
Pihak lelaki mengh1na aku dan tak mengaku anak tersebut anak Arin. Arin mencampakkan ke muka aku sejumlah duit yang banyak dan minta aku gugurkan zuriatnya yang telah mula tumbuh menjadi janin, yang telah cukup sifatnya. Sekarang bila umur anak aku dah setahun, aku terk3jut diorang datang nak jumpa ‘cucu’ mereka..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga kalian berada di bawah IindunganNya. Sebelum kalian meneruskan bacaan, terdahulu ingin aku nyatakan confession aku agak panjang, semoga kalian sudi membacanya.
Nama aku Warda. Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang susah. Ayah bekerja sebagai tukang rumah di kampung dan mak hanyalah suri rumah tangga. Aku punyai 3 orang adik beradik dan aku merupakan satu – satunya anak perempuan mereka.
Oleh kerana itu aku dimanjakan dan setiap apa yang aku mahu, ayah dan mak akan usaha untuk tunaikan. Walaupun keluarga aku susah, tetapi hidup aku mewah kerana aku di keliIingi oleh ramai lelaki yang sudi memberikan aku kemewahan.
Mungkin rezeki aku memiliki rupa paras yang menarik aku jadi rebutan para lelaki di sekolah juga di luar sekolah. Ada yang sanggup berg4duh, bertumbuk dan bermusvhan disebabkan aku. Dalam ramai – ramai lelaki itu, aku lebih tertarik kepada Arin (bukan nama sebenar).
Arin tidak bekerja tetapi hidupnya mewah, rezeki dia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kaya raya. Kemewahan yang aku angankan pada setiap malam sebelum tidur ada pada Arin. Siapa tidak gembira jika setiap pergi dan pulang sekolah dijemput si buah hati.
Kadang – kadang motor besar dan kadang – kadang kereta mewah. Bebas ke mana sahaja ibarat burung yang terbang di angkasa. Enam bulan aku bersama Arin, aku sangat bahagia. Keluarga aku tahu aku berkawan dengan Arin dan mereka tidak membantah kecuali abang aku yang sulong.
Along menuduh Arin mengedar d4dah dan menjual perempuan kerana itu dia banyak duit. Cerita yang di dengar daripada mulut kawan – kawannya dia percaya bulat – bulat. M4ti – m4tian dia menghalang aku berkawan dengan Arin.
Tapi aku tetap dengan pendiriaanku kerana sepanjang aku mengenali Arin, dia lansung tidak menunjukkan tanda – tanda yang dia seorang pen4gih d4dah apatah lagi mengedar. Arin cukup menghorm4ti maru4h aku sebagai seorang wanita.
Ayah dan mak menyebeIahi aku, mereka turut membantah setiap kata – kata along. Ayah dan mak kenal benar keluarga Arin. Jika disebut nama ibu dan bapanya, semua kenal dan tahu mereka berharta. Ayah kata, ayah tak mampu bagi aku kemewahan tetapi dia berjanji akan memberi aku bahagia dengan merestui hubungan aku dengan Arin.
Masuk tahun pertama aku bersama Arin. Dia membelikan pada aku sebentuk cincin dan seutas rantai emas. Tanda yang dia bersungguh – sungguh ingin memiliki aku. Arin berjanji akan membawa orang tuanya bertemu dengan orang tuaku setelah aku tamat SPM.
Gembiranya hatiku tidak terkira. Arin juga berjanji akan mula berkerja di syarik4t ayahnya selepas kami bertunang. Mendengar itu, hati aku sem4kin berbunga – bunga kerana ianya akan membuat along aku merestui hubungan kami.
Hari raya puasa, aku dibawa bertemu dengan orang tuanya untuk kali pertama. Aku dilayan baik walaupun aku anak orang susah. Ibunya seorang peramah. Macam – macam cerita kami bualkan. Semuanya tentang Arin.
Arin juga punyai 3 adik beradik dan semuanya lelaki. Selain daripada memiliki kedai perabot, Keluarganya juga ada 10 buah rumah sewa dan ianya kini telah diuruskan oleh Arin memandangkan dia anak yang sulong. Maka tidak hairan lah kenapa Arin mewah walaupun tidak bekerja.
