
Abang dan kakakku, andai masa kalian boleh aku bayar, aku sanggup demi melihat senyuman di wajah walid sebelum walid tiada di dunia. Hanya dengan dapat lihat gambar kalian yang aku tunjuk dari fb pun walid gembira sampai dua tiga hari minta nak tengok lagi.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau kisah aku ni di approve.. Salam Ramadhan buat semua. Lagi beberapa hari kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri kan. Moga raya kali ini lebih bermakna buat kita semua.
Tadi aku ada terbaca confession pasal abang pentingkan rumah mertua bila raya. Dekat nak raya ni aku percaya banyak kisah anak tak balik raya, kisah ibu bapa rindu anak dan banyak lagi lah. Bila baca cerita macam tu aku jadi sedih kerana walid aku juga macam tu.
Tapi cerita walid aku lain. Disaat orang lain gembira sambut raya dengan anak – anak tapi tidak untuk walid aku. Kalau aku cerita semua disini pastinya sampai pagi raya pun tak akan habis. Sebelum tu aku ringkas kan sikit pasal walid aku.
Walid aku ni tua sangat dah. Nak masuk 80 tahun dah. Kesihatan pun merosot. Alhamdulillah setakat ni walid boleh lagi berjalan walau bertongkat. Apa aku nak cerita disini, walid aku ni ada anak lima orang sebelum berkahwin dengan ummi aku.
Biasa lah orang dahulu kahwin awal kan. Ditakdirkan walid aku bercerai dan berpisah dengan anak – anaknya. Anak -a nak walid dengan bekas isteri ada lima orang. 3 orang lelaki, 2 orang perempuan tapi sayangnya sejak walid bercerai sampai hari ini dia tidak pernah berjumpa dengan 3 orang anak – anak lelakinya.
Anak – anak perempuan datang cari walid kerana mahukan seorang wali. Apa yang walid cerita, ketika dia tinggalkan anak – anaknya, yang sulung umur 25 tahun. Kalau dikira sekarang umur anak yang sulung walid dalam 50 tahun macam tu.
Apa yang aku tahu walid tidak langsung dibenarkan untuk berjumpa dengan anak – anaknya kerana bekas mertua melarang. Walid dihaIau oleh isteri sendiri dan bekas mertuanya sehelai sepinggang. Semua harta walid tinggal sebagai nafkah untuk anak – anak.
Sejak dari itu walid tidak dibenarkan berjumpa anak – anak. Bekas isteri walid juga meIarang anak – anak dari berjumpa dengan walid. Untuk pengetahuan, selepas walid bercerai dengan bekas isterinya, alhamdulillah walid terus hidup mencari kehidupan sebenar dan berkahwin dengan umi aku dan dikurniakan dua orang anak.
Usia perkahwinan walid dengan umi dah nak masuk 30 tahun. Dan ya, selama 30 tahun ni la walid aku memend4m rasa merindui anak – anak. Anak – anak walid aku alhamdulillah semuanya berjaya. Kerjaya semua baik – baik.
Ada yang kerja accountant petronas, pensyarah. Aku tahu mereka berjaya hasil didikan walid dan doa tidak putvs dari walid walau walid jauh dari mereka. Ya mereka hebat dan berjaya dalam karier masing – masing tapi b0doh dalam kehidupan.
Kasih walid yang membesarkan mereka, menyara mereka sehingga mereka berjaya mengejar cita cita masing – masing hanya tercatat dalam otak bukan dalam hati. Macam mana aku tahu mereka berjaya?
Dari aku kecil walid selalu pesan supaya jangan lupa abang – abang bila walid meningg4I. Walid cerita supaya aku tidak lupa bahawa aku ada adik beradik lagi selain abang. Walid cerita supaya bila aku dewasa dapat merasa kasih sayang seorang abang.
Dan bila aku mula pandai media sosiaI aku terus mencari info tentang abang – abang aku. Sekarang zaman semua benda di hujung jarikan. Semua benda nak upload Instagram. Kejayaan mereka kemewahan mereka semua tunjuk dalam fb.
