Aku malu adik dapat keputvsan SPM teruk, sedangkan aku belajar luar negara

Ayah pun selalu bandingkan aku dengan adik yang tak boleh diharap tu. Aku malu kalau saud4ra mara, kawan – kawan tanya keputvsan SPM adik. Tapi semasa aku sambung belajar di luar negara, ada konfIik yang berlaku di kampung hingga buat aku menyesal. Aku telefon adik, marah dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, nama aku Naz (bukan nama sebenar). Apa yang ingin aku sampai kan di sini adalah tentang adik aku. Adik aku adalah seorang perempuan. Kami hanyalah dua beradik sahaja.

Umur kami jauh berbeza kerana ibu aku mengaIami keguguran sebanyak 4 kami sebelum mendapat adik aku. Kisahnya begini, semasa adik aku mendapat keputvsan PMR, aku sering memperlekehnya kerana keputvsan adik aku sangat teruk dan mempunyai 2F.

Aku selalu memarahinya kerana dia sangat malas belajar dan selalu bermain telefon. Aku juga selalu berkata bahawa dia tiada masa depan jika terus dengan keputvsan begitu. Hari berganti hari, tibalah hari adik aku mengambil keputusan SPM.

Apabila dia balik ke rumah, Aku pun bertanya kan tentang keputvsannya, dan dia menjawab dia hanya mendapat ‘ 1A 5C 1D 1E 1F’. Aku bertambah marah dan mem4ki – m4kinya. Pelbagai kata – kata yang teruk aku Iemparkan padanya.

Kerana dia telah menghampakan ayah dan ibu kami serta aku. Ayah juga mengatakan bahawa dia tidak pandai dan membandingkan keputvsan SPM aku dengannya. Aku juga mengatakan bahawa, dia anak tak guna kerana membuat ibu ayah kecewa.

Ketika semua orang memarahinya, hanya ibu sahaja membeIanya. Aku bertambah berang. Adik aku hanya diam. Hari berikutnya, aku bersembang dengan ayah. Ayah mengeluh padaku tentang adik aku. Aku terus mengatakan bahawa adik tidak boleh di harap, tiada masa depan, tiada kerjaya dan tidak pandai.

Apa saja keputvsannya semua sangat teruk. Aku sangat malu untuk memberi tahu pada kawan – kawan dan sed4ra mara jika mereka bertanya tentang keputvsannya. Kerana adik aku tidak pandai dan lembab.

Setelah lama bercuti, aku kembali ke U, iaitu tempat aku menyambung pengajian dan aku akan menyambung degree di luar negara. KonfIik berlaku apabila semasa aku di luar negara, 2 tahun aku tidak dapat balik ke tanah air kerana kesibukkan kerja dan aku sering tidak sihat atas faktor cuaca.

Semasa itu aku mendapat khabar dari jiran aku (merupakan kawan sekolah menengah), ibu aku mengaIami str0k akibat jatuh bilik air. Aku terus menelefon adik, dan memarahnya kenapa dia tidak memaklumkan pada aku.

Adik aku memberitahu dia sengaja merahsiakan padaku, supaya aku tidak risau dan boleh menumpukan perhatian terhadap kerja aku. Sepanjang itu, adik aku lah yang menjaga ibu. Tambahan pula, ayah jugak tidak berapa sihat akibat k3ncing manis dan d4rah tinggi.

Hari berganti hari, aku masih tidak dapat pulang ke tanah air, atas urusan lain. Adik aku pula masih menjaga ibu dan ayah aku di rumah, makan pakai dan k3ncing ber4k semua adik aku selesaikan sendiri. Dia tidak mengeluh dan menjaga ibu dan ayah dengan baik sekali.

Sebulan selepas itu, keadaan ibu sem4kin naz4k, adik aku menelefon ambulans untuk membawa ibuku ke hospitaI tetapi maIangnya ibu aku telah meningg4I sewaktu dalam perjalanan. Yang membuatkan aku kesal kerana aku tidak dapat peIuk civm m4yat ibuku dan berjumpa buat kali yang terakhir.

Aku sangat kecewa. Aku tahu, ayah juga berasa bersalah seperti aku. Dari memandikan may4t hinggalah kaf4n jen4zah. Semua adik aku uruskan dan sed4ra sebeIah ibu. Aku? aku hanya pandai memarahi adik aku saja, aku hanya pandai cakap besar dan aku hanya bangga dengan kepandaian aku.

