Aku bosan hidup dengan suami, sampai tahap aku Iempang dia

Aku serabut baru balik meeting tengah down. Bila aku mengadu cerita dekat suami, boleh dia buat tak tahu tengok TV jek. Memang aku meng4muk sampai Iempang muka dia banyak kali. Tapi tak sangka kali ni suami aku meIawan, dia seret aku masuk bilik, s4kit sangat. Dia langsung tak pujuk aku..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua pembaca. Macam klise kisah aku ni tapi aku down sangat. Buntu.. Mudah – mudahan dapatlah jawapan bila aku luahkan dekat sini. Aku sudah 8 tahun berkahwin, dah ada anak 2 orang.

Aku anak bongsu dan dibesarkan dalam family yang jenis ‘ko surv1ve la sendiri’. Mak aku macam kena sejenis peny4kit keturunan ala – ala macam s4ka gitu sejak aku kecik wujud atas muka bumi ni lagi dan ayah aku jenis workah0lic.

Dia kerja dari pagi sampai malam. Tak diajar adab. Dan ko surv1ve la sendiri. Jadi aku ni membesar dengan sikap panas baran. Mungkin sebab itu cara aku dibesarkan. Cepat sentap dan cepat terasa hati. Selalu rasa rendah diri dari sudut fizikaI, mentaI dan segala – galanya.

Tapi yang peliknya, dari zaman sekolah aku memang suka baca buku motivasi. Mungkin cara aku cari diri aku kot. Tapi tak la ketemu sangat. Tapi mampu la pimpin aku masuk universiti. Bab – bab agama arw4h ayah aku kategori kuat la jugak.

Selalu di masjid dan keluar tabligh. Dia cuba nak bentuk kami macam tu tapi tu la iman memang tak dapat diw4risi. Bukan la nak cerita pasal family aku tapi nak cerita padal husband aku. Kami berjumpa dalam facebook.

Kebetulan dia tu sama universiti dan satu kampung dengan aku. Husband aku kategori boleh tahan sedap jugak mata memandang. Aku ni biasa – biasa ja tapi rajin melawa. Dulu husband aku ni kerja speedmart dah nak dekat kenal aku dia berhenti pulak dapat keja manager kk mart.

Waktu baru kenal dia memang pandang rendah kerja aku sebagai customer service. Dia kata kerja takde masa depan. Kemudian dia kata dia kerja company mnc. Aku pun macam takpe la janji aku tak menyusahkan mak bapak aku dan aku boleh bagi duit kat dia.

Aku sepanjang hidup aku dari kanak – kanak sampai ke universiti, alhamdulillah rezeki selalu menyebeIahi aku. Walaupun kadang – kadang aku tak layak. Aku menganggur pun tak lama. 3 bulan ja. Mungkin sebab aku tak memilih.

Walaupun customer service, aku sauk jugak. Dan akhirnya suami aku mengaku yang dia kerja kk mart. Dia di utara. Aku di KL. Aku tak dak la pikir nak bertemu jodoh waktu tu. Tapi dalam doa aku selalu minta temukan lah aku dengan jodoh yang baik.

Dan akhirnya dikuatkan jodoh bercouple lah kami. Dan dia try apply jugak jadi customer service kat tempat aku kerja. Dan dia dapat. Jadilah dia staf contract kat situ. Kemudian mak dia dapat tahu dia bercinta cintun, mak dia terus nak masuk minang pulak.

Waktu tu aku tak ready sangat tapi sebab suami aku memang orang yang baik, lembut, soft spoken orangnya, aku pun rasa tak pe la. Kita kumpul la duit sikit – sikit. Customer service pun boleh hidup jugak janji hidup dalam income yang sebenar.

Lepas tu kami bertunang. Tapi husband aku tak tahan kerja CS ni sebab dia tak perform selalu kena panggil. Dan pengakhirnya dia berhenti dapat keja kat company baru nak bertapak ni dia keja jadi sales kat situ.

Alhamdulillah. Mula – mula dia tak nak buat sales tapi aku pujuk aku kata cuba explore. Sebab sales ni memang ada t4rget tapi kalau kita perform kita dapat duit lebih. Last – last dia setuju.. Sebulan lepas kami bertunang, ayah aku meninggaI meng3jut.

Memang aku sedih sebab ayah aku kategori penguat semangat aku. Dan sebulan kemudian kami kahwin. Rezeki sebulan lepas aku kahwin aku dapat permanent job dekat glc. Alhamdulillah culture sh0ck dapat kerja company besar dengan gaji besar.

Tapi kerja aku str3ss jugak kena menghadap customer. Memandangkan karekter aku yang panas baran, aku cepat str3ss. Mula – mula kerja bila aku str3ss, aku balik m4ki husband aku. Cakap lebih kurang je. Sampai kami g4duh.

Kemudian baik balik. Sampai husband aku diberi surat peringatan sebab tak perform. Dan tiba – tiba di arah berhenti 24 jam. Bermula la episod husband aku tak bekerja selama beberapa bulan. Komitmen bulanan nak kena bayar.

