
Perkara pertama aku lakukan ialah mem0tong dan mencuci semua cat kuku Aiza. Aku tanya pada Aiza tentang solat dan puasa yang ditinggalkan. Begitu juga simpanan emasnya. Aku juga tanya password semua akaun di Internetnya, blog, facebook, yahoo chat. Semua penuh dengan gambar tak tutup aur4t..
#Foto sekadar hiasan. Kisah ini tentang sahabat baik yang aku namakan sebagai Aiza. Aku kenal Aiza pada tahun 2007 ketika bekerja bersama di Desa Sri Hartamas. Jika dilihat pada luaran, kami berdua sangat berbeza.
Seperti langit dan bumi. Aku adalah tipikal staff Melayu yang simple, bermake-up nipis dan berpakaian menutup aur4t. Pakaian pejabat aku selalunya baju kurung, jubah, atau kemeja dan berseluar panjang. Aiza pula seorang yang cantik.
Neneknya Melayu dan datuknya India. Ibunya pula campuran Cina. Jadi korang boleh bayangkan kecantikan eksotik yang Aiza miliki. Seperti ratu cantik Venezuela. Aiza ni juga seorang yang suka bersiap. Rambutnya lurus dan panjang, berlipstik merah lengkap berbulu mata panjang dan sentiasa bermedi pedi (medicure dan pedicure).
Pakaian kerja pula ialah skirt pendek p0tongan pensil dan kemeja panjang yang dilipat hingga ke siku. Penampilan itu sesuai juga dengan personalitinya yang ramah dan mesra dengan sesiapa sahaja. Dipendekkan cerita, aku dan Aiza akhirnya menjadi kawan baik.
Kami br3akfast dan lunch bersama setiap hari. Sebab masing – masing nak jaga badan tak nak gemuk, kami akan makan setengah jam dan habiskan masa setengah jam lagi dengan berjalan – jalan di sekitar Desa Sri Hartamas.
Biasanya semasa kami berjalan – jalan, orang yang berselisih (selalunya lelaki) akan merenung atau menoleh berkali – kali ke arah Aiza. Aku yang berjalan di sebeIah dia pun rasa bangga ada kawan cantik. Walaupun berumur 40-an, Allah beri rupanya seperti 20-an.
Cantik dan awet muda. Aku yang tengok Aiza tiap – tiap hari pun terpesona, apa lagi orang lain. Tapi Aiza ni orangnya peramah. Kalau orang tengok atau tenung dia, selamba je dia kata “hai” sambil senyum lebar dan angkat tangan.
Mana lah tak seronok orang tu. Berjalan sampai terteleng – teleng kepala. Aiza kata apalah salahnya bagi orang tu happy. Kan dapat pahala. Heeeee aku senyum saja lah nak kata apa. Masa ni Aiza baru bercerai setelah berkahwin hampir 20 tahun.
Anak – anak 3 orang semuanya perempuan bersekolah menengah, dan duduk dengan bekas suami. Kenapa dan mengapa, jangan lah ditanya di sini. Sebab bagi aku, itu keputvsan peribadi suami isteri. Pasti itu yang terbaik untuk mereka.
Selepas bercerai Aiza selalu berkongsi kesepian hidupnya terutama ketika pulang ke rumah. Dia kata pada waktu malam ketika terbaring memandang siling, dia selalu meratap, “ya tuhan.. ya tuhan.. sambil memikirkan bila dia nak m4ti. Aiza juga risau dia akan m4ti sendirian. Jadi sebagai sahabat, aku pun betulkan supaya panggil nama Allah, bukan tuhan.
Allah pasti akan bantu mengisi kekosongan jiwa. Aku juga bergurau mengatakan “Takpe Aiza, bila U rasa nak m4ti nanti, U call I. Nanti I datang ajar syahadah.” Kami ketawa memandangkan jarak rumah kami agak berdekatan.
Kadang – kadang Aiza mengadu yang dia takde rasa nikmat hidup. Semua kosong. Makan takde rasa, kerja takde rasa, berMua-Thai takde rasa. Aiza kata kan bagus kalau rasa ‘high’, macam ambil d4dah. Stim je mata. Dan kami pun ketawa.
