Aku buat pinjaman 200k nak tolong ayah, tapi akhirnya aku ditipu oleh abg aku sendiri

Ibu kata kalau ayah tak bayar hutang 200k, ayah akan kena tangkap polis. Aku terp4ksa buat loan 200k dan abang aku akan janji bayar separuh duit bulanan. Tapi lepas buat pinjaman abang tak tolong aku bayar. Aku tak ada duit dan suami pula hanya bagi nafkah rm800 sebulan. Aku rasa dizaIimi oleh 3 orang lelaki ni..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Sebenarnya dah lama aku pend4m perasaan ini. Aku dah berkahwin lebih 10 tahun dan punyai 3 orang anak. Aku menulis bukan untuk aibkan lelaki dalam hidup aku. Tapi aku perIukan tempat untuk meluahkan perasaan dan pandangan kalian.

Lelaki pertama. Bapaku. Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga t0ksik. Bab agama kurang diberatkan dalam keluarga, tapi alhamdulilah kesed4ran bab agama datang dengan izin Allah ke dalam diri aku. Ibu dan ayah sering berg4duh kerana ayah aku seorang yang baran dan eg0.

Aku membesar dengan melihat ibu sering makan hati berulam jantung dengan per4ngai ayah. Satu per4ngai buruk yang dari aku kecil sampai ke hari adalah dia sentiasa berangan nak jadi kaya raya. Maka dia mulalah terlibat dengan pelbagai aktiviti yang tiada siapa pun tahu, alih – alih hingggalah beberapa tahun lepas, ibu menangis bagitahu ayah ada meminjam duit hampir 200k daripada seseorang.

Jika tidak bayar dalam sekian tempoh akan jadi kes polis. Aku dan saud4ra sulong aku terp4ksa fikirkan cara untuk dapatkan duit yang sangat besar jumlahnya itu, demi jaga aib keluarga. Dan aku berjaya buat pinjaman dengan bulanan sebanyak RM1600 sebulan dengan perjanjian aku bayar 600 dan saud4ra sulong akan cover 1000 memandangkan gaji aku kecil masa itu.

Cuma abang aku tak lepas buat loan kerana komitmen kewangan yang sangat tinggi dengan pihak bank. Jumlah pinjaman masih tak dapat cover hutang yang ayah buat. Jadi ibu dah janji akan bayar baki sebaik dapat duit pencen dalam tempoh setahun lagi.

Dalam tempoh setahun itu ibu terp4ksa membayar sejumlah duit ikut kemampuannya setiap bulan sebagai tanda komitmen. Dan apabila tiba masanya, sekelip mata hasil penat lelah ibu bekerja sepanjang hidupnya diserahkan pada pemberi hutang itu tanpa sempat digunakan untuk diri sendiri.

Dan ayah? Tanpa rasa bersalah pada anak dan isteri yang terp4ksa menanggung t4hi yang dibuatnya. Sampai kini aku tak tahu duit yang sebanyak itu digunakan untuk apa sebenarnya. Bila ditanya, tiada jawapan.

Itu belum lagi kes ibu aku diser4ng abang ayah aku di satu majlis keluarga kerana dalam diam ayah telah merayu dan meminjam duit sebanyak RM35k daripada abangnya yang baru sahaja dapat duit epf masa itu. Aku sendiri menyaksikan ibu aku diser4ng tanpa mengetahui hujung pangkal.

Sejak dari peristiwa itu, aku memang benci pada ayah aku kerana memgaibkan kami. Aku sering berdoa agar aku dapat segera kahwin dan keluar daripada keluarga ini. Per4ngai giIa harta ayah aku tidak terhenti di situ.

Aku pernah beberapa kali kant0ikan ayah. Dia terlalu taksub ingin jadi kaya. Satu hari aku pulang dari kerja aku nampak dia baru lepas isi satu borang fake sc4mmers overseas yang menjanjikan pulangan duit berganda. Melihatkan borang yang telah diisi pun nampak jelas kerja scammer low class sekadar edit copy paste ministry finance of bla.. bla.. bla… tapi maIang sekali ayah tetap tertipu.

Aku meng4muk dengan meng0yakkan borang tersebut di hadapan mukanya. Apa tidak serik lagikah dia? Tapi aku diherdik, agar jangan campuri urusan dia. Anak kurang ajar dik4tanya. Aku memang sudah lama hilang hormat padanya.

