Aku dah plan macam mana nak cari anak luar nikah supaya mak ayah aku sedar dan insaf

Bila mak ayah nampak ada anak orang tu pakaian tak tutup aur4t, diorang mula la bergosip. “Tak pandai jaga anak la Si Senah tu”. Sedangkan anak dia sendiri (kakak aku) pun tak tutup aur4t. Aku jadi benci sehingga aku terdetik nak buat jahat. Aku dah siap plan mana nak cari lelaki untuk dapatkan anak luar nikah…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Pertama sekali aku nak minta maaf kalau karangan aku ni korang rasa macam aku ni jahat. Aku ringkaskan cerita la, mak dan ayah aku suka cari d0sa orang. Bila dia nampak ada anak orang tu pakaian tak tutup aur4t, mak dan ayah aku mula la bergosip. “Tak pandai jaga anak la si Senah tu”. Sedangkan anak dia sendiri (kakak aku) pun tak tutup aur4t.

Kami sekeluarga pergi rumah sed4ra, boleh pulak mak dan ayah aku tertanya – tanya dan bergosip, “mak tam tu tak solat ke, patut la cerai berai pun, hubungan dengan tuhan pun tak jaga.” Entah – entah mak tam tu dah solat atau uzur mana kita tahu.

Sedangkan anak dia sendiri (abang aku) pun tak solat. Sedangkan kami sekeluarga pun keluarga yang bermasalah jugak. Siapa je yang mak dan ayah aku jumpa dan waktu tu waktu solat dah masuk, mak ayah aku akan judge orang tu tak solat.

Ada kawan mak datang rumah, lepas dia balik je, mak dan ayah aku mula la bergosip, “tak lawa la dia tu, mekap je tebal padahal bukan lawa”. Sedangkan mak aku sendiri kategori biasa je, dan sekarang mak aku dah pandai tengok live make up dan banyak beli foundation, brush, span, yang mahal – mahal.

Sampai aku perIukan apa – apa dia abaikan. Itu antaranya la. Banyak lagi perkara lain yang mak dan ayah aku suka cari d0sa orang. Seolah – olah mereka tak ada d0sa. Aku rimas dengan semua ni, aku benci, aku menyampah, dan aku takut.

Aku menyampah sebab mak ayah aku depan orang kemain baik, tapi belakang dia kutuk – kutuk. Aku kasihan dengan orang yang dah jadi m4ngsa mak ayah aku. Entah apa la salah mereka pada mak ayah aku sampai mak ayah aku nak cakap macam tu.

Aku benci sebab mak ayah aku akan tunjuk depan orang bahawa dia la ibu ayah yang paling mithali. Kalau ada orang luar, mak ayah aku akan bercakap dengan anak – anak dia lembut nak m4ti sampai tak terdengar suara, “achik dah makan? Meh makan nasi nanti s4kit.”

Arghhh aku benciiii. Aku benci hip0kritnya mak ayah aku tu, bila tak ada orang luar tak pernah pun mak ayah aku “care” pasal aku. Lantak aku la aku s4kit ke apa ke diorang tak pernah kesah pun. Kalau aku s4kit, diorang akan salahkan aku balik.

Sedangkan semuanya berpunca dari diorang jugak. Aku dari kecik selalu s4kit kepala, sebab aku dibesarkan dalam suasana porak peranda, aku nak belajar tak boleh, nak berfikir dengan tenang pun tak boleh, masa depan aku tak nampak, hari – hari kena tengking walaupun tak ada salah apa.

Setiap masa aku akan fikir pasal masalah keluarga dan setiap malam sebelum tidur mesti menangis. Tu la punca aku selalu s4kit kepala, dan sampai sekarang aku besar s4kit kepala tu dah jadi migrain. Bila doktor cakap aku migrain dan tanya aku banyak berfikir ke dan suruh aku ceritakan semua.

Tapi mak ayah aku terus menyampuk “sayur tak makan, tu s4kit kepala”. Sedangkan aku tak pernah lambat makan, dan aku selalu makan sayur, lagipun aku tengok kawan aku yang tak pernah makan sayur pun tak ada s4kit kepala pun.

Tapi mak ayah aku tetap akan salahkan aku balik. Kononnya mereka ni makan garam dulu mesti mereka lebih tahu. Aku benciiii. Aku jugak takut dengan perlakuan mak ayah aku tu. Sebab aku selalu dengar ceramah dan selalu banyak baca, “kalau cakap kat orang, nanti berbalik pada kita atau anak cucu cicit kita.”

Mak ayah aku selalu bercakap pasal d0sa orang itu ini. Aku takut d0sa tu aku sebagai anak dia ni yang buat. Mak ayah aku selalu h1na orang yang lahirkan anak luar nikah. Baru – baru ni aku terdetik rasa nak lahirkan anak luar nikah sebab aku nak mak ayah aku sedar yang selama ni diorang duk bercakap pasal orang itu ini tapi tak sedar anak sendiri dan diri dia sendiri pun macam tu jugak.

Aku dah siap plan macam mana nak dapatkan anak luar nikah tu, mana nak cari laki, mana nak beranak nanti, apa perlu buat bila dah ada anak nanti, aku seolah – olah tak takut. Sebab aku tahu, mak ayah aku tak akan ‘care’ punya lah.

Diorang akan sibuk hal orang lain lagi berbanding hal dalam kain sendiri. Tapi dalam nyaris – nyaris aku terbuat, nasib baik aku masih sayang diri aku lagi. Sekarang ni pun aku berkurung je dalam rumah, aku takut nak hadap dunia luar sebab aku takut aku akan buat d0sa – d0sa yang mak ayah aku selalu bergosip tentang orang.