Aku pun sambung, “kalau nak morfin murah elok cari kat hospitaI. Minta nurse cucuk sekali, lepas tu stim. Haaa free you!” Ketawa lagi. Untuk pengetahuan, Aiza ni bukan lah jahiI dalam agama. Dia adalah lulusan UIA dan juga bertudung ketika ke kuliyah.
Tapi dia sendiri mengaku betapa jauhnya dia dengan tuhan (aku betulkan supaya sebut Allah) dan sentiasa mencari jalan untuk mengisi kekosongan hidup. Aiza pun mengaku walaupun dia jarang solat tapi malam – malam bila dia sedih dia akan solat dan mengadu menangis kat Allah.
Waktu ni aku sangat bersyukur sebab dia masih ingat pada Allah. Dalam bercerita sedih – sedih, aku ajak Aiza menunaikan umrah. Mengadu kat Allah depan Kaabah. Aiza pun macam setuju. Kami berjanji bila umur aku 45 tahun, kami akan ke sana bersama – sama.
Ketika itu aku berumur 32 tahun dan Aiza 42 tahun. Walaupun aku tak pasti adakah kami masih berkawan lagi nanti, tapi aku tetap yakin dapat membawa sahabat aku itu ke Mekah. Selalunya Aiza berkongsi cerita sedih dengan aku saja.
Bila kami berdua, baru dia bercerita. Tapi kalau ada staff lain yang join br3akfast atau lunch, kami cerita pasal ofis, pasal kerja. Atau pun dengar je staff tu cerita pasal anak – anak dan keluarga. Tak pun kami pakat – pakat kutuk bos besar yang tipu gelaran Dr. konon buat phd tapi bila minta salinan tesis, langsung tak nak bagi. Haaaa…..acaner tu?
Pendek kata bila dengan staff lain, si Aiza tunjuk happy go lucky. Sembang kencang macam takde masalah. Paling tidak pun dia akan komen pasal bulu mata dia yang tercabut gam. Antara per4ngai Aiza yang aku suka ialah dia tak suka bercerita pasal orang lain.
Cerita baik apatah lagi cerita buruk. Kalau ada staff buat muka kelat dengan dia, dia akan kata “Aaaahhh, mesti dia g4duh dengan laki / bini kat rumah. Kejap lagi ok la tu.” Aiza tak pernah bersangka buruk dengan orang lain walaupun dia tahu ramai staff kutuk cara dia berpakaian.
Kadang – kadang ada je staff lain mengata dia. Kutuk pakai s3ksi la, pasal make-up tebal la, pasal tak solat kat surau la. Bayangkan diorang kutuk tu dalam surau kot. Sambil pakai telekung atau sambil hampar sejadah.
Huuussshhhh aku yang tengah solat pun rasa tak kusyuk weh. Terp4ksa baca surah pejam mata, bisik kuat – kuat, supaya kusyuk semula. Lepas solat je terus keluar dari surau, tak sempat berdoa dah sebab rasa sangat marah.
Yelah, depan Aiza diorang tak berani nak cakap lebih kurang sebab Aiza ni pekerja yang pandai. Cakap berdepan senyum – senyum tapi kat belakang semua benda diorang kutuk. Sampaikan berita Aiza bercerai pun jadikan bahan.
Aiza tahu staff lain mengutuk tapi dia kata biar je lah. Tuhan ada…. (waktu ni pun aku betulkan supaya sebut nama Allah). Yang kutuk ni bukan lah semua, cuma beberapa orang sahaja. Tetapi aku peratikan yang tukang dengar pun ramai, dan tukang mengiya dan tukang gelak pun ramai.
Jadi takde bezanya diorang ni. Sama saja. Pada tahun 2010 Aiza telah berpindah kerja ke tempat lain, tetapi masih berdekatan dengan ofis aku. Kadang – kadang dia akan datang lunch atau berjalan – jalan seperti selalu. Staff lain pun jika terserempak akan ditegurnya walaupun ada yang melemparkan perIian secara terbuka.
Dulu nak cakap direct, tak berani sebab satu pejabat. Bila Aiza dah tak kerja di situ, berani pula diorang kutuk dia depan – depan. Bayangkan.. Seperti biasa Aiza buat dek saja dan berkata, “Allah adaa…..” Di ofis, ada staff lain yang bertanya kepada aku tentang Aiza.