Buat kerja aku mudah untuk mengikuti semua perkembangan abang – abang aku. Setiap tahun aku contact abang – abang aku merayu balik jumpa walid. Bukan raya je, setiap kali walid s4kit aku mesej supaya datang jenguk walid.
Beberapa tahun lalu walid ada buat 0peration jantung. Aku merayu juga supaya mereka pulang takut menyesal kemudian hari namun batang hidung mereka pun aku tak nampak. Aku cerita pada mereka walid rindu mereka pulang.
Walid rindu nak tengok wajah cucunya malah aku pula dibl0ck. Aku faham kalau mereka sibuk tapi takkan selama 30 tahun sekali pun tak boleh datang. Sekurang – kurangnya call pun tak apa tanda ingatan pada walid.
Walid sendiri ada call mereka tapi sekali je bercakap terus mereka bl0ck nombor walid. Aku tak tahu besar mana d0sa walid sehingga anak – anak tergamak buat walid macam tu. Lupakah mereka redha Allah berg4ntung pada redha kedua ibubapa.
Tanpa redha ibubapa tiada kerberkatan dalam hidup. Aku kesal dengan abang – abang kerana mereka lupa tanggungjawab seorang anak. Mereka lupa jasa walid, mereka lupa kasih sayang walid membesarkan mereka dari sekecil tapak kaki sehingga sebesar gajah aku tidak mengharap mereka bantu walid tapi cukup kasih sayang diutamakan.
Orang tua bukan mahu duit tapi cukup kasih sayang yang dihargai. Okey berbalik pada kisah walid, rindu seorang ayah. Aku tahu walid merindui anak – anaknya walaupun dia diam bila sebut pasal anak – anak.
Jauh disudut hati seorang ayah menangis terkenang anak. Ayah mana tidak sayang anak. Ayah mana tidak rindu anak. Buat abang dan kakak, aku mengharap kalian baca coretan ini. Aku tahu mereka selalu baca confession ni.
Abang, kakak, ingatlah bahawa ayah insan yang tiada galang ganti. Aku tak nak kalian menyesal bila walid meningg4I nanti. Ya, kasih ibu membawa ke syurga tapi kasih ayah berk0rban nyawa. Kasih walid berhempas pulas membesarkan kalian.
Abang, walau kau ketua keluarga tanggungjawab dan kasih sayang untuk walid tetap yang utama. Kakak, walau syurga isteri di bawah tapak kaki suami jangan lupa jasa walid yang mendidik mu selepas dilepaskan kepada suami.
Aku merayu tolong jangan lupa walid. Aku merayu agar raya tahun ini kalian pulang jenguk walid. Wahai pembaca sekalian, andai sesiapa yang membaca coretan ini tolong lah hargai kedua ibu bapa. Maaf andai coretan ini tidak tersusun.
Aku share disini sebab aku tak tahu dah cara nak minta abang – abang aku pulang. Semoga pembaca juga boleh beri pendapat macam mana cara untuk aku pastikan raya tahun ini walid boleh berjumpa dengan anak – anaknya. Sekian terima kasih. – Ilham humaira (Bukan nama sebenar)
Sambungan… Thanks kepada semua yang sudi memberi feedback positive atau negative. Aku terima komen – komen korang. Ramai yang komen dalam hal ini walid aku ada d0sa silam. Di sini aku akan jelaskan dengan lebih detail pasal walid aku.
Maaf sekiranya agak panjang. Aku harap admin siarkan coretan aku yang kedua ini. Pertama, aku nak jelaskan walid berkahwin dengan umi selepas sepuluh tahun bercerai dengan bekas isteri. Walid berkahwin dengan umi tahun 1990 ketika umur walid 50 tahun.
Beza umur dengan umi dua beIas tahun. Tiga tahun selepas perkahwinan, umi melahirkan abang aku yang sulung. Sekarang umur abang 27 tahun. Ya, selama sepuluh tahun walid merantau keluar negeri mencari kekuatan hidup.
Umi aku seorang jururawat di sebuah hospitaI negeri pantai timur. Walid bertemu umi aku ketika menghantar alatan hospitaI kerana ketika itu walid bekerja sebagai pemandu syarik4t dengan gaji RM150 sebulan.
