Aku dan kakak benci makcik sebab dia, mak aku m4ti ‘awal’ kena k4nser.

Aku dan kakak merayu dengan makcik nak bawak mak pergi hospitaI. Mak pun merayu nak pergi buat chem0 tapi makcik aku tak habis – habis cakap mak kena s4ntau. Satu hari kami dapat panggiIan dari makcik..

#Foto sekadar hiasan. Salam. Aku mulakan nukilan ini dengan penuh nada kemaafan jika ada yang aku tulis ni membangkitkan rasa marah, ataupun berbunyi sombong, benci dan ri4k. Aku mengaku aku sedang menulis ikut em0si dan aku tak kisah kalau dikecam atau dibenci kerana apa yang aku tulis ni.

Tapi aku sangat – sangat berharap orang yang tak setuju dengan apa yang aku tulis ni duduk sekejap, pandang ke luar dan ambil apa yang aku cakap ni dengan minda yang penuh terbuka. Tolonglah give this the benefit of a doubt.

Rata – rata keluarga aku semuanya syukur dikurniakan kesihatan yang secukupnya. Kami tidak mer0kok dan sering bersenam, jaga makan dan banyak ambil supplements dan multivitamin. Mak aku ada bisnes sendiri jual kain pasang, telekung, jubah tudung dan alhamdulillah bisnes dia maju, it went so well sampai she made even more than enough money as a single mom.

Tapi langit tak selalunya cerah. Masa aku tahun pertama diploma, aku dapat berita mak s4kit. Kami pun pergi ke hospitaI untuk check up dan akhirnya diagnosis mak ialah br3ast c4ncer, tapi stage 2. C4ncer tu early stage tapi masih boleh diselamatkan dengan kem0terapi dan mastectomy (br3ast rem0val).

Tetapi keluarga aku ni agak keberatan untuk buat kem0terapi dan radi0terapi dengan alasan itu semua r4cun untuk badan dan sebenarnya lebih memud4ratkan. Take note hospitaI yang sarankan kem0 ni hospitaI kerajaan yang paling besar kat ibu negara kita ni dan sudah tentulah banyak specialist kat sana.

Jadi apa yang keluarga aku buat? Bawak mak aku pergi buat rawatan tradisi0nal. Okay, kalau rawatan tradisi0nal yang bermaksud makan herba – herba ke, aku memang tak nafikan. Tapi apa yang makcik aku sarankan ialah bawak jumpa perubatan ‘alternatif’. Makcik aku ni aku tak tau dia dapat idea dari mana, tapi dia sangat – sangat yakin yang mak aku ni kena s4ntau dan alasan dia :

1. Adik beradik mak aku dan keturunan dia tak ada yang s4kit k4nser

2. K4nser ni datang tiba – tiba tanpa sebab

3. Keluarga aku amalkan gaya hidup sihat

4. K4nser ni cuma datang bila bisnes mak aku dah berkembang.

Oleh kerana makcik ni betul – betul beria, kami pun berjumpalah dengan ‘ustaz’ tu. Mengikut ‘scan’ yang dia jalankan, mak aku ni (katanyalah) terkena buatan orang yang dengki dengan bisnes dia. Dia kata mak aku ada perubahan em0si dan itu tanda – tandanya, padahal mak aku sedang men0paus dan dah tentu hormon dan em0si dia akan bercelaru.

Dan kata ustaz tu lagi s4ntau yang dia hantar tu boleh dibuang tapi kena buat ‘rawatan ulangan’ dekat tempat rawatan tu lah, bersama dengan produk – produk dia. Kat sini aku dah sangsi sikit, tapi aku tak tahu nak kata lebih – lebih.

Aku dan kakak aku cadangkan kat mak supaya kita buat je rawatan yang hospitaI sarankan dan sambil – sambil tu bolehlah buat rawatan alternatif. Makcik aku yakin dengan idea s4ntau ni dan betul – betul yakinkan mak aku yang perubatan alternatif ni boleh cure c4ncer tu tanpa kem0terapi, berdasarkan testimoni yang dia baca.

Aku dan kakak memang tentang habis, sebab doktor sendiri dah cakap tum0r tu boleh dibuang dengan surg3ri dan stage ni sangat tinggi survivaI rate, elok kita rawat dari awal. Disebabkan aku dan kakak masing – masing sedang belajar, kami tak dapat menemani mak setiap masa.

Jadi makciklah yang jaga mak. Kami memang serba salah, tapi mak insist untuk kami fokus belajar dan tak risaukan rawatan dia. Akhirnya mak aku setuju buat rawatan alternatif tanpa rawatan medical. Jadi dia ulang alik ke pusat rawatan tu sambil menghabiskan duit beli produk – produk yang dijual macam madu, air, kismis, kurma, dan macam – macam lagi lah.

Aku pernah pergi ikut mak tengok rawatan apa yang mereka buat. Rupanya ramai ‘pes4kit’ akan duduk di kerusi macam Iawn chair yang boleh baringkan tu dekat satu ruang besar, lepas tu ‘ustaz’ tu akan seolah – olah ambik wayar cucuk kat tangan (macam tengah cucuk d4rah kat tangan untuk derma d4rah) dan tolak imaginary trolley ke hulu kehilir dan tekan – tekan butang imaginasi macam tengah start mesin dialisis.

