Aku print kad kahwin letak nama mak ayah aku, tp makcik print lain letak nama dia

Dari kecik mak ayah tak jaga aku sebab adik beradik aku ramai, 18 orang. Makcik yang jaga aku selama 27 tahun. Sekarang doktor suspek punca aku ada masalah mentaI adalah dari makcik aku. Sekarang dah 5 tahun aku tak jumpa makcik. Kalau makcik baca ni saya nak cakap..

#Foto sekadar hiasan. Perjalanan hidup aku berliku sikit. Sejak umur 6 bulan aku dah duduk dengan nenek saud4ra aku. Almaklum mak aku kata nenek saud4ra aku tak ada anak kecil. Jadi minta jaga aku sekejap. Untuk makluman adik beradik aku ramai.

18 orang semuanya. Mungkin lah firasat aku ni kuat kata, ketika tu mak dan abah aku tengah susah sangat. Tapi masa umur aku 5 tahun, mak aku datang nak ambil aku. Tapi nenek aku tak bagi sebab dah sayang kat aku.

Jadi, sampai umur aku 12 tahun aku duduk dengan nenek aku. Tapi sebab aku nak exam UPSR, nenek aku suruh duduk dengan anak perempuan dia, yang juga makcik aku. Dia cikgu kat sekolah aku tu. Aku bukan budak pandai, bukan top scorer pun.

UPSR punya teruk 2A 3B je. Bila kawan menangis dapat result teruk, aku pun nangis sama. Padahal tak tau sebenarnya punya teruk, kerja tengok aku TV je. Punyalah kaki TV ni, sampai makcik aku pernah t4mpar aku sebab kuat sangat tengok TV.

Orang dulu t4mpar – t4mpar ni perkara biasa dalam mendidik anakkan. Seminggu jugak lah insaf tak tengok TV. Lepas tu jadi lagi, bila makcik aku balik je, aku cepat – cepat tutup TV dan buat – buat baca buku. Punyalah drama.

Tapi kant0i jugak lepas makcik aku r4ba belakang TV. Panggg kena t4mpar lagi. Makcik aku ni garang tapi baik. Tapi kalau dia berkata – kata memang makan dalam. Siapa yang tak kenal memang akan sentap malah aku yang kenal dia macam mana pun dah berkali – kali sentap.

Episod tinggal di rumah makcik aku ni memang penuh drama suka duka. Ya lah duduk dengan makcik kan, siapa yang selesa ada orang luar dalam rumah. Pakcik aku memang anti betul dengan aku. Ada je yang tak kena.

Setakat kena halau tu memang makanan aku lah. Tapi satu je lah aku masih tak akan lupa jasa diorang ni terutamanya makcik aku ni. Dia tak pernah haIang aku untuk belajar. Dia hantar aku pergi kelas tuition English dan matem4tik. Dia belikan aku buku-buku untuk aku belajar.

Memang support habis. Cuma pakcik aku tak suka, sebab bagi pakcik aku, makcik aku membazir duit beIa anak orang. Sedih, huhuhu. Walaupun hakik4tnya aku ni tak pandai pun. Tapi aku perasan yang aku ni jenis suka motivate diri sendiri dan jenis rajin nak belajar ni.

Aku suka tampal besar – besar kata – kata semangat. Contoh : PASTI BERJAYA DAPAT 8A PMR. Alhamdulillah aku berjaya dapat 6A 2B. Masa tu sekolah panggil mak ayah untuk datang tengok aku ambil anugerah. Aku tak dapat nak ambil anugerah tu sebab aku di luar kawasan (tak ingat pergi mana).

Tapi tak ada yang datang ambil, sudahnya best friend aku tolong ambil anugerah tu. Sedih jugaklah. Anyway, tahu tak apa tujuan utama aku untuk berjaya? Sebab aku nak keluar dari rumah makcik aku masa tu. Tak larat kenatekanan perasaan kat rumah tu.

Sebab tu aku mohon masuk sekolah asrama. Alhamdulillah aku dapat masuk sekolah asrama dan aku tak payah nak duduk menghadap drama duka kat rumah. (Apa sebabnyacCuma BFF aku je tahu). SPM aku teruk sangat aku cuma dapat 4A je.

Sebab aku tak serasi sangat duduk asrama kene buli dengan senior. Jadi masa tingkatan 4 aku susah giIa. Aku struggIe jugak lah duduk asrama ni. Lepas SPM, aku apply politeknik dan IPTA. Aku memang nak sangat masuk IPTA ni. 10 kali aku hantar surat rayuan kat IPTA tu.

Alhamdulillah rayuan aku di terima. Di IPTA tu CGPA aku ngam – ngam dapat 3.0. Campur baur perasaan masa kat IPTA ni sebab nenek aku meninggaI masa aku kat IPTA tu. Memang lemah betul rasa sebab tu lah “mak” yang aku paling rapat dengan aku. (Nanti kalau ada masa aku cerita kisah aku dengan nenek aku ni.)

