
Salah seorang anak sepupu minta duit raya kat saya. Dan dia cakap, “Mama suruh minta duit raya.” Saya terkedu. Saya cakap terus terang sajalah cakap takde. Tak habis dekat situ, masa balik saya kena perli sinis. Mak ayah saya terdiam..
#Foto sekadar hiasan. Hai semua.. Selamat hari raya. Tahun nie kita dah boleh balik kampung beraya setelah dua tahun kita tak dapat berziarah, kunjung mengunjung dek kerana koviid nie kan. Selain kuih muih, biskut raya, hidangan juadah hari raya macam rendang, ketupat, lemang tue memang wajib ada, dah menjadi tradisi kita untuk memberi duit raya kepada sesiapa yang datang.
Cuma saya ada satu cerita pasal duit raya nie. Saya nak throwback sikit tentang pengalaman saya tentang duit raya. Awal tahun 2010, saya bekerja sebagai pembantu kedai dengan gaji RM900. Untung sebab saya duduk rumah Mak Ayah. Makan minum masih ditanggung.
Mak Ayah saya tak pernah minta duit gaji tapi, setiap kali gaji saya akan belanja mereka makan. Tak kira la mereka nak makan kat mana pun. Bila dah tibanya hari raya, ramai saud4ra mara berkunjung ke rumah. Ada sesuatu yang saya agak tak berkenan.
Bukan tak berkenan sebab orang datang rumah ya. Saya ada seorang sepupu yang dah kahwin serta mempunyai tiga orang anak. Setiap tahun, saya perasan yang anak – anak dia akan minta duit raya tak kira rumah siapapun.
Tiba giliran saya, salah seorang anak dia minta duit raya kat saya. Dan dia cakap, “Mama suruh minta duit raya.” Saya terkedu. Saya cakap terus terang sajalah cakap takde. Ingatkan dah habislah takat situ jer. Time diorang balik, si sepupu saya nie cakap, “Dah kerja takkan takde duit raya kot.” Ya Allah, malunya saya di situ.
Mak Ayah saya pun just diam jer bila dia cakap macam tue. Benda nie berlarutan di raya seterusnya. Ternyata bukan saya seorang, sepupu saya seorang lagi pun kena. Dan bukan takat itu jer, setiap berkunjung rumah orang beraya, memang macam tue.
Si emak suruh minta duit raya. Dah jadi bualan hangat pada saud4ra mara yang lain. Bukan berkira, kedekut atau Haji bakhil. Tapi nampak kurang adab bila meminta – minta macam tue. Ada satu ketika, belum masuk rumah nie, anak – anak dia terus cakap, “Nak duit raya.”
Cakap direct kat tuan rumah. Yang Si Mak boleh gelak, senyum jer tanpa menegur. Yelah, Si Mak tue pun suruh anak – anak dia minta duit raya. Memang tak terk3jut lah. Kalau sayalah, malu kot. Lagi satu, anak orang yang sama, pergi buka sampul duit raya depan tuan rumah.
Lepas tue cakap, “Eiii. Sikitnya.” Takpun, “RM5 jer…” Kemudian buat muka sedih konon sebab duit raya sikit. Yang si Mak giat cakap, “Lain kali bagiIah lebih sikit. Kan saud4ra.” Kalau korang, malu tak nak cakap macam tue?
Kalau saya memang malu giIa. Kot ya pun, tak boleh ke ajar anak tu beradab sopan sikit. Tak meminta – minta. Ini tak, biarkan jer. Si Mak lebih – lebih pulak jadinya. Mak Ayah saya ajar, orang bagi duit raya, ambil. Kalau takde, jangan minta.
Kita tak tahu situasi orang macamana. Dan jangan pulak komplen itu ini. Biskut raya tak sedap ke apa. Simpan dalam hati jer. Itu yang Mak Ayah saya ajar. Saya nie bukan marah tapi kita tak tahu pandangan orang lain macamana bila ada situasi macam tue.
