Aku dah niat, kalau jumpa jodoh ikut ciri yang aku nak, aku akan bagi hantaran 20k!

Aku minta izin dekat isteri nak kahwin dua, tapi jawapan dia buat aku pening. Dia izinkan! Aku terus diam buat tak tahu. Waktu tu aku rasa dia main – main kot. Dua hari aku diam, tak bincang pun topik tu tetapi isteri mula tanya, “jadi ke kahwin no.2? Saya tolong masuk pinangkan pun takpa.” Aku dah pelik..

#Foto sekadar hiasan. Aku Zaidi (bukan nama sebenar), berumur 34 tahun berasal dari kampung sebuah negeri pantai timur dan sudah mempunyai Isteri dan seorang anak lelaki. Alhamdulillah aku bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah s.w.t.

Sejak raya puasa lepas sehingga kini aku masih dalam dilema untuk membuat keputvsan adakah aku perlu kahwin seorang lagi. Jadi aku kongsi kisah aku ni untuk minta pandangan bagi aku buat timbang tara keputvsan aku nanti.

Kisah aku bermula ketika usia 28 tahun apabila memulakan kerjaya aku di band4raya selangor. Kalau aku nak cerita sebelum tu pun boleh tapi takut nanti boring plak korang semua nanti. Apabila sudah mempunyai kerja tetap sudah tentu ibu bapa akan tanya bila nak kahwin setiap kali aku pulang ke kampung.

Jadi disebabkan aku rase aku akan menetap lama di band4raya Selangor jadi aku pun minta nasihat orang lama tempat kerja aku macam mane nak cari calon isteri. Walaupun kelakar bunyinya tapi kena la tanye orang yang dah makan asam garam.

Jadi setelah mendengar nasihat orang yang dah berkeluarga, aku pun ada kesimpulan sendiri ciri – ciri yang aku tetapkan atau macam lebih kurang KPI lah. Perempuan tu mestilah orang negeri aku sebab senang nak balik kampung kalau hari raya ke apa ke senang, kerja aku tak kisah kerajaan atau swasta janji kerja di lembah klang supaya tak mahu PJJ.

Lagi satu mesti pandai bawa kereta atau motorsikal supaya senang sebab aku pikir letih juga kalau hari – hari mahu hantar keje nanti kerja aku kat office tak boleh fokus pula. Pastu perempuan tu mestilah dah biasa dengan area lembah klang kalau tak letih juga aku nak kena tunjuk jalan.

Walaupun agak memilih tapi itulah keputvsan yang aku nak cari bakal isteri. Sebab aku yang nak kena hadap hari – hari tau. Ikhlas aku katakan ketika tu aku dah pasang niat untuk memberi hantaran RM20k sesiapa jodoh aku.

Misi pencarian pun bermula. Tapi hakik4tnya susah nak jumpa di band4raya selangor dengan bebanan kerja lagi. Nak berkenalan dengan perempuan pun tak sempat. Pergi kerja balik kerja sahaja dan kawan – kawan kerja pula semua dah berkeluarga.

Kemudian aku pun putvs asa macam susah jeh nak cari. Jadi masa balik kampung aku pun look around la we chat biasala waktu bujang. Kebetulan pula, hasil wechat masa tu aku berkenalan dengan Natalia. Natalia ketika itu pun balik kampung juga neneknya tinggal di kampung sebeIah kanan kampung aku.

Ringkasan perkenalan dengan Natalia, kampung sama, family berada di lembah klang, kerja HospitaI di lembah klang dan memang kerja pergi dengan kereta. Kesemua ciri – ciri sudah ada aku pun terus ajak kahwin. Natalia jenis perahsia dan memang aku langsung tidak ambil tahu dan kesah pun latar belakang family dia.

Jadi aku tak kisah pun janji ciri – ciri yang aku nak tu ada. Tetapi itulah Natalia tidak memberikan sebarang jawapan. Jadi aku pun pasrah, aku pun serahkan kepada ibu aku untuk urusan jodoh apabila aku gagal cari sendiri.

Sebab aku tak nak benda g4duh – g4duh kan macam – macam dengar cerita mak mertua vs menantu ker apa kan. Aku ni bukan la kaki meIawan ibu bapa. Lebih baik ikut jeh pilihan ibu bapa. Kemudian, aku diperkenalkan dengan Nor (isteri sekarang) oleh ibu aku.

Nor kampungnya sebeIah kiri kampung aku dan bekerja swasta di lembah klang. Semua ciri – ciri yang aku nak tu ada. Aku dating cuma tiga kali sahaja dan terus setuju untuk kahwin kekal sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.

