Aku dah ready utk kembali ‘bujang’ tapi skrg isteri kata dah maafkan aku sebab pernah curang

Lepas 6 bulan curang, aku kant0i dengan isteri sampai dia kena bawak pergi jumpa ps1kiatri. Depan doktor isteri cakap, dia hanya pert4hankan perkahwinan kami sebab anak. Sekarang ni aku dah move on dan ready untuk ‘bujang’, isteri kata dia dah maafkan aku. Aku tak boleh terima yang dia terima aku seadanya. Aku dah ready nak berpisah…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warga FB. Terima kasih kepada admin kerana sudi post luahan hati aku ini. Nama aku Farhan, tahun ni aku berumur 31 tahun. Tempoh perkahwinan aku dan isteri akan masuk tahun ke 6, September 2021.

Perjalanan perkahwinan aku dan isteri memang Alhamdulillah sangat diberkati pada pandangan aku sebab mudah. Mudah maksud aku dari segi family aku dan family mertua memang sangat memudahkan urusan dari majlis risik, tunang dan seterusnya majlis pernikahan.

Masuk tahun ni, tahun ke 6 perkahwinan, kami dikurniakan cahaya mata yang Alhamdulillah sihat dan takda isu besar apa – apa. Macam mana pun, ada juga masalah yang muncul. Muncul masalah daripada aku sendiri.

Masalah aku curang dengan perempuan lain. Aku cerita sedikit pasal diri aku. Aku jujurnya memang orang biasa – biasa. Not good looking. Sebabkan terikut – ikut jugak dari kawan – kawan yang ada gf dan sebagainya, memang buat aku terikut – ikut.

So mula lah pencarian gf sejak sekolah menengah, yang akhirnya tak pernah ada sampai lah zaman universiti. Keseronokan aku join program universiti yang membuatkan aku jumpa isteri aku yang sekarang. Kami berkenalan dan terus ke jinjang pelamin.

Jadi macam aku cakap tadi, sebab aku mencari – cari, aku terlalu banyak jumpa perempuan sana sini sampai aku rase benda tu biasa, bertukar – tukar. Maksud aku tukar kenalan rapat la ye. Sebelum aku nikah, memang aku simpan niat akan tinggalkan benda – benda lagha tu untuk aku focus pada isteri.

Namun, hanya bertahan beberapa tahun sehingga la aku jumpa seseorang yang buat aku curang pada isteri. Betapa teruknya aku sampai aku bawa balik perempuan itu tidur bersama tanpa pengetahuan isteri. Rasa menyesal, rasa bersalah sangat banyak.

Rasa sangat teruk, tapi aku lalai, teruskan juga sehingga lebih kurang 6 bulan. Dipendekkan cerita, aku kantoi. Kantoi dengan isteri. Sehingga sekarang isteri dah dapatkan bantuan ps1chiatrist sebab dia depr3ss ketika dapat tahu hal sebenar.

Aku bukanlah medicaI person, tapi aku ada jumpa jugak bersama isteri, doktor tu bagi tahu bukan full bl0wn depr3ssion, hanya ke arah depr3ssion, tak pasti apa sebenarnya, Tapi sehingga sekarang, nampak isteri m4kin beransur pulih, sekarang ni dah dekat setahun kant0i dengan isteri tentang perkara hitam itu.

Pada salah satu sesi kaunseIing, aku terk3jut dengan apa isi hati isteri yang disampaikan oleh kaunselor tu, isteri nak buat tuntutan fasakh di mahkamah syariah. Setelah aku pujuk depan kaunselor tu dengan alasan aku nak pert4hankan perkahwinan aku.

Dia sekali lagi buat aku ters3ntak, dia akan pert4hankan perkahwinan hanya disebabkan anak. Aku tak salahkan dia, semua sebab masalah ini berlaku disebabkan aku sendiri. Sebagai lelaki, aku sangat terasa dengan apa kata isteri aku.

Pert4hankan perkahwinan hanya kerana anak. Maksudnya dia tawar hati dengan aku lah kan, aku pun redha, aku terima seadanya. Hubungan kami h4mbar, sehinggalah beberapa bulan. Aku pun mula untuk bersedia untuk kembali hidup single.

Jangan salah sangka, aku cuma tak dapat terima alasan dia pert4hankan perkahwinan kerana anak. Jadi nak ke tak nak aku perlu move on. Again, bukan salah dia pun, memang perkara ni jadi pun sebab aku buat hal kan.

Tak lama lepas hubungan kami yang h4mbar ini, wife seolah – olah lupa apa yang terjadi, hubungan kami kembali seperti dulu. Jadi aku ada ambil initiatif untuk kami duduk berdua, setelah anak tidur, untuk bincang perkara ini.

Wife kata dia dah maafkan aku sepenuhnya, atas apa segala perkara yang aku buat selama ini. Dia terima aku seadanya. Aku ulang ya, DIA TERIMA AKU SEADANYA. Walaupun dia beritahu macam tu, aku masih bagi tahu, aku tak boleh terima yang dia terima aku seadanya.