Nampaknya diorang ni sangat – sangat berminat nak tahu pasal Aiza. Kebanyakan masa aku akan cerita yang best – best je. Biar diorang s4kit hati tak boleh mengutuk. Biar diorang takde modal. Aku memang tak berapa ngam dengan diorang sebabkan sifat mun4fik tu, depan baik belakang kutuk.
Jadi dengan diorang ni aku buat kawan hangat – hangat t4ik ayam. Berkawan pasal kerja sahaja, selain itu sorry la beb. Pada tahun 2014 aku telah bertukar kerja di Bangi. Aiza pula di Cyberjaya. Ketika ini dia telah berkahwin dan hidup dengan gembira.
Kami masih lagi berjumpa 3 – 4 kali setahun, selalunya di Bangi Gateway. Kebanyakan masa Aiza berkongsi cerita tentang suaminya Yusuf, yang hensem dan baik. Aku memang bersyukur kerana akhirnya Aiza dapat menemui rasa dalam kehidupannya.
Tiada lagi kesedihan dan air mata. Semuanya kegembiraan dan gelak tawa. Pada masa yang sama Aiza bercerita tentang simpanan barangan kemasnya yang dibawa pindah dari rumah lama ke rumah baru. Berkilo – kilo. Aku pula secara spontan bertanya tentang zakat emas.
Aiza tersengih. Melihat sengihan tu aku pun faham yang dia tak bayar zakat. Secara berseloroh aku berkata “Takpe Aiza, bila U nak m4ti nanti I akan contact Yusuf pasal ni. You m4ti je dengan aman.” Padahal aku tak pernah jumpa si Yusuf pun.
Yakin je aku cakap macam tu. Dan ya, Allah maha mendengar. Rupa – rupanya apa yang aku janjikan walau secara berseloroh, Allah aturkan supaya aku laksanakan. Sebagai khidmat terakhir buat sahabat. Sepanjang aku berkawan dengan Aiza, selepas solat aku selalu berdoa supaya dia bahagia dan gembira.
Bila aku teringat, aku hadiahkan al-Fatihah agar r0h Aiza tenang dan kembali kepada kehidupan yang menepati syariat Islam. Walaupun ketika Aiza masih hidup. Aku sentiasa menitipkan doa dan fatihah untuknya supaya terbuka hatinya kembali ke fitrah Muslim.
Aku bersahabat dengan Aiza bukan sebab dia cantik, bukan sebab dia kaya. Aku sendiri tak tahu kenapa hati aku terlekat untuk terus berkawan dengan dia. Waktu balik kerja, dalam kereta ketika memandu aku sering bermuhasabah kenapa Allah bagi rasa sayang kat Aiza.
Sayang nak tinggalkan dia sorang – sorang. Seperti satu tanggungjawab untuk membantu Aiza kembali ke jalan yang Allah redai. Walaupun ada ketika aku tidak bersetuju dengan jalan keluar yang Aiza ambil suatu ketika dulu, aku hanya menggelengkan kepala atau membuat muka buruk dan berkata “Yek!”.
Atau ketika aku benci dengan beberapa perkongsian ceritanya yang bercanggah dengan pendirian aku, dalam hati aku aku berdoa “Allah! Allah! Allah! Bantu sahabatku ini.” Dan aku tetap setia berkawan dengan Aiza.
Sememangnya Aiza pernah mengaku dalam ramai – ramai kawannya, aku yang paling Islamik. Seperti satu tanggungjawab, aku teruskan berkawan dengan Aiza. Sehingga lah Aiza berkahwin semula. Lega dan gembira. Itu yang aku rasa, kerana dia berkahwin dengan lelaki Islam yang memenuhi ciri – ciri seorang suami mithali.