Sebenarnya, permulaan diatas hanyalah ingin menceritakan pengenalan antara aku dan Arin supaya para pembaca mudah untuk faham apa yang cuba aku sampaikan. Semenjak dari pertemuan aku dengan orang tuanya, hubungan kami sem4kin erat kerana telah mendapat restu dari kedua pihak dan aku sem4kin berani mengikut ke mana sahaja Arin pergi.
Kadang kala sampai berhari – hari tidak pulang ke rumah, mengikut Arin dan kawan – kawannya bercuti. Kadangkala kami bermalam di rumah sewa Arin yang kosong sehingga lah pada satu malam itu kami terIanjur.
Bukan kali itu sahaja malah berkali – kali tanpa rasa bersalah. Aku rela Arin memiliki tubuh aku kerana janji yang dilafaznya sambil menjunjung al quran. Setiap sump4h dan janjinya begitu meyakinkan aku, dia akan menikahi aku, membahagiakan aku dan hanya aku dihatinya hingga ke akhir hayat.
Dua bulan aku tidak haid, mak membawa aku ke kIinik. Aku disahkan hamiI. Mak terkedu dan ayah terdiam. Sepanjang perjalanan pulang ayah dan mak hanya membisu. Aku tahu mereka marah padaku. Hati mereka h4ncur apabila satu – satunya anak perempuan yang ada telah mencoteng arang kemuka mereka.
Tetapi apakan daya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan must4hil untuk berpatah kembali. Berbeza pula dengan aku, perasaan ku ketika itu sangat gembira kerana aku telah hamiIkan anak kekasih hatiku… Arin…
Satu – satunya lelaki yang aku sayang dan akan membawa aku keluar dari kepompong kemiskinan. Aku menghubungi Arin dan memaklumkan pekara itu kepadanya. Mendengar berita itu, Arin sangat gembira dan berjanji akan membawa orang tuanya ke rumah aku.
Malam itu, dua pihak bertentang mata. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Apa yang aku impikan berkec4i semuanya. Keluarganya tidak mahu menerima anak yang aku kandung ini dan mengatakan ianya bukan ‘benih’ dari Arin walaupun Arin mengaku ianya adalah zuriatnya.
Ayah aku mengugvt untuk melaporkan kepada polis jika Arin tidak mahu bertanggungjawab. Keluarga Arin pula menc4bar jika kes ini dilaporkan ianya akan di bawa ke mahkamah dan pihaknya akan Iawan. Memang betul aku Iiar, bebas, bertukar – tukar elaki sebelum Arin, malah Arin juga bukan yang pertama dan bukan juga yang kedua pernah meniduri aku.
Tetapi selepas aku mengenali Arin, aku putvskan semuanya. Aku berubah…!! Aku tinggalkan segalanya demi Arin. Arin juga tahu tentang kisah silam aku dan dia dapat terima aku seadanya. Kisah silam aku menguatkan lagi keyakinan mereka untuk menang.
Ayah terp4ksa membatu, apalah nasib kami orang susah, mana mampu untuk mengambil peguam untuk membeIa. Lagipula aku juga turut membantah keputvsan ayah untuk membuat laporan polis kerana aku sayangkan Arin dan yakin boleh memujuk keluarganya untuk menerima aku dengan cara yang baik.
Arin sem4kin lama sem4kin menjauh. Along tidak sudah – sudah menyalahkan aku. Mujur lah mak dan ayah tidak membuang aku. Aku pernah pergi bertemu Arin, merayu dan melutut kepada Arin untuk terima aku dan anak ini.
Namun Arin tidak mampu. Dia tidak mahu hidup susah. Ibunya memberi kata putvs, jika ingin hidup bersama aku lupakan keluarganya dan jika ingin hidup mewah, lupakan aku. Aku pulang dengan hati yang h4ncur.
Aku tidak kisah lagi dengan impian untuk bersenang lenang ibarat puteri raja. Hanya aku mahu adalah seorang ayah kepada anak aku ini. Anak aku ada ayah yang menyayanginya seperti kanak – kanak yang lain…!!