Sampai lah aku buat Ijazah Sarjana, semua ni makcik aku yang support dengan bantuan PTPTN juga lah. 4 tahun buat Ijazah Sarjana, aku berjaya k0nvo. Sebab aku buat research untuk final year project aku, jadi supervis0r aku tawarkan aku untuk sambung master dengan dia sambil jadi research assistant dia.

Makcik aku memang sokong aku sepenuhnya. Makcik aku memang sangat supp0rtive dalam bab-bab pelajaran ni. Aku sangat hargai sokongan makcik aku tu. Sampai lah aku berjaya habiskan master by research aku dalam masa setahun setengah.

Alhamdulillah lepas habis master aku mohon untuk sambung Ph.D. dan aku permohonan aku diterima. Bermula lah kisah perjalanan Ph.D aku, aku daftar Ph.D tahun 2013, masa tu mak abah aku yang hantar aku ke IPTA tempat aku buat Ph.D.

Tak sampai 6 bulan aku dah def3nse proposal. Masa tu aku memang tengah perform sangat sebab masa tu aku dah menggatal nak kahwin. Hahaha. So settle je def3nse proposal aku pun nikah dengan suami aku. Masa nak kawin, aku tak tau nak kata punyalah konfIik giIa – giIa dengan makcik aku.

Aku tempah kad kahwin, letak nama mak dan abah aku, tapi makcik aku print lain, letak nama dia je. Huhuhu. Sian mak abah aku. Tapi aku rasa sebab makcik aku fikir dia yang beIa aku. Jadi memang kene letak nama makcik aku dan pakcik aku lah.

Aku str3ss giIa masa tu, dengan study dengan urusan kahwin, tapi aku nak ucap terima kasih kat makcik aku sebab tolong buat persiapan semuanya. Aku tak tolong banyak, sebab banyak sangat konfIiknya. Lepas kahwin aku dudk  kat area IPTA yang aku belajar tu, kat sini lah bermula kisah tekanan perasaan aku memuncak.

Makcik aku mula nak control aku dan suami. Suruh balik tiap minggu, itu ini tak kena. Sampai satu tahap aku menjerit sekuat hati depan atuk (suami nenek saud4ra aku) aku yang masa tu tengah s4kit. Sump4h aku memang tak larat.

Dari kecik sampai besar tekanan perasaan betul. Lepas dari kejadian tu, aku dah mula lah s4kit. Mer4cau – r4cau. Makcik dan atuk aku ada datang tengok aku masa tu tapi aku lari ketakutan tengok makcik aku. Suami aku terp4ksa suruh makcik aku balik dulu.

Sebab keadaan aku m4kin teruk. Macam – macam perubatan Islam suami aku dan family dia usahakan. Mujur masa tu cousin husband aku doktor psychi4trist. So dia suruh bawak pegi hospitaI. Doktor suspect punca dari makcik aku.

Doktor panggil makcik aku datang hospitaI untuk bincang. Tapi makcik aku tak nak datang. Bagi makcik aku, dia tak salah, yang salah suami aku dan akhirnya makcik aku kata aku buat – buat s4kit. Huhuhu. Aku di diagn0se ada bip0Iar m0od dis0rder.

Aku warded dan kene rawatan ECT, lepas kene karen kepala, memang banyak benda aku lupa. Tapi Alhamdulillah lepas tu aku rec0ver. Aku ambil cuti belajar setahun. 2015 baru aku start rec0ver sikit – sikit. Tapi tu pun lemau sangat tapi disebabkan family mertua aku jaga dan support aku sangat – sangat.

Aku kuatkan semangat pergi c0nference kat Spain ditemani suami aku. Dengan result yang aku analisis sikit – sikit masa lepas rec0ver, boleh lah publish paper dan join c0nference. Sepanjang fIight ke spain, aku tidur m4ti.

Sebab makan ubat yang doktor bagi untuk control m0od aku together dengan ubat tidur. Aku gagah kan jugak diri, ceriakan diri. Walhal Allah je tahu masa tu aku hari – hari mimpi makcik aku. Fikiran aku penuh dengan kisah dengan makcik aku.

Aku sangat struggIe dengan em0si aku. Jauh di sudut hati aku, aku sangat merindui makcik aku. Ya lah orang yang beIa aku dari kecik lagi. Aku nak sangat jumpa makcik aku dan contact dia. Tapi setiap kali aku usulkan perkara ni pada suami aku, mesti ada benda tak baik jadi.

Contohnya, suami aku buka fb lama dia. Dan tengok komen – komen anak makcik aku dengan cousin dia.

“Manalah dua orang ni (aku dan suami). Kalau ada pusaranya boleh juga ditabur bunga. “ Sedihnya aku baca komen tu.

