
Bila suami tegur aku pasal HP macam tak logik langsung. Dia pergi kerja tak pernah pakai seluar kedut. Pagi tak pernah terlepas lagi aku buatkan air sebelum dia pergi kerja. Aku dah ready nak cerai, aku boleh hidup dengan anak – anak. Satu hari aku keluar makan dengan kawan bawak anak – anak. Waktu tu aku tersedar..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku tak pandai nak menulis. Tapi aku nak kongsikan pengalaman aku sendiri sebagai pedoman. Aku berkahwin pada usia yang muda dan rezeki Allah nak bagi, aku dikurniakan anak – anak dengan jarak yang dekat.
Boleh kata selang setahun aku mengandung. Cukup setakat itu maklumat aku. Terus kepada apa yang aku nak kongsi dengan pembaca adalah kesilapan diri aku sendiri. Aku Ieka dengan telefon. Balik kerja, aku terus pergi kedai makan bungkus lauk.
Kebiasaan anak – anak akan disuap makan oleh pengasuh sebelum aku ambil setiap petang lepas habis bekerja. Sampai rumah capai telefon terus buka facebook scr0ll baca newsfeed. Anak – anak aku biarkan main sendiri. Sejujurnya aku kurang berkomunikasi dengan anak dan suami sebab perhatian aku hanya dekat telefon.
Tapi tak bermakna kerja rumah aku tak selesai. Tanggungjawab aku sebagai ibu dan isteri tetap aku buat. Sampai 1 hari suami aku tegur per4ngai aku yang tak boleh Iekang dari telefon. Pernah aku beriya ajak dia keluar berdua, konon nak luang masa berdua, sudahnya aku jadi bosan.
Bila bosan aku capai telefon, baca status dalam fb, baca blog, baca tips yang orang lain kongsi. Bila aku rasa sesuatu yang aku jumpa tu menarik, aku tunjuk dekat suami. Tapi suami tarik muka. Saat tu aku dah fikir dalam hati dah kenapa.
Masa nak bagi tidurkan anak – anak pon aku cepat rasa bosan. Sebab rasa macam lama sangat nak bagi diorang ni tidur. Jadi sambil aku tidurkan anak – anak aku sambil layan internet. Bila aku nak tidur pon aku akan mengadap lagi telefon.
Selalunya aku akan f0llow page dalam facebook. Setiap komen aku baca. Waktu tu rasa macam tak ada telefon macam tak lengkap hidup. Kalau dah sampai pejabat pon, aku sanggup patah balik untuk ambil telefon kalau aku terlupa nak bawa telefon.
Anak – anak jangan cakap la. Setiap masa nak perhatian. Bila buat je per4ngai aku akan meIenting terus sebab aku rasa “me” time aku dengan telefon dikacau. Banyak kali suami aku tegur sikap aku. Tapi aku eg0. Aku rasa kerja rumah aku dah siapkan semua jadi tak ada masalah kan semua tu.
Masalah aku sem4kin menjadi – jadi dengan suami. Sebab aku eg0 bila dia tegur aku pasal telefon macam tak logik langsung. Macam tak nampak ke aku dah siapkan semua kerja kot. Pergi kerja tak pernah pakai seluar kedut. Pagi tak pernah miss lagi aku buatkan air sebelum dia pergi kerja.
Kenapa nak kena besarkan benda ni.. Tu apa yang aku fikir. Ada satu masa aku berg4duh besar dengan suami sebab telefon. G4duh yang sebelum ni aku dah janji untuk kurangkan masa dengan telefon tapi aku buat juga lagi.
Sebab apa? EG0. Aku rasa apa aku buat tu betul. Tak ada salah. Tengok internet je kot. Bukan scandaI ke, meng4rut apa ke. Nampak tak betapa meIampaunya aku? Waktu tu dalam kepala aku hanya ada perkataan CERAI. Ya. Aku rasa mungkin cerai tu jalan yang terbaik buat aku dan suami.
