Aku orang miskin, hanya fikir nak tolong ayah tapi akhirnya aku terjebak MLM dgn hutang 9k

Aku percaya pada Anis, dia teman sekuliah aku yang baik. Orang sebaik Anis mana mungkin menipu. Dia rancak bercerita mengenai pendapatannya yang mencecah ribuan ringgit bahkan belas – belas ribu ringgit. Aku terus setuju memikirkan keluarga aku yang susah. Selang 3 hari ada orang datang rumah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt. Sesunggunya waktu aku menaip confession ini, aku dilanda kebuntuan dan keresahan yang amat sangat. Sebagaimana yang kalian baca dan menduga dari tajuk, benar, aku adalah m4ngsa penipuan ejen penapis air yang agak popular Malaysia .

Aku perkenalkan diri aku dulu. Nama aku Uya, berumur 19 tahun dan merupakan salah seorang penuntut tahun pertama diploma di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Aku dilahirkan dalam keluarga yang susah, yang menjadi salah satu sebab kenapa aku boleh terjebak menjadi m4ngsa penipuan ini.

Segala – galanya bermula ketika cuti PKP yang lalu. Sekian lama terkurung di rumah menyebabkan aku berhasrat untuk mencari sumber pendapatan sampingan bagi membantu meringankan beban ayah aku yang tidak dapat berniaga ketika musim PKP.

Aku didekati oleh seorang teman sekuliah aku. Namanya Anis. Anis rancak bercerita mengenai pendapatannya yang mencecah ribuan ringgit bahkan belas – belas ribu ringgit kerana menyertai satu peluang perniagaan yang agak berjaya.

Anis berulang kali memujuk aku mengikuti jejak langkahnya. Katanya dia faham aku kerana dia juga orang susah. Katanya lagi, peluang cuma tinggal untuk dua orang sahaja lagi kemudian slot akan ditutup. Hampir berhari – hari lamanya aku membuat pertimbangan sebelum akur dan bersetuju.

Itupun, kredit kepada Anis kerana aku percaya pada Anis. Anis teman sekuliah aku yang baik. Orang sebaik Anis mana mungkin menipu aku. Sudah pasti dia berniat membantu aku. Ketika aku menyatakan persetujuan aku untuk menjalankan perniagaan yang sama, Anis mengatakan setiap perniagaan sudah pasti ada MODAL.

Begitu juga perniagaan ini. Sebagai MODALnya, aku disayaratkan mengambil dua barang dalam kategori house appliances dengan komitmen bulanan RM150 selama 5 tahun sebelum disahkan menjadi ejen. Kata Anis, jangan risau, gaji aku mencapai RM4000 sebulan dan setelah dua bulan, aku boleh melangsaikan hutang aku sekelip mata dengan membuat Early Settlement.

Silap aku juga kerana tidak bertanya lanjut bagaimana caranya untuk mendapat gaji tersebut. Aku melulu bersetuju dan menyerahkan data peribadi aku. Selang 3 hari, aku didatangi technician yang datang bagi memasang MODAL yang telah aku keluarkan (penapis ud4ra dan periuk) yang bernilai RM 150 sebulan selama 5 tahun. Jumlah keseluruhan RM 9000.

Setelah menerima barang dan menandatangani kontrak perjanjian yang dibawa oleh technician tersebut, aku kini sah merupakan ejen. Bermulalah pula detik bersemangat aku untuk mencari pendapatan RM4000 sebulan.

Kata Anis, kerja kami mudah. Kami tak perlu fokus menjual barang tetapi kami hanya perlu merekrut orang baru untuk masuk dan untuk itu, orang baru juga perlu membuat komitmen bulanan seperti kami. Aku menuruti sahaja arahan Anis.

Kata Anis, sembunyikan nama perniagaan kita, jangan beritahu kita rekrut mereka untuk menjadi ejen. Nanti kalau dah yakin mereka betul – betul berminat baru beritahu. Aku juga tidak faham motif Anis tetapi aku menurut sahaja.

Untuk mendapatkan gaji RM 4000 sebulan, aku perlu konsisten merekrut minima 10 orang baru sebulan. Lupa untuk aku bercerita, Syarik4t kami bernama D Legacy, anak syarik4t kepada XXX. Aku tak pasti sejauh mana kebenarannya kerana CEO kami menggunakan nama samaran.

Inipun aku ketahui setelah aku sedar aku ditipu. CEO menggunakan nama samaran ZH. TH dan HH (hasil penyiasatan aku). Dalam usaha untuk merekrut 10 orang sebulan, aku diajar dengan pelbagai cara untuk menipu.

Katanya tunjuk slip gaji, statement bank tipu dan iklan – iklan pendapatan menipu dalam usaha mencari prospek untuk direkrut. Ketika itu jugalah aku sedar aku juga telah ditipu dengan cara yang sama. Aku nekad untuk tidak lagi merekrut siapa – siapa kerana aku tidak mahu ada orang yang tertipu seperti aku.

Semua temujanji dengan prospek aku batalkan. Oh ya, sebenarnya untuk menjadi ejen penapis air, tidak ada modal yang perlu dikeluarkan dan ejen tidak perlu merekrut orang baru tetapi cukup sekadar menjual barangan dan mendapat komisyen. Sungguh aku telah tertipu!

