Aku puas bila suami nangis aku nak kahwin lain tp bila aku tgk muka ‘suami’ baru aku terk3jut

Muka mak ayah aku sugul dan aku nikah berwakilkan wali. Aku nampak suami aku menangis dari jauh. Dia menangis sebab aku nak nikah dengan lelaki lain. Tapi aku puas! Sampailah bila aku tengok betul – betul muka ‘suami’ baru aku. Aku kata, aku tak nak tengok muka ini sampai tua..

#Foto sekadar hiasan. Aku nak masuk dua tahun bergeIar isteri Ogos ini, masih lagi dalam proses mengenal suami dan Allah bagi aku pengajaran supaya terima seadanya suami aku dan reda dengan ketentuan yang Dia tetapkan.

Kitorang kerap sangat berg4duh masa tahun pertama kahwin sampaikan aku bawa dia pergi kaunseling dekat JAWI, daftar pergi sama – sama ceramah agama berbayar seorang dengan kos RM 150! Aku rasa ‘berg4duh’ ni adalah disebabkan dari ‘tak cukup ilmu’ tapi bagi suami aku pulak bagi dia berg4duh ni adalah ‘proses mengenal dan matangkan diri’.

Aku setuju dengan kenyataan suami aku tapi dia jenis, dia kata B, aku kena akui B dan buat sepertimana B. Aku pulak, aku kata A, tak perlulah kau nak akui A dan terpulanglah nak buat atau tidak sepertimana A. Perbezaan inilah yang sering buat aku putvs harap.

Aku tak terdetik hati nak minta cerai, tapi aku kata dalam hati “Ya Allah, aku tak kisah kalau suami aku ada perempuan lain, sebab aku nak perempuan tu rasa apa aku rasa sekarang dan bagi suami aku sedar yang suami aku memang bermasalah!”

Malam tu Allah bagi aku rasa suami aku ada perempuan lain. Aku tak nampak jelas muka perempuan tu tapi perempuan tu mesra, manja sangat dengan suami aku. Suami aku pakai short je duduk atas sofa dengan perempuan lain, sedihnya.

Suami aku pegang tangan perempuan lain jalan tinggalkan aku seorang kat belakang, aku rasa lonely giIe tapi tiba – tiba suami aku hulurkan tangan dia nak pegang tangan aku, sayu sangat! Aku bangun, tengok suami aku terbaring lagi sebeIah aku tengah tidur, terus aku peIuk tangan dia kuat – kuat!

Dalam hati aku kuat berdoa “Ya Allah, peliharakanlah kami. Tak sanggup aku nak berkongsi kasih” aku sanggup hadap per4ngai dia dari dia bagi kemesraan yang selama ni dia bagi kat aku dekat perempuan lain. Dah hampir setahun kitorang bernikah tapi belum lagi dikurniakan anak.

G4duh besar lagi dan suami aku telefon mak dia nak meluah. Tak jantan langsung! Tiba – tiba aku dengar suami aku kata “Serabutlah mak, nak itu ini, nak mengandung lagi” aku geram. Adakah usaha aku nak mengandung ni menyusahkan?

Aku terfikir, kalaulah Allah bagi j0doh lain kan senang! Allah datangkan aku mimpi kedua, aku pakai baju kurung putih sambil pegang bunga dengan bertemankan ibu ayah tapi muka ibu ayah aku sugul. Dari jauh aku nampak suami aku, dia menangis.

Aku berpaling dan duduk di sebeIah lelaki yang aku tak kenal dan ayah aku wakilkan wali untuk nikahkan aku. Aku tengok ke luar tingkap dan nampak suami aku menangis lagi. Aku rasa puas masa tu sampailah aku tengok betul – betul muka ‘suami’ baru aku.

Aku kata aku tak nak tengok muka ni sampai tua. Aku berpaling aku tercari – cari suami aku. Aku terjaga, sebeIah aku kosong hanya bantal. Aku ke ruang tamu tengok suami aku tertidur dekat sofa. Ya, muka ni aku nak tengok sampai tua.

Aku himpit suami, aku baring sambung tidur sebeIah suami aku dekat sofa dan dia pun peIuk aku kuat – kuat. Aman aku rasa. Mimpi yang ketiga Allah bagi masa aku rasa suami aku adalah suami paling tak guna, doa nak tidur pun aku kena ajar.

Aku di Rome, rumah kat sana kecik sangat, sejuk sebab pemanas rosak, yang ada kat rumah tu cuma katil, bilik air, langsir k0yak, dapur pun setakat ada kettle je. Aku k3jutkan ‘Hana’ budak perempuan rambut bob pergi sekolah. Dekat katil aku nampak seorang lelaki botak, badan besar macam wrestler WWF, dia tengah tidur.

Dalam mimpi tu aku rasa lelaki tu lelaki paling hampeh sekali! Aku terkejar – kejar hantar Hana ke sekolah dan aku ke tempat kerja sampai aku berpeluh – peluh, lapar. Aku terjaga dari mimpi, aku lihat sekeliling rumah aku..”Ya Allah, kau dah bagi suami yang baik untuk aku, rumah pun elok dia sediakan, barang dapur pun lengkap Alhamdulillah ya Allah” dan aku cepat – cepat k3jutkan suami aku untuk subuh dan aku siapkan barang kat dapur untuk sarapan.

“Ya, suami aku tak sempurna tapi dia tak pernah mengeluh, tak jemu nak belajar dan sentiasa penuhi aku. Kau kena sabar” Kata aku pada diri aku. Lepas dari mimpi – mimpi tu, ya kitorang g4duh lagi. Tapi perasaan aku dah lain. Suami aku kata dia menyesal kahwin dengan aku.

Suami tanya aku menyesal ke tidak? Aku jawab “Saya tak pernah menyesal terima apa yang Allah dah bagi” suami aku terdiam. Lama jugaklah kitorang tak bertegur, create space sendiri, ambil masa muhasabah diri sampailah aku dapat interview kerja kerajaan, suami aku call tanya how it goes?

Aku jawab, “ok je and i miss you.” Bila teringat mimpi – mimpi tu, aku berlapang d4da, aku rasa lebih reda dengan suami aku, baik buruk dia aku boleh terima, yang kurang aku akan tolong lagi – lagi bab agama. Jadi diri sendiri dan jangan penat belajar dan mengajar.

Aku terbaca satu artikel ni tulis “Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah.” Aku setuju. – Isteri tenang

Komen Warganet :

Fatimah : Kadang – kadang itu semua boleh jadi petunjuk untuk kita, biasalah diawal perkahwinan masih dalam proses menyesuaikan diri dengan pasangan. Tak kisah la kalau dah pernah bercinta bertahun pun, selagi belum tidur sebantal, makan sepinggan, kita belum kenal luar dalam pasangan kita. Semoga TT dan suami terus bahagia, teruskan g0da suami. Tak salah pun, suami sendiri bukan suami orang lain.

Ridzuan Radi : Suami tu biasalah, eg0. Kalau nanti bila isteri layan elok – elok mesti dia pun turunkan eg0. Orang kata jangan percaya dengan mimpi tapi kalau mimpi yang macam ni beri kebaikan apa salahnya. J0doh yang Allah bagi adalah yang sebaik – baikya buat kita. G4duh sikit – sikit tu biasa la. Lelaki ni nak perempuan dengar cakap dia, kalau nak membangkang pun ada cara dia.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.