Alhamdulillah umi menerima walid dengan redha kerana kesian walid tidak tahu hala tuju. Walid dihaIau mertua dan isteri kerana pekerjaan walid ketika itu. Perkerjaan walid ketika itu memerIukan walid keluar dua tiga minggu untuk hantar beras ke Singapore.
Sampailah suatu hari walid pulang dari berdagang dia melihat satu beg baju atas tangga dan sangat terk3jut kerana ada dua tiga orang berdiri untuk memukuI walid. Walid dicanang satu kampung oleh bekas mertua kerana mempunyai perempuan simpanan.
Dan dari hari itu walid nekad untuk tidak berpaling lagi dia membawa hati yang duka merantau. Walid keluar mencari rezeki untuk menyara isteri dan anak – anaknya tetapi maIangnya mereka tidak faham.
Selepas kejadian dihaIau, isteri walid mem4ksa untuk melafazkan cerai dan walid akur dengan redha walau perit terp4ksa meningg4Ikan lima orang anak. Ketika itu anak lelaki bongsu walid berumur tiga tahun.
Dan sejak dari itu, walid diIarang sama sekali untuk berjumpa anak – anak. Ohhh ya sebelum aku terlupa walid aku ni boleh dikira orang kaya kampung ketika itu kerana walid seorang pedagang beras.
Walid meningg4Ikan semua harta untuk anak – anak dan bekas isteri tanpa ambil walau satu sen. Itu lah peng0rbanan seorang ayah. Selepas walid berkahwin dengan umi, walid teruskan kehidupan dan mengambil keputvsan untuk tinggal di negeri umi bekerja.
Ketika itu, walid dapat tahu anak perempuan bongsunya bersekolah di mrsm berdekatan dengan rumah. Aku namakan Fatimah. Walid terus pergi mencari dan alhamdulillah dapat bertemu dengan Fatimah.
Sejak dari itu walid berulang alik pergi melawat Fatimah kerana sangat gembira boleh berjumpa dengan anak walaupun secara curi – curi. Namun kegembiraan walid tidak lama, kerana bekas isteri walid dapat tahu lalu memberi amaran kepada walid supaya jangan sekali jumpa Fatimah atau anak – anak yang lain.
Kalau walid jumpa, semua harta yang walid tinggalkan dia akan jual dan tidak akan menyara anak – anak dengan harta itu. Lalu sekali lagi walid redha. Tahun berganti tahun, tak silap ketika itu aku berumur 10 tahun, Fatimah datang cari walid untuk minta jadikan wali.
Walid agak keberatan untuk membenarkan mereka berkahwin kerana kata walid bakal suami fatimah tidak bekerja. Walid risau masa depan Fatimah tetapi Fatimah akan lari dan kahwin di seberang jika walid tidak izin mereka berkahwin.
Lalu berkahwinlah mereka dengan berwalikan walid. Ketika itu semua ahli keluarga Fatimah seorang pun tidak datang termasuk bekas isteri walid. Tahulah walid perkahwinan itu tidak di restu oleh bekas isterinya.
Tiga minggu selepas perkahwinan Fatimah, anak lelaki walid yang sulung call marah – marah walid kerana walid kahwinkan Fatimah. Mana dia dapat nombor walid aku tak tahu. Siap bagi amaran tak nak mengaku walid itu ayahnya.
Boleh bayangkan tak betapa h4ncur hati walid ketika itu. Aku tahu fikiran anak – anak walid ketika itu dih4ntui bekas isteri walid. Selepas berkahwin, Fatimah tidak lagi datang rumah walid. Walid ingatkan bila dibenarkan berkahwin Fatimah datang jenguk walid tapi tidak sama sekali.
Sampailah Fatimah mengandung anak kedua, Fatimah datang cari walid kembali kerana rumahtangganya diIanda badai. Suami Fatimah panas baran dan tidak bekerja. Walidlah selesaikan masalah mereka. Walid la menanggung Fatimah dan anak – anak.
Sempatlah sampai Fatimah melahirkan anak kedua walid sediakan semuanya dan alhamdulillah selepas bersalin mereka tidak jadi berpisah atas nasihat walid. Lalu, pergiIah Fatimah bersama suami dan langsung tidak datang jenguk walid selepas apa walid k0rbankan untuk dia.