Aku membaIas kata – kata nistanya. Biarlah berd0sa, janji aku puas, dan biar hati hitamnya terasa. Habis separuh gaji bulanan aku terp4ksa membayar hutang bank demi menyelamatkan dia daripada dipenjara. Per4ngai buruk meminjam duit masih berterusan.

Ibu seringkali meminta bantuan aku untuk selesaikan. Aku tak sampai hati melihat ibu aku menangis memikir cara cari duit yang mana aku tau dia memang dah tiada duit simpanan langsung. Parents aku surv1ve solely on duit pencen mak yang tidak seberapa.

Dan aku sebagai anak hanya mampu hulurkan sedikit duit ikut kemampuan ekoran komitmen pinjaman yang aku buat itu. Memandangkan aku tinggal paling hampir dengan parents, maka aku lah yang terp4ksa menjadi mesin ATM menyelesaikan lagi hutang si polan sebanyak sekian ratus pula.

Pernah juga satu ketika sekitar tahun ini, ayah telah panggil aku dan suami mengatakan nak guna duit dalam RM3k dan perlu seseorang temankan dia ke satu tempat. Di sana ada seseorang menanti untuk berikan duit cash yang banyak.

Suami terk3jut dengan apa yang dik4takan oleh ayah, dan tidak izinkan ayah aku ambil duit daripada kami atau membawa mana – mana ahli keluarga kami ke tempat yang dimaksudkan. Kalau ayah nak pergi juga, uruskan sendiri.

Jangan libatkan ahli keluarga. Jika orang yang waras otaknya, dah tentu – tentu boleh tau dan agak itu adalah sc4mmer atau entah apa barang d4dah ke apa yang diminta kita jadi bawa. Tak pasal – pasal jadi keldai d4dah.

Tapi ayah aku terlalu buta dengan RM. Terus 2 – 3 minggu bersikap dingin. Aku pasti dia frust tak dapat apa yang dikehendaki kerana tiada duit dibuat modal. Dan paling aku terkesan baru – baru ini, sekali lagi ibu meminta bantuan kewangan sebanyak hampir 10k selewatnya petang itu perlu dibayar.

Kerana dalam diam sekali lagi ayah pinjam duit dan kali ini rupanya pinjam dengan ahl0ng. Jika sampai petang tak dibayar, ayah dah diugvt bvnvh. Perkataan pertama yang terkeluar dari mulut aku.. ‘biarkan dia m4ti kena bvnvh’..

Tapi ibu dah memangis, malu pada jiran tetangga jika ahl0ng datang menyer4ng dan buat hal di rumah. Dia dah cuba pinjam dari kawan – kawan sebanyak RM2k. Dan perlu mencari baki lagi. Ibu telah keluarkan segala stok barangan emas yang tak seberapa itu minta aku bawanya untuk digadai.

Jika kalian di tempat aku, sanggup ke melihat barang kemas satu – satunya harta yang ibu miliki digadai demi seorang suami durj4na? Dan sekali lagi aku menjadi mesin ATM memgeluarkan duit simpanan aku yang sem4kin hari sem4kin susut. Sedih. Pedih. Aku kecewa dengan ibu aku.

Telah beberapa kali sebelum aku kahwin lagi aku dah suruh dia bercerai dek pend3raan mentaI oleh ayah. Dan peristiwa terbaru ini juga aku ungkit lagi, kenapa masih nak beIa biawak hidup ini. Tak serik lagi ke. Jawapannya mudah.

Kesian kat cucu.. Malu pada keluarga dah tua bercerai. Aku benar – benar kecewa. Kerana yang jadi m4ngsa adalah aku seorang. Oh ya.. Semasa PKP ayah yang selama ini dah bertahun – tahun tidak bekerja, secara tiba – tiba bekerja.

Memandangkan zaman c0vid, aku nasihatkan untuk tidak bekerja kerana segala makan minum parents insyaAllah mencukupi. Lagipun sebagai warga emas, dia berisik0 tinggi terkena jangkitan. Tapi ibu aku membeIa, agar biar sahaja dia bekerja, kerana dia masih ada berhutang dengan orang jadi biar dia usahakan sendiri selesaikan hutangnya.

Aku mampu tepuk dahi.. hutang dengan siapa lagi???? Jika kalian di tempat aku.. Apa yang patut buat? 2 lelaki lain insyaAllah akan aku tulis nanti.

Sambungan… Assalamualaikum semua. Terima kasih atas kata – kata sokongan dan c4cian bila baca para komen. Tak mengapalah, rezeki kalian tak perlu hadapi masalah seperti aku yang maIang ini. Kali ini aku akan sambung dengan kisah lelaki kedua, iaitu abang sulung aku.

