
Sepanjang mak aku kahwin dengan bapak, mak jaga anak – anak tiri dengan baik. Sampai habis bergadai tanah, emas sebab nak ubatkan anak tiri yang 0KU. Satu hari, kakak tiri nampak abang 0KU aku meng4muk. Dia terus tuduh mak aku punca mereka meng4muk. Saat itu, aku nekad bawa mak dan bapak keluar..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, saya tak tau macam mana nak mulakan cerita saya ni. Saya dah kusut tak tahu nak luah ke mana. Begini, saya mulakan dari awal, tapi saya cuba ringkaskan. Saya ada 11 orang adik beradik dari dua orang ibu.
Bapa saya seorang pesara kerajaan. 35 tahun dahulu, bapa saya berkahwin dengan emak saya setelah kem4tian isteri pertama. Dengan isteri pertama ada 9 orang anak, 4 lelaki dan 5 perempuan. Yang lelaki sorang tu normal tapi tak berapa normal sebenarnya sebab tak bergaul langsung dengan orang sekeliling.
Sudah berumahtangga. Saya namakan Ahmad. Yang lagi sorang ada masalah mentaI, Saiful dan 2 kembar hidap skiz0frenia. Dengan isteri baru iaitu emak saya, ada 2 orang anak lelaki. Saya anak yang sulung. Beza umur emak saya dan kakak sulung, saya namakan dia Aina dan kedua saya namakan Fatimah.
Dua – dua ni lahir tahun sama. Sorang bulan januari, sorang bulan disember cuma 3 tahun lebih tua. Nampak macam pening sikit kan. Nak dijadikan cerita, memang Fatimah ni sangatlah jaki dengan emak sejak dari awal emak masuk ke dalam keluarga tu.
Semasa emak berkahwin dengan ayah, dua orang kakak ini sudahpun berumahtangga. Emak menjaga keluarga ayah dengan baik walaupun kelakuan anak – anak tiri terhadap beliau sangat meny4kitkan hati. Ayah tahu benda ni tapi tak pernah pun menegur sikap anak – anaknya, nasib emak tak pernah dibela.
Abang – abang saya yang 0KU tadi dijaga emak sampaikan untuk perubatan mereka, emak sanggup menjual rumah pusaka beliau, barang – barang kemas miliknya sepanjang 30 tahun ini memandangkan pencen ayah tidak mencukupi kerana ayah pesara berpangkat rendah.
Ayah dan adik beradik percaya peny4kit kembar skiz0 ni sebab buatan orang, jadi duit dihabiskan pada b0moh serata Malaysia, tapi tak pernah dibawa ke hospitaI sehinggalah duit habis. Mak dah tak ada apa – apa lagi untuk dijual, barulah ayah terima cadangan mak untuk bawa diorang ke hospitaI.
Hasilnya kedua – dua kembar tadi didiagnos sebagai skiz0frenia. Emak pula anak yatim piatu, jadi tiada keluarga untuk beliau mengadu nasib. Kakak saya yang kedua ni tinggal bersama anak – anaknya di bandar, sesekali ada menjengah ke kampong, pasti emak akan berendam air mata kerana kata – kata beliau.
Ada sahaja yang tidak kena di mata dia. Beliau juga sering menghasut adik beradik lain supaya, “tidak mempercayai emak tiri.” Manakala abang sulung saya yang konon normal tadi dan keluarganya, tinggal bersama ayah, emak, 3 beradik 0KU dan seorang adik lelaki saya yang bekerja kampung.
Sekarang, ayah tidak lagi boleh berjalan, tidak mengenali orang kecuali emak dan abang 0KU, Saiful. Untuk berjalan ke bilik air, ayah perlu dipapah, dan biasanya emak dan Saiful yang menolong. Kalau adik saya tak bekerja, dia akan tolong pula.
Abang saya, Ahmad h4ram tak pernah masuk dekat. Abang Ahmad selalu mengadu dekat kakak Fatimah, yang emak selalu memarahi kembar skiz0frenia tadi. Sedangkan kembar ni memang kena tegur selalu, kalau dibiarkan, mereka tidak makan ubat, bermain air dan k3ncing di dalam kolah air mandi.
Kembar skiz0 ni juga banyak kali kantoi mengendap ke dalam bilik isteri saya setiap kali balik kampung, menyebabkan isteri saya f0bia nak balik rumah tu, nak jugak pernah men4mpar anak saya yang berumur 4 tahun bermain dekat dengan mereka.
