pada janda dia..
#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin andainya siarkan luahan hati aku ini. Nama aku Siti Mazlin (pastilah bukan nama sebenar). Aku merupakan seorang Setiausaha di sebuah syarik4t besar. Suami aku asalnya adalah boss aku. Nama suami aku Wahab (bukan nama sebenar).
Aku sudah berkahwin selama 2 tahun dengan suami aku, seorang duda anak dua. Anak – anak tiri aku perempuan usia 13 dan 11 tahun. Sekarang aku mengandung 6 bulan. Aku mengaku, memang aku yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga suami aku dengan isterinya.
Isterinya Laila (bukan nama sebenar) seorang engineer di syarik4t Oil and Gas di Kuala Lumpur. Bukan salah aku. Suami aku yang main mata dengan aku di pejabat. Suami aku kata dia tak bahagia dengan isterinya. Suami aku kata dia harap akan ada anak lelaki dengan aku kerana kedua – dua anaknya perempuan dan isterinya sangat garang dengannya.
Banyak keburukan isterinya aku dengar dari mulut Wahab. Aku intai juga akaun fb isteri Wahab. Isterinya cantik tidak seperti yang Wahab katakan isterinya h0doh dan selekeh. Isterinya jenis bergaya dan nampak baik. Aku tengok video mereka bercuti di Pulau Jeju, isterinya bercakap lemah lembut.
Aku lihat tidaklah mulut Laila celupar seperti yang Wahab selalu cerita. Ada 3 ribu friends dia berbanding aku yang hanya ada 2 ratus friends. Bagai sepadan dengan Wahab yang kacak bergaya berbanding aku. Aku mula merajuk kerana aku kata pada Wahab isterinya cantik.
Namun Wahab memujuk aku. Wahab kata pada pandangan mata Wahab, aku lagi cantik dari isterinya. Kami kerap bercuti dan tinggal di hotel – hotel apabila ada kesempatan. Wahab selalu menipu Laila kata dia terp4ksa ke outstation.
Kami terus bercinta 2 tahun sebelum akhirnya Wahab meminang aku. Wahab ceraikan isterinya kerana aku. Bahagia aku rasa apabila Wahab utamakan aku dari isterinya dan anak – anaknya. Aku rasa aku yang paling cantik dan beruntung kerana Wahab ceraikan isterinya kerana aku. Kami berkahwin dengan meriah.
Mungkin aku rasa bersalah kerana menjadi punca perceraian Wahab dengan isterinya Laila (bukan nama sebenar). Jadi aku nekad nak baikkan mereka berdua. Aku pujuk Wahab teman Laila belikan barang keperluan sekolah anak – anak mereka.
Laila memang benci kepada aku. Anak – anak tiri aku selalu menyindir aku kerana diajar Laila. Anak – anak tiri panggil aku “B1tch” “Peny0ndol”. Aku sabar kerana sedar kesalahan aku bercinta dengan suami orang. Aku tetap mendorong Wahab berbaik dengan Laila demi anak – anak.
Aku layan anak – anak tiri dengan baik walaupun aku s4kit hati kerana dipanggil B1tch setiap kali Wahab tiada. Aku rasa hendak ketuk – ketuk kepala dua budak perempuan tuh. Hinggalah suatu malam ketika Wahab mandi, aku ternampak di Notification hp Wahab mesej dari Laila, yang menyatakan mereka ‘bersama’.
Aku sentap. Aku baca mesej Laila kerana aku tahu password hp suami aku. Berdegup laju jantung aku. Aku lihat banyak mesej bagai orang bercinta. Banyak gambar – gambar yang tak senonoh bertukar antara mereka. Bekas Suami bercinta dengan Bekas Isteri.
Bekas Suami itu adalah Suami Aku!!! Wahab. Macam mana aku boleh terlepas pandang?? Aku meng4muk. Suami aku keluar dari bilik air, aku baIing segala apa yang sempat aku capai. Berd4rah kepala suami aku kena pasu kaca mahal hadiah kahwin aku itu. Pecah berderai.
Aku meng4muk sepanjang malam. Aku pecahkan semua yang boleh aku pecahkan. TV 60 inci, aku hempas periuk Noxxa, aku t0reh sofa chesterfield dengan pis4u. Aku t0reh semua langsir. Aku pecahkan cermin depan kereta BMW Wahab dengan batu taman.
Kuat pula aku angkat batu hiasan besar itu dengan sekali baIing pecah cermin kereta Wahab. Aku benar – benar marah!!! Suami aku terk3jut. Dia cuba pujuk aku. Aku Tak Nak!! Aku pecahkan frame gambar kahwin kami. Aku pecahkan sliding door kaca. Aku benar – benar s4kit hati.
Suami aku kutuk aku pada Laila sama seperti yang suami aku kutuk Laila pada aku dulu. Sekarang aku sedih. Aku tidak percaya lagi pada suami aku. Aku berhenti kerja. Sekarang aku 24 jam duduk dalam pejabat suami aku. Handphone suami, aku pegang dan check sentiasa.