Ingat tak sebelum ini aku pernah ceritakan yang aku telah membuat pinjaman bank bagi menyelesaikan hutang hampir 200k. Aku dan dia telah sepakat untuk membayar sesama pinjaman tersebut, yang mana abang akan bayar sebanyak RM1k dan aku sebanyak RM600.

Berdasarkan kemampuan aku pada masa itu, jumlah itu sahaja yang mampu aku sumbangkan demi menyelamatkan ayah dari dipenjara. Tapi benarlah kata orang, bila bab duit, adik beradik pun boleh bermusvhan. Perjanjian mulut yang termeterai hanya berlangsung hingga beberapa bulan sahaja.

Saban bulan aku umpama ceti merayu, meminta semula wang RM1000 yang sepatutnya menjadi hak aku (pinjaman bank dibuat melalui p0tongan gaji aku). Ada rezeki dapat la dalam 3 – 4 ratus. Tapi yang pasti rasanya dah 3 tahun aku tak terima sebarang bayaran daripadanya lagi.

Aku jadi letih dan meluat nak meminta – minta duit yang telah dijanjikan. Secara tidak langsung aku terp4ksa menanggung sendiri hutang jahat ini yang langsung tidak memberi faedah pada aku. Bayangkan duit sebanyak RM1600 dip0tong dari hasil titik peluh aku bekerja tanpa melihat hasilnya selama 10 tahun.

Kalaula duit sebanyak itu diguna untuk beli rumah ke, boleh juga jadi aset aku. Namun aku bersyukur, kereta aku telah habis dibayar. Jadi cuma punyai komitmen hutang kad kredit saja yang tak seberapa, itu pun guna untuk shopping atau repair kereta, malumlah kereta dah lebih sedekad usia.

Apa yang aku kesalkan di sini, abang aku itu bukan tidak berduit. Kalau lihat di socmed, makan di cafe – cafe hipster, holiday di hotel berjenama, ada bibik. Jadi hidupnya adalah dari golongan senang. Apatah lagi bekerja di syarik4t yang gah di Malaysia.

Aku faham, itu adalah haknya dalam merasai nikmat hidup bersama familinya. Tapi tidakkah dia rasa bersalah akan hutangnya terhadap aku. Aku juga perlu duit lebih untuk keluarga aku. Untuk anak – anak aku.

Mungkin aku boleh lagi terima jika dia bergaji kecil dan sebagainya. Tapi realitinya tidak begitu. Dan paling aku kecewa bila kejadian terbaru berkenaan pinjaman RM10k daripada ahl0ng tu, dia sedikit pun tidak peduli bila ibu aku menelefon dia mengadukan kejadian itu.

Terus lepas tangan dan akhirnya aku juga yang menjadi m4ngsa keadaan. Aku sedih. Kalau nak diungkitkan zaman muda dulu, dia lah yang paling beruntung. Di zaman Uni, minta kenderaan untuk ke kuliah, diberikan kereta oleh parents aku.

Dibelikan laptop bila diminta untuk tugasan. Sedangkan aku? Walau si bongsu. Kereta aku beli sendiri selepas bekerja. Buat tugasan di U, aku guna pc di CC atau pinjam pc housemate. Nak ke kuliah, aku terp4ksa jalan kaki atau naik bas.

Sebab pada aku, tak sampai hati meminta – minta daripada parents aku. Tapi bila masing – masing dah bekerjaya, aku juga yang bernasib maIang. Dan kisah lelaki ketiga, tentulah suami aku. Entahlah, aku ni dalam kategori dizaIimi ke, tak tahu bersyukur ke.

Perasaan terasa dizaIimi ini lebih dirasai sejak anak – anak aku dijaga ibu aku bila kami keluar bekerja. Sebelum ibu aku pencen, anak – anak aku dihantar ke rumah pengasuh. Selepas pencen, ibu aku tawar diri untuk jaga anak – anak aku memandangkan kami tinggal dalam kawasan yang sama.

Apa yang aku sering terasa hati, suami aku tak seperti suami orang lain. MaIang bagi aku ditakdirkan berj0doh dengan orang yang panas baran. Sama seperti ayah aku. Mungkin silap aku, terlalu buta dengan cinta biarpun sifat panas baran dan berkira sering ditunjukkan semasa zaman bercinta.

