
Bila aku masuk kolej, aku jumpa dengan ramai perempuan cantik. Aku sempat cakap aku geIi dengan Alia sebab dia gemuk tak menarik. Sekarang aku dah kahwin, aku rasa aku dah dapat kifarah. Kami tak ada anak tapi isteri aku m4kin gemuk dan kulit menggerutu, geIi aku nak pegang. Aku takut nak ada anak sebab Alia pernah cakap..
#Foto sekadar hiasan. Salam sejahtera admin dan pembaca semua. Di sini aku ingin ceritakan kisah aku yang mungkin boleh dijadikan pengajaran buat kalian di luar sana. Tidak terlintas untuk membuka aib diri sendiri tetapi sekadar meluahkan apa yang aku pend4m.
Sejak kebekelangan ini hidup aku agak huru hara dengan pelbagai ujian yang menimpa aku dan keluarga aku. Aku tidak tahu di mana silapnya tapi setelah merenung balik kisah silam aku yang penuh dengan d0sa mengani4ya orang, ya, baru aku faham. Ini kifarah untuk aku dari tuhan.
Nama aku Alif, sejak di bangku sekolah lagi aku ada hubungan dengan gadis yang bernama Alia. Alia muda setahun daripada aku. Alia bertubuh gempal dan berkulit gelap, tapi sebab rasa sayang yang mendalam, aku butakan mata dan memilih dia sebagai kekasih hati.
Alia gadis yang bijak, gadis yang baik dan pandai masak. Sifat humor dia juga men4wan aku. Kami jarang jumpa dan cuma berhubung melalui social media, Walaupun begitu, kami tetap bahagia. Segalanya berubah bila aku mula melanjutkan pelajaran aku di peringkat diploma di Kolej Islam.
Berjauhan daripada kekasih hati menyebabkan aku sem4kin ligat di kolej. Perempuan gebu cantik sana sini kan, mana boleh tahan. Lagi pun aku terc4bar sebab kawan – kawan lelaki yang lain semua ade girlfriend cantik. Aku?
Nak tunjuk Alia sebagai kekasih aku pon aku malu. Jahat kan aku. Alia? Aku tahu dia setia dekat aku sebab dia dekat kampung tengah fokus SPM. Oleh sebab nak kebebasan, aku mula menjauhi Alia. Aku bagi alasan macam – macam untuk tak nak contact Alia.
Aku cakap ade program dekat kolej lah. Ada test lah, tengah sibuk study lah. Alia percaya dengan aku dan dia tunggu aku dengan sabar walaupun aku ni layan dia acuh tak acuh. Satu hari Alia persoalkan layanan aku terhadap dia yang sem4kin dingin.
Aku dengan eg0 aku memutvskan untuk tidak contact Alia selama dua bulan, alasan aku ialah untuk meredakan hubungan kami yang tengah dingin serta nak fokus belajar. Pada mulanya Alia tak dapat terima keputvsan aku. Tapi mungkin sebab alasan aku untuk meredakan hubungan kami yang tengah dingin, dia setuju.
Bila dah tak contact tuh, aku mula dapat kebebasan aku. Keluar malam subuh baru balik rumah sewa. SkandaI kiri kanan. Dalam whasap aku, semua kawan perempuan aku panggil sayang. Aku cakap dengan Alia yang aku busy study, tapi sebenarnya aku tengah seronok berf0ya – f0ya.
Akhirnya kegiatan aku terb0ngkar dan diketahui oleh Alia setelah kawan satu kolej dengan aku bagitahu Alia berkenaan kegiatan aku disebabkan rasa kesian dekat Alia. Kami berg4duh besar. Aku ? Aku yang eg0 ni diam seribu bahasa.
Sampai satu masa, aku call Alia. Dalam talian, aku dengan eg0 aku memperlekehkan dia. Aku cakap dia yang b0doh tunggu aku. Dia tak faham macam mana rasanya bila dah sambung study. Yelah, dia baru nak SPM masa tuh. Aku dengan s0mbong cakap, aku nak fokus study nak kerja dulu, lepas tuh nak kahwin terus.