Aku sedih. Alangkah baiknya jika suami aku tidak berbaik dengan bekas isterinya seperti janda lain. Aku tengok ramai perempuan yang bermusvh dengan bekas suami mereka selepas bercerai. Sekurang – kurang apabila benci, mereka tak maen dengan bekas suami seperti Wahab dan Laila.
B0dohnya aku kerana baikkan mereka berdua. Wahab bagitahu aku, biasalah zaman sekarang bekas suami kalau berbaik dengan bekas isteri mesti akan ada perasaan istimewa, ambil kesempatan ketika jumpa anak. Semua macam itu kalau berbaik.
Lain la kalau jenis lepas bercerai benci satu sama lain. Jenis yang tengok muka pun tak mahu. Habis aku???? Nak c4mpak mana aku ini??? Aku lebih suka Laila seperti perempuan lain yang benci bekas suami mereka. Tak Berjumpa. Tak Bercakap. Block Sampai M4ti.
Kenapa Laila tak block sahaja suami aku?? Jadi aku block Laila. Aku tukar nombor handphone suami aku. Laila dan anak – anak nak bercakap kena melalui aku. Sekarang aku tak boleh tidur lena. Aku kerap terjaga malam.
Lima enam kali aku terjaga. Aku mesti check suami aku tidur atau tidak di sebeIah aku. Aku check handphone suami aku. Aku mula menjadi wakil suami aku dalam membaIas mesej – mesejnya. Termasuk mesej – mesej dari tempat kerja.
Aku jadi setiausaha suami aku 24 jam. Adakah aku sudah hilang akal? Aku cuma mahu mempertahankan perkahwinan aku ini. Aku akan berikan anak lelaki kepada Wahab dalam masa 3 bulan lagi. Aku takut dalam aku pantang nanti Laila berjumpa Wahab dan mereka berskandaI lagi.
Alangkah baiknya kalau Laila benci kepada bekas suaminya seperti janda – janda lain. Tidaklah aku separuh giIa begini. Aku mahu Laila benci kepada Wahab. Apa perlu aku buat? Bantu aku please!!!!! Isteri kecewa,
Komen Warganet :
Masrurah Suhaimee : I know someone yang exactly like this (Z) . Pastu memang mer0yan habis bila laki dia balik rumah ex wife dia (A) sampai 3x orang jabatan agama mai ambvsh rumah.. Taguna punya perempuan. Dah laa h4ng yang rampas laki orang, pastu mer0yan bila laki tu takleh move on dengan A.
Pastu, bila A dan anak beranak pindah KL, Z macam nak confirmkan betul ke dah pindah, dia call sekolah anak A tu belakon jadi mak budak tu, tanya anak dia pergi sekolah tak.. Ewah.. Tak cukup dengan tu, Z buat false claim kat hr A tu tuduh A gunakan kabel sekian – sekian untuk project company (Company tu besar dan well known, so memang ada akta salah laku kalau guna kabel).
Pastu dia cuba porak perandakan keluarga laki dia dengan pm dan dm acc fb dan ig yang dia rasakan saud4ra kepada laki tu dan A. Habis semua orang tau pasal perceraian laki tu dengan A. Segala cerita dalam kain semua dia sebar.
So kepada lelaki orang kat luar sana, kalau rasa – rasa ada perempuan yang sudi terima h4ng walaupun tau h4ng dah berkeluarga dan sudi check in sana sini, trust me, dia akan jadi segiIa ini bila dah kawen nanti.
Сузила Тоха : Jika ini kisah benar (macam kawan aku dulu 20 tahun lps), masih simpan ke segala mesej – mesej laki ko burukkan bini no 1 dulu? Ko hantar kat dia. Dia benci kat ko sebab ko peny0ndol tapi samd0l yang memburuk – burukkan dia, dia tak tahu.
Oh ya, kawan aku tu memang nak anak lelaki sebab itu alasan laki dia ceraikan bini yang dulu. Kawan aku siap buat IVF 3 round nak anak lelaki sahaja.
Xini Za : Rs macam rodakan. Berputar dan jumpa pusingannya kembali. Seumpama Wahab adalah satu alat aje. Remote tu di mana?? Remote tu bukan pada awak tapi cuba fikir di mana?? Kan.. Awak pon jadi alat jugak.
Yang manisnya cuma sementara, last – last balik kepada lubuknya. Begitu lah dunia kita sekarang ni yang semuanya pinjaman. Jadi awak kena setkan diri awak just meminjam dari Laila. Dan kembalikan semula kepada Wahab.
Kalau awak tak bagi balik wahab, awak akan mengaIami satu depr3ssion yang kuat akhirnya awak tak siuman atau setidak – tidaknya awak kena low kan perasaan untuk menguasai, awak kena redha bermadu. Berkongsi dengan cara yang halal.
Bagi lah Wahab kawin semula dengan bekas isterinya itu. Mencari halal itu fardhu dan semoga anda bertiga hidup dalam redha Allah.. amin.. walhualam. Maaf kalau tak kena.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.