Sungguh aku tak faham isi hati seorang anak apa macam tu. Tidak kenang jasa. Ujian untuk walid bukan sampai di situ. Sampai satu masa ada seorang kenalan rapat walid ketika muda datang bertemu dengan walid.
Diceritakan semua tentang kehidupan bekas isteri walid dan anak – anak. Apa yang buat walid sangat kecewa tanah yang walid tinggalkan untuk nafkah habis dijual oleh bekas isterinya bersama suami yang baru dan dicanang mengatakan walid meningg4I dunia dan berhutang berpuluh ribu.
Kepada anak – anak juga dia menceritakan walid tidak bertanggungjawab atas nafkah. Hari itu, aku boleh nampak walid sampai demam bila dengar cerita macam tu. Tidak lama selepas itu, bekas isteri walid datang bertemu dengan walid untuk minta halal tanah yang dijualnya.
Duit itu bertujuan untuk menunaikan haji. Kata walid, dia tidak menghalalkan satu sen duit itu jika bekas isterinya berniat tidak baik. Kerana tanah itu walid tinggalkan untuk nafkah anak – anak sehingga masuk universiti.
Ada aku terdengar bekas isteri walid tidak dapat menunaikan haji sesampainya di sana. Atas sebab tertentu. Ya, Allah itu maha mengetahui. Dipendekkan cerita, sampai hari ini bekas isteri walid masih lagi berdend4m dengan walid.
Kepada anak – anak, bekas isteri walid beri amaran jika datang mencari walid mereka akan jadi anak derh4ka. Di sini aku cukup tidak faham kenapa anak – anak perlu taat ibu mereka jika perkara itu terang – terang salah.
Adakah seorang ayah itu tidak layak untuk disayangi anak – anak? Sedangkan keberkatan itu ada juga pada seorang ayah. Ohh ya, cerita pasal keberkatan, aku dapat tahu dua orang anak walid ditimpa ujian.
Anak lelaki walid bercerai dengan isteri dan dihaIau. Sama cerita macam ibunya buat walid. Seorang lagi anak walid dibuang kerja kerana terlibat dengan pecah amanah. Life is karma. Betul tak? Semua cerita anak – anak walid aku tahu.
Kerana aku berjanji dan akan pastikan sebelum walid menutup mata aku akan kumpulkan kelima anak walid. Aku tidak tahu sempat atau tidak. Walid ada s4kit jantung. Kesihatan tidak menentu. Harap sempat lah..
Doakan aku pembaca sekalian supaya misi aku berjaya. Untuk pengetahuan korang, bulan dua tahun 2017 suami anak perempuan walid meningg4I dan aku sempat pergi menziarahi keluarga arw4h. Aku pergi seorang diri kerana aku ada misi.
Sampainya di sana ada orang mengenal aku ada yang tak kenal. Anak – anak walid ada seorang dua ketika itu yang kenal aku. Mungkin ada orang cerita atau sebaliknya. Lama juga aku di situ sehingga selesai pengebvmian.
Seorang pun anak walid tidak tegur aku. Sebelum aku pulang, aku rendahkan eg0 aku pergi melutut merayu berjumpa anak lelaki walid yang aku nampak di situ. Aku merayu agar dia pulang sekejap tengok walid alang – alang dekat dah dengan rumah walid.
Aku cerita walid s4kit dan walid rindu nak jumpa mereka. Namun reaksi mereka buat aku kecewa, bukan mahu bercakap malah salam aku tidak disambut. Aku tidak tahu manusia jenis apa abang aku tu. Mungkin aku orang susah atau mungkin mereka benci sebab aku anak walid.
Cukup sampai di situ aku tidak sanggup untuk berlama. Aku pulang dengan tangisan air mata. Lima bulan selepas kem4tian arw4h, ditakdirkan aku masuk hospitaI disebabkan deman denggi. Kejadian yang aku tidak boleh lupa sampai hari ni.
Bekas isteri walid juga masuk hospitaI yang sama dengan aku dan wad yang sama. Dia dipindah dari hospitaI Terengganu kerana di sana tiada pakar. Aturan Allah itu sungguh indah. Belakang katil aku katil bekas isteri walid.
