
Aku minta tolong sorang staff orang seberang tolong aku masa dalam p4ntang. M4kin lama aku tengok dia m4kin pelik. Kalau anak aku nangis, dia r4mpas terus anak dari aku. Setiap kali aku uruskan anak, mesti ada je yg tak kena. Sambil kemas rumah dia akan buka lagu Mandarin kuat – kuat padahal sebelum ni tak pernah pun..
#Foto sekadar hiasan. Hi Semuanya. Aku nak meluahkan rasa tak puas hati aku berbuat baik pada orang yang salah, tajuk luahan aku tu sebenarnya aku main letak saja, tak tahu pula nak letak tajuk apa untuk luahan aku ni. Jadi aku mulakan cerita ya
Sebenarnya, aku tak ada masalah pun dengan perempuan negara seberang, aku berkawan dan anggap mereka macam kawan – kawan aku. Tapi, setelah aku aIami 2 kejadian melibatkan perempuan seberang, aku jadi tr4uma nak berkawan.
Aku jarakkan diri dengan sesiapa pun, aku jadi anx1ety dengan apa pun suami aku buat di luar. Kejadian pertama aku, bila aku berbaik dengan staff orang seberang, dia banyak tolong aku uruskan rumah waktu aku sarat mengandung dan berp4ntang.
Selepas habis kerja, dia akan habiskan masa menunggu waktu clock out di rumah aku, sambil – sambil bantu aku mengemas ruang tamu, mengurus bayi aku. Kejadian ini waktu aku berp4ntang sendirian, dia bantu aku uruskan bayi, jadi aku ada masa rehat atau tidur siang.
Tapi per4ngai dia sem4kin berubah, sambil – sambil mengemas terkadang – kadang dia buka Mp3 lagu mandarin, tak pernah pula sebelum – sebelum tu dia buka. Aku tegur dengan gurauan, sejak bila dengar lagu mandarin ni?
Dia baIas dengan senyuman saja. Setiap kali aku uruskan anak aku depan dia, ada sahaja tak kena dekat mata dia, ditegurnya aku itu ini, seolah – olah aku tak pandai jaga anak. Kadang – kadang dengan slumbernya dia r4mpas anak aku dari tangan aku bila anak aku menangis.
Lama kelamaan baru aku sedar, sebenarnya dia ada simpan perasaan pada suami aku, suami aku chinese muaIaf, di awal berp4ntang aku lebih banyak berbaring di katil, jadi suami aku yang menguruskan makan minum aku. Satu hari, dia nampak suami masakkan makanan berp4ntang aku, diperIinya aku tak jaga makan pakai suami aku, sampaikan suami aku yang masak dan makan sendiri.
Start dari itu, aku mulai memberi amaran pada suami aku, jangan melakukan kerja sendirian dengan perempuan terbabit. Terkadang aku perhatikan dia kerap cuba meminta bantuan suami aku. Contohnya bila pintu bilik air terkunci, walaupun dah di ajar bekali – kali masih juga minta bantuan suami aku.
Merasa per4ngainya yang m4kin menjadi – jadi, aku jauhkan diri dari perempuan tersebut. Tiap kali dia datang, aku akan bawa anak aku masuk bilik dan berkurung sehingga dia balik, menyedari per4ngai aku yang berubah, dia pun berhenti datang ke rumah aku.
Kebetulan juga waktu tu aku dalam proses pindah rumah dan kami berpindah selepas aku habis berp4ntang, selepas dari itu aku tak ambil tahu tentang dia. Kejadian kedua pula, adalah kejadian yang paling terkesan pada aku, membuatkan aku meminta suami aku menceraikan aku.
Dia perempuan dari seberang, pada awalnya aku tak terlintas pun untuk berkawan atau melayan tapi memandangkan dia dah bersuami dengan orang malaysia, aku layan kan saja. Kami berempat satu tempat kerja, dia dan suami adalah cleaner di syarik4t kami.
Aku perhatikan bos aku melayan mereka lain dari staff lain, dibelikan kereta baru untuk kegunaan harian kerja, bagi mereka tempat tinggal di office, memberikan tender cleaning yang banyak untuk mereka. Melihatkan layanan yang mereka dapat, aku jauhkan diri untuk tidak terjebak dengan politik kerja.
Oh ya, actually suami aku kenal dan rapat dengan mereka, aku pun join syarik4t ni lambat, aku join syarik4t ni lepas suami aku bagitahu syarik4t tempat kerja dia memerIukan pekerja, so dia pun recommend kan aku pada bos.
