Aku pelik anak murid tiba2 datang peIuk aku. Sejak dari tu aku asyik mengelak je jumpa dengan dia

Dari awal aku masuk sekolah tu, aku rapat dengan seorang pelajar perempuan, macam kakak dan adik. M4kin lama sikap Sarah m4kin pelik. Dia call marah aku sebab dia nampak aku berborak dengan pelajar lain. Sehinggalah satu hari aku dapat panggiIan dari kawan Sarah, Sarah nak terjun laut sebab aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca. Terima kasih admin siarkan kisah saya. Nama aku Sofea, aku merupakan seorang guru bahasa Inggeris. Mula mengajar pada tahun 2014 di sebuah sekolah menengah di selatan tanah air.

Tahun pertama agak ralat bagi aku kerana belum kenal baik dengan anak – anak murid. Aku menjadi guru kelas tingkatan 2. Jadi sebarang urusan memang aku banyak bersua dengan Sarah, ketua kelas. Kisah yang aku nak kongsikan ni adalah tentang Sarah.

Sarah sama je seperti remaja perempuan lain, sedang mencari jati diri. Orangnya petah berbicara dan rajin menolong guru. Hari demi hari hubungan kami m4kin mesra ibarat kakak dan adik. Tambahan pula aku hidup seorang di perantauan, Sarah umpama adik aku yang jauh di pantai timur tanah air. Terubatlah rindu sikit.

Tahun berganti tahun, Sarah yang aku kenal sem4kin berubah. Dari seorang yang ceria menjadi pendiam. Kawan sekerja sering mengadu, Sarah kurang ajar dengan guru – guru!! Terkedu aku mengenangkan perubahan Sarah.

Namun Sarah masih seperti dulu di mata aku. Tak pernah lupa hari lahir aku. Tiap – tiap kali, dia akan masakkan kek sempena hari jadi aku. Aku bersyukur punya pelajar yang menghargai guru. Masuk tahun ke-3, per4ngai Sarah m4kin pelik di mata aku.

Dia akan mem4ki siapa – siapa yang cuba dekatkan diri dengan aku. Pernah dia men4mpar pelajar perempuan tingkatan 1 kerana panggil aku “cikguku sayang”. Tak cukup dengan itu, Sarah akan menelefon aku selepas sekolah semata – mata untuk marahkan aku jika dia nampak aku berborak dengan mana – mana murid.

Bukan sekali dua, tapi berpuluh kali. Aku m4kin rimas. Lagaknya seperti kekasih yang kuat mengongkong. Aku mula berfikir yang bukan – bukan tambahan lagi dengan per4ngainya yang tiba – tiba muncul entah dari mana dan memeIuk aku. Serongkah kamu Sarah??!

Aku mula mengelak bertembung dengan Sarah. Aku sanggup mengambil laluan jauh semata – mata tidak mahu lalu depan kelas Sarah. Bila Sarah mesej, aku sekadar baca tanpa baIasan. Satu hari, aku dapat panggiIan daripada kawan Sarah.

Sarah cuba bvnvh diri dengan terjun dalam laut, mujur ada nelayan yang selamatkan Sarah. Puncanya Sarah tertekan diabaikan aku. Allah… Mengucap panjang aku. Lemah longlai segala sendi. Aku minta maaf pada Sarah kerana mengelak darinya.

Sarah tunduk, tiada bicara, cuma air mata bercucuran tumpah ke bumi. Aku tanya, kenapa? Tapi Sarah tetap membisu sama seperti selalunya apabila aku cuba mencari tahu masalahnya. Sejak peristiwa itu, Sarah hilang terus dari pandangan aku.

Dia betul – betul mengelak dari bertemu empat mata dengan aku. Oleh kerana kesibukan kerja, akhirnya aku lupa pada insan bernama Sarah. Tamat SPM, Sarah langsung hilang khabar tanpa berita. 5 bulan lamanya Sarah lenyap dari akal fikiran aku seolah – olah tidak pernah wujud dia dalam hidup aku.

Padahal selama 4 tahun itulah Sarah menemani hari – hari aku dengan senyum tawanya. Marah sungguh aku dengan cubaan bvnvh dirinya. Apa nilai sebuah nyawa bagimu Sarah?? Satu hari, tiba – tiba Sarah menghantar mesej, datuknya meninggaI dunia.