Aku sendiri yang rasa bersalah pada diri sendiri pun tak boleh nak maafkan diri sendiri. Tapi dia terima apa segala yang aku dah buat??? Disaat aku dah mula sedia untuk berpisah, dia tak boleh terima untuk kami berpisah.

Dia yang mulakan dengan berfikir tentang fasakh. Bukan aku nk alihkan kesalahan pada isteri, tapi perkara ini sangat memberi kesan kepada aku. Aku dah mula redha dengan aku hidup sorang, aku kena sambung bagi nafkah dengan anak, berpisah dengan anak, dan mungkin ini cara Allah nak hukvm aku dengan apa aku buat selama ni,

Mungkin dengan ini cara Allah nak aku kembali berbakti pada ibu ayah aku yang aku hanya sempat 1 tahun selepas aku kerja, sebab kejarkan sangat nak berkahwin. Luahan aku ni nak mintak pendapat, aku sendiri buntu apa aku nak buat, teruskan, atau perlu fikir tentang perjalanan sendirian aku.

Adakah aku boleh kembalikan hubungan aku dan isteri macam dulu if aku teruskan. Terima kasih admin… – Farhan (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Zulhilmi Jol Hassan : Hi confessor. Saya tengah pujuk diri, jangan komen panjang – panjang, cuba tahan diri dari menc4rut. Saya cuba ya. Pada saya, awak memang dah mind set single. Kalau awak mind set family man, awak takkan tergamak hati curang.

Awak tak terbayang ke muka isteri, muka anak ketika bersama terIanjur dengan skandaI? Saat ketika isteri memaafkan awak, awak bIame dia lagi. Cukuplah tu, awak langsung tak nak cuba seIami perasaan isteri awak?

Awak tak nak fahami langsung ke betapa h4ncur hati dia dan berapa banyak usaha dia kutip serpihan hati yang pecah berder4i saat dia memaafkan awak? Farhan, maaf saya tak faham kenapa awak berkahwin. Awak belum bersedia untuk pikul tanggungjawab sebenarnya.

Lepaskan isteri awak, mohon ampun dengan isteri, anak, dan mak ayah mertua awak. Awak gagal dalam perkahwinan. Isteri awak berhak bahagia sendiri atau dengan suami baru. Lepas ni awak pergiIah ke kandang buaya, kenal – kenal dengan buaya casanova yang lain.

Kenal dengan buaya betina kat sana ke. Kalau nak insaf cuba berkawan dengan penguin. Penguin binatang yang setia. Mana tahu penguin boleh ajar awak erti setia.

Ezd Airaniez : Berpisah atau tak, saya cadangkan encik buat something yang boleh selamatkan diri sendiri di masa akan datang:

1. Delete semua kawan – kawan perempuan di FB / Media sosiaI yang kerap selfie, yang encik selalu like status, yang encik rasa nak tegur sapa. Sebab encik dah anggap benda tu ‘biasa’, padahal kita kalau dah ada pasangan perlu ada ‘batas pergaulan’ tak kira di luar atau online.

2. Happy kan isteri dan anak. Spend time. Bagi hadiah. Ucap sorry dan terima kasih. Nak ucap sayang lagi baik. Kalau tak ikhlas belajar jadi ikhlas. Insya-Allah lama – lama keluarga akan ok.

3. Banyak – banyak muhasabah diri. Pandang sekeliling, hidup pasangan yang susah cari rezeki, susah nak dapat anak, etc. Semoga diberi keampunan dan Allah swt bantu. Insya-Allah.

Cik Shasha : Eleh, ko dah sedap berz1na berbulan – bulan belakang bini, kat rumah sendiri pulak tu. Pastu konon terasa bini cakap bertahan hanya untuk anak – anak. Habis ko expect bini ckp / rasa apa masa tu?? Benda baru jadi waktu tu.

Itu pun nasib kant0i. Eh agaknya apa tindakan dan perasaan ko kalau balik rumah, bini dalam peIukan jantan lain?? Ha. Pikir sikit. Entah – entah taIak 3 ko bagi. Terus terang jela ko memang tak pernah bersedia nak pikuI tanggungjawab sebagai seorang suami yang baik.

Dah kalau ready nk single sangat dan dah takde perasaan kat bini tu, lepaskan dia. Bini ko layak dapat laki yang lagi baik dan hidup bahagia. Kalau ko di tempat bini ko tu, belum tentu ko boleh maafkan dan terima apa yang dh berlaku ni. Jangan bazirkan masa dan hidup bini serta anak – anak ko tu dengan per4ngai tak semenggah ko ni lagi. Sekian.

Hanan Amira : Teruskan jela. Isteri da maafkan da. Buat ape nak buat isteri rase sedih kali kedua. Berusahala mencintai isteri sepenuh hati dan tak ulang buat kesalahan yang sama. Dont be s3lfish.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.