
Abah cerita keburukan umi. Kata abah, umi kuat meIawan, tak taat pada suami dan suka melepak dengan kawan – kawan. Segala keburukan umi diceritakan kepada aku. Aku jadi panas baran, suka meIawan cakap umi, aku anggap umi aku seorang ibu yang gagal. Sehinggalah terjadi suatu peristiwa yang membuka mata aku..
#Foto sekadar hiasan. Hai, nama aku Aili dan aku ingin menceritakan kisah aku pada kalian. Aku selalu membaca luahan dari confessor yang lain, lantaran terlalu banyak kisah berkenaan Ayah yang t0ksik maka aku terpanggil untuk mencoretkan tentang Abah aku.
Coretan ini bukanlah untuk menjatuhkan atau mengaibkan tetapi sekadar luahan daripada seorang anak sulung yang terIuka. Aku mulakan dengan kisah aku seawal aku masih sekolah rendah, pada awalnya aku melihat Abah aku garang dan tegas sifatnya.
Sewaktu di awal usia aku, aku merasakan sikap Abah yang garang dan tegas itu adalah bertujuan untuk mendidik aku dan adik supaya menjadi insan yang berguna akan tetapi rupanya ia adalah sifat panas baran. Abah turut memarahi umi (emak aku) atas alasan yang kecil, jika aku dan adik berbuat nakal maka umi aku tidak akan terlepas dari herdikan dan cacian dia.
Kadang – kadang jika dia pulang dari melakukan pekerjaan dia akan marah – marah kepada umi, aku dan adik tanpa sebab dan alasan yang tidak munasabah. Disebabkan itu, bila dia balik dari bekerja umi aku melarang aku dan adik mendekati dia takut diherdik.
Per4ngainya sem4kin menjadi apabila dia berhenti kerja, pada masa itu usia aku 12 tahun, perasaan malu mula tumbuh dalam diri aku kerana Abah aku tidak bekerja. Bila umi aku tanya alasan dia berhenti kerja, dia mengatakan bahawa majikannya mengh1nanya akan tetapi alasan sebenarnya adalah dia tidak ingin bekerja lagi di tempat itu.
Abah memberi tahu umi dia tidak bekerja tidak mengapa kerana umi ada perniagaan sendiri yang umi usahakan dan alasan ini lah dia pakai sehinggakan hari ini. Buat pengetahuan pembaca, Ya sehingga hari ini Abah aku tidak bekerja dan ditanggung sepenuhnya oleh umi.
Abah tidak melayan umi dengan selayaknya seorang isteri. Segala tanggungjawab dalam perihal persekolahan, perbelanjan harian dan bulanan semuanya digalas oleh umi. Apa yang Abah tahu, menonton TV, makan dan tidur.
Jika umi menegur dia maka umi akan dim4ki dengan panggiIan yang kurang enak untuk didengar. Kalau waktu makan lagi meny4kitkan hati, untuk pengetahuan pembaca, Abah aku suka makan dalam kuantiti yang banyak.
Umi suka berjimat cermat kerana keadaan ekonomi keluarga jadi umi akan memasak dalam kuantiti yang cukup – cukup sahaja, kadang – kadang kalau umi masak lebih akan disimpan untuk makan pada waktu lain pula.
Abah aku suka menghabiskan lauk yang umi simpan, jika dia melihat lauk sedikit akan disuruh umi aku untuk memasak lauk yang lain. Lapar dia mengalahkan orang yang bekerja, padahal dia goyang kaki sahaja di rumah.
Abah juga suka makan lauk – lauk yang sedap sahaja, kalau umi hanya merebus telur atau lauk ikan kering akan dimakan tetapi dalam keadaan meragam. Pernah sekali, umi memanggilnya untuk makan dan mengatakan lauk adalah telur rebus, sampai ke sudah dia tidak turun untuk makan jadi umi terp4ksa goreng ikan walhal ikan itu untuk dimasak pada keesokannya.
Dengar sahaja ada lauk ikan terus terpacak depan meja makan. Kalau umi masak benda – benda yang ringkas dik4tanya umi pemalas padahal umi hanya ingin berjimat dan umi sibuk menguruskan kedai miliknya. Bagi aku dan umi lauk telur rebus sudah memadai bagi mengalas perut, telur rebus, dicicah dengan budu bertemankan ulam – ulaman sangat sedap YAAA kawan – kawan.
Selalunya umi kalau beIah tengah hari dan masak lauk ayam beIah malam mesti umi masak lauk simple atau lebihan lauk makan tengah hari. Abah selalu menghasut dan menfitnah umi kepada aku, kata Abah umi seorang isteri yang kuat meIawan, tidak taat pada suami dan suka melepak dengan kawan – kawan.
Segala keburukan umi diceritakan kepada aku. Segala salah dan silap diIemparkan kepada umi, pada awalnya aku mempercayainya dan semasa usia aku belasan tahun aku membenci umi kerana termakan dengan hasutan dan fitnah Abah.
