Aku excited bila suami dah boleh balik M’sia, sekali aku dapat h1naan paling teruk

Hari ke-4 suami balik dari Singapura aku rasa berdebar tengok HP suami. Selama ni aku tak pernah cek pun, barulah aku tahu, dekat Siangpura sepanjang PKP dia ada skandal dengan amoi. Malam tu aku menyamar jadi suami, aku email perempuan tu konon – konon ajak check in..

#Foto sekadar hiasan. Bila tengok orang post pasal pertemuan semula dengan orang tersayang, hati tersentuh dan turut menangis kegembiraan. Rasa tak sabar nak tunggu suami balik. Macam – macam aku dah plan sebab tak nak rugi seminit pon masa yang ada untuk bersama nanti.

Tapi kisah aku tidak seperti yang aku harapkan. Suami yang aku tunggu bertahun, pulang bersama sebuah k3jutan. K3jutan yang tidak ada seorang isteri pon atas dunia ini impikan. Selama tiga hari dia di rumah, tidak sedikit pun terdetik untuk aku check handphone dia walaupun aku tahu semua pin hp / password segala social media suami aku.

Langsung tak terlintas untuk aku buat begitu. Entah kenapa, hari ke-4 dia di Malaysia, aku teringin nak check handphone dia. Berdebar – debar rasa, rupanya perasaan itu benar belaka. Allah izinkan untuk aku lihat sendiri kecurangan suami.

Aku jumpa gambar dia selfie berpeIuk dengan perempuan. Perempuan ca ya alif nun to be exact. Yes, its really hurt me! Kau boleh bayang tak, suami aku skandal dengan perempuan cina satu kilang dengan dia! Dah lama, tapi aku langsung tak sedar.

Sebab apa? Sebab suami aku selalu video call aku, selalu reply mesej aku, jarang sekali dia lambat respon bila aku contact dia. Langsung tak percaya suami aku sampai macam tu sekali dia dah terlalu jauh. Ye, sebelum dia balik bercuti ke Malaysia, pernah sekali aku terjumpa resit hotel dalam emel dia.

Resit tu tertulis nama perempuan tu dengan suami aku. Kalau kau jadi aku, apa yang terlintas dalam fikiran kau! Tapi, suami aku menafikan sekeras – kerasnya yang dia hanya tolong perempuan tu booking hotel sahaja. Aku minta dia lafazkan cerai takIik ke atas aku, sebab itu je cara yang aku ada untuk percaya kata dia.

Dan ya, dia berani melafazkannya. Berkali – kali aku ingatkan padanya, kalau dia tipu atau main – mainkan lafaz tersebut, maksudnya dia telah berz1na dengan aku sepanjang 3 hari sebelumnya. Andai diberi rezeki anak, anak tersebut bukan anak yang sah taraf.

Dan dia tetap menafikan dan tetap menyatakan dia tidak pernah tidur dengan mana – mana perempuan selain aku. Dia juga meminta perempuan itu untuk whatsapp sendiri aku untuk membuktikan kata – katanya. Perempuan itu telah whatsapp aku dan dia mengatakan hanya meminta tolong suami aku untuk booking hotel.

Aku kira selesai sampai di situ sahaja dan beranggapan mereka hanya kawan biasa sahaja. Siapa sangkakan lelaki melayu nak skandal dengan perempuan cina. Lebih kurang seminggu sebelum suami pulang, aku ada video call dia.

Malam tu lebih dari 10 kali aku call tapi dia tak angkat. Siap whatsapp suruh aku solat dulu. Tapi hati aku tak sedap, aku cuba lagi call dan dia angkat. Rupanya dia sedang makan steamboat dengan perempuan itu bersama housematenya.

Aku terus m4tikan handphone. Aku terlalu kecewa, aku block no dia. Paling memedihkan, ketika itu aku sedang mengecat bilik kami sebagai persiapan menanti kepulangan dia. H4ncur sangat hati aku. Kemudian, malam itu juga aku berpura – pura menjadi suami aku dan contact perempuan itu melalui emel (perempuan tu pernah forward iklan bilik sewa kepada suami aku).

Dalam emel itu, aku menyatakan aku cinta pada dia dan mengajaknya tidur di hotel. Perempuan itu menggeletis dalam replynya dan bersetuju untuk tidur bersama. Tak tunggu lama, aku terus whatsapp perempuan itu bertanyakan hal sebenar kenapa dia boleh reply emel sampai macam tu sekali.

Dia fikirkan suami aku (aku yang menyamar dalam emel) hanya bergurau, jadi dia pun melayan. Dan dia hanya meminta maaf kerana telah menyebabkan salah faham. Aku pula telah bagi warning pada dia tolong jauhkan diri dari suami aku.

Rupanya esok pagi, mereka keluar lagi sarapan bersama di Woodlands (aku jumpa bukti ni dalam apps Trace Together). Kecewa berkali ganda aku rasakan! Aku fikirkan bila aku dah meng4muk malam sebelumnya, suami aku akan insaf dan berhenti jumpa perempuan tu.

Tapi aku b0doh, ditipu lagi. M4kin aku skroll galeri dalam hp dia, m4kin banyak gambar aku jumpa. Rupanya mereka selalu video call, berbaIas whatsapp dan sering makan bersama – sama. Suami aku menyewa di Yishun dan perempuan itu di Admiralty.