Aku juga sedih, kerana aku terlalu em0si hanya kerana keputvsan SPM. Aku sanggup mem4ki adik aku sendiri. Jadi, di sini aku nak bagitahu, untuk adik korang atau anak yang tak lama lagi nak ambil keputvsan SPM.

Jika tak pandai tu, jangan lah kita memperlekehkan mereka. Walaupun mereka tak pandai dalam akedamik, mungkin mereka sangat pandai dalam bab menjaga ibu ayah kita. Aku pernah terbaca ayat ni, ‘akan ada seorang anak tak pandai antara adik beradik kerana anak itu lah yang akan menjaga ibu ayah kita’.

Aku sangat menyesal apa yang telah aku katakan pada adik aku. Aku malu. Walaupun dia tidak pandai tetapi dia yang menjaga ibu ayah kami. Adik aku sangat kuat. Aku bangga denganya. Aku tidak sepatut menghukvmnya dulu.

Sekarang perkara itu berbalik kepada aku. Walaupun kita pandai, belajar jauh – jauh kerja jauh – jauh tapi tak pernah ada di sisi ibu ayah, tak pernah jengok ibu ayah tak guna juga. Biar kita tidak pandai seperti orang lain, yang pasti ibu ayah diutamakan, bukannya kerja.

Alhamdulillah, aku telah pulang ke tanah air dan berjaya menamatkan degree. Oh ya, aku juga sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab, dikurniakan seorang anak lelaki.

Adik aku pula, tidak berkhawin lagi, dan tidak menyambung pelajaran ke mana – mana. Dia masih di rumah, dan menjaga ayah aku pula yang sedang uzur. Dalam masa yang sama, adik aku mengambil tempahan membuat kek.

Dia tidak mahu kerja jauh jauh kerana taknak berjauhan dengan ayah. Sayu hati aku dengar. Semoga Allah merahm4ti kamu, adik. Korang juga doakan ayah aku panjang umur dan kembali sihat ya. – Naz (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Ummu Younes : Kadang – kadang kelebihan kita tu bukannya sebab kita bagus tapi Allah bagi kelebihan sebab Allah nak uji kita dan juga melalui kita juga nanti Allah hantar pertolongan dan rezeki untuk kita salurkan pada adik beradik yang memerIukan.

Kita dapat buat pahala. So jangan s0mbong kalau kita lebih sebab dalam rezeki kita tu ada hak orang lain jugak sebenarnya. Kita manusia takkan dapat buat semua. Ada yang dapat sumbang duit ada yang dapat sumbang tenaga.

Kalau dapat 2 – 2 bertuah sangat. So kita saling memerIukan. Jangan ingat yang banyak bagi duit tu je menyumbang padahal kalau yang takde duit tu boleh sumbangkan tenaga.. sumbangan jugak.

N Khairin Nawwarah : Baguslah kalau dah sedar kesilapan awak tu. Tapi jangan sedih kat sini je tau, nanti bagitahu pada adik tu,awak minta maaf pada dia dan cubalah baIas jasa baik dia tu. Ayah pun masih hidup lagi, sama – samalah korang jaga baik – baik.

Zainab Fauzi : Alhamdulillah, Allah beri kesed4ran kepada kamu tentang “kelebihan” adik sebelum terlambat. Mungkin sebenarnya dia lebih beruntung kerana pahala terkumpulnya lebih banyak dari kamu atas baktinya pada kedua ibu – bapa kamu. But don’t fret, keep doing good to your father and your sister and don’t forget to always be thankful to your sister.

Allyb Ley : Tak sepatutnya memarahi confessor dan mem4ki dia. Semua manusia melakukan kesilapan dan apa yg paling mulia adalah apabila orang menyedari meminta maaf atas kesilapannya. Dan untuk confessor, balik la selalu dan jaga kebajikan adik and ayah tu jugak.

Semoga semua rakyat atau adik beradik yang lain juga seperti confessor. Tidak memandang rendah pada manusia yang kurang dari segi pendidikan tapi lebih dari segi lain.

Saida Safian : Jangan lupa say sorry pada adik tu. Dia punya result yang tak cantik h4ng pulak nak malu paseipa tah. Awak kena tahu, jaga orang yang s4kit bukan mudah. Kena kuat fizikaI, kuat mentaI. Bersyukur lah adik tu ada di sisi mak ayah waktu awak sibuk sangat tu. Akhir kata, jangan lupa pi mintak maap.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.