Aku tak nak couple – couple ni. Aku kata aku muda lagi buat apa nak couple dengan dia. Alasan aku nak putvs dengan dia adalah untuk cari keberkatan tuhan, nak menjauhi couple yang h4ram ni, padahal aku ligat dengan perempuan sana sini.
Aku mun4fik dengan diri sendiri. Kej4m kan aku, padahal dulu aku selalu cakap nak buat dia jadi bini aku. Aku pon terlepas cakap yang aku geIi tengok dia badan gemok, tak menarik langsung, tak macam kawan – kawan perempuan aku yang kurus cantik dekat kolej tuh.
Bila Alia mer0yan, aku cuma cakap suruh dia redha, percaya pada takdir. Padahal itu semua t4ktik aku, berselindung dengan ayat agama, supaya kesalahan aku dapat ditutup. Kej4m dan mun4fik. Itulah aku. Alia mula move on.
Mungkin hati dia kosong sebab aku banyak sangat h1na dia. Lepas SPM, dia dapat masuk matrik. Aku sedikit terc4bar sebab tengok dia lagi pandai dari aku. Aku cuma masuk kolej biasa. Habis matrik, dia terus sambung degree. Aku?
Hurm aku belajar tahap diploma jek dan aku tak dapat sambung ke degree sebab p0inter aku teruk sangat. Bila tengok Alia berjaya daripada aku, Aku mula s4kitkan hati dia. Aku mula bercouple dengan rakan kuliah aku yang bernama Ina.
Hari – hari aku update sweet – sweet dengan couple aku Ina dekat fb, dengan harapan Alia akan carik aku dan marah aku sebab dulu aku cakap nak fokus study kan bukan couple. Tapi aku silap, Alia buat b0doh jek tak ambil tahu langsung pasal aku.
Aku geram aku chat Alia dekat facebook, pura – pura tanya khabar, dalam chat tuh aku pr0voke dia tanya dia bila nak kawen, bila nak ade boyfriend? Dalam masa sama aku asyik cakap yang aku ni single dan cuma hanya berkawan jek dengan si Ina.
Padahal masa chat Alia tuh, aku update gambar sweet – sweet dengan Ina di profile facebook aku. Jahat kan aku? Aku saja s4kitkan hati Alia. Ok lah itu d0sa silam aku, sekarang ni aku nak cerita pulak kifarah yang aku dapat. Kini aku dah kahwin dengan pilihan hati aku, Alia pon dah berkahwin dengan pilihan hati dia.
Dulu aku h1na Alia gemok h0doh kan? Ya sekarang ni isteri aku sendiri gemok. Kami tak ada anak lagi tapi tak tahu kenapa lepas kahwin badan isteri aku naik sangat. Kulit dia mula menggerutu sampai geIi aku nak sentuh. Puas aku ajak dia jogging petang – petang, belikan supplement kurus. Tapi tetap gemok.
Aku st4lk facebook Alia guna facebook kawan aku, (Alia dah block aku dekat facebook ), Aku tengok Alia m4kin cantik. Alia dah kurus, kulit putih dan sedikit tinggi. Macam model. Dekat instagram pon dia ada ramai follower, dia jugak dah jadi model untuk tudung dan juga pakaian.
Terkedu aku. Tak sangka perempuan yang aku h1na dulu dah cantik dah sekarang. Macam yang aku tulis dekat atas, Alia ni pandai masak. Dekat instagram dia, dia selalu update masak lauk pauk sedap – sedap untuk suami dia.
Dulu aku pernah h1na Alia aku cakap yang, “awak ni selalu masak macam – macam, makan pon macam – macam, sebab tuh badan gemok.” Tapi sekarang aku jeles dengan suami Alia, untung lah dapat Alia pandai masak macam macam.