Hakik4tnya Allah sahaja yang mengetahui mengapa hati kami bertaut sebagai sahabat. Rupanya sebagai peluang aku memberi khidmat terakhir buat sahabatku Aiza. Aku akan sambung lagi cerita ini di bahagian ke-II. Insyaallah. Buat perkongsian untuk semua. Semua perkenalan yang Allah aturkan ada hikmahnya. Wassalam. – Sahabat Lama (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Assalamualaikum semua. Aku Sahabat Lama. Menyambung kisah tentang sahabat aku Aiza. Pada suatu malam di awal Februari 2015, ketika aku sedang memandu pulang dari kedai, aku menerima panggiIan dari Aiza.
Melihat namanya tertera di skrin telefon, aku rasa sangat gembira. “Mesti dia nak ajak jumpa, makan – makan, minum kopi, lepak.” Itu yang aku fikirkan. Bila aku angkat telefon, rupanya suaminya si Yusuf yang menelefon.
Terk3jut la juga sebab tak aku langsung tak pernah berjumpa atau bercakap dengan Yusuf. Cuma bila berborak dengan Aiza, dia akan memberi gambaran suami barunya itu. Tinggi, putih, hensem, bermata hijau. Ibunya Benggali dan bapanya Jerman.
Kedua – dua mereka adalah mualaf. Jadi aku bayangkan si Yusuf ni ala – ala nabi Yusuf la kot. Hensem. “Hello, this is Yusuf. Aiza had an acc1dent. She wants me to tell you. She just woke up and wants to see you.” Allah! Allah! Terk3jut juga menerima berita dari Yusuf.
Disebabkan aku sedang memandu, aku cuma dapatkan maklumat ringkas seperti hospitaI mana, tingkat berapa, wad no apa. Aku tak bertanya langsung pasal Aiza. Selepas bercakap dengan Yusuf, aku terbayang kemungkinan keadaan Aiza yang berbalut kaki dan tangan.
Alaaa kesiannya kawan aku yang lawa tu. Macam mana dia nak jalan terjengket – jengket nanti. Bertopang tangan ke. Kesiannya dia. Secara spontan, aku terbayang muka staff – staff lama. Ishk… seronok la diorang kalau dapat tahu Aiza c4cat!
Keesokan harinya aku terus ke HospitaI Tunku Jaafar, Seremban untuk berjumpa Aiza. Sampai depan wad ICU, dari jauh aku dapat kenal pasti Yusuf. Keadaan dia pun serabai. Tapi, masih hensem. Yusuf segera bawa aku masuk ke tempat Aiza.
Aku masih terfikir kaki Aiza patah ke.. tangan dia patah ke.. dapat c4cat kekal.. Kesiannya! Kesiannya dia! Sampai di katil Aiza, aku tengok elok saja dia terbaring berselimut tebal. Kaki dia elok, tak berbalut. Tangan pun elok.
Dua – dua dalam keadaan sempurna. Langsung takde caIar baIar, apatah lagi Iuka. Kepalanya pun takde sebarang balutan. Rambutnya ditutup dengan penutup kepala macam shower cap berwarna biru. Muka Aiza sempurna takde sebarang Iuka.
Cuma ada satu tiub besar dimasukkan ke mulut menyebabkan Aiza tak dapat bercakap. Aku pandang Aiza. Aiza pandang aku. Aku nampak air matanya mengalir. Aku cepat – cepat pujuk dia. “Aiza! Alhamdulillah U OK!”
Dengan muka yang berkerut Aiza mengangkat tangan dan menunjukkan bahagian perutnya yang leper. Memang leper. Hampir sama dengan bahagian tilam baringannya. Aku pandang Yusuf. Yusuf pun bercerita yang kereta Aiza telah berIanggar depan – depan dengan kereta lain.
Head to head. Driver tu lelaki India, muda. Disebabkan impak hentaman yang kuat, driver tu patah leher dan m4ti serta – merta di tempat kejadian. Aiza pula terjerut dengan tali keledar yang dipakainya. Bahagian perutnya h4ncur.
Sebenarnya Aiza baru sedar setelah k0ma selama dua minggu. Dan orang pertama yang dia nak Yusuf hubungi ialah aku. Ketika itu semua dialog dan lawak – lawak yang pernah kami kongsi bersama menerjah ke dalam fikiran.
Ya Allah, ini rupanya tugas aku. Semasa menghantar aku keluar dari situ, Yusuf sambil memegang dahinya berkata yang harapan Aiza untuk hidup adalah sangat nipis. Ini kerana keced3raan Aiza melibatkan lebih 70% usus besar, yang tak boleh diganti.
