Aku kerja kedai makan tapi boss selalu ajak pergi pasar. Setiap kali pergi pasar aku terk3jut dgn per4ngai boss

Aku kerja dari tahun 2015, semua kerja dekat kedai tu aku buat. Jadi tukang cuci pinggan, menyapu serta mengemop kedai. Kalau aku jadi cashier, aku jugaklah yang tukang basuh pinggan tukang mop. Satu hari boss tegur muka dan bibir aku pucat..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua pembaca. Saya Azzam dan bekerja sebagai pembantu kedai makan dari tahun 2015 hingga sekarang. Lepas SPM, terus bekerja di situ. Boss serta anak – anaknya baik, pemurah dan dah macam keluarga sendiri.

Saya nak ceritakan sedikit pengalaman saya. Bermula dengan menjadi tukang cuci pinggan, menyapu serta mengemop kedai. Tahun 2018, saya jadi cashier. Kadang – kadang ikut boss pergi beli barang. Boss kalau singgah supermaket, mesti cakap, “Zam, ambillah apa kamu nak. Acik belanja.”

Mula segan juga. Lama – lama ambil satu. Boss tanya cukup ke satu. Ambillah lebih sikit katanya. Seronok dapat boss yang baik. Anak – anak boss pun sama. Kalau diorang pergi holiday, mesti akan bagi ole – ole untuk pekerja.

Kadang – kadang mereka turut datang bantu kat kedai. Saya dulu pernah demam tapi gagahkan juga kerja. Boss tegur sebab muka dengan bibir pucat. Saya kata demam sikit. Terus dia suruh anaknya bawa saya ke kIinik swasta. Dan bagi cuti 3 hari untuk saya.

Sebelum balik, anak Boss belikan bubur McD. Memang baik mereka semua ni. Kadang – kadang apa yang tak bestnya, bila dua tiga pekerja berkira kalau buat kerja. Kalau kerjanya basuh pinggan, cawan, periuk, kuali, itulah jer yang buat. Tak boleh buat kerja lain.

Contohnya, tolong angkat barang yang dibeli dari supermarket, diorang tak nak tolong sekali. Sebab bukan kerja diorang katanya. Kerja diorang basuh pinggan jer. P0tong sayur, kopek bawang, blender rencah pun orang lain.

Takkan campur punya. Pernah minta blenderkan cili kering, dorang boleh jawab, “Bukan kerja saya…” Ya Allah, kalau boleh janganlah berkira. Saya yang cashier ni pun ada buat cuci pinggan, mop dan sapu lantai tu semua.

Tu belum lagi yang per4ngai kerja on-off. Tak datang kerja tanpa bagitahu sebab. Ada yang datang beriya nak kerja. Dah kerja, dua hari kemudian tak datang dah. Faham kerja kedai makan penat tapi mana – mana kerja pun letihkan.

Ada satu cerita tue, pekerja Indonesia perempuan kerja dekat 6 bulan, lepas tu bagitahu nak berhenti kerja sebab nak balik kampung terus. Boss saya pun lepaskan lah dan passport dibagi balik. Tapinya, lain yang jadi.

Kebetulan ada abang penghantar ais tanya, “Ely (bukan nama sebenar) kerja kat restoran sekian – sekian ya?” Saya pun jawab, “Eh, bukan dia dah balik Indonesia? Sebab dia berhenti dulu katanya nak balik sana.” Abang tue baIas, “Sebab ada nampak beberapa hari lepas dia kat situ, tengah hantar air kat customer..”

Saya pun terk3jut. Saya cerita balik kat Boss. Dan Boss cuma cakap, “Biarlah dia. Dia tipu tu urusan dia dengan Allah. ” Pekerja on-off nie dah banyak kali hadap. Ada yang ditegur dengan baik pun, esoknya tak nak datang kerja dah.