Waktu hari pertama aku masuk kerja, perempuan tersebut ada bertanyakan suami aku, siapa aku? Suami aku jawab, akulah isteri dia, perempuan tersebut terk3jut dan tidak percaya yang suami aku actually sudah pun muslim.
Suami aku ada juga memberitahu, terkadang perempuan tersebut memanggil suami aku dengan panggiIan nickname family atau teman rapat. Jadi aku beranggapan mungkin dia dan suami aku rapat sebagai teman kerja. Tak lama aku join syarik4t ni, perempuan tersebut mula mesej aku, awalnya hanya berkaitan kerja, lama – kelamaan jadi rapat.
Dia pun memanggil aku dengan panggiIan kakak, akulah jadi tempat dia meluah rasa, merungut, mengutuk staff yang dia tak suka, aku ni pula jenis melayan saja, tapi tak ada lah menambah kalau dia mengutuk certain staff.
Kalau aku balik ke kampung, aku akan mengajak dia. Memandangkan dia sendirian di negara orang, hanya punya suami saja, aku pun menawarkan diri jadi kakak yang baik untuk dia. Tapi entah kenapa naluri aku mengatakan ada sesuatu yang tak kena.
Bila mana aku buka phone suami aku, tak ada chatbox antara suami aku dengan dia, padahal ada juga suami atau dia menceritakan ada bercerita itu ini sesama sendiri. Aku biarkan dan menanti satu masa apabila suami aku mungkin terlaIai dari memadam whatsapp chat bersama perempuan tersebut.
Dan hari tersebut tiba, aku membuka whatsapp suamiku waktu dia tidur, kali ni ada chatbox bersama perempuan tersebut. Alangkah terk3jutnya aku membaca chat perempuan tersebut yang memanggil suami aku dengan geIaran ‘biy’.
Aku jadi hilang akal, aku baling phone suami aku, aku k3jutkan dia minta penjelasan. Suami aku berkali – kali minta maaf dan menafikan punya hubungan dengan perempuan tersebut. Malam tu juga aku berkemas untuk balik kampung,
Walaupun waktu itu PKP, dan tak dibenarkan merentas daerah, aku kuatkan juga hasrat aku, tapi ditahan peronda di tengah – tengah malam, mereka tidak menerima alasan aku dan meminta aku pulang segera. Malam tersebut terasa panjang bagi aku, kerana menghadap suami aku yang berkali – kali mohon maaf,
Dia mengatakan ada meminta perempuan tersebut jangan memanggilnya dengan panggiIan tersebut, sekiranya suami perempuan tersebut dan aku membacanya pasti berlaku salah faham. Dan salah faham itu terjadi, aku tak dapat menerimanya, pada aku, kalaupun kawan rapat kenapa sampai sebegitu rapatnya mereka?
Aku rasa seperti ditik4m berkali – kali oleh suami dan perempuan yang aku layan macam adik aku sendiri. Keesokan paginya, aku masih berjaga, mana mungkin aku lena dengan rasa s4kitnya hati. Perkara ni aku bagitahu pada superior aku, dan sampai juga pada bos aku, sewaktu perempuan tersebut dipanggil untuk penjelasan, dia menangis dan mengatakan suami aku yang mulai dulu.
Tapi sebenarnya dalam chat antara mereka, hanya perempuan tersebut yang menggeIarkan suami aku dengan panggiIan ‘biy’, silapnya suami aku ialah dia membiarkan sahaja perempuan tersebut menggeIarkannya begitu.
Bos meminta suami aku meminta maaf pada perempuan tersebut, dan aku pula? Aku diberikan cuti untuk bertenang. Lama aku mengurung diri, dan aku tetap dengan keputvsan aku untuk berpisah, sehingga suami aku melutut menangis, mengatakan yang dia betul – betul tak curangi aku, b0dohnya dia waktu tu hanya membiarkan sahaja perempuan tersebut memanggilnya begitu.
Dia berjanji pada aku, itu yang terakhir buat aku menangis. Disebabkan covid krisis ni, aku dan suami meneruskan juga bekerja di syarik4t yang sama. Bukan mudah untuk menukar kerja waktu ni. Dari kejadian ni, aku tertanya – tanya mengapa suami perempuan tersebut tak terpukuI dek per4ngai isterinya.
Suaminya tahu mengenai hal ini, tapi sepertinya menyalahkan pihak suami aku sahaja. Sewaktu aku menceritakan hal ni pada kawan kerja aku, barulah aku tahu yang sebelum ni, kawan aku ada ternampak mereka laki bini berg4duh.