Sanggup suami aku berulang alik ke sana untuk makan bersama perempuan itu. Bila aku tanya apa hubungan mereka, suami aku hanya menyatakan mereka kawan biasa. Tapi kau rasa, kawan biasa ke macam tu. Seminggu lebih kurang 3 – 4kali keluar makan bersama, hari – hari nak whatsapp, hari – hari kena video call.

H4ncur, terlalu h4ncur hati aku. Aku dicurangi saat kami telah punya anak. Sekarang, aku terlalu serabut. Suami yang aku kahwini atas dasar cinta sesama kami, kini telah mengkhi4nati cinta aku. Dengan perempuan cina pula tu.

Aku pandang wajah anak kami, aku sedih. Aku pandang perut aku, andai suatu hari ada rezeki anak lagi, aku sedih. Aku pandang diri aku, aku sedih. Sedih ditipu dengan orang yang terlalu aku cintai. Terkadang aku fikir, apa silap aku.

Selama ini, tidak pernah terdetik pun di hati aku untuk curang dengan suami sendiri. Tapi ini yang aku terima. Buat isteri – isteri / suami – suami yang ditinggalkan di Malaysia, jangan jadi b0doh macam aku. Pandai – pandailah g0dek apa yang patut.

Melalui emel, melalui facebook atau apa jua cara sekalipun. Jangan ingat kalau pasangan anda rajin video call anda hari – hari, dia tak curang. Suami aku sendiri sehari 2 – 3 kali video call tapi dia masih punya masa untuk curang.

Macam – macam cara mereka punya untuk berlaku curang. Ini kecurangan paling h1na dalam hidup aku. Aku dibelakangkan kerana seorang perempuan lain. Buat Mi** C***, aku nak engkau tahu bahawa doa orang terani4ya ni tiada hijab.

Doa aku buat kau, semoga kau akan rasa pengkhi4natan yang lebih h1na daripada apa yang sedang aku rasakan. Dan buat engkau M*** F***, tolong ambil anak engkau ini dan jagalah dia. Aku nak engkau rasa macam mana rasanya jadi seorang ibu dan seorang ayah dalam masa yang sama!

Semoga engkau sempat bertaubat atas d0sa – d0sa kau. Last sekali, jaga – jaga terutamanya pasangan yang bekerja di Kilang S** di Yishun. – Isteri Yang Ters4kiti (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Azie Azem : Jarang pompuan c1na nak skandal dengan lelaki melayu sampai kat atas katil, orang singapore pulak tu. Tak must4hil suami puan hanyalah tempat dia menghilangkan kebosanan. Pjj memang c4baran puan, sebab berper4ng dengan nak hidup senang suami di seberang atau nak hidup susah suami depan mata.

Kalau rasa serabut dan hilang kepercayaan, suruh jelah suami cari keje kat malaysia. Susah jugak kalau sentiasa curiga, takut nanti puan kemurungan pulak. Saya doakan puan tabah.

Miz Atom : Saya rasakan, if wanita itu kata sekadar kawan biasa, memang dia betul – betul maksudkan begitu. Tidak lebih dari itu. Buat apa dia ‘murahkan diri’ dengan bagi free, walhal di sana kos sara hidup pun boleh tahan mahal jugak.

Di sana suami puan boleh petik jari saja, nak mana – mana pompuan yang dia ingini coz di sana pusat peIacuran kategori ‘halal’ dan ‘selamat.’ Saya rasakan wanita itu sekadar ‘teman mesra’ dan tak lebih dari itu. Baguslah confessor warning sesiap, sebelum terjadinya perkara buruk.

Saya bekas pekerja Singapore dulu, lifestyle sebegitu sudah jadi perkara normal di sana lagi – lagi mereka dari Malaysia, ada di antara kita terkena ‘k3jutan budaya’. Tambah pula, musim c0vid nih kena stay lama – lama di sana, dugaan untuk lelaki berkahwin.

Yesmina Butik Bmc : Your husband ni dah m4ti dah pun kalau ikut hukvm hudud bila berz1na sebab dia dah berkahwin. Jadi realistik la ye. Walk away dari perkahwinan ni tak merugikan pun sebab dia dah m4ti dah pun ikut hukvm Allah.

Kenapa Allah hukvm penz1na yang dah berkahwin dengan hukvman r3jam sampai M4TI dan tak sama dengan hukvman penz1na yang belum berkahwin sedangkan kesalahan sama? Sebab memang dah meIampaui batas ye, ada yang halal tapi hadap yang h4ram. Ye dia meIampau batas so be realistic k. Takutler kena peny4kit keIamin ke apa hmmm m4kin mer4na hidup.

Ifada Ip : Cerai je dan bina hidup baru, anak bagi dia handle sendiri pandai – pandai kau lah konon nak life bujang sangat ala – ala bercinta. Sis bina life sendiri dan kerja, kahwin je dengan org bujang bina keluarga baru jangan bagi senang lenang bagi laki sis bina hidup macam pengantin baru takde tanggungjawab Tinggalkan je laki macam tu lebih senang dan bahagia, buat pe simpan makan hati je.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.