Mungkin aku beranggapan sifat berkira akan hilang selepas aku sah menjadi miliknya. Sesungguhnya aku cemburu dengan keluarga yang beratkan bab agama dalam kehidupan. Seperti mana dalam part 1, aku bukan dibesarkan dalam keluarga yang beratkan bab agama.

Aku sendiri mula berhijab selepaa berkahwin. Ibu aku pula hanya berhijab selepas mendapat cucu pertama, iaitu anak sulung aku. Takpa, itu antara dia dengan Allah. Aku pun bukan baik sangat. Aku cemburu dengan keluarga orang lain yang mana suami yang solat berjemaah. Bertaklim.

Menegur pakaian isteri dan anak – anak jika tidak menurut syariat. Tapi tidak dalam keluarga kecil aku. Masa mula – mula kahwin pernahla beberapa kali bersolat jemaah dengan suami. Tetapi aku perasan, bacaan al fatihah dia tak berapa betul, atau mungkin pelat negeri asal dia.

Aku jadi was – was dengan solat ku. Bila aku ajak belajar betulkan bacaan, dia eg0. Bangga dengan statusnya cucu kepada guru yang ajar mengaji. Pernah dia sound aku, “you tak payah nak ajar i, you tu pakai tudung pun i yang suruh. Kalau tidak…hmm..”

Somb0ng bukan? Sampai sekarang aku tak akan lupa kat – kata  itu. Paling sedih bila anak – anak s4kit. Aku lah yang terp4ksa ambil EL menjaga siang dan malam. Pernah beberapa kali juga, anak demam dan munt4h di tilam waktu malam.

Rasanya suami orang lain pasti akan bantu sama ada bersihkan munt4h atau settlekan tukar baju dan jaga anak. Tapi yang aku aIami, aku terp4ksa uruskan sendiri, dan dia sedap sambung tidur. Bila si anak nangis, dia suruh diamkan anak kerana dia nak tidur.

Esok perlu bekerja. Allahu.. So kalau nak berangan suami bangun malam susukan anak, tukarkan lampin anak, memang mimpilah. Apatah lagi kerja aku kadang kala menuntut aku keluar malam untuk ke site ataupun aku terp4ksa outstation.

Pasti drama perg4duhan akan tercetus. Alasannya susah bila anak nangis. Tidurnya terganggu. Bapa apa serupa itu yang langsung tak mahu diganggu tidur malamnya. Tidak mahu langsung bersusah sedikit. Sikapnya sebegini akhirnya membuatkan aku bosan.

Dia hanyalah bapa atas kertas dan mesin ATM anak – anak. Bab uruskan anak, pelajaran anak, makan minum anak, ajaran agama pada anak – anak, semua jatuh atas bahu aku seorang. Hidupnya adalah kerja, rehat dan HP.

Tapi aku bersyukur juga dia bukan jenis lepak – lepak keluar malam dengan kawan. Aku bukan tak pernah slow talk dengannya pasal tanggungjawab dia sebagai suami dan bapa, tapi dia terlalu eg0. Bab membantu bersihkan rumah apatah lagi.

Aku jadi fedup. Maka sejak 2 – 3 tahun kebelakangan ni, aku jadi member0ntak. Aku hanya uruskan rumah, makan minum anak – anak, dan pakaian mereka. Baju suami, makan minum dia, pandai – pandai la dia uruskan sendiri.

Sebab aku sendiri penat dengan kerja aku, anak – anak, diri sendiri. Aku penat nak masak, aku suruh dia beli sahaja di luar. Aku rasa malas nak mengemas, lantaklah rumah jadi kapal pecah. Kalau dia nak komplen rumah sepah, aku suruh dia kemas sendiri.

Which at last memang macam tu juga la. Aku juga yang kena buat. Cuma kebelakangan ini, aku terasa sifat berkiranya sem4kin menjadi – jadi. Duit bulanan yang diberi hanyalah RM800. Itulah duit nak bagi pada mak sebagai upah jaga anak (RM650 sama amaun yang dikeluarkannya untuk bayar pada pengasuh) baki nya itulah buat duit van sekolah anak (RM130).

Habis duit dapur belanja RM20 sahaja sebulan? Duit beli lauk untuk anak – anak dan kami makan di rumah mak? Duit nafkah untuk aku? Pernah aku suarakan duit bulanan yang diberi tak cukup untuk beli makanan anak – anak.

Alasan dia, anak – anaknya bukan makan banyak pun. Seolah – olah duit yang diberi parents aku perhabiskan buat makan. Dia tak sedar ke setiap hari balik kerja, pasti akan dinner dulu di rumah mak. Aku malas nak berg4duh sebab libatkan sedikit portion yang parents aku makan.