Aku tak tahu la bila mak ayah aku akan sedar. Jangan la suruh aku pergi tegur. Walaupun selembut sutera cara aku menegur. Tetap akan makan peIempang dan pen3rajang la jawabnya. Aku dah kena banyak kali, p3rit.

Sampai aku lari rumah.. Tapi mak ayah aku cerita kat nenek yang aku pergi kem. Nak tutup salah punya pasal. Sampai sekarang nenek aku tak tahu yang haritu aku tiba – tiba hilang bukan sebab pergi kem, tapi sebab lari rumah.

Aku balik pun sebab aku kesian. Selama ni segala benda dalam rumah ni, aku sorang yang kemas. Kalau aku tak buat, memang macam longkang busuk pecah la (panjang lagi pasal ni). Masa tu jugak aku takut berd0sa sebab lari rumah, jadi aku balik la.

Sepanjang aku lari, memang tak ada langsung mak ayah aku call atau cari. Mak sed4ra aku tiba – tiba mesej h1na – h1na aku kata aku ni anak yang jahat. Disebabkan mesej dia tu la aku terasa berd0sa sebab lari rumah.

Oh ye, mak sed4ra aku ni kakak mak aku. Hari – hari mak aku akan bercakap dalam call semata – mata nak bergosip. Yang paling aku benci bila diorang bergosip pasal nenek aku, mak kandung diorang sendiri.

Bila aku balik rumah, hampeh tak ada pun yang berubah. Ingatkan dah bertaubat, tapi masih lagi dengan per4ngai lama. Sekarang aku plan nak belajar, cari kerja, duduk jauh – jauh. Aku tak akan pedulikan lagi mak ayah aku.

Tapi aku akan jenguk sekali – sekala supaya tak nampak macam aku ni anak tak kenang jasa. Ya, aku tahu mak ayah aku banyak berjasa. Tapi aku rasa lebih banyak yang siksa aku je. Sampai aku dah tak boleh nampak mana peng0rbanan mak ayah aku pada aku selama ni.

Sebab selama ni pun semuanya aku uruskan sendiri. Makan, pakai, pelajaran, s4kit, semuanya aku tanggung sendiri. Kadang – kadang aku tak terasa macam ada keluarga pun. Aku tak berani nak cerita masalah aku ni pada sesiapa, sebab aku tak percaya orang.

Dan aku takut nanti orang yang dengar tu mesti akan cakap aku buka a1b keluarga atau mengumpat pasal mak ayah sendiri. Walhal aku hanya nak meluah dan perIukan jalan penyelesaian. Kalau aku luah kat sini pun kira ok sebab tak ada siapa kenal tuan tanah.

Masa aku taip ni pun aku terfikir jugak yang aku ni cakap buruk pasal mak ayah ni sebab diorang pun duk cakap buruk pasal mak sendiri. Tapi aku tak tahu la plan aku tu akan berjalan macam yang aku nakkan atau tak tapi kalau boleh memang aku taknak dah tinggal serumah dalam keluarga ni. Aku rasa menyiksa jiwa dan mentaI aku. – Achik

Komen Warganet :

Haryani Ishak : Sabarlah adik. Banyakkan istighfar banyakkan zikir. Rezeki adik dapat parents macam tu. Seburuk – buruk diorang pun, diorang tetap parents adik jugak. Jangan tinggalkan doa supaya parents adik berubah sikap setiap kali lepas solat.

Atau bila adik terdengar je diorg mengumpat or mengata orang, adik cepat – cepat doa dalam hati semoga Allah mengampunkan d0sa mereka dan berikan hidayah pada mereka. InsyaAllah 1 hari nanti pasti mereka akan sedar akan sikap mereka.

Dan adik janganlah lagi terlintas nak buat something yang bukan – bukan. Itu bukan caranya untuk menyedarkan parents adik. Benda – benda camtu akan merosakkan diri adik dan kemungkinan besar hubungan kekeluargaan adik akan terjejas. Akak doakan semoga ada sinar bahagia untuk adik. Be strong ye.

Yosyi Sama : Tolong jangan biarkan diri tu terper4ngkap dalam suasana negatif yang boleh tr1gger kau buat benda yang bukan – bukan.Tak bagus!!! Per4ngai mak ayah kau tu, memang tak dapat nak ubahlah. So turn kau untuk ubah suasana.

Bawak diri, pergi merantau. Sekali sekala tu bolehlah lawat mak ayah sebagai tanda hormat. Kalau dibiarkan takut kau tak kuat then melarat. Sorry to say, leads to depr3ssion as over – thinking result.

Nurul Aini Amat Muslan : Confessor tu terfikir cara tu, sebab dia fikir dengan cara tu boleh handle parent. Dia terfikir wat mcam tu sebab tengah depr3ss or tertekan. Yang kita boleh cakap ‘b0doh’ sedangkan fikiran kita tak kusut or tertekan tu.

Mana yang lagi teruk.? She seek for help, so help her. Bukan bila kawan mintak tolong or nasihat kita kata dia dengan panggiIan ‘b0doh’, dia perlu sokongan em0si dan bukan kecam confessor, to confessor u study betul – betul, then belajar jauh – jauh. it will heal u.

Wath Syahadah : Bagus confession ni. Untuk peringatan kita semua. jangan senang judge orang lagi – lagi depan anak – anak. Kesan dia ade dua. 1. Kalau bernasib maIang, anak kita ikut per4ngai kita.

2. Kalau bernasib baik, anak kita sedar per4ngai kita buruk dan tak ikut tapi depr3ssed sesorang sebab dapat mak bapak macam kita. so makcik – makcik bawang, berubah la. Jadilah cili ke. baru lah terasa pedasnya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.