Aku nekad memaklumkan kepada Anis aku ingin berhenti. Anis menjawab dengan bersahaja, “Boleh kalau Uya nak berhenti tapi Uya tetap kena bayar bulan – bulan ye barang tu. Anis dah cuba bantu Uya dapatkan RM4000 sebulan, Uya yang taknak bantu diri Uya”

Bagaikan t4mparan hinggap di pipi aku. Aku mula tersedar yang aku kini mempunyai hutang berjumlah RM 9000 di usia 19 tahun. H4ncur dan punah harapan aku untuk membantu ibu bapa aku. Aku rahsiakan hal ini dari mereka bimbang mereka kecewa.

Keesokannya, aku menghubungi HQ dan memaklumkan yang aku ingin terminate kontrak dan memulangkan barang memandangkan aku masih belum menggunakan barangan tersebut. HQ memaklumkan bahawa barang yang aku ambil adalah dua barangan di bawah Good Plan, bermakna dengan cara apa sekalipun, kontrak tidak dapat dibatalkan sehingga 5 tahun.

Sekiranya kontrak dibatalkan, aku tetap perlu membayar jumlah yang sama. Aku menjadi d3ndam pada Anis. Aku tak sangka Anis sanggup mempergunakan aku sebegini rupa. Mujurlah aku tak sempat mem4ksa sesiapa menandatangani kontrak.

Kalau tak sudah pasti mereka juga mendapat nasib yang sama seperti aku. Dua hari aku menangis berendam air mata tanpa henti. Selepas dua hari, aku mula membuat pembacaan di internet. Rupa – rupanya isu ini telah viral pada 20 Jun 2020 di laman Twitter.

Aku yang b0d*h kerana tidak begitu mengikuti perkembangan semasa. Aku terbaca komen netizen mengatakan supaya siapa yang terkena buatlah report kepada HQ kerana HQ dalam usaha untuk membanteras perkara ini.

Aku langsung menyiasat identiti sebenar Z. Aku kumpulkan segala bukti penipuan, rakaman suara, rakaman video dan semuanya aku kepilkan dalam fail Google Drive. Kemudian, aku membuat laporan polis. Aku serahkan semuanya kepada HQ untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Setelah beberapa tempoh, aku buat semua panggiIan ke HQ untuk follow up. Jawapan yang diberikan HQ sangat mengecewakan. Kata mereka, “Oh, kami dah serahkan kes ini kepada Manager Z (orang yang sepatutnya dikenakan tindakan) untuk disiasat”

Aku menjadi berang. Lantas aku persoalkan mengapa tidak diadili oleh orang yang sewajarnya. Mereka hanya diam. Sehingga kini, kes aku masih tiada penyelesaiannya. Manager Z (pangkat yang diberikan kepada ejen yang berjaya mencapai target sale) masih giat merekrut orang – orang baru.

Lebih ramai pelajar yang menjadi m4ngsa seperti aku. Laporan demi laporan, aduan demi aduan yang aku kemukakan kepada umpama menunggu surat cinta yang tak berbaIas. Sedarlah aku kini, mana mungkin akan mengambil tindakan kepada Z kerana Z banyak buat sale, biarpun dengan cara merekrut orang baru dan mem4ksa mereka mengambil barang namun, yang penting barang terjual.

Untuk aku pula, mencadangkan aku mencari orang yang sanggup mengambil barang aku dan menukar hak milik. Sungguh aku kecewa dengan tindakan. Aku benar – benar buntu dan mengharapkan agar sesiapun dapat memberikan aku jalan keluar dan penyelesaian kepada masalah aku. Sesiapapun, tolonglah aku! – Uya (Bukan nama sebenar)

Aznor Basir : Terpanggil nak komen. Semoga dipermudahkan urusan awak dik. Pernah terbaca 1 ayat.. “Orang kalau tau perniagaan ni lubuk buat duit.. dorang takkan share ajak ramai – ramai semua buat benda ni melainkan orang yang dorang pujuk suruh join benda ni la lubuk duit dorang”. Hati – hati la dengan perniagaan cmni.

Atikah Suha : Saya pernah diajak oleh kawan sekolah. Siap video call bagi penerangan. Memang akan terjebak sebab semua orang ada kekangan kewangab start pkp. Tapi ada hikmah waktu tu sangat sangat busy settlekan final sem. Time tu bagitahu kawan yang saya akan contact dia semula kalau berminat. Baru terfikir nak contact dia semula by next month, but alhamdulillah terjumpa confession ni

Shitah Razali : Dik semoga kau dipermudahkn untuk bayar hutang tu. Doa banyak – banyal untuk Allah bukakan rezeki lebih baik. InsyaAllah ade.. Masa aku memuda dulu tu memang ramai kawan – kawan yang cuba tarik aku masuk MLM ni.

Syarat kena pinjaman bank lak tu. Siap belanja makan lagi sambil bagi penerangan kekayaan yang akan dapat tu. Tunjuk la slip bank la. Kereta mewah la. Aku tak sampai hati nak makan belanja dorang tu sebab dah dapat agak dah taktik tu. Syarat aku kat dorang kalau nak suh aku join aku nak tengok la dorang kaya dulu. Sampai sekarang takde pun yang kaya. Alamak mesti dorang baca aku tulis ni.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.