Katanya memang mesin dialisis, untuk cuci ‘d4rah kotor’ dalam badan. Mesin tu orang yang terbukak hijab je boleh nampak. Dan lepas semua orang dicucuk, akan ada sekumpulan orang duduk di corner dan baca bacaan ayat apa aku tak pasti ramai – ramai macam doa selamat la kiranya.

Session tu ambil masa satu jam dan akhir sesi mak diberi segelas air untuk dikumur dan buang untuk ‘cuci sisa kotoran’ dalam badan dan segelas lagi air doa untuk diminum. Lepas tu of course ada air penawar lah apa semua untuk dibawa balik.

Pandangan aku bila nampak ni? Aku ingat diorang semua giIa. Aku fikir apalah h1na sangat teknologi medik moden sekarang sampai orang sanggup ketepikan itu, untuk benda macam ni? Aku solat, aku percaya benda ghaib, tapi benda macam ni tak termasuk akal untuk aku fahami.

Bila aku balik kampus, aku menangis memikirkan k4nser yang sem4kin agresif dan mak aku decide untuk tak buat surg3ry atau rawatan medik langsung untuk tanganinya. Mak aku teruskan sesi ni dalam masa lebih kurang setahun.

Masa aku cuti, aku balik jumpa mak merayu untuk dia pergi kem0. Bukannya family aku tak ada duit untuk tanggung rawatan dan kat hospitaI kerajaan kot. Makcik kata aku nak siksa mak aku sendiri sebab kem0 tu r4cun dan badan mak aku lemah kena s4ntau jadi takkan surv1ve r4cun kem0 tu.

Banyak kali aku dan kakak merayu untuk mak pergi hospitaI, tapi makcik aku halang dan mak aku yang jenis orangnya Iurus benduI, terikut ikut makcik aku yang degil. Akhirnya, mak aku meninggaI dunia sebelum aku sempat habis diploma.

K4nser tu merebak dengan aggr3ssif dan merebak ke organ – organ penting. Aku dan kakak kini anak yatim piatu. Aku dah penat menangis sebelum mak tinggalkan kami sampailah akhirnya aku terima panggiIan makcik mengatakan mak dah kritikaI di hospitaI.

Doktor ada tanya family tak pernah hantar langsung untuk rawatan hospitaI ke sebab k4nser mak aku dikesan awal dan boleh dibendung lagi dan mak aku dalam keadaan kesihatan yang cukup baik untuk melalui proses kem0 dan pembedahan.

Aku diam. Aku dah tak rasa apa – apa dah masa tu. Aku nampak kem4tian dia datang lebih awal lagi disebabkan kejahiIan makcik aku yang tak sanggup cuba metod perubatan yang memang dah terbukti untuk hentikan c4ncer tu.

Aku tahu ajaI m4ut di tangan tuhan, tapi kalau betul lah ajaI mak aku ditakdirkan kerana k4nser, sekurang – kurangnya aku berharap mak boleh hidup lama sikit dan nampak aku grad dan berjaya. Aku tak mintak mak aku untuk hidup selama – lamanya, hanya cukup masa untuk di luangkan masa dengan kami lepas kami habis belajar.

Lepas tu aku dan kakak jadi benci dengan makcik. Kami tak berhubung langsung dan yang paling kesal, makcik tak minta maaf langsung. Aku dan kakak tak salahkan makcik aku ataupun ustaz tu sebab ‘bunvh’ mak kami, aku cuma rasa sangat sedih sebab eg0 dia yang terlalu tinggi dan rasa dia je betul.

Dia je lagi pandai dari doktor, sampaikan terkesan kepada keluarga kami. Yang paling sedih? Dia cakap orang yang hantar s4ntau tu yang bunvh mak, bukan k4nser tu. Dan katanya dia akan cari orang tu sampai dapat dan baIas balik apa yang dia dah buat.

Sejujurnya, aku pun tak tahu apa yang nak dipercayai. Pesanan aku kepada orang yang ada k4nser dan dikesan dari awal, tolong, TOLONGLAH pergi buat rawatan medikaI. Kalau kau nak buat rawatan alternatif sambilan tu buatlah, tapi janganlah disregard rawatan hospitaI 100% hanya kerana cakap – cakap orang atau testimoni facebook sahaja.

Ada sebab kenapa hospitaI kerajaan sendiri praktiskan kaedah surg3ri, kem0 dan radi0terapi sebagai rawatan. Diorang dah belajar jadi doktor bertahun – tahun. Peny4kit yang memang ada dalam kamus diorang. Janganlah ketepikan langsung medical opinion.

Dan tolong jangan terlalu obses dengan rawatan alternatif sampai kau dah tak boleh fikir jalan lain. Aku merayu sangat. Jangan bunvh orang lain atau diri sendiri dengan pemikiran tu. Please. – Keajaiban perubatan alternatif

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.