Alia pandai buat kek dan biskut jugak. Isteri aku? Masak nasi goreng pon lembik. Macam makan bubur dah aku rasa. Aku teringin jugak ade isteri yang pandai masak sedap – sedap untuk aku, baru seronok nak balik rumah kan.
Lepas kawin aku yang biasa masak untuk isteri aku, kalau malas masak, kami beli luar jek. Tapi muak jugak makan nasi bungkus jek. Selain itu, dulu per4ngai buruk aku selalu panggil sayang dekat kawan – kawan perempuan aku kan walaupun aku dah ade Alia.
Ya, aku terima kifarah lepas kahwin ni, isteri aku depan – depan aku dia bergurau senda dengan kawan lelaki lain, siap panggil sayang. Aku pernah baca whasap isteri aku panggil sayang dengan rakan kerja lelaki dia. Bila aku persoalkan, isteri aku cuma jawab acuh tak acuh yang itu cuma gurauan rakan sekerja.
Panas lah hati aku, dayuslah aku kan kalau isteri pon tak reti hormat aku. Ya, ini kifarah aku bila aku mainkan hati Alia dulu. Dulu aku pernah bagi alasan yang couple ni h4ram lah, nak fokus study lah, tak nak couple tapi nak terus kahwinlah.
Alasan – alasan ni aku bagi dekat Alia dengan harapan nak putvs dengan Alia dan dapat hidup bebas berf0ya – f0ya dengan perempuan lain. Nah, kifarah seterusnya yang aku terima. Adik perempuan aku sendiri jadi hampir giIa akibat putvs tunang dengan kekasih hatinya.
Bekas tunang adik perempuan aku yang bernama Man memutvskan pertunangan dengan alasan nak sambung belajar dan fokus belajar. Tiba – tiba kami dik3jutkan yang bekas tunang adik aku, Man ni berkahwin dengan perempuan lain.
Rase rendah sangat maru4h kami sekeluarga. Man hanya minta putvs tunang melalui whatsapp sahaja dan terus membatukan diri tanpa menghiraukan adik aku yang mengaIami tekanan perasaan, Puas kami sekeluarga bawak adik berubat untuk pulihkan semangat dia.
Man juga dengan secara sinis berkata pada aku, “abang Alif kan belajar agama tinggi, mesti faham konsep redha kan? suruh jek lah adik tuh redha, dah kami tak ada j0doh nak buat macam mana, abang alif dan keluarga kene redha dengan semua in.”
Sekali lagi kata – kata yang aku ucapkan dulu pada Alia kini diIudah kembali kepada muka aku. Ya, kita suruh orang redha memang mudah, tapi bila kena pada batang hidung sendiri? Sungguh berat nak redha melihat adik sendiri dipermainkan sebegitu rupa.
Bila dah banyak kejadian berlaku dalam keluarga aku. Aku tetap eg0. Aku tak pernah pun cuba minta maaf pada Alia di atas sikap aku yang dahulu. Aku eg0. Sampai sekarang aku takut nak ada anak, masih lagi terngiang ngiang ayat Alia di telinga aku ni, “kalau kau ade anak perempuan nanti, apa yang kau dah buat dekat aku ni kalau kene balik dekat anak perempuan kau, baru kau sedar kifarah itu ada, baru kau ada akal kan.” Aku takut.
Tapi aku eg0 nak minta maaf. Buat kalian, ambillah iktibar dari kisah aku ni. Jangan mainkan perasaan orang. Mungkin doa orang yang terani4ya seperti Alia telah tuhan kabulkan. Akulah penerima kifarah itu atas d0sa aku sendiri. Terima kasih sudi baca luahan hati aku. – ALIF
Komen Warganet :
Honey Ary : Bertaubat dan dekatkan diri dengan Tuhan. Didik isteri, perbetulkan kekurangan dalam rumah tangga. Gembirakan isteri, insyaallah isteri akan berubah. Sentiasa tanamkn rasa sayang dalam rumahtangga. Baru rumahtangga bahagia.