Aku pernah beranikan diri mesej makcik aku lepas aku rec0ver, itu pun aku kumpul kekuatan giIa – giIa nak mesej makcik aku. Sebab otak aku sangat tak kuat. Silap sikit habis lah jah4nam. Makcik aku ok. Kemudian aku ingat semuanya akan baik macam biasa.

Aku beranikan diri pula mesej anak dia. Sebab anak makcik aku dua orang je. Sorang lelaki dan sorang perempuan. Aku mesej anak perempuan dia. Mula – mula ok. Lama – lama dah start nak berg4duh, aku cuma baIas aku minta maaf je.

Lepas kejadian tu aku terus tukar number fon. Aku str3ss! Dalam pada masa yang sama, aku kuatkan diri habiskan PhD aku yang bertangguh – tangguh. Aku boleh kira berapa kali aku jumpa supervis0r aku. Aku jenis buat kepala sendiri, buat – buat paper hantar c0nference terus tanpa supervisor aku semak dulu.

Tapi bukan nak cakap apa lah, supervis0r aku ni memang sangat lah memahami. Dia supp0rt je aku buat paper dan hantar j0urnal or c0nference. Terus terang, aku kumpul kekuatan nak stabilkan em0si aku dengan hantar paper pegi c0nference.

Bila aku present kerja aku kat orang ramai. Aku develop confident. Alhamdulillah bulan November 2018 aku konvo Ph.D. Aku nak sangat ajak makcik aku celebrate sama. Sebab aku percaya tanpa dia memulakan perjalanan aku, aku takkan sampai ke tahap ini.

Tapi aku tak kuat nak hadap ask4r – ask4r dia. Dah 5 tahun aku tak jumpa makcik aku. Allah saja yang tahu betapa aku rindu makcik aku. Aku cuma mampu doakan hati makcik aku dan keluarganya boleh terima aku semula.

Aku terlalu rindu makcik aku. Malah masa taip luahan ni. Aku nangis. Huhuhu. Tiap malam hari – hari tak pernah miss aku mesti mimpi makcik aku. 27 tahun aku duduk dengan dia. Seburuk – buruk makcik aku layan aku, tapi dia tetap orang yang bertanggungjawab membawa aku ke tahap ini.

Kerinduan aku sedikit terubat, bila lepas k0nvo aku, suami aku bawak aku balik lalu kampung makcik aku dan lalu depan rumah makcik aku. Aku memang tak mampu dan sangat tak kuat nak jumpa makcik aku, sebab otak aku masih fragiIe.

Even aku masih under medic4tion untuk bip0Iar ni. Aku sebenarnya masih tengah rec0ver lagi. Cuma aku cerita panjang – panjang ni, aku bukan naik aibkan makcik aku. Aku jelaskan apa yang dah jadi antara aku dan makcik aku.

Dan kalau makcik aku baca kisah ni, TOLONG MAAFKAN AKU. Aku tak berniat untuk tak balik rumah makcik aku, tapi aku memang tak kuat. Nak baik dari s4kit aku ambil masa bertahun tapi nak s4kit balik tak ambil masa yang lama. Sebab aku sangat FRAGlLE.

“Ph.D. ini untuk makcik aku, sebab aku pernah janji dengan dia masa kecik, aku nak jadi doktor. Even aku tak dapat jadi doktor perubatan, aku dah pun berjaya jadi doktor falsafah. Aku akan keep cerita kisah aku supaya orang yang normal macam korang atau yang s4kit macam aku, boleh bangkit dan berjaya juga.

Dan tolonglah ubah stigma korang pada pes4kit mentaI. Kami bukan buat – buat s4kit. Kami memang betul – betul s4kit (str3ss dan depr3ssed) dengan tekanan hidup. Jadi please bare with us.” Doakan aku kuat untuk jumpa makcik aku lagi sebelum dia atau aku yang hembuskan nafas terakahir. Amin.

Komen Warganet :

Puan Zaleha Damanhuri : Ambil masa untuk bertenang dalam masa yang sama jaga connection dengan Maha Pencipta yang Esa. Moga Allah kuatkan em0si dan hati anda. Syabas dan tahniah atas Ķonvokesyen Phd anda. Moga Terus success.

Nurhazirah Bakri : Kirim duit kat mak cik. Kirim hadiah apa – apa. Moga dengan hadiah dan sedekah confessor pada mak cik menjadi ubat rindu dan rapatkan balik hubungan ngan mak cik.

Siti Sariff : Jangan tunggu sampai terlewat sis, mana tahu nanti salah seorang pergi dahulu. Berpisah akibat kem4tian dan hal tak settle mengakibatkan penyesalan tak sudah. Kuatkan diri, cubalah. Semoga dipermudahkan urusan sis oleh-Nya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.