Aku menjadi panas baran dan suka meIawan cakap umi, aku anggap umi aku seorang ibu yang gagal padahal dialah yang banyak menanggung tanggungjawab keluarga. Semasa aku melanjutkan pengajian di peringkat diploma pon Abah masih menghasut dan memfitnah umi, seperti kebiasaan aku termakan lagi dengan hasutan Abah.
Sehinggalah terjadi suatu peristiwa yang membuka mata, hati dan minda aku. Setelah aku menghabiskan diploma, aku telah ditawarkan untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah. Segala persiapan dibuat untuk aku melanjutkan pengajian, umi aku telah mengadakan majlis doa selamat sempena aku melanjutkan pengajian.
Jamuan itu dibuat sehari sebelum kami bertolak untuk mendaftarkan diri ke universiti. Segalanya berjalan dengan baik sehingga lah pagi untuk kami bertolak, berlaku perg4duhan di antara umi dengan Abah, Abah meminta wang daripada umi dalam jumlah yang banyak,
Katanya itu sebagai upah kerana dia banyak melakukan kerja untuk majlis doa selamat tersebut, bila umi memberi wang yang tidak sama dengan jumlah yang dia minta maka tercetus lah per4ng. Tidakkah dia berfikir umi memerIukan duit yang banyak untuk menghantar aku ke universiti.
Setelah kejadian itu aku begitu terIuka dan mula membuka mata akan siapa sebenarnya Abah aku. Pengalaman belajar di ibu kota banyak mendewasakan aku, aku mula menjadi seorang lebih baik daripada di awal aku bermula.
Aku mula menjadi seorang anak yang tegas. Jika dahulu apabila aku melihat Abah memarahi dan mengherdik umi, aku hanya berdiam diri tetapi sekarang tidak lagi. Aku akan segera mempert4hankan umi, Abah tidak suka dengan sikap aku sekarang, katanya aku telah berubah sejak belajar di ibu kota.
Dia menuduh sepupu aku mempengaruhi aku untuk berper4ngai tidak baik walhal sepupu aku yang banyak mengajar dan menjaga aku sepanjang aku belajar di ibu kota. Hendak harapkan Abah, tidak mungkin dia ambil tahu.
Seperti yang aku tegaskan dari awal segala perbelanjaan aku ditanggung sepenuhnya oleh umi. Abah aku dia ada satu sikap suka menghakimi orang lain tanpa usul periksa. Baginya dia sahaja betul orang lain salah. Segala hal, gossip orang lain dia tahu, malah dia suka menjaja keburukan yang dia perolehi kepada orang lain.
Jangan ingat perempuan sahaja suka bergosip tetapi Abah aku mengalahkan orang perempuan kalau bab mengumpat. Cukup setakat ini sahaja dulu, jika luahan aku disiarkan akan aku ceritakan banyak lagi peristiwa yang berlaku.
Peristiwa yang mengh4ntui sepanjang hidup aku, peristiwa hitam yang membuat aku bertambah benci kepada seorang Abah dan Yaaa kifarah, segala kejahatan yang kita lakukan akan berbalik kepada kita. Salam Sayang, – Aili (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
NurAz Wan : Isteri dulu – dulu, tak tahu hukvm fasakh. Walaupun tahu nafkah tu kewajipan suami, tapi mereka tidak tahu, ada jalan keluar, kalau suami tidak bertanggungjawab. Jadi mereka berserah pada nasib saja. Kalau suami malas kerja, tapi mahu tolong kerja dirumh, baik pada anak – anak tak apalah juga.. hmm.
Jan Salleh : Mohon syurga buat umi awak yang sentiasa sabar dengan karenah ayah awk. Baru – baru ni saya ada baca / mendengar seorang ustazah ini berkata bahawa sebagai seorang isteri, kita harus bersabar dengan ragam suami kita walau pon dalam apa jua keadaannya.
Untuk memperoleh redha ALLAH, terima aje apa yang suami tu buat pada isteri walau pon suami tu, saya kategorikan suami yang tak bergunalah senang cita. Hanya sentiasa berdoa dan berdoa serta terus berdoa agar suami tu lembut hatinya dan menjadi insan berguna. Emm alahai.
Hanalisa Razi : Tahniah adik kerana berjaya membuka Minda adik dan bertegas dgn bapa. Teruskan jadi anak yang baik pada mak adik. Berkenaan bapa adik, tak banyak boleh buat, semua terpulang pada mak adik. Umur dah senja per4ngai susah nak ubah.
Kalau mak adik mencari kebahagiaan dan ketenteraman akan datang, bolehla fikir untuk pergi kaunseling atau bercerai, kalau redha teruskanlah. Berdoalah agar dilembutkan hatinya ke arah kebaikan. Cuma harap – harap cucu – cucu selamat dari per4ngai negatif nanti.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.