Nak marah pun, saud4ra sendiri. Tahu raya setahun sekali. Tapi tolong jangan ajar anak macam tue. Kadang – kadang, ada yang anak tue sendiri macam tue. Mak Ayah tak suruh atau ajar, dia minta sendiri. Tapi hat nie, siap mention, “Mama suruh minta” lagi. Budak kan.
Konsepnya mudah. Orang bagi kita ambil. Sebab dikira sedekah tak kiralah berapa pun jumlah duit dalam sampul tue. Besar rahmat orang bagi duit raya. Rezeki Allah. Yang memberi berkongsi rezeki ikut kemampuan. Dan satu lagi kejadian, kan kita tak boleh beraya dua tahun sebab pandemik.
Dalam group Whatsapp saud4ra mara, banyaklah ucapan hari raya kan. Dan sepupu saya tue ada ucap tapi dengan tambahan ayat, “Tak boleh beraya, duit raya tetap boleh bagi. Nanti bank in ye. Nanti kita bagi no. account.”
Tak tahu dia melawak ke serius time tue. Melawak? NO! Dia reply bagi no. account bank dia. Yang lain dah rasa lain macam. Lepas tue memasing diam jer. Tak baIas apa dah. Wujud orang macam nie. Maaf katalah, tak tahu malu.
Nak kata sepupu saya tue orang susah, tak jugak. Rumah teres dua tingkat, kereta ada dua. Sedangkan orang yang betul susah pun takde sampai macam tue sekali. Harap raya tahun nie, dah takde lagi macam nie. Anak – anak dia pun dah besar. Tapi belum kerjalah, masih sekolah menengah. Ini jerlah celoteh saya… – Irene (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Atisam Hahs : Pernah jumpa budak beraya kat rumah mak saya. Lepas mak saya bagi duit raya diorang ramai – ramai angkat tangan doa. Moga Allah bagi nenek sihat, panjang umur. Murah rezeki nenek. Meleleh air mata yang mendengar doa anak – anak syurga tu.. rasa tak ralat bagi lebih.
Faranisyah Hakim : Sepupu awak rare.. sampai tahap raya PKP pun dia gamak nak bagi no acc. Saya rasa mostly orang normal tak hadap sangat duit raya sampai macam tu sekali. Even dia susah sekalipun. Jarang lah jumpa.
Tapi tulah, ambik iktibar. Jangan kita jadi spesies rare gitu. Sampai ke tua orang mengatakan.
Amelia Zainuddin : Mak saya kalau budak – budak datang rumah beraya sambil bagi duit raya, dia akan tegur sekali budak – budak tu. Tak kira la anak sape pun. Antaranya jangan mintak – mintak duit raya, orang bagi ambik cakap terima kasih. Jangan bukak angpau depan tuan rumah. Balik nanti baru tengok. Macam – macam lagi la. Baik anak sendiri baik anak orang.
Cik Shezlynn : I ada peraturan bab duit raya ni. Sesiapa yang bersuara mintak duit raya, tak kiralah budak or mak bapak budak, autom4tik tak dapat duit raya walaupun dah disiapkan untuk dia. I memang sangat tak suka budaya mintak – mintak ni. Duit raya ni kita bersedekah, bukan wajib. dah tu, yang mintak – mintak tu tak malu ke mintak sedekah tanpa sebab?
Ana Rohani : Orang macam tu kasihan. Tiada common sense dan perlu ‘disekolahkan’. Nanti per4ngai tak beradab tu bakal diw4risi anak – anaknya pula. Kalau sekali saja berlaku, tak apalah. Kalau saban tahun dibiarkan, m4kin menjadi – jadi pula. Nasihatlah. Berpakatlah semua orang yang pernah terkena nasihat cara masing – masing. Kalau berdiam diri saja, maka kentalkan hati untuk hadap tahun – tahun seterusnya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.