
Aku dan suami kahwin muda umur 21. Suami masih tengah buat praktikal dan hanya harapkan duit elaun RM600 sebulan. Rumah kami tak ada TV, tak ada peti ais. Aku plak sekarang tengah mengandung, baru – baru ni aku merajuk tak nak balik rumah, suami menangis merayu suruh balik.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih kepada admin sebab sudi siarkan kisah aku. Aku seorang isteri. Seorang isteri yang hamiI. Umur aku 21 tahun. Aku baru je nikah beberapa bulan lepas.
Suami aku sebaya dengan aku. Banyak soalan aku dapat rata – rata berbunyi, “Best tak kawin?” Meh aku cerita. Aku seorang student yang mengalami masalah depr3ssion. Bila s4kit macam ni, aku dalam keterp4ksaan ambil tindakan drastik untuk cuti belajar disebabkan beberapa lecturer aku agak tak supp0rtive and selalu downgrade students; aku tak terkecuali.
Jadi bagi mengelakkan penyakit yang aku hadapi selama lebih satu tahun tu kembali, aku rehat sekejap dari belajar. Tapi tak sangka pulak rupanya aku pregnant. Suami aku? Oh dia masih dalam praktikal di Subang. Tanpa gaji.
Jadi macam mana dia sara hidup kami? Duit elaun MARA sebanyak RM600 dan beberapa duit belanja yang aku sendiri peroleh dari ibu yang memang tak lebih dari RM1,000. Aku dengan suami ni sendiri bukanlah jenis bercinta lepas nikah.
Setahun sebelum nikah kami bercinta. Pun begitu, sebenarnya tu pun aku tak kenal dia sangat. Lepas kahwin, barulah aku tahu deep down dia ni macam mana. Biasalah orang mengandung, banyaklah ragamnya tapi aku masih belum mintak nak rusa putih lagi, dan mintak – mintak takkan mengidam nak naik UFO pulak.
Rumah yang aku tinggal dengan suami sekarang ni sangat basic. Ada dapur masak, mesin basuh, tapi takde tv mahupun peti ais. Hiba tak ade peti ais ni terutama bila kita jenis nak masak – masak. Takkan nak makan megi je kan?
Suami aku tak pernah merungut. Bila mengandung, aku mula ada morning s1ckness, mengidam nak itu, nak ini, tak lalu makan, merengek macam budak dan sebagainya tapi suami aku tak pernah merungut. Sikit pun tak pernah.
“Ish” ke, “aduh” ke, “ala” ke. Tak. Takde. Pada usia semuda itu, yang mana kawan – kawan sebaya dia sibuk bercinta lagi dan lagi, enjoy sana sini, dia pulak dengan penuh kasih sayangnya jaga seorang isteri yang mempunya sindr0m mengadalisasi.
Aku ingat lagi masa hari pertama kahwin. Dia ada cakap role model dia adalah ustaz Ebit Liew dan Adam Corrie. Dia memang tak pernah sekali pun mem’bini’kan aku depan sesiapa pun even dalam wasep. Dia akan guna ‘isteri’ atau ‘wife’. Bukan ‘bini’.
Aku memang jenis malas sikit. Tambahan pregnant ni asyik s4kit je. Suami aku sikit pun tak pernah marah – marah kalau dia balik tengok rumah macam sepah sikit (sebab dia perfectionist). Dengan tenang dia yang kemas semua tu.
Kalau aku tak masak, dia tenang je. Tiap malam aku rasa berd0sa sebab tak sempurna untuk dia. Tiap malam jugaklah aku tanya “awak marah saya ke?” Dia jawab “tak” sambil peIuk aku. Menitik airmata tiap kali dia buat camtu.
Ada satu hari tu aku buat hal tak nak balik rumah. Nak duduk rumah ibu. Menangis suami aku sebab fikir seolah aku tak bahagia dengan dia. Dia menangis kata dia memang teringin nak belikan aku baju raya tapi dia tak mampu sebab dia tak ada duit.
Dia nak belikan aku peti ais sebab tak nak aku tak balik rumah duduk dengan dia. Merayu – rayu dia nak aku duduk rumah temankan dia. Asyik minta maaf untuk sesuatu yang bukan salah mutlak dia. Ayat dia yang paling buatkan aku tersentak;
“Saya minta maaf sebab tak mampu nak bagi hiburan apa – apa sepanjang saya kerja. Minta maaf sebab saya kerja, tinggalkan awak sorang. Minta maaf sebab tak mampu belikan baju raya untuk awak. Tapi tolonglah duduk dengan saya. Saya rasa tak lengkap.”
Padahal aku cuma merajuk sebab dia tidur balik bila aku k3jut dia sahur je. Terbongkar terus semua isu yang dia bendung selama ni yang tak pernah aku tahu. Tak sangka, eg0 seorang lelaki tu bukan je taknak nampakkan dia lemah tapi jugak nak buatkan kita rasa yakin dengan dia.