Sekarang anak aku dijaga oleh mak mertua aku. Kesemua family mertua sangat baik. Masa balik kampung pun mak mertua pun masak sedap – sedap. Aku memang bersyukurlah. Tambahan pula Nor ni walaupun sekampung tetapi latar belakang family berpelajaran.

Jadi memang tiada masalah berkaitan kewangan dan hartanah pun ada. Malahan, Nor juga pernah membantu aku beri pinjaman bayar loan aku buat restructure finance aku untuk membeli 2 buah rumah satu landed dan satu apartment tapi aku bayar balik la kan pinjaman Nor (dah settle bayar).

Aku plak sebelum kahwin memang aku ada motorsikal jeh. Walaupun aku bila – bila masa je boleh beli kereta tapi aku saja test pempuan dulu. Mungkin disebabkan tiada kereta kot pempuan lari dengan aku. Hahaha. Bila dah kahwin aku terus beli kereta bagi Nor guna buat kerja.

Dalam tempoh berkeluarga 5 tahun, antara aku dengan Natalia cuma chat tanye khabar jeh on off macam tu jeh dan tidak pernah jumpa depan – depan. Mesej 2 – 3 kali dah stop itu pun ada juga selepas 2 tahun hanya mesej sekali.

Aku juga pernah beritahu yang aku dah berkahwin mungkin disebabkan lama tidak contact Natalia lupa. Sehinggakan pada raya lepas Natalia juga pulang kampung beraya dan ajak aku pergi ke rumah dia. Jadi bila pempuan sudah ajak pergi jumpa family.

Aku sudah risau aku memang tidak pergi lah mahu cari nahas nanti kalau pergi. Aku fikir daripada aku Iukakan hati dia aku sekali lagi terus terang cakap yang “saya dah kahwin dan ada seorang anak”. “Lagipun 6 tahun saya ajak awak kahwin tapi awak tak bagi jawapan”.

Natalia pun cakap, “waktu tu saya baru kerja dan busy dengan HO jadi tiada masa untuk berfikir”. Ketika itu, betapa sedihnya Natalia dan aku pun secara tidak sengaja cakap, “kalau awak nak saya juga jadi no 2 boleh la sebab saya memang tidak akan tinggalkan family saya” dengan harapan tolak secara baik.

Setelah dua hari Natalia bersedih Natalia bagi jawapan yang dia sanggup jadi no.2 walaupun sebenarnya tak mahu suami orang tetapi katanya hati dah sayang. Jadi aku pun dah pening kepala. Aku pun cakap kepada Natalia “tetapi dengan syarat saya kena tanye isteri dulu kalu dia bagi baru on”. Tapi kena ambik masa.

Jadi aku pun pening lagi, kadang – kadang drama tv3 pukuI 7 ni membantu juga. Apabila ada bahagian macam berebut kekasih gitu. Masa tulah aku tanye isteri, “Sayang bagi ker kalau abang nak kahwin dua”. Harapan aku nekad la kalu pecah pinggan ker ape ker janji tahu jawapan tak boleh.

Tetapi jawapan dia, “boleh jeh untuk elakkan maksi4t”. Aduhai lagi pening aku dibuatnya. Aku terus diam buat tak tahu. Waktu tu aku rase dia main – main kot. Jadi aku ambik langkah keselamatan berdiam dua hari tak bincang pun topik tu tetapi Nor plak start tanye “jadi ker kahwin no.2”.

Naya aku nih sebab niat aku memang tak nak Iukakan hati sesiapapun. Jadi aku pun bagi alasan “tak boleh kot sebab nanti mak sayang dah tak masak sedap – sedap plak”. Jawapan Nor “mak saya dah ready kemungkinan macam tu dan tak kisah”.

Dalam hati aduhai lagi naya jawapan ni. Aku pun diam diri jeh la pikir alasan lagi mungkin Nor saje kenakan aku kot. Selang beberapa hari dalam kereta aku cakap “kalau kerja saya ni nak kahwin mana boleh main kahwin macam tu kena persetujuan no.1 baru boleh kahwin saya tak nak lah ada masalah apa – apa”.

Nor cakap “saya tolong masuk pinangkan pun takpa”. Aku pun dah jemm. Akhir sekali aku, pun marah Nor sepatutnya jawapan sayang kena marah – marah macam orang lain. Ni tengok drama tv3 tapi lain plak jadi siap bagi lagi kahwin lain.

Aku pun buntu, aku pun beritahu Natalia yang isteri setuju. Aku pun saja bagi soalan yang buat – buat susah aku tanye nanti kahwin nak duduk mana. Sebab aku tahu sekarang kewangan aku baru nak stabil selepas beli 2 rumah memang aku tak mampu la nak tanggung dua isteri.