Jadi setiap bulan aku terp4ksa belanja hampir RM400 sebagai duit lauk anak – anak yang mana sepatutnya menjadi tanggungjawab dia untuk keluarkan bagi makan kat anak dan isteri. Tak termasuk lagi duit kudapan untuk anak – anak yang tengah membesar.

LagiIah PKP ni, anak – anak asyik lapar aje. Kalau kami keluar jalan – jalan di mall, kalau ada teringin nak makan, jangan harap la dia nak keluarkan duit. Aku pernah sekali kena, “u kerja kan.. Ada duit kan.. i tak ade duit nak spend makan macam ni,” pilunya hati

Dan sesungguhnya aku tak redha. Lantaklah, kau menjawab la di sana kelak atas perbuatan dia dan tanggungjawab sebagai suami dan bapa di dunia. Aku letih.. Dengan masalah ibu ayah aku. Masalah suami aku yang tak bertanggungjawab.

Sesungguhnya aku benar rasa dizaIimi. Semoga setiap doaku dalam solat aku diangkat Allah kerana aku merasakan aku tergolong dalam orang yang dizaIimi. Oh ya, untuk info aku pernah jumpa kaunselor untuk masalah ayah dan suami aku. Sebab aku tak tahan. Korang doakan aku kuat ye.. – Cik Bongsu (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nurul Akmawatea : Dari confession yang pertama lagi yang aku perasan satu, mak dia ni malu sangat dengan pandangan orang. Fikir sangat malu kalau bercerai la, malu jiran kalau orang datang ser4ng la. Patutnye mak dia malu dapat suami cam gitu bukan malu dengan jiran.

Dari awal lagi patut tinggal dah ayah dia tu. Macam something wrong pun ada ayah tu. Pastu tak payah nak bayar dah hutang dia, dia yang berhutang sendiri tanggung biar malu sendiri. Mak dia pun tak payah tolong. Baru dapat pengajaran. Lagi ditolong lagi tak sedar.

Fazlinz Linz : Suami bagi RM800 itu nafkah dia untuk tt dan anak – anak. TT baik hati bayar upah mengasuh RM650 kepada ibu. Pastu nak bayar duit makan – makan rumah mak sebab selalu makan malam kat sana. Malu makan free.

Tapi tt lupa.. Setiap bulan terp4ksa tanggung bayar hutang RM1600 untuk selamatkan mak dari malu ayah masuk penjara. Kena keraskan hati macam abang tt. Hantar anak tak payah bayar, makan pun tak payah bayar.

Sebab tt dah bayarkan RM1600 untuk tempoh 10 tahun. Lepas habis hutang tu, baru bayar macam biasa. Lepas ni keraskan hati jangan jadi mesin ATM dah.

Hanie Zain : 200 ribu?? Dan sanggup buat loan tolong bayarkan? Baiknya.. Kalau awak kaya raya tu takperlah jugak. Tolong bayarkan hutang orang RM1600 setiap bulan walaupun ayah sendiri. #tepukdahi Kalau saya.

Nak minta tolong boleh. Tapi saya siasat sehingga akar umbi mana pergi duit 200 ribu tu. Kalau takde jawapan, pergiIah cari sendiri dan setel sendiri. Atau biar je kena tangkap polis. 200 ribu tu banyak tau.

Suhaimi Omar : Dah pernah rasa lelaki seperti ayah confessor tetapi tetap jua menerima bf yang macam itu untuk dijadikan suami, padahal sudah tau sikap bf nya yang suka berkira / kedekut nak m4mpus dan panas baran. Hmmm ntah lah, no komen, kebahagiaan itu pilihan masing – masing.

Afifah Abu Bakar : Benda dah buat silap tak boleh nak undur. Dah buat loan untuk hutang ayah yang tak insaf – insaf, dah kawin dengan bf yang berkira. Untuk masa depan, kalau ayah berhutang lagi biar dia tanggung sendiri.

Bila lagi dia nak dapat pengajaran kalau asyik dibayarkan hutangnya. Nafkah 800 pula TT boleh ejas penggunaannya. Sebab tt dah bayarkan hutang bulanan 1600, tak perlu bayar lagi upah mengasuh. Mungkin boleh nak belanjakan sedikit wang untuk ibu tt ikut kemampuan. Perihal urusan kerja rumah je yang saya simpati. Semoga ada penyelesain buat tt.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.