
Ayah aku ni tak akan makan kalau mak tak sendukkan nasi. Sama dengan per4ngai abang aku, umur 27 tahun tapi baju kotor mak aku yang kena pegi ambik dalam bilik untuk basuh. Aku tengok kakak aku kahwin pun macam tu. Suami jadi raja seronok main game. Aku nekad bila kahwin terus ‘ajar’ suami..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Aku ni takdelah orang yang berpengalaman 10 – 20 tahun dalam alam perkahwinan. Tapi, aku start cari ilmu pasal perkahwinan ni dari 4 tahun sebelum aku berkahwin. Terpulang untuk korang judge sama ada setuju ataupun tak dengan cara aku untuk membentuk seorang insan bergelar ‘suami’ ni.
Nanti mungkin ada yang kata, alah, baru kahwin boleh la cakap. Aku tak kisah dan ini adalah peringatan buat wanita yang akan berkahwin dan yang baru berkahwin. Lain orang, lain cara. Aku hanya nak kongsi je apa yang aku buat
Aku dibesarkan dalam keluarga yang merajakan lelaki. Memang menyiksakan. Aku pun tak paham, tapi mak aku sangat merajakan lelaki kat dalam rumah. Ayah aku kalau nak makan, dia takkan sendukkan nasi dalam periuk sendiri melainkan mak aku dah siap letak atas meja.
Dia hanya datang untuk makan je. Dan mak aku pernah cerita, dia cakap ayah memang dari dulu lagi takkan senduk nasi sendiri kecuali mak yang sendukkan. Pahala untuk mak aku, tapi kadang – kadang dia pun merungut jugak.
Jadi aku rasa menyampah sangat. Abang aku, mak aku akan kutip baju – baju kotor dia dalam bilik. Bayang eh, mak aku masuk cari baju kotor dia dalam bilik dari kecik, sampai zaman sekolah and until now. It still happen.
Lepas tu lipat, susun balik dalam bilik abang aku, then bising. Penatnya lipat baju, tapi abang aku sepahkan balik. Dia sekarang 27 tahun dah kot. Adik – adik aku yang lain pun sama. Walaupun kalau duduk asrama, hujung minggu mak aku akan call untuk datang asrama ambik baju – baju kotor.
Balik basuh, kemudian hantar asrama balik. Aku ni dah berbuih mulut nasihat kat mak aku supaya tak payah buat benda tu semua. Diorang dah besar panjang. Tapi banyak je alasan mak aku ni. Kesian lah, nanti bising lah, ape lah.
Kalau bukan mak aku yang buat, dia akan suruh anak – anak perempuan dia yang buat. Jadi aku rasa annoying lah. Aku rasa benci hidup jadi h4mba lelaki. Aku tahu tu salah mak aku sebab dia ajar hidup macam tu. Aku pernah tengok, abang aku marah mak aku sebab seluar dia lupa letak mana. Geramkan?
Aku tahu tak semua lelaki macam tu. Dan aku dah bertekad, aku takkan kahwin dengan lelaki jenis macam ni lagi. Bila aku tengok kakak aku, aku rasa benda yang sama jadi. Bila dia masak, suami dia main game. Lepas hidang, panggil suami dia makan.
Lepas makan, pinggan suami dia tu pun dia angkat ke sinki. Suami dia just cuci tangan je. Tapi aku tak salahkan suami dia. Sebab aku tengok, kakak aku yang offer diri. “Dah siap makan? Tinggal la pinggan. Pergi cuci tangan.”
Diorang baru setahun kahwin. Aku tahu, perempuan ni bila dah sayang, semua dia sanggup buat. Dia suka untuk merajakan suami. Dia rasa puas dapat hidang semuanya. Tapi percayalah, rasa puas tu takkan kekal lama kecuali kau buat tu memang Lillahitaala.
Kalau kau buat just untuk tunjuk kasih sayang kau kat suami, lama – lama kau akan mula merungut, akan penat, akan mengungkit. Wahai bakal isteri, usia awal perkahwinan ni bagi aku sangat – sangat penting. Macam anak – anak la, masa kecik adalah masa ni la kau nak pulun didik dia.
Perkahwinan sama jugak, ada golden ages. Iaitu saat cinta korang tengah hangat lagi ni. Masa ni la kau nak melentur betul – betul sang suami. Dalam nak melentur, mestilah kena ada kesabaran. Tapi tak seteruk sabar lepas kau da berpuluh – puluh tahun kahwin. Sebab rebung dah jadi buluh. Mungkin nampak macam queen control tapi versi muslimah.
