Aku malas nak percaya bila isteri mengadu pasal ibu aku. Satu hari aku tertinggal beg duit, aku dengar ibu jerit

4-5 tahun kebelakang ini banyak benda tak kena. Setiap kali balik ke rumah ibu aku, ada je luahan rasa terhadap ibu mahupun adik beradik yang lain. Aku malas nak percaya sebab aku rasa ok je tapi isteri aku kata dia ‘kena’ masa aku keluar. Suatu hari, aku keluar nak berjumpa kawan. Tapi aku tertinggal wallet. Aku patah balik..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua pembaca. Saja aku kongsikan kisah yang berlaku masa PKP tempoh hari apabila PM menyatakan kita mungkin tidak akan beraya, secara spontan isteri aku memberikan respond,

‘Ayang ok je kalau tak raya, kalau raya pun selalu penuh drama je’. Aku sebenarnya terkedu dengan apa yang diperkatakan oleh isteri aku. Berhari – hari rasanya tidak tidur kerana kata – kata itu terngiang – ngiang di telinga aku.

Aku mulakan dengan kisah kami. Aku berkahwin dengan isteri aku atas pilihan sendiri. Tiada halangan dari ibu mahupun keluarga. Kini usia perkahwinan sudah pun 12 tahun dan kami masih belum punya cahaya mata. Untuk pengetahuan pembaca, isteri aku adalah ‘lebih’ dari semua segi berbanding aku.

Baik pendidikan, kerjaya mahupun pendapatan. Untuk menjelaskan part ni, gaji isteri aku adalah lebih 4 kali dari gaji aku. Bayangkanlah.. Diawal perkahwinan, aku nampak semua usaha yang dilakukan oleh isteri aku untuk mengambil hati ibu dan adik beradik.

Kalau ada birthday sesiapa dia selalu belikan kek. Untuk ibu pula dia yang selalu menghantar kiriman barang secara online. Kami tinggal berasingan dengan keluarga. Isteri aku ini rajin orangnya, dari perihal menjaga rumah, masak dan juga sempurna dalam menjaga aku. Perfect. Tidak ada c4cat cela.

Malah setiap kali selepas solat dan sebelum tidur, pasti dia akan memohon maaf walaupun aku tak pasti apa d0sanya. Cuma, 4-5 tahun ke belakang ini banyak benda tak kena. Setiap kali balik ke rumah ibu aku, ada je luahan rasa terhadap ibu mahupun adik beradik yang lain.

Namun respond aku biasalah, ‘Abang tak nampak pun’. Memang aku tak nampak dan tak pernah dengar apa – apa. Isteri aku kata semuanya berlaku bila aku keluar ke kedai atau berjumpa kawan – kawan. Dari sejak hari aku tidak mengendahkan cerita isteri aku itu, dia ‘jarang’ sangat mengadu. Aku kira semuanya dah selesai.

Sehinggalah suatu hari, aku keluar nak berjumpa kawan. Tapi aku tertinggal wallet. Aku patah balik, aku dengar ibu sedang marah isteri aku. Tinggi suaranya. Aku terk3jut. Betullah seperti apa yang isteri aku adukan selama ini.

Sejak dari hari itu, aku mula membuka mata dan memasang telinga. Ye semua benda tak kena. Kakak aku bila bercakap, dia selalu perli isteri aku. Terutamanya soal anak. Sedih sangat aku rasa. Ibu pula pernah bertanya kepada isteri aku kain baju raya beli di mana.

Bila isteri aku bercerita di mana tempat dia beli, ibukan akan jawab ‘yelah ibu tak mampu’. Aku jadi pelik. Ibu yang tanya, kemudian jawapan itu di twist seolah isteri aku nak tunjuk lagak. Ni aku dengar sendiri ketika isteri sedang menolong ibu masak di dapur.

Kalau raya memang penuh drama, ibu tak suka aku balik beraya di rumah mertua aku. Kalau tiba giliran di sana, ibu mesti call aku minta aku balik cepat dengan pelbagai alasan. Kalau kena giliran di rumah ibu, memang susah ibu nak lepaskan kami balik ke sebeIah sana.

Malah semua masakan isteri aku menjadi salah. Ada sahaja terlebih dan terkurang. Sebenarnya bila aku makan, taklah seperti yang mereka cakap, sedap je. Sekarang ni aku cuma mampu melarang isteri aku masak di rumah ibu.

Aku dah tak sanggup nak dengar kata – kata mereka. Apa ibu nak semua aku dah cuba penuhi. Ibu aku rajin melancong, aku sponsor. Ibu nak beli pekakas elektrik aku belikan. Kadang – kadang, ada bahagian yang isteri aku tambah duit lagi.

Ibu tak boleh nampak sesuatu yang baru dalam rumah aku. Pasti ibu akan lahirkan keinginannya. Korang tahu apa respond isteri aku bila tiap kali ibu meminta itu dan ini. Dia akan cakap ‘abang belikanlah ibu barang tu. Kalau tak sekarang bila lagi. Ibu dah tua, abang kena gembirakan hati ibu. Abang tak cukup duit abang cakap, ayang tambahkan’.

Aduh berkaca mata aku masa aku menulis ni. Baikkan isteri aku. Malam tadi aku confess dengan isteri aku. Kebetulan aku baru sahaja menghadiahkan rantai emas buat ibu aku. Untuk pengetahuan semua, seperti biasa isteri aku ada tambah duit.

