Aku kahwin dengan isteri kedua sebab dia wanita solehah sampai aku ceraikan isteri pertama

Baru 3 bulan berkenalan, dia dah ajak saya kahwin sedangkan saya masih suami orang. Alangkah seronoknya saya akhirnya dapat anak masa umur 40 tahun. Rezeki kami murah sampai isteri mengandung anak ketiga dan ketika itu saya perasan ada seorang pegawai asyik call saya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nak tanya apa pandangan dan pendapat mengenai rintihan yang saya akan kongsikan ini. Oleh kerana saya buntu pada keadaan memikirkan pasal anak – anak, saya nak minta nasihat dari pembaca.

Saya sudah berpengalaman berkahwin sebanyak 2 kali. Kisahnya Isteri pertama saya tidak mempunyai anak (mandul) dan kami berpisah selepas saya berkahwin buat kali kedua dengan seorang wanita yang pada saya bersifat solehah, berpendirian yang agresif dari segi mengejar kerjaya.

Ini adalah kenapa saya tertarik dengan dia pada mulanya. Saya berkawan dengan wanita tersebut semasa saya jadi timbalan presiden dalam persatuan permotoran. Waktu tu saya dan dia terlibat dalam satu program permotoran.

Hubungan kami sem4kin rapat sejak dari hari itu. Selama 3 bulan kami berkawan, dia sendiri nyatakan hasrat untuk menjadi isteri kedua saya. Pada mulanya saya agak terk3jut, saya ada bertanya padanya, kenapa begitu cepat untuk berkahwin sedangkan kehidupan saya masih tidak stabil dari segi kewangan dan kami perlu berkawan dulu untuk mengenali hati budi masing – masing dengan lebih mendalam. Lagipun masa tu saya masih suami orang.

Wanita itu pun cakap, “Insyallah, alah ke hadapan ada rezeki tu Tuhan bagi.” Dia percaya rezeki kami akan bertambah bila kahwin nanti, jadi saya mengambil keputvsan untuk terus berkahwin dengan dia. Alhamdulillah, akhirnya saya mendapat cahaya mata yang pertama.

Saat yang paling saya tunggu – tunggu tambah lagi waktu tu umur saya pun dah mencecah 40 tahun. Masa tu rezeki saya melimpah ruah dengan banyak mengadakan event yang dijalankan selama setahun. Dan saya pun bercerai dengan isteri pertama.

Selepas itu, kami mendapat cahaya yang ke-2 namun hubungan kami macam ada yang tak kena. Kami selalu berg4duh tapi lepas tu baik semula. Perkara ini berterusan hinggalah sejak akhir – akhir ni keadaan jadi bertambah serius sebab kami g4duh berpanjangan.

Tapi dalam masa yang sama, isteri bagitahu yang di sedang mengandung anak kami yang ketiga. Saya bersyukur sangat, mungkin boleh jadi asbab hubungan kami pulih seperti sediakala. Pada masa tu saya sedang merancang bersama isteri untuk berniaga.

Masa baru je nak mula berniaga, perancangan kami tergendala yang menyebabkan perbaIahan besar berlaku hinggalah berbulan – bulan. Saya pergi ke rumah mak mertua pun isteri tidak mahu bercakap, dia tarik muka masuk dalam bilik.

Dah banyak kali isteri buat perkara yang sama, bila berg4duh je dia akan balik rumah mertua dan setiap kali tu jugak saya akan pergi sana sebab nak jumpa dengan anak – anak. Keadaan bertambah buruk sampaikan masa Hari Raya pun dia tak nak bersalaman dengan saya.

Jujur, menitik air mata jantan saya waktu tu tapi saya tetap sabar, ikut je karenah isteri. Satu hari, ada seorang pegawai dari pejabat isteri telefon saya, dia kata isteri saya akan ke Mekah sebab isteri saya ni anak buah kepada salah seorang pegawai travel agensi tu.