Usus besar fungsinya menyerap nutrien makanan dan menghantar ke bahagian tubuh yang lain. Kalau jantung atau hati, atau buah pinggang masih boleh cari penderma. Untuk usus besar, memang tiada harapan. Tugas doktor hanya lah membantu mengurang kes4kitan Aiza mengikut selama mana dia mampu terus hidup.
Keesokan harinya aku ke sana lagi. Kali ini aku bawa pem0tong kuku, pencuci cutex bersama cotton buds, sebotol spray air, dan telekung. Perkara pertama aku lakukan ialah mem0tong dan mencuci semua cat kuku Aiza, dan aku mengajak dia berwuduk untuk menunaikan solat taubat.
Aku tahu, dan Aiza pun tahu yang saat dia mengadap Ilahi sangat dekat. Ketika Aiza seperti mahu menangis, aku pujuk dia. Aku kata Allah sangat sayangkan dia sebab masih beri waktu untuk bertaubat. “Allah sayangkan U Aiza.”.
Aiza juga minta aku ajarkan zikir – zikir yang boleh dia baca dan meminta aku mendoakan dia. Semua perbualan Aiza lakukan secara bertulis disebabkan tiub yang ada di mulutnya. Aiza hanya menerima susu sebagai makanan sekadar cukup untuk kelangsungan hidup.
Setiap hari perutnya akan dicuci dua kali sehari. Aiza hanya boleh mengerutkan muka sambil menunjukkan ke arah perut menandakan kes4kitan di situ. Dan aku akan memujuk dengan berkata “Allah sayang U… sebab tu Allah cuci semua perut U. Allah nak U bersih bila bertemu denganNya nanti”.
Aiza faham dan berhenti berkerut. Selain aku, ibu Aiza pun ada menolong dia menunaikan solat wajib. Aku cuma boleh bantu dia untuk solat Zohor dan Asar, selepas itu perlu pulang ke Bangi. Selebihnya ibu Aiza yang tolong.
Suatu hari di minggu kedua, aku bertanya pada Aiza tentang solat dan puasa yang ditinggalkan. Begitu juga simpanan emasnya. Aku juga bertanya password semua akaun di Internetnya, blog, facebook, yahoo chat. Aku berasa satu tanggungjawab untuk memadam semua gambar – gambarnya.
Aiza beri semua maklumat, termasuk simpanan ASB dan Tabung Haji. Aku juga bertanya samada dia ada berhutang dengan sesiapa. Aiza seakan berfikir lalu menulis supaya menyerahkan simpanan jam tangan dan geran rumah kepada bekas suaminya.
Semua catatan tu aku tulis dan simpan kemas dalam beg. Aku berikrar untuk membantu Aiza melunaskan semua hutangnya dia di dunia ini dan dapat pergi dengan tenang. Sampai suatu ketika, keadaan Aiza sangat lemah. Dia berg4ntung sepenuhnya pada m0rfin yang diberi secara available-all-the-time.
Maknanya Aiza diberi satu butang, bila mana dia berasa s4kit, dia akan tekan sendiri butang itu. Ya, keadaan itu sama seperti yang kami gambarkan ketika bergurau dulu. Ketika ini, Aiza hanya terbaring. Bila aku menziarah, aku bacakan surah Yasin atau Ar-Ra’d sebagai pemudah untuk Aiza pergi.
Dan pada April 2015, Aiza pergi meninggaIkan dunia buat selamanya. Setelah itu, aku memberitahu Yusuf semua maklumat tentang bayaran zakat emasnya, fidyah solat dan puasanya termasuk pesanan kepada bekas suami.
Aku juga meminta Yusuf pergi ke Tabung Haji untuk daftarkan badal haji. Memandangkan Yusuf tidak begitu mahir bab – bab ini, aku tolong saja mana – mana yang boleh ditolong. Aku juga memadam gambar – gambar dan semua akaun internet yang berkaitan dengan Aiza, dengan keizinan Yusuf.
