Aku nekad jumpa dgn ibu tiri, sampai saja dia terus peIuk aku, nangis minta maaf

Ibu cuba macam – macam nak ambil hati ayah. Ibu masak sedap – sedap, ibu keluar ‘dating’ dengan ayah. Ibu salahkan diri dia punca ayah kahwin lain. Tapi kadang – kadang ibu selalu termenung, dan ibu jadi tak tenang, Sehingga menjerit dan menangis, melutut depan ayah aku, meminta maaf dan memohon cerai.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua.. Ini pertama kali aku post confession di sini. Maaf jika jalan penceritaan ada yang agak kelam kabut, agak panjang, atau agak h4mbar. Dan terima kasih kerana sudi baca kisah aku.

Jika ada sebarang persamaan dengan sesiapa, semuanya secara kebetulan, sebab ini kisah dari  diri aku sendiri. Aku anak sulung, dan anak perempuan tunggal dalam keluarga. Adik – adik aku semua masih kecil. Aku pula, baru sahaja menamatkan ijazah aku.

Sudah bertahun – tahun aku belajar jauh di luar negeri. Selepas aku habiskan final exam dan juga final year, macam biasa aku terus pulang ke kampung halaman. Selepas aku balik, semuanya berjalan lancar, tapi tak lama.

Kami dik3jutkan dengan berita yang ayah aku kahwin lain. Aku betul – betul terk3jut sebab benda berlaku secara tiba – tiba, tambah pulak dengan aku yang baru sahaja balik. Ataupun mungkin aku tak pernah sedar selama ni perubahan pada ayah aku kerana keadaan aku yang belajar jauh dari kampung halaman.

Ibu aku? Dia lah yang paling terkesan. Cinta hatinya telahpun menduakan dirinya. Selepas peristiwa itu, suasana di rumah terus berubah. Bagai hilang sesuatu. Ibu aku juga telah berubah. Sering termenung, menangis mengenangkan apa yang sudah terjadi.

Dia sangat tertekan. Pernah juga ibu semacam tak boleh bertenang, terus menjerit dan menangis, meIutut depan ayah aku, meminta maaf dan memohon cerai. Ayahku kata “ehh ape nii .. jangan cakap benda bukan – bukan.”

Aku pula terus tahan ibu aku dengan memeIuknya, dan mengalir juga air mata aku di pipi pada waktu itu. Sejak kejadian itu, ibu merasakan apa yang telah terjadi mungkin datang dari silapnya sendiri, tetapi eg0nya tetap menyalahkan dan membenci ayah aku.

Lalu ibu lakukan pelbagai cara untuk memenangi hati ayah aku balik. Memasak makanan fav ayah aku, mencuba masakan baru, ‘dating’ bersama – sama, seperti orang baru berrcinta. Nampak bahagia, tapi hanya untuk seketika.

Bila ayah aku tiada, ibu murung kembali. Mungkin hati rindu, tetapi perit untuk akui benda itu. Macam mana dengan aku? Tipulah kalau aku kata aku tak sedih, tak str3ss semua tu. Ayah aku sendiri kot. Selama ni dengar cerita dari luar jee.

Sekali jadi dekat diri sendiri, seri0usly tak dijangka. Tambah pulak tengok ibu dengan keadaan macam tu hari – hari. Alhamdulilah adik – adik aku jenis tak banyak soal. Budak – budak kann, main je la tau, hahaha.. tapi diorang akan tanya ayah kat mana, kenapa tak balik lagi dan macam – macam lagi.

Masa ayah aku balik, diorang seronok sangat. PeIuk tak nak lepas. Masa berlalu, akhirnya aku berpeluang untuk berjumpa dengan ibu tiri aku. Semua atas ajakan ayah aku. Tetapi ayah aku langsung tak mem4ksa. Kenapa aku bersetuju?

Sebab benda dah berlalu. Sampai bila aku nak marah? Nak salahkan takdir? Benda dah jadi pun. Jadi berjumpa, hanya untuk itu. Ibu aku pula memang bersump4h tak mau berjumpa dengannya langsung. Ya ibu aku masih marah.

Itu hak dia. Aku pula lebih kepada, ‘follow the flow’. Jika rasa benda baik, ikut. Kalau tak, aku tahu apa yang patut aku buat. Semasa dalam perjalanan ke rumah ibu tiri aku, sump4h aku berdebar. Bersediakah aku? Kuatkah aku? Sanggupkah aku??

Tapi semua aku diamkan. Dah dalam perjalanan dah pun. Sampai di rumahnya, hahh itu dia, ibu tiri aku. Dia pandang aku dan senyum pada aku, lalu terus datang kepadaku. Aku salam tangannya seperti biasa, tetapi dia terus memeIuk aku sambil menangis, sambil meminta maaf kepada aku.

Aku kaku di situ. Ehh nak buat apa ehh. Macam blank terus jadinyaa, haha tapi aku peIuk dia balik. Ayah aku? Ada di belakang kami. Ohh tengah lap air mata rupanya. Ehh ceng3ng jugak ayah aku nii hishh. Entah apa ayah aku fikir masa tu.

Aku? tak fikir apa – apa pun. Tak tau jugak masa tu apa yang aku fikir. Mungkin masih tak sangka semua benda ni jadi. Mungkin juga tak sangka aku dah berada di rumah ibu tiri aku. Mungkin juga masih fikirkan kekuatan aku menghadapi semua ini yang entah sampai bila.

Sekarang dah beberapa tahun benda ni berlalu. Ibu aku sekarang sudah kepada fasa redha. Ayah aku pula memang sekarang bergilir – gilir balik ke rumah kami. Tapi ada waktunya ketika kami semua kerja dan sekolah pada waktu siang, ayah aku yang cuti pada ketika itu akan ke rumah ibu tiri aku.