Sudah tentu aku nampak anak – anak walid menunggu ibu mereka. Ada seorang di situ yang aku nak sangat bertemu kerana aku tidak pernah berjumpa. Hanya tahu cerita dan kenal melalui Facebook. Berkali – kali aku pastikan bahawa itu anak walid.
Aku mengambil keputvsan untuk menegur beliau. Aku namakan abang Irham. Bila aku tengok abang Irham lalu depan katil aku terus aku memanggil. Aku boleh tengok ri4k muka terk3jut Irham dan terus datang bertanya siapa aku.
Lalu aku cerita kan sedikit siapa aku. Terduduk Irham bila tahu aku siapa. Lima minit kemudian ditakdirkan Allah walid datang melawat aku dengan ditolak abang naik kerusi roda kerana kesihatan tidak mengizinkan.
Walid juga tidak mengenali abang Irham ketika itu. Ya lah berpuluh tahun tidak berjumpa mana nak kenal kan. Kalau aku teruskan cerita ini mungkin tidak habis, kerana pertemuan dengan abang Irham bukan sampai di situ.
Sangat panjang cerita kalau keadaan mengizinkan aku ceritakan lagi. Aku ada baca komen ramai bertanya takkan selama 30 tahun, anak – anak walid tak boleh curi – curi datang. Aku pun terfikir macam tu tapi entahlah macam mana pemikiran diorang.
Umur sudah tua ada yang bercucu takkan benda macam tu tak boleh selesaikan. Tujuan aku menulis coretan ini tidak lain tidak bukan aku tujukan khas untuk anak – anak walid moga terbuka pintu hati untuk datang berjumpa walid.
Abang dan kakak, aku merayu sekali lagi pada kalian jika kalian terasa bila membaca coretan ini pulang lah tengok walid. Walid s4kit menahan rindu pada kalian. Aku tahu harapan aku tipis untuk tengok kalian datang jumpa walid tapi aku percaya aturan Allah.
Untuk pembaca aku mengaIukan nasihat dan komen – komen positive korang. Apa pertanyaan in shaa Allah aku jawab. Jika ada mengenali aku, boleh tinggalkan komen nanti aku mesej korang.
Akhir sekali terima kasih sekiranya coretan ini disiarkan dan korang membaca sehingga habis. Maaf sekiranya tulisan aku tidak tersusun. Terima kasih semua. – Ilham humaira (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Aini Ishak : Semoga sempena Raya ni, terbuka hati anak – anak walid. Jumpelah sebelum terlambat. Tak mudah untuk terus tertanye – tanye sama ada walid ade maafkan diorang ke tak kalau Walid dah takde nanti. Siapa yang silap, bukan isu utama.
Hafnie Aqeela : Betapa hebatnya wanita mampu meneraju kehidupan dunia. Seorang wanita menentukan hala tuju anak – anak. Mem4ksa dan menghasut kebencian kepada seorang ayah (mungkin wanita ini juga dihasut wanita angkuh lain). Seorang lagi wanita, berusaha menyatukan kasih sayang yang terpisah (pasti hasil didikan seorang wanita / ibu yang hebat). Semoga usaha confessor berjaya.
Ida Sara : Semoga walid dirahm4ti :,) tak kisah lah kisah silam. Saya tetap kasihan pada insan bergeIar bapa atau ibu yang rindukan anak :,( islam mengajar untuk buat baik pada ibu bapa walau siapa mereka. Buatlah baik. Suatu hari nanti kita pun akan jadi mak ayah juga :,( masa tu baru kita rasa rindu pada anak sayang pada anak :,(
Norrellah Mohd Danial : Sedih baca kisah ini saya tak jumpa ayah kandung British dah lebih 45 tahun masa muda saya bukan. Tak ingat nak cari tapi fikir saya tak nak kacau sebab. Ayah ada keluarga baru moga ayah saya kalau masih hidup Allah izin kami bertemu namun bila Ayah dah M4ti saya harap ayah dirahm4ti dan di ampuni. Allah Aamin ya Allah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih!
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.