Aku dah mcm m4yat hidup dan diminta balik Malaysia. Tiba2 aku dpt surat suruh bayar semula duit biasiswa

Aku minta nak tukar dari sekolah asrama penuh supaya dapat sekolah yang lagi dekat dari rumah. Tapi ayah marah. Dia dah la malas nak hantar aku pergi sekolah, aku tak larat nak ulang alik, jauh. Umur 16tahun, ayah culik aku dari asrama sekolah dan tr4uma aku bermula..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua, aku Lolita. Aku sekarang berumur 27 tahun. Aku boleh katakan aku ni seorang yang gagal. Gagal dalam hidup. Sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih dekat admin kalau confession aku ni disiarkan.

Okay back to story, aku nak cerita apa jadi dekat diri aku sebab aku tak tahu nak luah dekat siapa. Harap semua sudi baca. Aku ni sebenarnya orang yang periang, happy go lucky dan pandai. Memang aku suka belajar dan minat baca buku.

Daripada sekolah rendah sampai sekolah menengah (aku masuk sekolah berasmara penuh yang agak top dan hebat). Walaupun tu sekolah budak – budak pandai, aku masih lagi jadi pelajar yang top. Yela high school aku tu semua budak pandai – pandai aku terk3jut juga sebab aku masih boleh dapat top 20 dalam batch.

Alkisahnya macam ni, keriangan aku tak berpanjangan lepas aku did3ra oleh ayah kandung sendiri waktu umur 16 tahun. Ayah aku ni panas baran, herdik m4ki tu memang dah biasa. Abang aku sampai makan ubat penenang.

Jadi waktu aku 16 ni aku mintak nak pindah sekolah sebab sekolah tu jauh aku memang tak larat nak ulang alik bagan datoh ke cyberjaya. Badan aku kecik, mak aku tak reti drive, ayah aku pemalas nak hantar jemput.

Dipendekkan cerita bapak aku bengang, dia culik aku dari asrama sekolah, balik rumah aku kena beIasah. Apa jadi? Dinding pecah, badan Iebam – Iebam. Bila balik sekolah aku ada story dekat cikgu kaunselor, tapi rahsia aku satu sekolah tahu.

Disebabkan aku takut nak balik rumah aku memang akan terperap je dekat asrama, hanya study dan jarang giIa balik. Alhamdulillah SPM aku 7A+2A. Kecewa la jugak sebab tak dapat 9A+. Hari terakhir SPM tu aku rasa sedih sangat kena balik bagan datoh, sebenarnya aku takut nak balik rumah sebab aku rasa tak selamat.

Lagipun aku dah anggap kawan – kawan aku macam adik beradik aku. Aku tak rapat dengan family, adik beradik aku pun macam aku masuk sekolah asrama takut nak balik rumah, lebih rela terperap dekat asrama. Aku rasa takut yang macam hidup aku tak akan selamat kalau keluar asrama, pelikkan kenapa rasa macam tu?

Rasa macam ada orang nak bunvh aku. Lepas keputvsan SPM diumumkan je, mak aku dah p4ksa aku pergi oversea. Aku dapat course yang aku tak suka, dan kena pergi negara barat untuk sambung belajar. Aku tak nak fly sebenarnya sebab aku tak suka sangat English.

Aku tak pandai nak speaking. Dulu kelas English laa paling aku rasa nak tidur. Tapi sebab kena ugvt dengan mak ayah, aku terima jugak tawaran tu dan aku belajar dekat usa. Waktu persediaan je aku dah rasa tertekan study, kadang – kadang sampai berd4rah hidung.

Dekat luar negara tu sampai pengsan – pengsan, munt4h – munt4h. Aku ketakutan. Pertama sekali, aku takut sebab nak maintain result, grading tinggi. Kalau result jatuh kena balik kena bayar balik biasiswa. Yang kedua, aku memang takde kawan, course yang aku buat ni aku sorang je dari Malaysia.

Yang ketiga, untuk pengetahuan pembaca, aku dah mula nampak bayang – bayang laa, dengar suara la, dunia aku mcm terpusing – pusing sampai aku takleh study. Sepanjang aku belajar, aku sampai masuk ward 3 kali, sebab nak bunvh diri, sebab depr3ssion, sebab malnutrition.

Aku plak rasa tak boleh move on dengan zaman 2012, selalu tengok kawan – kawan aku, rindu yang tersangat rindu. Selalu rasa nak balik semula pada zaman tu. Psychiatrist aku bagitahu dekat pegawai JPA tentang keadaan aku yang m4kin teruk, dia nasihatkan supaya aku balik Malaysia sekurang – kurangnya ada family.

Aku pun akur dah dapat surat JPA kena balik sebab pointer pun jatuh bawah 3.00 dan memang dah macam m4yat hidup tapi sayang sangat sebab waktu tu aku dah final year. Time aku balik rumah, memang aku kena bantai dengan bapak aku, cuma m4ki je la tak kena pukuI.

Keadaan mentaI aku m4kin teruk bila JPA mintak tuntutan ganti rugi. Padahal dalam kontrak kalau masalah kesihatan tak kena bayar. Tahu tak rasa dia macam mana, rasa kena tipu. Setengah juta weyh aku kena bayar. Mana nak cekau duit.

Aku duduk rumah, otak aku m4kin lama m4kin mereng. Aku pergi sendiri hospitaI teluk intan mintak treatment psychi4trist. 4 diagnoses aku sekarang. Ptsd, borderline, bip0lar, depr3ssion. Ubat memang banyak. Dahlah buat aku m4kin gemok, naik jerawat dan banyak lagi kesan sampingan yang lain.

Lagi lah buat aku murung. Aku tak tahu nak buat macam mana dalam hidup ni. Hari – hari aku harap Tuhan cabut nyawa aku. Nak sambung study, mana nak carik duit, universiti bukan murah. Tapi aku isi jugak upu sebab aku nak lari dari rumah ni dan aku percaya aku masih pandai cuma aku tak dapat kawal em0si aku sebab aku ada masalah mentaI. Kepada semua pembaca, aku harap sangat doakan aku kuat. Doakan hidup aku aman bahagia. – Lolita (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Siti Sariff : Ya Allah ya Tuhanku, ibu bapa apa macam ni! Geram i. Ada anak bijak pun tak bersyukur. Lolita, gunakan kebijaksanaan you untuk terus kuat bertahan selagi mana you masih bernafas.

Lokk Amry : Kasihan sangattt…wahai kaum ibu bapa.. TOLONG sokong dan pantau kesihatan mentaI dan fizikaI anak anda. Adik terlalu lama dok ibarat katak dalam tempurung. Adik lihat dunia ini ibarat penjara dan adik pihak yang terani4ya. Semoga mendapat bantuan dengan segera dan sembuh secepat mungkin. Aminnnn.

Erni Abu Bakar : Berat dik tekanan yang awak hadapi, cuba minta rayuan kat jpa, ceritakan masalah sebenar, mudah – mudahan ada jalan keluar. Cepat dapatkan pertolongan. Masalah ini memang tak boleh ditanggung sendirian, cuba ke pusat zakat, yb kawasan, biro kebajikan, NGO, atau mana – mana orang perseorangan yang selalu buat bantuan kewangan tapi jangan sekali – kali dengan along.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.