Selepas itu, baru lah rasa lega. Pada tahun 2017 aku berpeluang menunaikan umrah, tumpang mahram adik lelaki aku. Di sana aku menghadiahkan dua kali umrah buat Aiza. Selepas hadiah umrah pertama, aku berdoa supaya Allah menunjukkan keadaan sahabat aku.
Malam itu, aku bermimpi Aiza membawa aku ke tempat tinggalnya. Kusam, kelam dan berwarna per4ng tua. Suasana seperti Gerai Enam Jahannam dalam filem P. Ramlee. Aku juga nampak wajah – wajah suram orang lain yang tinggal di situ.
Aku lihat Aiza bertelekung, tetapi tidak memakai kain, mendedahkan lututnya. Raut wajahnya seakan sedih walaupun tersenyum. Dalam mimpi tu Aiza masih cantik jelita. Sedar dari mimpi itu, aku hadiahkan umrah sekali lagi untuk Aiza dan memohon Allah ampunkan d0sanya.
Berita kem4tian Aiza aku kongsikan dengan staff pejabat lama hanya setelah setahun berlalu. Bukan sengaja berahsia, aku langsung tak teringat. Seperti tertutup hati ini untuk bercerita kepada mereka. Hanya bila bertemu, aku khabarkan kem4tian Aiza dan meminta mereka mendoakan kesejahteraan dia di sana.
Persahabatan dengan Aiza mengajar aku dua perkara. Pertama, jagalah akhlak dengan orang lain. Seburuk – buruk per4ngai Aiza, dia takkan bercakap buruk tentang orang lain. D0sanya hanya pada Allah, Allah maha pengasih maha penyayang. Allah pasti mengampuni h4mbaNya.
Kedua, jagalah lidah dan perkataan. Aku kini betul – betul menjaga perkataan aku. Aku tidak lagi berseloroh cakap yang bukan – bukan walau dengan niat bergurau. Bayangkan, setiap apa yang aku janjikan secara bergurau, Allah bagi aku buat semuanya. Satu pun tak tinggal.
Sekarang ni, dialog aku ialah “Ya Allah, aku nak satu juta dalam ASB. Nak bergembira di dunia dan akhir4t”. Daripada bercakap yang merepek – repek, lebih baik aku minta satu juta ringgit. Allah maha mendengar, Allah pasti memaqbulkannya. Amin.
Begitulah kisahnya. Bagi aku, persahabatan dengan seseorang bererti kita bertanggungjawab untuk menolongnya sampai ke akhir. Bukan sekadar berkongsi cerita dan viralkan kepada orang lain. Bukan bercerita hal kesedihan kita bila dia tiada.
Bukan. Bukan pasal kita dah, tapi pasal dia. Sebagai sahabat, inilah kisahnya, khidmat terakhir buat sahabat aku Aiza. – Sahabat Lama (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Sya Nysya : Allahu, first time saya baca confession, naik bulu roma dan rasa terkesan sangat. Moga Allah tempatkan Aiza di kalangan para solihin, rahm4ti r0hnya dan jauhkan dia dari az4b kubvr, jadikan kubvrnya lapang dan seindah taman syurga.
Aiza bertuah mempunyai kawan seperti awak. Kita sendiri tak tau pengkahiran kita bagaimana nanti, moga kita semua termasuk yang membaca dan yang komen baik – baik pergi dalam keadaan husnul khatimoh.
Suez Mohd : Pernah terbaca di FB, lebih kurang macam ni : cari lah sahabat yang baik sehingga dia menarik kita ke syurga. Jika di akhir4t dia mencari – cari sahabatnya, jika tidak ditemui maka dia berdoa, ya Allah, engkau ampunkan d0sa sahabatku dan masukkan lah dia ke syurga bersamaku.. lupa dah, tapi lebih kurang mcm ni.. beruntung Aiza.
Nurul Haida Mohd Ali : Kita nampak orang yang lain yang tak kena di mata kita, selalunya terus cop orang tu warga ner4ka. Tapi kita selalu lupa kita sendiri pun calon – calon ner4ka jugak. Semoga kita semua punyai rakan – rakan yang sama macam confessor yang selalu mendoakan dan menjuruskan kita ke jalan – jalan yang lurus yang diredhai Allah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.