Ada yang demand gaji tinggi. Ada satu hari tu sorang budak perempuan minta kerja, Boss pun bagitahu sekian – sekian gaji tue semua. Makan minum free ya. Bancuhlah air apapun kecuali air tin, air botol atau kotak dalam peti sejuk. Tu kena bayar.

Dah tu, budak perempuan tu kata, “Takpelah, Cik… Baik saya kerja kat Starbucks…” Larhhhh… Dah tu, kenapa pulak datang kedai nie minta kerja? Minta terus jerlah kat Starbucks tu… Aduhai.. Kelakar pun ada. Tu pasal pekerja.  Nie pasal customer pulak.

Saban hari hadap customer yang berbagai ragam. Sabar dengan tak sabar jer hadap. Yang hat bayar kat kaunter duit main baling tu biasa dah. Yang ambil lauk tak ingat dunia tapi bila bayar boleh cakap, “Eh, mahalnya. Kat tempat lain takde mahal macam ni”

Yelah, mahal sebab ambil lauk sotong, ada ikan lagi. Lepas tu ada semangkuk sup tulang. Berapa agak – agak totalnya? Bayangkan ya, sosej sebatang 50 sen pun ada yang komplen mahal. Kuih pun sama. Yang ni, ada sorang Akak muda nak bayar makanan, sekali dia tanya, “Kenapa kedai ni jual jajan eh? Bukan apa, kalau budak – budak nampak mesti nak beli. Jajan bukan elok pun”

Saya just senyum jerlah. Sorang lelaki yang merupakan suami Akak tu datang kaunter dan, “Dik, bagi Winston merah satu..” Hurmmm… Akak tu cakap jajan tak elok untuk kesihatan tapinya, faham sendirilah. Boss saya ni solat tak tinggal.

Pekerja pun bergilir pergi solat. Katanya mana nak berkat gaji kalau tinggal Solat. Dan pernah ada satu pekerja ni pakai rantai. Dia lelaki. Boss tegur cakap orang lelaki Islam tak boleh pakai rantai. Dan dia akur. Esoknya dia tak pakai dah lagi.

Itulah serba sedikit cerita pengalaman saya. Sebab tu saya tak tukar kerja walau banyak dah kawan or saud4ra mara ajak kerja tempat lain. Sampai ada sepupu saya kata, “Berapalah sangat kerja situ.” Bagi saya, gaji kerja situ taklah rendah sangat. Setiap tahun naik RM50 – RM70.. Makan minum free.

Dan paling best, beberapa bulan sekali, Boss bawa kami pekerja nie beli baju dan seluar. Mana nak dapat Boss sebaik itu? Dia dan anak – anak anggap kami ni sebagai keluarga. Saya dulu kerja naik EX5 kepunyaan Ayah. Sekarang pakai Perodua Viva tapi secondhand. Jadilah, janji ada kend3raan udahlah ye dak. – Azzam (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Dhuha Imani : Alhamdulillah adik jenis orang bersyukur dapat pulak bos jenis baik dan menghargai pekerja. Akak cadangkan adik belajar memasak pulak kat sana. Tambah skill. Mana tahu lepas ni adik pulak ada rezeki berniaga macam bos adik.

Nazira Mylisa : All the best Azzam. Kita buat apa yang kita suka. Ada orang ramai tak faham kenapa kita suka kerja dengan orang. Ketenangan hidup, keselesaan yang penting dan buat kerja yang kita suka. Walaupun benda tu repeat hari – hari. Lagi best kalau tempat kerja best, kawan best dan boss yang baik.

Ain Syazwani Sahlan : Masyaallah. Bertuahnya majikan awak Azam dapat pekerja yang baik kenang budi seperti awak. Pekerti dan sikap yang diidamkan oleh setiap majikan. Semoga awak dimurahkan rezeki dan mendapat kebaikan atas taat setia dan keikhlasan awak dalam mencari rezeki dan dalam masa yang sama membantu majikan awak. Semoga saya majikan yang baru nak up ni dapat menjadi seperti boss awak dan dapat pekerja seperti awak. Doakan ya Azam dan semua.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.