Aduhai, jawapan Natalia cakap rumah dia sendiri pun dah ada di band4raya selangor nanti tak perlu pikir nak bayar sewa cuma bayarkan bil api jeh. Aduhai naya. Aku pun buntu sem4kin banyak bagi alasan yang keberangkalian susah tapi berlaku sebaliknya.

Kadang – kadang aku fikir apela dugaan ni. Kawan – kawan plak bagi jawapan perempuan sekarang “Konservatif Moden” aku pun siap google ape bende tu. Bila baca boleh jadi jugak sebab ciri – ciri tu hampir sama. Dalam semua alasan anggap selesai, Natalia sudah beritahu family nya tetapi tidak beritahu status aku lagi.

Cuma persoalan aku sekarang ni apabila family Natalia tahu status aku apa aku perlu buat. Kalau Family Natalia menolak dan Natalia menolak ceritanya habis sini. Kalau Family Natalia Setuju aku terp4ksa akurla. Betulkah keputvsan aku ni. Kalau Family Natalia menolak tetapi Natalia berkeras nak teruskan kahwin. Apa tindakan aku seterusnya. – Zaidi (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Alhamdulillah mula-mula aku nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi memberi komen dalam perkongsian aku sebelum ni Aku pun terhibur juga dengan komen – komen yang diberikan tetapi ni kisah yang nyata bukan mimpi tau. Haha.

Mungkin ada lompong – lompong kisah aku jadi mungkin menyebabkan persepsi jadi lain. Aku pun nak sambung cerita semula walaupun aku minggu ni penuh dengan busy kerja. Seperti kisah aku yang lepas sehingga kini Nor masih menjalankan rutin harian seperti biasa pergi kerja, balik kerja dan sembang – sembang.

Aku pun masih pelik tak ada merajuk atau marah. Sebelum ni Nor ada letakkan syarat kalau nak kahwin juga nanti rumah double storey tu isi nama dia siap – siap yang lain tak perlu. Aku pun beritahu perkara tersebut kepada Natalia mana la tahu jawapan Natalia lain.

Tapi masih berlaku sebaliknya Natalia juga kata tidak kisah bukannya disebabkan rumah sebab dia sendiri pun ada rumah. Aku pun masih jem juga. Aku dengan Nor sudah 5 tahun berkahwin memang tiada masalah apa pun.

Cuma biasalahkan cerewet perempuan kenalah layan. Kalau dah kahwin tahulah macam mana. Kalau berkaitan duit pulak alhamdulillah setakat ni masih okey dan tiap – tiap bulan bagi. Nor pun tak pernah beritahu aku gaji dia berapa.

Aku pulak memang malas ambik tahu. Walaupun aku anytime jeh boleh buka beg dia senyap – senyap tengok tapi aku tak pernah buat pun. Kisah anak pulak sebenarnya ada ‘peIuru’ untuk aku kalau setiap kali g4duh kecik – kecik.

Aku ni bukannya jenis panas baran. Kalau marah pun sekejap jeh takde la sampai angkat tangan. Tapi kalu Nor dah bising – bising aku keluar la ‘peIuru’ aku “kalau nak g4duh – g4duh kita ambik Darlene (bukan nama sebenar anak) bawak datang sini”.

Jadi kalau ayat tu keluar autom4tik jadi okey. Bukan aku tak bertanggungjawab tapi aku cuba nak ambik anak aku datang sini mungkin Nor tak mahu atau apa aku pun tak tahu. Kadang – kadang aku pikir mungkin mak mertua aku nak jaga sebab dia nak cucu lelaki.

Sebab anak aku ni cucu lelaki sulung. Jadi aku pun buatlah perancangan dengan cakap jom plan tambahkan anak tetapi bila bab ni Nor akan jawab tak nak lagi. Jadi aku pun kadang – kadang pikir juga nak juga balik kerja main dengan anak.

Bawak anak jalan – jalan hujung minggu. Tengok anak membesar depan mata. Lagi satu aku pernah tanye Nor jika aku dapat jawatan baru kena pindah negeri atau tempat lain macam mane. Nor jawab suruh aku PJJ dia nak tinggal kat sini sebab kerja dan selesa tinggal sini.

Walaupun benda tu tak berlaku lagi tapi aku ni jenis rancang kebarangkalian. Jadi mungkin disebabkan tulah kehadiran Natalia ni membuatkan hati aku ni terbuka sebab menjadikan Natalia sebagai pelengkap. Sebab kebarangkalian yang sukar tu Natalia boleh selesaikan.