Aku ingin hidup bekeluarga. Cukup lah aku sahaja dih1na sewaktu dibangku sekolah rendah kerana susah. Tidak mampu miliki beg sekolah yang mahal, kasut sekolah yang berjenama, alatan tulis yang pelbagai warna dan corak.
Jika ingin makan yang sedap – sedap, aku terp4ksa mengampu kawan – kawan yang kaya. Mana yang simpati akan memberi barang – barang terpakai milik mereka kepada aku. Aku serik, dan kini anak aku pula yang lahir tanpa ayah, lagi besar pengh1naan yang dia bakal terima. Maafkan mak sayang..
Demi anak ini, aku tebalkan muka dan kuatkan semangat melangkah pergi ke rumah ibu dan bapa Arin, sedirian tanpa ditemani sesiapa demi secebis simpati dari keluarga Arin, maIangnya aku dihalau sebelum sempat masuk ke pintu pagar.
Arin hanya melihat dengan bersahaja, aku diseret oleh ibu saud4ranya sehingga aku jatuh terduduk dengan kandungan berusia 6 bulan. Pelbagai t0hmahan dan c4ci aku telan. Mujur la anak aku kuat. Kandungan aku selamat.
Apa yang aku ingat sehingga ke hari ini. Arin melulu datang ke arahku. Aku sangka dia datang untuk membantu aku bangun dan memilih untuk hidup bersama aku, rupa – rupanya dia datang untuk menambah p3rit pada Iuka yang ada.
Arin mencampakkan ke muka aku sejumlah duit yang banyak dan meminta aku menggugurkan zuriatnya yang telah mula tumbuh menjadi janin, yang telah cukup sifatnya dan mula men3ndang perutku sebagai tanda dia wujud di dalam rahim aku.
Berkali – kali Arin minta aku pergi dari hidupnya supaya dia tidak rasa bersalah dan dipersalahkan. Aku tahu dia telah ‘dir4cun’ oleh ahli keluarganya yang lain supaya membuang aku dari hidupnya. ”Paksu kau dah pesan kan… Setakat nak main – main boleh.
Kalau nak buat bini, cari yang setaraf. Ni sampai bunting kau kerjakan. Entah anak jantan mana dia bunting, kata anak kau. Hey! Keturunan aku tak ada yang beranak luar nikah tau. Dah tak tahu nak pakai perancang ke apa dulu. Main sod0k jer…”
Kata – kata ibu saud4ranya yang sampai m4ti akan aku kenang. Akhirnya aku melangkah kaki dengan sejuta kedukaan dihati meninggaIkan duit yang bertaburan di lantai. Aku masih bermaru4h. Biarlah walaupun hanya sisa – sisa yang tinggal akan ku cuba pert4hankan secebis maru4h yang ada.
Aku datang sini bukan lagi untuk duit, tapi meminta seorang ayah buat anak aku. Aku menjawab SPM dengan perut yang membusung, Alhamdulillah lebih ramai yang bersimpati berbanding yang menghukvm.
Pelbagai kata nasihat dan semangat aku dapat daripada kawan – kawan dan guru – guru. Aku meneruskan hidup aku, ayah dan mak pula sudah mulai laIi dengan h1naan jiran – jiran, semua diabaikan sehinggalah mereka penat untuk mengata lagi dan akhirnya suasana kembali seperti biasa.
Berkali – kali aku sujud taubat mohon keampunan tuhan dan mulutku tidak lekang memohon maaf dari mak dan ayah. Aku mula mencari ketenangan dengan bacaan al quran. Mendekatkan diri dengan surau dan masjid.
Ada juga di antara kawan – kawan lelaki aku yang dahulu benar – benar ikhlas sudi menjadi pak sanggup, tapi aku tolak. Aku tahu mereka ikhlas ke atasku. Aku tidak mahu aku dan anak ini nanti menjadi beban kepada mereka.
Aku redha dan menganggap ini antara baIasan tuhan ke atas aku kerana telah banyak mainkan perasaan dan h4ncurkan hati orang satu waktu dahulu. Aku buang yang buruk dan aku jadikan ianya satu rahmat tuhan.