Aku pergi ke perkubvran mencari kelibat Sarah. Sarah menunggu hingga semua pulang, menunduk di pusara tanpa siapa – siapa di sisi. Aku pegang bahu Sarah, dan dia terus menumpahkan air mata untuk kesekian kali. “Sarah minta maaf cikgu. Sarah tak berniat s4kitkan hati cikgu. Masa Sarah kecil, papa Sarah buang Sarah dan mama sebab tergiIakan perempuan lain. Mama jadi ibu tunggal. Jadi janda. Semua orang benci mama sebab status mama…”

“Adik beradik mama sendiri pandang serong pada mama sebab mama janda. Atuk la yang galas tanggungjawab jaga Sarah, layaknya seorang ayah. Atuk sentiasa ada dengan Sarah. Atuk tenangkan hati Sarah bila orang kutuk Sarah tak ada ayah.

Atuk cakap, “tak apalah, Sarah ada atuk kan. Tapi sekarang atuk dah tak ada. Mama pula dah lama s4kit k4nser. Sekarang stage 4. Sarah tak kuat cikgu!!” Fahamlah aku kenapa Sarah terlalu sensitif dan cemburu bila ada murid lain yang cuba rapat dengan aku, kerana dia terlalu s4kit dengan kehilangan.

Berat rasanya hati ini dihimpit perasaan bersalah. Sejak itu aku tak putvs – putvs bagi semangat untuk Sarah belajar, dia sambung ke peringkat STPM. Keputvsan SPM Sarah tak sebaik mana. Sebelum PKP bermula, sempat aku bertemu dengan Sarah semasa majlis keputvsan STPM.

Sarah mendapat pointer 3.0. Alhamdulillah. Mama Sarah masih berju4ng dengan peny4kitnya. Doakan Sarah dan mama dia ye pembaca semua. Semoga Sarah berjaya ke menara gading. Semoga hidup Sarah bertambah baik. Doa cikgu sentiasa bersamamu. – Sofea (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Jasmine Jamaluddin : Allahu Akbar! Sedihnyaa.. Semoga dipermudahkan urusan Sarah, diberi Allah Taala kekuatan melayari kehidupan seharian bersama bonda dan keluarga tersayang. Aamiiin Ya Robbal’aalamiiin.. Semoga kedua – dua Cikgu Sofea & Sarah dirahm4ti Allah Taala. Aamiiin Ya Robbal’aalamiiin

Vlasinski Arra : Teringat pula zaman aku remaja dulu. Orang buat aku macam sampah. Kawan – kawan pulau aku. Aku nak cakap satu benda semua manusia per4ngai macam b4ngsat. Suka pikir buruk macam dorang yang mulia. Sampai sekarang aku d3ndam dekat semua yang panggil aku h1na aku macam panggiIan yang aib. Ada cikgu yang b4ngsat juga yang aibkan aku. Memang aku tak ampun b4ngsat tu semua.

Anisah Basir : Budak – budak ni kalo ada per4ngai pelik.. Contoh hype.. Suka member0ntak. Sensitif. Kurang ajar. Suka g4du.. Mesti ada sebab. Sebagai Gur.. Dekati murid ni.. Cuba siasat. Di sebalik per4ngai yang begitu. Mesti ada sebab.

Tu la Guru. Bukan sekadar mengajar mencurah ilmu. Guru juga mengurus em0si untuk jadi matang. Tabah dan sabar. Keluarga membentuk sahsiah diri murid. Beruntunglahh anak – anak yang ada keluarga bahagia. Em0si sihat.

Fazidah Abdul Kadir : Aamin semoga dia berjaya lalui semua kesusahan ni tapi ada yang lagi teruk dari Sarah dan terp4ksa berjuang dalam diam kerana tak ada yang nak dengar atau membantu. Banyak yang hanya menghukvm pelajar tanpa ambil tahu beban yang mereka galas dalam usia muda mereka.

Ada yang dilabelkan “malas”, “pengotor”, “b0doh” walhal sebenarnya mereka sibuk, miskin, dan kurang pendidikan awal sebab tak mampu. Tolonglah mereka.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.