Asik kita dengar peng0rbanan isteri dalam rumahtangga tapi amat jarang sekali berkenaan peng0rbanan suami dalam rumahtangga. Ya Allah, Kau rahm4tilah setiap suami yang bersusah payah demi membahagiakan isterinya semata untuk mendapat rahmat dari Mu.
Wahai suamiku, semoga Allah membaIas setiap titisan peluh dan lelahmu yang menitis kerana kebaikan. Barangkali, bukan suami aku yang tak sempurna tapi aku yang tak sempurna tanpa suami aku 🙂 Jadi, kembali pada soalan.
Best tak kawin? Best, kalau kita kahwin niat lillahita’ala dan kahwin dengan orang yang sayang kita. Hargailah tiap orang yang hadir dalam hidup kita tu sebab kalau kita tak hargai, orang lain boleh tolong hargaikan untuk kita! – Isteri Yang Bertuah
Komen Warganet :
Noor Ila Jannah : Akak lalui situasi sama macam ko. Kahwin awal, baru habis belajar, gaji kecik. Dan kisah mengada kita pun lebih kurang je. Suami akak macam suami ko juga, dia tak ‘bini – bini’ kan, walaupun akak sendiri yang bahasakan, “bini awak ni bla bla..” tapi dia tetap, “isteri abang ni dah cukup sempurna untuk abang, sygg”.
Banyak kesalahan sepanjang jadi isteri dia, tak mampu baIas jasa dia. Hanya dalam doa akak mohon Allah hadiahkan suami dengan ganjaran syurga. Dia terlalu baik, buat kerja rumah sama – sama, lepas kerja takde keluar dengan kawan.
Anak – anak manja dengan dia, tangani masalah dengan tenang, tak cakap buruk pasal orang, tak suka masam muka dengan orang. Paling penting jadi imam kepada isteri dan anak – anak.
FiQa Nsz : You’re lucky girl. Muda – muda pun dah jumpa j0doh yang sangat bagus. Orang luar sana umur dah m4kin bertambah pun tak jumpa – jumpa j0doh. Kalau nk cari guna website cari j0doh pun kena bayar.
Kau kena bersyukur sebab kau depr3ss pun ada laki nak jaga kau, sayang kau. Kalau pasal rezeki tak lengkap, tu bukan bermakna suami kau tak sempurna. Dari kau dok komplen gitu gini baik kau tolong sikit – sikit.
Contoh buat business online. At least boleh la beli peti ais nanti. lepastu buang sikit per4ngai tak m4tang nak merajuk balik rumah mak setakat dia tak bangun sahur. Tu dia kepenatan lahai. Aduh emoti0nal pulak aku malam – malam ni. Kau kena ingat kita ni manusia bukan robot.
Zuraida Othman : Jarang nak baca confession yang cerita kahwin muda tu best, kebanyakan asik cite jangan kawin muda sebelum ada harta, ada kerjaya, ada segala gala. Pastu banyak plak yang menuduh kahwin muda sebab nafsu.
Akak tabik kat orang macam awak ni yang berani kahwin muda, kemudian bina hidup, susah senang bersama. Semoga berbahagia hingga ke jannah hendaknya… Amiiiin…
Fatma Zehra Huseyin : Baru faham, itu rupanya yang tersembunyi dalam hati lelaki bernama suami. Betapa meraka inginkan yang terbaik untuk isterikan, nak buktikan yang mereka mampu menjaga si isteri walaupun masih muda.
Awal – awal kahwin, biasalah merajuk sikit – sikit, kan seronok kena pujuk. Dah lama kahwin pun kenalah g4duh gak sikit – sikit, kan comel je. Tapi bukanla tahap nak balik rumah mak pulak. Adik mempunyai suami yang cukup baik dan memahami.
Jaga betul – betul ye. InsyaAllah akak doakan kelapangan rezeki buat adik berdua dan kebahagiaan di dunia akhir4t, insyaAllah.. amin. Jangan banyak nangis tau, nanti baby lahir pun kerap nangis. Happy – happy je, enjoy your marriage life
Maf Holics : Kalau tanya akak, yes, kawen tu best kalau kita saling melengkapi. Tapi kena ingat dik, setiap perkahwinan pasti ada dugaan. Dan dugaan setiap pasangan berlainan. Ada yang diduga suami curang, isteri curang, anak s4kit, kewangan tak cukup, dugaan dengan mertua, ipar duai dan macam – macam lagi.
Tapi selagi kita ada akal, ada iman, anggap dugaan tu semua rempah ratus dalam rumah tangga. Tak seronok jugak kalau nak manis je, kena diab3tes nanti. Perkahwinan ni macam main game. Ada goal yang kena capai.
Dan sebelum menang, ada rint4ngan yang perlu dihadapi. Akak pun baru 10 tahun kahwin. Dan masih banyak yang kena belajar dalam rumah tangga. Apa pun, semoga kita semua bahagia hingga ke syurga.. Aamiin…
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.