1. Ajak buat kerja rumah sama – sama. – Just ajak or mintak tolong, mesti dia buat. Kau jangan arah, sebab lelaki ni ada eg0. Dia tak suka di arah. Kau ajak je, hari ni kita masak sama – sama boleh? Kalau sayang masak, abang tolong urus kain boleh?
Bagitahu sekali alasan kau. Kalau kau penat, cakap kau penat. Jangan tarik muka je, then cakap laki tak nak tolong. Girls, orang laki ni tak faham kalau kau tak cakap. Macam mak aku, dia selalu sangat merungut ayah aku tak tolong.
Padahal dia tak cakap pun nak ayah aku tolong. Some man ada common sense, tapi aku rasa tu 1:100. Jangan rasa kau ni isteri yang gagal kalau suami sama – sama buat kerja. Kau loser kalau kau tak gunakan kesempatan kat awal perkahwinan ni.
Ada isteri rasa hebat bila dia buat semua kerja rumah. Balik rumah, tak sempat rehat terus masuk dapur. Buat kerja itu ini, sampai 12 malam baru boleh rehat. Kalau kau tak merungut takpe, syurga untuk kau sebab pahala isteri kat rumah tu besar. Tapi kalau kau merungut, penat dapat, pahala tak dapat. D0sa lagi dapat kalau kau mengumpat suami lepas tu.
2. Solat jemaah dengan suami. – Aku rasa, ini adalah benda penting nak buat. Mula dari awal kahwin, sebab semua tengah manis. Jangan tunggu sampai kau dah rasa awkward nak ajak suami buat kebaikan. Betul tak, orang yang dah berpuluh – puluh tahun kahwin rasa awkward nak ajak suami buat benda baik?
Aku tak pasti. Aku tak sampai berpuluh tahun lagi. Tak layak pun nak kongsi pengalaman, tapi aku nak share jugak. Bila kau solat berjemaah dengan suami, lepas solat tu kau kena biasakan untuk sebut mintak maaf. Kau eg0?
Sekarang kau kena pecahkan. Biasakan perkataan maaf. Sebut dengan jelas. aku rasa cakap ‘sorry’ tak sama dengan cakap ‘mintak maaf’. Mintak maaf ni lagi deep. Bagi aku la. cakap je, “abang, sayang mintak maaf semua salah sayang tadi.
Tadi sayang bukan nak marah, tapi ter em0si pulak. Kebetulan ada abang. Jadi abang la jadi m4ngsa.” Percayalah, dia takkan marah kalau kita jujur. Dia akan rasa comel je. Sebab tengah manis kann. Waktu lepas solat, antara waktu yang paling sejuk untuk kau mintak maaf, bagi teguran, cerita masalah.
Aku perasan, suami aku pun dah jadi macam tu jugak. Everytime ada salah, dia tertinggi suara ke, dia akan mintak maaf masa salam. “Abang mintak maaf, abang tak patut buat macam tu tadi.” Suami aku pun awkward masa first time nak solat jemaah.
Dia bukan geng surau. Dia tanya, nak solat dengan dia ke? Peliknya.. haha.. aku cakap, yela, awak kan imam saya.. perghh.. sawitnye la. Tapi lepas tu, dia dah faham. Setiap kali nak solat, dia akan tanya, nak solat sama – sama tak?
The point is, aku yang induce dulu. Lepas tu akan jadi rutin. Mungkin korang akan cakap, alah, awal kahwin je tu. Tengok lah nanti. Tapi aku yakin, ni adalah usaha aku untuk bentuk keluarga. Apa akan jadi in future, tu aku tak tahu. Yang penting, I tried something.
3. Jujur Jujur Jujur. – Girls please. Jangan lah tarik muka dan diamkan diri je bila jadi pape. Then kau buat andaian. Andaian ni tak bagus untuk hubungan suami isteri. Aku belajar dari mak aku, dia takde duit, tapi tak nak mintak dengan ayah aku.
Dia just cakap, mak tahu ayah takde duit. Tak pun dia cakap, buat apa nak minta, buat kena marah je nanti. Dia tu suami kau kan. Dia tempat kau bercerita. Bukan anak – anak. Boleh je nak cerita dengan anak – anak, tapi kau akan hadap masalah yang sama sampai akhir hayat kau.
Dan selama itu lah kau akan rasa s4kit hati. Pernah dengar tak orang yang cerai sebab benda kecik je. Biasanya handphone. Hal kecik, kalau kau genggam lama – lama, akan jadi berat. Aku just nak share, dari awal kahwin, aku cuba untuk jujur dari segala segi dengan suami.