Untuk pengetahuan pembaca, mereka memang tak suka budak – budak. Hendak ditegur tak boleh sebab nanti dik4ta fitnah pula oleh adik beradiknya. Pada suatu hari, salah seorang kembar skiz0 ni bermain air sampai melimpah membasahi sebahagian dapur, lalu kakak ipar saya isteri Ahmad tadi menegur si skiz0, menyebabkan beliau membebel – bebel dan sedikit meng4muk.
Kebetulan emak berada di situ, dan kebetulan kakak Fatimah ada di kampong, terus kakak menuduh emak yang menyebabkan skiz0 tadi meng4muk. Emak cuba membela diri, kakak ipar cuba menerangkan perkara sebenar, kakak Fatimah entah macam mana naik h4ntu terus mengatakan, “diam, ini bukan rumahmu, korang semua orang luar, aku tak perlu orang lain jaga adik aku.”
Emak menangis, adik saya menelefon saya menceritakan perkara ini. Saya balik ke kampung, siasat. Saya bertanya kakak ipar (saksi kejadian) dan Saiful (kerana bagi saya beliau tak pandai menipu). Setelah itu, saya mengambil keputvsan untuk membawa emak dan ayah keluar dari rumah itu.
Kakak Fatimah dan Abang Ahmad tidak berkata apa – apa, tapi Saiful menangis hendak ikut. Saya tidak boleh bawa emak seorang kerana ayah hanya tahu menyebut nama dua orang ini saja, lagipun tempat emak di sisi ayah.
Saya menyewa rumah berdekatan dengan rumah kakak nombor 5. Beliau setakat ini neutral terhadap emak. Kalau ikutkan hati, mahu saja saya bawa mak ayah ke KL tinggal bersama saya tapi memikirkan adik beradik orang susah, abang – abang ipar hanya bekerja kampong (buruh, pemandu lori, pekerja am dan lain – lain susah pula kalau diorang nak menziarah ayah.
Tinggallah kembar skiz0 bersama abangnya Ahmad, dan kakak Fatimah, kakak balik kampung untuk jaga adik – adiknya, sesekali saja naik ke bandar rumah anaknya. Tetapi anak – anak Abang Ahmad baik dengan emak, perbualan kakak fatimah dan abang Ahmad sentiasa sampai ke telinga kami melalui anak kakak fatimah yang datang menziarahi atuknya.
Melaluinya, kami dapat tahu kakak fatimah ingin bawa perkara ini ke mahkamah atas alasan, “kami mencuIik ayah”. Kami tidak pernah halang mereka ziarah ayah, tapi mungkin mereka yang malu mata nak mengadap emak sebenarnya.
Mereka juga menuduh emak melarikan ayah semata – mata kerana pencen. “seorang anak mencuIik ayah”, “seorang isteri mencuIik suami”, Saya ingin bertanya adakah salah tindakan saya ini?
Komen Warganet :
Cik IrLia Hijazzi : Tak salah. Jangan risau. Rasionalnya…awak lelaki dan bertanggungjawap terhadap ibu bapa. Si kakak B. Urusan sepatutnya di bawah tanggungan suami dia. Jika dia mahu sabitkan kesalahan. Fakta akan timbul, syurga ibu anda di tapak kaki suami. InshaaAllah..
Nurul Farhana : Tak salah. Tindakan yang bagus. Dan bukan hak mak anda untuk jaga anak – anak tu kalau adik beradik lain sibuk duk mengata. Biarkan je diorang. Diorang sebenarnya dah tersepit tu nak jaga adik dia yang oKU mentaI. Apa awak patut buat. Biarkan je sebab takleh buat apa – apa. Apa ke pelik isteri culik suami. Haha
Rasyidi Illias : Orang b0do jer kata anak culik ayah. Dua kali b0do kata isteri culik suami! Biarkan nak bawak ke mahkamah mana pun. Tak ke mana. Yang pasti kat akhir4t siapa yang tak betul jawab depan mahkamah Allah.
Awak dah buat yang terbaik. Mak awak pun sama. Cuma perhatikan jer yang skitz0 tu makan ubat. Sebab skitz0 ni boleh bertindak luar kawalan bila – bila jer. Allah melihat segalanya dan bersama orang yang benar.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.