Hubungan antara aku, along dan angah yang semejak dulu tidak pernah rapat kini sem4kin erat. Along yang dulu tidak pernah ‘sebulu’ dengan angah kini sem4kin bekerjasama dalam setiap pekara. Aku sangka mereka telah membuang aku, rupa – rupanya tidak.
Pernah mereka balik dalam keadaan Iuka dan bengk4k – bengk4k kerana dipukuI oleh keluarga Arin, rupa – rupanya dalam diam – diam mereka pergi berjumpa Arin minta bertanggungjawab. MaIangnya Arin tidak mahu berlembut dan menghubungi pakcik – pakciknya supaya datang menghaIau along dan angah.
Aku meraung… Menangis dalam dakapan mereka.. ” Biarlah long.. ngah.. Adik ok.. selagi adik ada long.. ngah.. ayah dan mak.. adik kuat.. Adik yang b0doh.. tuIi dengan cinta..” Kataku berkali – berkali. Aku tidak mahu abang – abang aku hilang nyawa kerana d0sa – d0saku.
Sembilan bulan berlalu dengan pelbagai duka dan air mata. Subuh hari bersaksikan mak, aku selamat melahirkan bayi lelaki. Sihat dan cukup sempurna. Along telah mengazankanya dengan penuh kasih sayang.
Melihat wajah comel sikecik aku menjadi sayu. Para isteri di dalam ward bersalin dikunjungi dan ditemani suami. Setiap anak ada ayah yang mendukungnya. Aku? Bagaimana pula anakku? Tak apa lah sayang.
Kamu ada paklong dan pakngah yang akan mendidik kamu menjadi manusia. Jangan nakal – nakal macam mak yer sayang. Aku menangis lagi. Hampir 6 bulan aku tidak mendengar berita Arin semenjak along dan angah pulang dalam keadaan Iuka dan bengk4k – bengk4k itu, tiba – tiba aku dapat berita adik ke 2 Arin meninggaI kerana eks1dent diIanggar lari.
Aku mengucap panjang. Siapa lah aku untuk menghukvm kerana aku adalah seorang pend0sa yang sedang ‘dihukvm’. Habis p4ntang, aku bekerja di sebuah mall dengan menjadi promoter barang – barang wanita.
Sedang aku sibuk mengemas dan menyusun barang – barang aku disapa seseorang yang amat aku kenali. Sekali lagi aku beristighfar pada Allah Swt mohon keampunannya. Aku tunduk sambil hatiku berdoa semoga Allah Swt memberi hidayah kepadanya.
”Akak Warda jangan marahkan Mely yer. Mely tak terlibat dalam apa yang berlaku pada kak Warda dan Abang Arin.” Aku hanya mendiamkan diri dan cuba mencari keikhlasan di dalam diri aku. Aku benar – benar berasa seperti bermimpi kerana yang berdiri di hadapan aku kini adalah adik lelaki Arin.
Dahulu, dia tidak lah selembut ini. Tidak lah memakai blause dan berseluar sendat berbunga – bunga seperti sekarang. Aku hanya mengangguk dan memberi senyuman sebelum berlalu. Aku bimbang jika lama – lama aku di situ, aku akan bersikap kej4m, mendoakan yang buruk – buruk dan eg0 akan mula menebaI.
Maka aku mengalah. MeninggaIkan dia setelah memberi sebuah senyuman yang paling manis. Kini setahun telah berlalu. Tidak lama lagi Nur Muhammad, anak aku akan menyambut ulang tahunnya yang pertama.
Awal bulan September yang lalu, keluarga aku didatangi tetamu yang tidak diundang. Keluarga Arin datang merayu untuk bertemu Nur Muhammad dan ingin membawa Nur Muhammad bertemu dengan Arin sebelum Arin menerima ‘hukvman’ dari Allah SWT.
Dia mengidap b4rah tuIang tahap 4 dan kini sedang menanti ‘m4ut’ menjemput. Menurut mak, ayah telah menghaIau mereka sekeluarga dengan batang penyapu yang kebetulan sewaktu kedatangan mereka ayah sedang mengemas laman.