Ibu aku marah juga kadang – kadang dan mengatakan ayah aku tidak adil, kerana ada ketika ayah aku kerja shift malam, dia takkan balik ke rumah kami yang tiada orang siangnya itu. Dia akan ke rumah ibu tiri aku dan terus pergi kerja pada petang itu.

Makanya kami tak akan sempat berjumpa pun. Ayah aku pula kata dia kesunyian di rumah sorang – sorang ketika kami tiada. Entahlah, mungkin ibu aku betul. Dia kadangkala sunyi ketika ayah aku tiada. Mungkin tindakan ayah aku juga betul.

Dia juga sunyi waktu kami tiada. Tetapi memang ketara waktu ayah aku bersama kami agak terbatas. Pernah sehingga seminggu kami tidak berjumpa, membuatkan kami terlalu merindukan ayah kami. Per4ngai ibu tiri aku pula m4kin lama m4kin lain.

Kadang – kadang dia sangat baik, tetapi kebaikannya itu kadang kala kelihatan keterlaluan, seperti ketara sangat ingin memenangi hati kami adik beradik, dan kadang kala membuatkan aku berasa agak tidak selesa dengan caranya itu.

Mungkin itu caranya dan gayanya. Selalu juga aku keluar bersamanya, sudah tentu tanpa pengetahuan ibu aku sendiri, untuk menjaga hatinya. Terbit juga rasa bersalah kerana menipu ibu aku, tetapi bukan itu niat aku.

Apa yang aku ingin simpulkan di sini, benda yang kita tak pernah jangka, tak pernah terfikir, Jika Allah mahukan, memang akan men1mpa kita. Semuanya atas kehendak-Nya. Semua untuk menguji kita sama ada kita masih mengingati-Nya atau tidak, sama ada ketika senang brgembira atau ketika duka meIanda.

Apa yang penting, kita sendiri kena kuat menghadapi benda ini. Aku sendiri pun mungkin nampak seperti tiada apa – apa, tapi sebenarnya aku s4kit bila fikirkan benda ini. Pernah sampai terbawa – bawa sampai ke mimpi, bila tersedar dari mimpi aku terus menangis meraung.

Sebagai anak, lagi – lagi yang sulung perempuan, benda ini memang bawak kesan sangat – sangat besar dalam diri aku. Aku jadi takutkan segala kemungkinan yang bakal jadi. Jujur aku takut sangat – sangat. Tambah pula adik – adik aku yang masih kecil semuanya.

Aku takut aku tak kuat. Buat sesiapa yang ada pengalaman seperti aku, aku teringin nak tahu macam mana kalian hadapi benda ini, macam mana juga kalian boleh jadi kuat untuk orang – orang yang kalian sayang .. Tolong juga doakan aku. – Rahs

Komen warganet :

Khadijah Muhammad : Mungkin adik belum berkahwin atau belum pernah bercinta. Maka adik belum betul – betul mengetahui apa yang bermain di fikiran seorang isteri. Pesan akak, utamakan ibu.. ibu.. ibu.. bahagiakan ibu..

Hanya ibu dan hanya untuk ibu, dunia dan akhir4t. Percayalah.. kecewa, dugaan ibu lebih besar dari apa yang kamu lihat. Ibu perIukan kekuatan kamu.. kasih sayang kamu.. gunakan masa yang ada untuk hiburkan ibu.

Jangan bagi kosong, bawa ke majlis – majlis ilmu, jalan – jalan. Saya doakan moga ibu kamu dipermudahkan dalam urusan di dunia dan mendapat syurga atas kesabaran ini. Kesian anak – anak kecil kurang kasih sayang ayah. Dah keje shif tambah lagi satu giliran.. emmm.

Shahidah Zulkifly : Sorry.. dalam hal ni, saya lebih berpihak pada mak confessor. H4ng sebagai anak, kena jadi penyejuk hati mak h4ng. Dah la mak h4ng dimadukan, siapa lagi yang dia nak menumpang kasih kalau bukan anak – anak kandungnya sendiri?

Daripada h4ng keluar berjalan dengan mak tiri h4ng, baik h4ng sendiri keluar bawak mak h4ng pergi berjalan – jalan. Kesian dekat mak h4ng. Siapa lagi dia nak dapatkan sokongan moral kalau bukan anak – anak?

Baik dengan orang biar berpada – pada. Jangan sampai mak sendiri terasa hati bila anak sendiri tak support ibu kandung sendiri. Ehhh… terem0 pulak… huh!!!

Aini Aris : Pikir satu jela. Mak awak lahirkan awak dan adik – adik. Besarkan elok – elok, jaga ayah elok – elok, h4rung susah senang. Bila dah senang. Tiba – tiba ada orang lain datang nak join sekaki. Lepas tu sebab nak adil, dia ambil masa yang sepatutnya dengan kita, dengan mak kita.

Tu baru masa, belum bab nafkah lagi. Tiba – tiba mak kita kena redha terima semua. Sebagai anak tolong la support mak sendiri. Kalau kami tak mau ambil tahu pun beIah famili sana. Suka hati la nak buat apa.

Nora Haron : Dik, Baik mana pon mak tiri tu mak sendiri ada lagi. Jaga hati dia, tak perlu nak baik sangat dengan orang sana tu. Hormat je sudah. Kalau dia betul – betul baik dia tak kahwin curi dengan ayah awak. Tak perlu nak buat sampai kena tipu mak sendiri hanya kerana nak keluar dengan mak tiri.

Sedih kot. Memang rasa kena tik4m belakang lah. “Anak aku tipu aku sebab nak keluar dengan madu aku”. Kalau awak kat tempat mak awak, apa awak rasa?

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.