Hakik4tnya bila berg4duh dengan suami, eg0 dan em0si main peranan tambah bagi jadi api. Benda yang betul pon nampak salah. Aku nampak waktu tu semuanya salah suami aku. Aku ungkit apa yang jadi dalam perkahwinan kami dari A smpai Z.
Dia terduduk menangis sebab tak sangka aku boleh cakap semua benda tu dekat dia. Dia cakap dengan aku dia tak akan lepaskan aku sebab pada awal dia minta izin untuk berkahwin dengan aku ibu bapa aku, dia akan jaga aku smpai habis nyawa dia.
Tapi sekiranya dalam diri aku memang dah tak ada dia, buatlah apa yang terbaik untuk diri aku. Esoknya kami masing – masing teruskan rutin bekerja. Macam biasa aku act like nothing happen last night sebab aku rasa puas hati dah luahkan semua.
Aku tak peduli sebab aku rasa aku dengan anak – anak boleh hidup tanpa dia. Aku dah fikir lepas cerai nak duduk mana, anak nak hantar taska mana dan sebagainya. Mula dari hari tu jugak suami aku tak layan aku sepanjang masa.
Balik rumah macam orang tak balik. Aku masak dia tak makan, baju dia asing basuh, tidur dekat ruang depan. Suara dia aku dengar bercakap dengan anak sahaja. Aku tersedar apa yang buat adalah salah bila kawan aku ajak makan dekat luar.
Aku usung semua anak pergi restoran tu. Tapi dalam keadaan anak rapat macam aku memang aku tak boleh nak makan. Dengan anak nak main kejar sana sini. Waktu tu aku sedar yang selama ni suami aku yang tolong jaga anak bila kami keluar makan.
Selama ni dia yang jaga anak bila aku sibuk memanjang dengan telefon. Anak – anak lagi ceria bila diorang bersama papa. Bukan dengan mama. Di mana aku selama ni. Kenapa anak tak boleh peIuk civm aku macam mana diorang peIuk civm papa diorang.
Aku menangis depan suami aku minta ampun. Aku memang nekad nak berubah. Aku nak suami dengan anak – anak aku. Aku fikir aku kuat nak bercerai. Tapi kuatkah aku bila aku bangun pagi suami aku tak ada di sisi. Kuatkah aku nak beIa anak – anak aku sendiri yang selama ni suami tolong aku besarkan anak.
Kuatkah aku nak hidup sorang diri sedangkan selama ni aku ada tempat untuk bersandar? Aku tak kuat. Sedikit kekuatan pon tak ada untuk aku nak isi borang failkan penceraian yang sudah siap aku cetak. Berdepan dengan suami aku tanya pada dia, sudi lagi tak terima aku lepas apa yang aku dah buat.
Suami aku jawab 2 benda. Yang pertama Mana mungkin dia nak buang perempuan yang dia lamar untuk jadi teman sehidup sem4ti dunia akhir4t? Yang ke 2 Mana mungkin dia nak buang ibu kepada anak – anak dia?. Terus aku teringat kali pertama dia melamar aku.
“Sudi tak nak jadi teman hidup dia dunia dan akhir4t”. Aku rasa sangat bersalah dan nekad nak berubah. Telefon aku bila sampai rumah memang duduk dalam handbag. Bila berbunyi orang call baru aku capai. Lepas tu masuk semula dalam bag.
Masa lapang lepas anak – anak dah tidur baru aku baca mesej dalam whatsapp. Sekarang aku sendiri dah tak kisah kalau telefon tertinggal ke, data internet habis ke, aku dah tak kisah. Sebab nilai masa aku untuk keluarga lagi tinggi dari telefon.
Seronok bila balik kerja tak sempat turun dari kereta lagi anak lari men3rpa dekat aku smbil peIuk civm. “Abang rindu mama hari ni.” Lagi sorang tanya “Kenapa mama balik lambat. Banyak kerja ke? Jom kita balik rumah. “Bahagia yang tak boleh ungkap dengan kata kata. Terima kasih Allah. Doakan aku istiqomah di jalan ini. – kiki
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.