Perempuan tersebut memukuI, meny3pak suaminya di depan bos – bos, jadi barulah aku tahu, yang suaminya tak berkeupayaan mengawal isterinya. Selang 2 – 3 bulan selepas kejadian, salah seorang staff lelaki, tiba – tiba berhenti kerja tanpa notis, dan hal itu melibatkan perempuan tersebut.
Mana taknya, tiba – tiba suami perempuan tersebut balik office dalam keadaan marah – marah di bilik bos, then baru aku tahu, perempuan tersebut berhubungan pula dengan staff lelaki itu. Apa yang aku dengar, staff lelaki itu sudah beristeri dan isterinya s4kit, setiap minggu terp4ksa bawa isterinya ke hospitaI untuk rawatan.
Walaupun skandaI mereka besar, sampaikan bos – bos turun mengadap staff lelaki tu, perempuan tersebut masih lagi disimpan, dan dia masih lagi anak emas bos aku. Entah ayat apa dia guna, aku pun tak tahu sampaikan bos aku tunduk pada dia.
Yang pasti, aku tak mungkin maafkan perbuatan dia, aku harap suami dia kembali berakal semula dan perempuan tersebut dipulangkan ke negara asal dan aku serik. Tak mungkin layanan yang sama aku bagi pada golongan seperti ini. – TT (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nur Mustikarahman : Korang ni kenapa suka sangat jenis bawak kawan – kawan sampai ke rumah? Ayah aku selalu pesan jangan bawak kawan sampai ke dalam rumah. Even bapak aku pun tak pernah bawak kawan dia ke dalam rumah melain ada majlis sahaja. Pelik bebeno lah… Benda benda privasi termasuk dalam rumah jangan sesuka hati bawak masuk. Ambil lah pengajaran.
Mocha Micky : Tak perlu seberang dik. Orang local pun ramai macam tu. Dont judge by negera or negeri lah. Tapi satu lagi baik dengan orang berpada – pada jangan la sampai bawak balik rumah kalau boleh. Semoga puan dapat bertenang dan memaafkan suami ya. Bina balik perhubungan dan jangan asyik pandang belakang. Yang lepas tu jadikan pengajaran ya..
Norizan Mamat : Salam, Hmmm… makcik rasa bukan masalah perempuan seberang atau perempuan sini. Masalah sikap dia. Makcik pernah ada maid. 6 tahun dia bersama kami. Alhamdullillah ok. Memang makcik tawakal sangat la masa tu walaupun ada baca pengalaman orang yang maid r4mpas suami dia itu ini.
Makcik masa tu beri kebebasan pada dia utk keluar pada hari cuti, boleh keluar membeli barang rumah. Dia ada pakwe (orang Malaysia), pun makcik kenal dan makcik bagi kebenaran menggunakan kereta kecil lama kami untuk dia berjalan – jalan bawa anak – anak kami.
4 orang anak, mereka boleh kawal. Respek betul makcik. Anak makcik dengan makcik, jenuh makcik jegil. Hahahaha… Now dia dah balik. Syukur juga tiada apa – apa kejadian buruk kecuali ditipu oleh egen dia. Hampes…
TETAPI, petua yang makcik buat dengan perempuan lain ialah tidak rapat dengan mereka yang makcik rasa pelek. Pelek tu macam mana.. Jenis yang kontak suami kita pada masa tak sesuai dan sebagainya. Gunakan instinct kita sebagai isteri.
Makcik tak berapa rapat, dan makcik memang tak akan rapatkan diri. Siap makcik akan block mereka dan block juga dari hp suami. Hahahaha… Kalau ada juga yang nak melebih, makcik tanya suami… “Abang nak pilih dia atau saya ?”, kalau dia jawab makcik, jadi, makcik suruh jangan layan perempuan gitu.
Bebila free, makcik bukak hp, makcik tengok wasap mereka. Nampak perempuan jer dok cakap itu ini, suami diam jer… (tak layan), lama lama, cool gitu saja. Malas nak g4duh per4ng – per4ng… biar buat cara baik. Nak bahagia, biar bahagia dua – dua.
Kan? Penat nak g4duh besar – besar atau mungkin sebab makcik dah cukup lama kawin. Okeh, semoga kita semua tak diuji dengan orang ketiga.
Aisyah Nur : Pada saya, sesiapa pun kalau dah kahwin, ada kawan cukuplah kat tempat kerja atau kat luar rumah ja. Tak perlu la nak ajak sangat lepak – lepak dok rumah, ajak ikut balik kampung. Dah berapa banyak kes dah kes caras suami kawan sendiri, masih tak ambil pengajaran. Buat baik berpada – pada la.. Ingatlah.. kadang – kadang musvh wanita adalah wanita sendiri.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.