Azwa Shafiqul Hafiz : Tengok dekat komen komen ni semua bukak cerita pasal ex ex korang. Okay laa aku cerita jugak laa pasal bekas tunang aku. Kenal dari tingkatakan 4, lepas tu umur 23 kami bertunang. Lepas tu kami tunang pun tak sampai sebulan weyhh korang rasa???
Aku punya laa kecik hati, alasan dia pulangkan cincin sebab dia nak focus dekat “career” dia sebab dia baru sign kontrak untuk satu syarik4t rakaman ni sebulan sebelum kami bertunang tu. 5 bulan kemudian dia pun dah selamat berkahwin dah dengan salah sorang mamat under syarik4t rakaman yang sama, laju betul diorang buat kerja kan.
Takpe laa, aku pun doakan yang baik – baik jee untuk diorang. Walaupun pada awalnya aku punya tahap benci dekat diorang sampai aku harap j0doh diorang takkan kekal. Tapi bila aku dah start move on, tanya nasihat dari kawan – kawan baru laa aku cuba untuk memaafkan.
Baru aku tau apa maksud move on. Move on tu bukan kerana kau nak melupakan dia sebab kau benci dia, tapi sebab kau merelakan dan terima dengan hati yang terbuka. Redha. Aku doakan kita semua dijauhkan daripada benda – benda yang boleh meny4kitkan hati sesama manusia. Okay sekian saja cerita daripada aku.
Awanis Aziz : Camnilah confessor. Awak jaga jelah bini awak tu baik – baik. Bende yang dah lepas tak payah nak ungkit – ungkit. Awak banyakkan solat taubat. Awak pun dah sedar yang awak dah terima kifarah dari perbuatan awak kan.
Dengan Alia tu tak payahlah nak st4lk dia, nak mesej atau muncul balik dalam hidup dia pon tak payahlah. Buat mimpi ng3ri je bagi dia kalau awak contact dia balik. Jaga isteri awak tu baik – baik. Kang kalau awak tinggal isteri awak yang sekarang ni, tiba – tiba dia berubah jadi puteh, kurus dan tinggi macam mana?
Kecantikan tu fizikal je. Berapa lama lah sangat nk bertahan, bila dh masuk umur 50, 60, 70 nanti berkedut jugak. Akhirnya personality jugak yang berkekalan.
Azyati Yusoff : 1) kena akui salah dan solat taubat nak berubah. 2) Walau ape pun kena minta maaf pada empunya badan. D0sa dengan manusia memang kan minta maaf. Untuk elak fitnah, mungkn confessor boleh minta maaf melalui suami dia.
Yela, kot minta maaf direct nanti terkenang kenangan lama plak. 3) Jaga isteri sekarang dengan sebaiknya. Jangan banding – bandingkan dengan alia tu la. Isteri pun ada keistimewaan sendiri. Kena ingat, doa isteri yang terani4ya pun senang makbul.
Move on confessor. Nanti bini sekarang pun lari, sorang – sorang la menatap sedih kat rumah tu. Jangan buat kesilapan 2 kali. Hargai yang ada depan mata tu.
Erra Syahirah Saharudin : Congrats Alia, you did a good job. Sama la macam aku, tercinta laki tak guna. Aku tunggu dia dari dia blajar, sampai dah keje. Bila dah keje, jumpa perempuan lain, curang belakang aku. Bila aku dah cukup bukti kecurangan dia.
Adios la jawab dia. Tak guna la pert4hankan laki yang macam confessor ni. Memang aku bIah gitu je. Aku bina hidup baru, cantikkan diri sendiri yang sebelum ni hitam berminyak. Aku belajar dan sambung study in degree.
Nasihat aku pada perempuan yang kena sama cam aku, jangan buta kerana cinta. Love urself before anyone else. Memang s4kit wei nak tinggalkan dia tapi baik kau move on sebelum ade ik4tan sah. Nanti lagi mer4na. Seorang perempuan yang paling maIang adalah perempuan yang salah memilih suami.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.