Aku rasa geram bila dia tak sangkut kunci kat tempat sepatutnya. Sehari dua boleh la pejam mata. Tapi ni suami yang akan hidup dengan kau bertahun – tahun. The problems need to be solved. Aku akan jujur, “abang, sayang tak suka abang letak kunci kat sini. S4kit mata tengok. Lepas ni jangan buat lagi ye. Ini tempat sangkut khas untuk abang”.
Then, senyum. Suami tak s4kit hati, kita pun tak s4kit hati. Perempuan ni susah sikit, dia perhati every single details. Boleh pecah kepala kalau nak hadap bertahun – tahun pasal benda kecik. Satu lagi, kalau tak cukup duit belanja dia bagi, I will be honest. “Abang, ayam tinggal 2 ketul je. Sebab abang bagi duit banyak ni je, so tak dapat restock. Duit dah habis. Malam ni kita makan maggi je.” Simple.
Memang la ada suami yang tak mampu nak tambah duit belanja, but he will think after this and try to make effort to give more. Jangan main assume je. Kau tak boleh predict apa usaha yang dia akan buat untuk jalan kan tanggungjawab dia
4. Selalu cakap terima kasih. – Please please please. Jangan malu untuk cakap terima kasih. Memang la, kadang – kadang aku rasa reaksi dia biasa je kalau cakap terima kasih. Tapi aku yakin, deep inside, dia rasa terharu. Dia rasa dihargai.
Lelaki, sama je macam perempuan. Dia pun nak rasa dihargai. Ada orang kata, tak pandai lah nak main dengan perkataan ni, tunjuk dengan perbuatan je. Pergi buatkan air, urutkan badan suami. Tapi, tak sama dengan kau ucap terima kasih.
Jangan lupa mention sekali terima kasih untuk apa. Okaylah.. tu je dulu perkongsian. Aku dah takde mood nak type ni. Baru dapat berita tak gembira dekat email, haha.. Selamat mencuba ya semua.. Jangan kecam ye, aku saje je nak share. Tak baik sangat pun, kami ada jugak masalah rumah tangga. Biasa la tu kan. – Aisya (Bukan nama sebenar)
Komen Pembaca :
Nor Ku : Perkongsian bagus. Dan jangan lupa didik anak buat kerja rumah. Equal tak kira jantina. Alhamdulillah jika dididik dari awal bila dah berusia mudahnya dapat tumpang kedrat anak – anak. Anak bujang saya pantang dimintak tolong. Tip top kemas dapur. Terharu bila bangun pagi sinki dapur bersih siap pinggan bercuci sebab maknya dah letih seharian kerja. Syukur pada Allah.
Rosmaini Ibrahim : Betul saya setuju part jujur tu. Biasa kalau nak minta apa – apa kat suami kita akan cakap yunk tolong belanja kasut sepasang, duit saya dah abis. Bagi isteri bekerja cakap macam tu tak jujur lah kan. Dah nama wife keja mesti lah ada duit.
So saya tukar ayat tu kepada, Yunk saya ada je duit tapi saya nak lah jugak rasa awak belikan kasut untuk saya. Nak lah jugak merasa duit awak belikan apa – apa tuk saya. Tu contoh. Tapi bila compare 2 ayat tu, ayat ke dua lagi mudah suami izinkan tanpa banyak soal. Kalau ayat pertama tu silap haribulan suami akan soal mane pergi gaji awak? Bla bla bla.. Hope suami tak bace lah komen saya ni.
Nur Sabila : Perkongsian yang bagus. Tak kira kau baru kahwin atau pun dah lama kahwin. Kalau kongsi sesuatu yang baik kita pun dapat manfaat dia. Yes aku setuju memang susah nak ubah lelaki. Kalau kau masih ada adik perempuan yang lain tapi aku seorang ja anak perempuan.
Memang penat kalau budaya merajakan lelaki ni. Aku minta adik beradik aku basuh pinggan pun kena marah dengan mak aku. Sebab tu nanti kalau nak kahwin aku nak cari – cari betul. Mak aku bising juga sebab aku sambung study lepas diploma.
Dia kata nanti lambat kahwin. Aku rasa better lambat kahwin tapi jumpa pasangan yang baik. Kalau bab kerja rumah tu mungkin boleh ajar pelan – pelan tapi kalau bab solat kena tegas juga. Kena suruh bakal suami belajar sebelum kahwin kalau sebelum ni dia tak pernah solat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.