Aku cantik, suami aku sempurna, dapat plak anak yang comel. Tapi aku kena fitnah, ini yg aku buat

Aku ada segala – galanya. Aku sengaja rekod bila tengah mengaji, nak letak dekat media sosiaI. Biar semua orang tahu. Anak aku comel, suami aku perfect, aku nak nampak macam aku ni keluarga contoh. Diam – diam aku terkena fitnah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Sempena hari jumaat yang mulia ni, aku nak cerita sikit tentang fitnah dunia dan salah satu cara untuk mengawal diri kita dari terjebak dengan bahaya fitnah dunia atau fitnah dajjaI. Harap korang sabar ye baca.

Sebelum tu, aku jujur aku ni bukanlah manusia yang sempurna, masih berd0sa menimbun, masih buat do0sa dan masih tertangguh taubat. Confession ni lebih kepada pengalaman atau testimoni aku sendiri. Macam yang kita tahu, hari Jumaat disunatkan membaca surah Al kahfi dan disampaikan kepada kita bahawa surah ni boleh menghindarkan kira dari fitnah dajjal dan juga fitnah akhir zaman.

Fitnah tu bukan maksudnya fitnah yang orang tabur dari mulut ke mulut tu. Fitnah tu diambil dari huruf fa-ta-na yang bermaksud menarik dan buat orang tertarik. Jadi, fahamkan apa maksud fitnah? Aku seorang perempuan, aku ada rupa, aku ada banyak bakat.

Aku ada keluarga yang bahagi, suami yang bagi aku hampir perfect dan anak yang comel bijak. Selain tu, aku ada pelajaran yang tinggi, jadi dapatlah kerja yang best. Semua yang aku cakap ni bukan aku nak meninggi diri, tapi aku nak cerita betapa banyaknya fitnah yang aku hadapi.

Antaranya :

– Fitnah suara. Ya, dulu aku bercita – cita nak jadi youtuber. Aku nak buat cover lagu, dan bagi orang dengar kelunakkan suara aku. Kalau ada karaoke kat majlis orang, aku mesti rasa nak sumbangkan suara.

– Fitnah wajah. Aku pernah terfikir untuk menjadikan laman sosiaI aku sebagai tempat mencari pendapatan. Untuk dapatkan banyak pengikut bukan susah pun, aku cuma perlu post selfie yang cantik dan jadikan ia public. Maka berbondonglah yang akan follow. Ye lah, sebab cantik kan.

– Fitnah ibadah. Bukan tak pernah sengaja record bila aku tengah mengaji, dan rasa nak post dekat sosiaI media. Bagi semua dengar lunaknya aku mengaji. Supaya kelihatan sempurna aku sebagai seorang muslimah. Apa tu orang sekarang cakap, “find a woman that can do both”. Buat baik sikit rasa nak bagitau seantero alam, dengan alasan, “spread the positive vibes”, sebarkan kebaikan kononnya tapi dalam hati.

– Fitnah kebahagiaan. Macam aku cakap yang suami aku ni hampir sempurna. Ciri – ciri suami idaman setiap wanita, anak aku plak comel dan bijak. Oleh itu aku sangat teruja untuk memaparkannya kepada dunia. Supaya aku boleh menjadi contoh kepada orang lain, kononnya. Sedangkan aku bangga..

– Fitnah ilmu. Setiap kali ternampak sesuatu hal, ada apa – apa isu viral selalu rasa nak komen, nak tinggalkan pandangan walaupun tak perlu. Macam nak tunjuk pandai pun ada.

Semua yang diatas ni adalah sebahagian daripada fitnah yang aku hadapi. Datangnya dari diri sendiri, hati yang dambakan pujian dan penghargaan dari manusia. Aku tak kata dekat orang lain ye. Ini tentang aku.

Menginginkan “fame” dan “popularity” yang pada zaman sekarang boleh menjana pendapatan! Api ri4k yang mulanya kecil, kelamaan boleh marak. Aku manusia biasa! Aku baru beberapa tahun kebelakangan ni mula menjinakkan diri dengan Al Kahfi.