Aku mulakan perbualan dengan bertanya tentang cukupkah nafkah yang aku bagi. Isteri aku jawab, ‘Cukup sangat Abang, abang dah bagi lebih dari sepatutnya. Duit tu Ayang simpan dalam tabung haji’. Aku cakap, aku jarang belikan isteri aku dengan benda – benda yang mewah – mewah dan kebanyakan benda semua dibeli duitnya sendiri.

Dan jawapannya, ‘Abang, nafkah abang terhadap Ayang yang wajib dah abang tunaikan. Tak ada kurang pun. Bila abang dah mampu nanti abang belikanlah. Buat masa ni Insyaallah semuanya cukup. Lagi pun ada juga benda yang Ayang nak, Abang dah belikan. Benda – benda tu cuma hadiah je kan, bukannya wajib’.

Aku menangis depan isteri aku. Bagaimanalah mak mertua aku mendidik isteri aku ni sehingga sebegitu baik dia bertolak ansur. Dan aku teruskan bertanya pada isteri aku, kenapa dia masih baik dengan ibu aku sedangkan banyak benda yang telah ibu aku buat.

Sambil senyum isteri aku kata, ‘Kerana dia ibu abang, kalau dia ibu jiran sebeIah dah lama Ayang m4ki dia’. Sambil isteri aku gelak dan buat lawak. ‘Ayang perIukan doa ibu abang. Redha ibu pada abang, adalah kebahagiaan kita. Abang berbaktilah kepada ibu abang. Ayang pun tak tau apa salah Ayang pada keluarga abang. Kitakan manusia biasa. Mesti ada silap.

Sebenarnya Ayang takut mana tau Ayang pernah tersilap terbawa – bawa sikap seorang boss ketika bersama adik beradik abang yang buat mereka rasa benci atau menyampah. Abang pun tau memegang jawatan besar ni menjadikan Ayang sangat tegas.

Namun Ayang dah cuba kawal sikap tu bila berada di luar office. Ayang pun tak boleh p4ksa semua orang suka pada Ayang. Ayang dah tak mampu buat baik dengan keluarga abang. Tapi Ayang tak boleh biar abang derh4ka pada ibu abang.

Yelah mana kita tau kan, mungkin ada salah Ayang kot. Yang penting Ayang tau, Ayang dah jaga abang dengan baik.’ Dan senyuman isteri aku masih terukir. Allahu. Isteri aku mencari salah sendiri. Aku tak pasti adakah isteri aku tidak mahu berkongsi dengan aku perasaannya kerana dia sudah tawar hati, atau kerana 12 tahun ini dah cukup mematangkannya.

Namun setiap bait ucapannya memang menyentuh hati. Buat suami – suami di luar sana. Jika ada isteri – isteri terkurung dalam bilik bila di rumah ibu kita, mula jadi pendiam bila bersama keluarga kita, mula luahkan rasa, mula jadi tak kena, kita perlu membuka mata, memasang telinga.

Keluarga kita adalah d4rah daging kita tapi mereka juga ‘manusia biasa’. Buat isteri aku (dia suka baca confession dekat FB), ketahuilah, abang faham perasaan ayang, abang sangat tersepit dan betul – betul rasa bersalah.

Terima kasih kerana menjadikan abang suami yang hebat dan anak yang soleh. Abang akan selalu doakan Ayang mendapat syurga Firdausi seperti yang Ayang idam – idamkan. Dan aku mohon kepada pembaca sekalian, doakan aku kuat menghadapi ibu aku, tidak derh4ka padanya, dan moga Allah kekalkan hati isteri aku untuk terus menyangi aku kerana aku ingin sekali ke syurga bersamanya. – Aku yang menyintaimu (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Chik Ima : Seorang isteri tu, jika dibenci oleh mertua dan ipar duai sekalipun, masih boleh bertahan jika ada sokongan dan kasih sayang suami. Tak perlu membela atau mempert4hankan isteri sangat, cukuplah dengan memujuk dan menenangkan.

Sebab kita pun faham biasa seorang suami akan ters3pit antara isteri dan ibu. Tapi jika suami tak endahkan aduan dan menyebeIahi pulak mak dia, itu yg boleh jadi buruk akibatnya. Lambat laun bisul pun pecah bernanah.

Rinn Hanis : Kepada mak mertua yang duk salahkan menantu perempuan kalau takde anak tu, moga kena dekat batang hidung anak perempuan kamu sendiri. Moga anak perempuan kamu pun tak boleh membiak asbab mulut jahat kamu tu. Nah nanti rasakan kalau tak reti jaga mulut, s4kiti hati dan perasaan orang. Dasar mertua sy4itan dari ner4ka.

Saat Bahagiaku : Saya rasa confessor pon mesti baikkan dengan wife, dia mencintai confessor setulus hati, sepenuh jiwanya. Masih merendah hati dengan status wife dia, bukan dengan status ladyboss dan status status lain.

I think because of u yourself are just being nice and penyejuk hati dia juga eventhough u are not a husband with load of money to her. But u are so indeed good and sabar with her dan ketentuan rezeki pasal zuriat. So dia pon berbuat baik dengan u.. She pay back in return how u treat her.

Zudakoshita Zeet Zureena : Jaga isteri ko baik – baik. Jangan h4ncurkan hati dia. Sabar manusia ada batas tapi serius tak paham per4ngai mertua yang jadikan menantu musvh. Banyak komplen itu ini sedangkan mencekik juga apa kita masak tapi mulut mengomel. Sedarlah diri dah tua kubvr pun dah memanggil – manggil. Ehh em0si pulak aku haahaaa. Jangna lupa jaga bini ko baik – baik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.