Mujur la waktu itu ayah sedang menyapu laman bukanya sedang meny4bit rumput atau menebang pokok. Aku pula telah lama berpindah menginap di rumah sewa sendiri. Rezeki aku kerana dapat kerja yang baik, halal dengan gaji yang agak lumayan.
Aku ingin bina hidup baru bersama anak aku jauh daripada masyarakat yang tahu kisah silam aku. Biarlah ianya terkubvr sepi sehingga tiba masanya Nur Muhammad tahu kebenarannya dan waktu itu aku harap aku kuat untuk menceritakan padanya.
Mak kata, itu bukanlah kali pertama mereka datang, boleh dik4takan setiap hari, merayu untuk temukan Nur Muhammad dengan Arin. Aku meIarang mak memberitahu di mana aku bekerja dan di mana aku tinggal.
Bukan niat untuk berdend4m atau memberi hukvman kerana aku tidaklah layak untuk menghukvm sesiapa. Cuma aku memerIukan masa, mencari kekuatan serta keihlasan untuk membawa Nur Muhammad bertemu dengan Arin.
Bila waktunya biarlah ianya ditentukan Allah SWT. Yang aku tahu, aku cukup berterima kasih kepada Arin sekeluarga kerana mereka aku berubah, mula mencari Allah dan melalui mereka aku mendapat hidayah serta pertunjuk.
Allah SWT ‘mengirim’ mereka kepada aku sekadar untuk ‘menjentik’ aku daripada aku terus tenggeIam mengejar dunia. Bukan niat aku untuk menghukvm kerana aku sendiri adalah pend0sa yang sedang ‘dihukvm’… – Seorang yang berd0sa
Komen Warganet :
Syarifah Nuratika Najwa : Allahuakhbar berat dugaan awak dik tapi alhamdulilah ada hikmah di sebalik ujian. Menangis aiii baca. Tapi mak geram dengan si arin konon nak jumpa “anak” dia bila dah nak m4mpusss!! Tahu pulak nak mengaku anak. Heyyyy tak lah aku!!
Nur Sumaiyah Abdullah : Hati – hati kalau nak bawa pergi jumpa, Dah la keluarga Arin ni kaya raya. Tak pasal – pasal nanti dia ambil anak warda. Sedih saya baca kisah ni, keluarga macam tu bukan tahu erti penyesalan, mesti ada udang di sebaIik batu tu..
Raudhatul Izzah : Jumpa dengan dia buat kali terakhir, jangan menyesal di kemudian hari. Ya, dia buat d0sa dekat kita tapi kita tak boleh eg0 dengan tidak berjumpa dia. Lagipun dia dah tenat, tinggal menunggu malaik4t mencabut nyawa.
Dia telah mendapat hukvman dia. Kalau tak nak jumpa pun, sekurang – kurangnya bawa la anak tu jumpa ayah dia buat kali terakhir. Sekurang – kurangnya dia tahu dia ada ayah, jadi dia takdelah kena h1na bila dia masuk sekolah nanti. Em0si budak nie kena dijaga sebab dorang mudah terpengaruh.
Cik Puan Ammy : Saya penulisnya puan. Kisah ini diceritakan kepada saya dan saya adaptasikan sebagai cerpen lalu diberi kepada confessor untuk di post ke dalam FB puan. Memang kisah benar dan ‘Arin’ telah pun kembali ke sisi Allah tanpa bertemu ‘Muhammad’. Mungkin rasanya agak kej4m tapi bagi saya bergitulah sebaiknya. Novel…? In Sha Allah doakan yer.
أرفا ألملك : Betullah, “selagi tidak mengandung, selagi itulah berz1na.” Dan bila dah mengandung, sama ada jalannya kembali kepada ALLAH atau terus h4nyut dalam d0sa (gugurkan atau teruskan). Kita yang pilih.
Takutlah kita kepada azab ALLAH, bukan kepada tohmahan manusia yang juga penuh dengan d0sa dan noda. Tahniah confessor, kau masih punya iman dalam hati di samping mereka yang ikhlas menyayangi kau.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.