Hati aku yang senang dibeli dengan keduniaan ni perlu dikawal dan ditundukkan. Lepas bertahun melazimi Al Kahfi, aku dapat rasa peny4kit aku yang satu ni akhirnya boleh dikawal. Aku nak kongsi sikit pengalaman sendiri.

Aku dah takde keinginan. Dulu tak tengok satu episod drama rasa rugi! Tapi sekarang tv pun aku tak heran kalau tak tengok. Dengan semua benda aku rasa mod3rate. Fashion, drama, nak pergi bercuti atau apa – apa yang aku giIa dulu, sekarang dah beransur biasa.

– Aku dah kurang dengar lagu, kebanyakan lagu baru pun aku jahiI. Kalau dulu, muzik – muzik ni la umpama nyawa aku.

– Aku dah tak batak followers.

– Aku sem4kin malu nak menunjuk. Dulu aku sanggup taip panjang – panjang nak bagitau pencapaian aku, anak aku bijak, suami aku romantik, tapi sekarang aku rasa malu dengan diri sendiri untuk cerita kepada umum.

– Aku sem4kin meluaskan definisi private life. Aku cuba kurangkan post yang tak penting dekat sosiaI media. Aku mula rasa tak perlu terlalu mendedahkan kehidupan aku.

– Aku dah kurang online, hanya intai fb bila perlu. Pages tak ilmiah aku dah tak rasa nak follow. Handphone aku dah jarang pegang. Bagi aku inilah pencapaian yang sangat bagus untuk diri aku yang sebelum ni sangat berg4ntung dan berkepik dengan HP. Sangat kr0nik!

– Aku rasa lebih positif dan bersederhana walaupun mampu untuk pakai latest iphone, tapi keinginan aku lebih terkawal. Rasa cukup je dengan phone yang ada sekarang.

– Aku rasa lebih berlapang d4da, dan banyak berfikir sebab dan akibat sebelum bertindak, bercakap atau percaya dengan sesuatu. Aku berfikir sedalam – dalamnya sebelum lantang bersuara.

Jujur aku cakap sebagai perempuan yang banyak nafsunya, aku rasa kelaziman membaca al Kahfi sangat membantu aku untuk lebih positif, rasional dan tidak berlebih – lebih dengan hal dunia. Sangat membantu aku mencantas g0daan – g0daan yang datang dari pelbagai arah.

Selain daripada amalkan surah Al Kahfi, aku cuba amalkan baca doa pelindung daripada fitnah kubvr, dajjaI dan azab api ner4ka semasa t4hiyyat akhir sebelum bagi salam. Aku share testimoni ni bukan untuk pujian, kalau demi pujian aku post kat wall sendiri je.

Aku share dekat sini sebab rasa terpanggil, bila tengok terlalu ramai kaum sejenis aku yang masih mendedahkan diri dengan fitnah dan terfitnah macam yang aku pernah hadapi dulu. Jadi marilah kita usaha kawal semua tu sebelum parah.

Aku fokuskan kepada perempuan, sebab aku perempuan. Kalau rasa hilang pedoman sekejap, atau terIampau rasa liberaI sangat atau lantang sangat nak bersuara, cubalah baca Al Kahfi dan doa peIindung dari fitnah. Bukan apa, bimbang, apa yang kita rasa, yang kita tak puas hati tu hasil bisikan sy4itan.

Kalau rasa terlalu banyak atau kerap mendambakan pujian manusia melalui post – post kita, cepat cari penawar. Aku dah jumpa satu dan aku nak rekemen surah Al-Kahfi yang bagi magik terapi untuk kita semua. Fitnah dajjaI itu benar dan kita umat yang menjadi sasarannya.

Zaman kita ni zaman akhir, harapan aku semoga kita semua terpelihara dari sekecil – kecil fitnah sehinggalah yang sebesar – besar mengakui DajjaI sebagai tuhan! Nauzubillah! Doakan aku istiqamah dan bertambah iman untuk meninggaIkan kebiasaan yang bukan syariah. – pend0sa

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.