Sebab kerja Natalia pula boleh ikut aku ke mana – mana sebab keje dia ada branch mana – mana. Jadi selesai la juga masalahkan. Pastu time raya aku cuba la tanya macam mana kalau raya. Kalau raya buat giliran la balik tahun ni Nor dan tahun depan pula Natalia.

Salah sorang kena balik dengan flight sorang lagi balik ngan family. Hah terk3jut aku Natalia cakap terima jeh. Aku pun cakap betul juga kampung pun sebelah kiri dan kanan. Balik jeh lain – lain tapi semua ada sana. Lagi kuat hati aku ni terbuka untuk Natalia.

Cuba tengok kekuatan dan kelemahan plak. Nor pula kurang memasak (ayat belapik la sikit) tetapi Natalia walaupun busy tapi balik rumah pandai memasak. Aku pun tak kisah jeh mana – mana makan rumah pun boleh, makan kedai pun boleh.

Aku pun tak pertikai bab ni dengan Nor walaupun dah 5 tahun. Tempat tinggal plak Nor duduk sini jeh. Natalia pulak rumah yang dia beritahu dekat pulak dengan tempat kerja aku. Kalau ulang-alik pun laluan yang sama juga.

Walaupun naik motorsikal jeh pun okey la. Kalau Natalia bosan duduk sorang. Dia boleh balik rumah family dia kawasan situ juga. Ada masa juga Natalia dengan family selepas kahwin. Aku ni bukannya jenis nak kongkong orang.

Natalia juga ada cakap boleh terima anak aku dengan Nor dan boleh bawak jumpa atau jalan – jalan. Tapi Nor tak pastilah macam mana. Tak kisah kot (andaian aku jeh sebab belum tanya) . Nor seorang yang fokus kerja hari – hari busy tapi 8 pagi hingga 5 petang cukup masa balik tapi sampai rumah lewat petang la sebab jalan jem. Sabtu ahad cuti.

Pendidikan Nor pulak dari sekolah rendah sampai masuk universiti result sekolah memang straight A punya orang. Sebab tu aku asyik mengalah. Hahaha.. Natalia juga seorang fokus kerjaya 8 pagi hingga lewat petang atau malam.

Kadang – kadang Sabtu Ahad kerja juga. Pendidikan Natalia pulak dari sekolah straight A sampai la Oversea. Aku pulak kerja jenis busy yang tidak menentu ikut angin cuaca. Aku ni pulak biasa – biasa jeh. Tapi alhamdulillah dapat masuk U di lembah pantai jadilah.

Mungkin Kisah aku ni nampak macam mimpi tapi ia bermula daripada ciri – ciri nak pilih isteri kot. Mana la tahu ciri – ciri yang aku cerita dalam siri pertama Natalia Oh Natalia! Dapat membantu pembaca yang belum masuk alam perkahwinan. Nanti doakanlah untuk aku semoga dipermudahkan dengan Natalia dan Nor ek. Terima kasih. – Zed Zaidi (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Abirah Zulkifli : Sorry tapi gelinya baca. Kalau bini yang sedia ada pun pening kepala, yang nak tambah bini lain konon – konon pelengkap tu dah kenapa? Ingat dulu before kahwin dengan Nor, benda anyg awak cerita pasal Natalia tu sama je macam awak cerita pasal Nor.. Bezanya, sekarang Nor dah jadi bini.. ingat Natalia da jadi bini, dia tak sama macam bini – bini lain? Hahahah.. jangan berangan tinggi sangat, jatuh s4kit nnti.

Farah Nasuha Ahmad : Baca ni memang nampak yang confessor dok tulis kebaikan natalia berbanding isteri. Memang kalau ada oanrg ketiga ni memang nampak buruk isteri ja. Masa tengah syok becinta ni memang laa natalia setuju je apa ada nya. Sampai bab anak pon setuju. Wow sangat. Tunggu lah kahwin nanti ye. Good luck je lah.

Cer Nora : Risau pulak saya baca ni sebab dulu rakan sekerja lelaki saya macam ni lah. Duk canang isteri dia tak kisah dimadukan nak payung mas katanya. Semua bjln lancar, rilex je isteri tu tapi bila suami dah kahwin dia pergi pejabat agama failkan pceraian.

Nampak tak sebenarnya isteri dia buat – buat cool sebenarnya dia pendam perasaan marah dia. Akhirnya isteri tu menang sebab dia tak tuntut apa – apa harta atau anak. Dia apply kerja kat arab Saudi. Si suami ni lepas isteri dah kerja luar negara dah macam giIa taIak. Duk bagitahu dia rasa dia sebenarnya kena buatan orang. Nak pisahkan dia dan ex isteri. Pulak! So moralnya tt patut fikir jugak apa yang saya cerita ni… kebarangkalian tu ada.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.