Cuma pegawai tu nak tahu dari saya sendiri dan minta saya sediakan duit jugak sebab saya kena temankan isteri kat sana. Saya macam pelik kenapa pegawai tu plak yang kena bagitahu dekat saya, kenapa isteri tak bagitahu sendiri.

Kemudian pegawai tersebut hubungi saya buat kali ke-2, kali ni dia tanya tentang salah satu event yang saya buat. Dia tanya baju yang saya sediakan tu tempah dekat mana. Dan hari yang sama jugak, isteri saya selamat bersalin anak yang ketiga tetapi saya tak tahu pun dia dah bersalin.

Di situlah saya sudah nampak jalan cerita sebenar di atas apa yang berlaku. Rupa – rupanya si pegawai ni lah punca keretakkan rumahtangga saya dan isteri. Isteri saya ada hubungan sulit dengan pegawai ini. Tergamak manusia zaman sekarang yang sanggup pancing isteri orang dan ambil kesempatan semasa saya dan isteri sedang mengalami masalah.

Sedangkan si pegawai tersebut sudah ada isteri dan anak yang ramai. Dunia zaman sekarang memang nak sudah ki4mat.  Masalah sekarang, isteri saya asyik meminta cerai tapi demi anak – anak saya tidak akan ceraikan dia.

Saya tahu dia akan sedar nanti apa yang dia buat ni satu kesilapan. Ini adalah apa yang sedang berlaku dalam rumahtangga saya. Sebab tu saya perIukan nasihat dan mungkin pembaca boleh bagi cara untuk saya pulihkan hubungan kami.

Atau mungkin isteri saya ni kena sih1r dengan pegawai tu sampai dia nak minta cerai dengan saya. Saya buntu sangat, nak berbincang pun susah sebab dia ada dekat rumah mertua. Saya hanya mampu beserah pada takdir untuk menentukan di atas segala – gala yang berlaku. Semoga Allah SWT dapat memberi pembaIasan bagi manusia yang mengh4ncurkan rumahtangga orang lain.. Amin Ya Allah..

Komen Warganet :

Syahira Nasir : Allah tu Maha Adil, sebenarnya isteri yang baik ialah isteri pertama yang kau ceraikan tu. Allah tu Maha Melihat, semua perbuatan kau Allah nampak. Dan s4kitnya hati seorang isteri yang dikhi4nati suami Allah juga tahu. Dan sekarang kau terima lah kifarah yang telah kau buat. Memang perkahwinan yang ke dua boleh memberi zuriat tapi bahagia rumah tangga memang kau takkn dapat.

Hasmah Hashim : Dengar sebeIah pihak je bolehla salahkan isteri tu. Nak dengar juga cerita sebeIah sana. Lagikan masa kahwin isteri pertama pun boleh ada skandal. Tak must4hil perkara yang sama berlaku. LagiIah bila baca – baca dalam ni ramai suami mula berlaku curang bila isteri mengandung. Sebelum ada anak alasan nak anak bila isteri pregnant buat hal. Biasa per4ngai curang tu akan berulang – ulang kerana akhlak failed

Puteri Lang Buana : Please jangan rosakkan makna solehah. Wanita solehah tidak mungkin biarkan dirinya terjebak dengan suami orang. Wanita solehah tidak mungkin bersikap kurang ajar dan biadap dengan suaminya.
Wanita solehah memiliki tahap toleransi dan kesabaran yang tinggi. Ciri – ciri tu takde pada isteri TT.

Sara Ahmad : Solehah tang mana ni. Dua kali wife awak kacau suami orang. Yang pertama dia ajak awak kahwin masa awak masih suami orang, sampai bercerai. Yang kedua lagi best, dia kacau suami orang, masa dia pun masih isteri orang. Ujian ni. Sabar. Doa banyak – banyak, moga jadi solehah betul – betul lepas ni inshaAllah. Masih ada peluang selagi nyawa belum kena tarik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.