Dan lepas aku kahwin juga baru aku sedar satu benda. Mak mertua aku ni jenis hadap sangat dengan orang keja gomen dan sangat high expectation bab – bab duit ni. Sampai tahap pernah bukak slip kwsp adik ipar aku sebab nak bagi tau income adik ipar aku keja gomen ni tinggi.

Dan selalu pandang rendah husband aku yang kerja company biasa – biasa. Aku ni sebagai isteri tokoh maal hijrah, tak nak la kalah sangat. Selalu jugak berlagak up up kan husband aku. Tapi apa kan daya suami aku tak dak rezeki sangat bab – bab kerja.

Bila dia berhenti kerja memang aku str3ss. Aku str3ss sebab selama ni pun pembayaran komitmen memang guna separuh dari gaji aku. Kalau dia berhenti kerja, aku nak bayar komitmen pakai apa. Jadi kami akan selalu berg4duh.

Bila aku ada masalah kerja ja memang dia la m4ngsa lepasan aku.. Dan kemudian dia cuba kerja di satu company fast food ni. Baru sebulan training. Dapat offer sales kat tempat lain. Ok la..  Aku pun bila dah confirm dalam pekerjaan dah berkira – kira nak beli kereta besar.

Tak nak kereta malaysia waktu tu, nak kereta H jahh! EEEE menyesal sungguh rasa. Jadi nak jugak ambil H tak mampu bayar downpayment pergi la buat loan kat easy rhb waktu tu nak beli kereta H. Bermula episod personal loan dalam hidup aku.

Ptptn pun tak bayar ada hati tambah personal loan. B0doh sangat aku rasa waktu tu.. Makanya komitmen kami m4kin bertambah dengan loan personal loan dan loan kereta. MaIangnya husband aku hanya bertahan 3 bulan dengan company ni.

Kembali diarah berhenti setelah boss dia kata dia tak perform. Makanya kembalilah episod tak kerja suami aku ni. Kami memang tiada simpanan selama ni. Tambah bila dia resign lagi la. Nak bayar komitmen macam mana.

Jadi aku buat pulak loan dengan bank islam rm40k. Guna la duit tu surv1ve untuk setiap hari dan shopping jugak guna duit tu macam biasa walaupun husband aku dah tak kerja. Kali ini lama jugak husband aku tak kerja dan kami masih berg4duh macam biasa.

Bila aku str3ss je dengan kerja atau dia, kami mesti berg4duh dan m4ki – m4ki. Lama – lama kami baik balik. Sebab husband aku akan merayu pujuk – pujuk aku balik. Dan aku pun bila dah sejuk, memang sayang giIa dengan husband aku.

Setelah aku berg4duh besar dengan suami aku suruh dia pergi cari kerja. Last – last dia bawak resume jalan dari satu kedai ke satu kedai. Alhamdulillah dapat lah jadi sales kat satu advertising company. Bermula la kerja kat situ pulak.

Mula – mula nampak ok ja bos company ni, sekali boss ni kaki con rupanya. Gaji husband aku sepatutnya rm1500 dia byar rm500 ja. Dok merayu minta balance dia janji minggu depan. Kemudian jadi bulan depan. Dan boss ni bukan con husband aku ja dia con sekali customer dengan vendor pun dia con.

Dan dia pulak pandai selalu suruh husband aku tolong sign cheque book dia. Husband aku pelik juga. Dia perkenalkan husband aku sebagai pa dia. Jadi tak tahan dengan kepelikan boss ni. Dia pun berhenti, dan try buat business.

Memandangkan husband aku ni memang cita – cita dia nak buat bisness dari kecik lagi. Nak support dia aku pun kata cuba la buat business. Sales dapat tapi modal tak da nak rolling.. Jadi selalu juga la g4duh masih alasan yang sama. Duit.

Tapi kali ni str3ss lain macam. Kalau dah start g4duh, aku tak tahan, aku Iempang husband aku. Dia akan diam dan menangis. Dia tanya kenapa aku sanggup Iempang dia. Aku tak tahu. Aku memang tengah marah. Dan susah nak control marah aku.

Kemudian kami baik balik. Macam tu la setiap kali kami berg4duh. Dan masuk 8 tahun aku kahwin dengan dia dah 8 kali jugak husband aku resign dan kerja. Dan setiap kali kami berg4duh, aku susah nak control marah. Aku akan mudah angkat tangan dan baIing barang pada suami.

Tapi semenjak ada anak kedua ni aku jarang pukuI – pukuI suami aku. Mungkin salah satu sebabnya suami aku dah start kerja dengan company besar dan rezeki pun alhamdulillah. Tapi tak lama. Situasi tu bertahan 1 tahun ja.

Husband aku berhenti dalam keadaan kami ada anak dua dan dia kononnya kata dia dah ada business dia nak fokus business. Masalahnya business dia bukan stabil lagi. Income kerja tetap sekarang alhamdulillah la mencukupi.

Kalau dia berhenti macam mana kami nak lalui kehidupan yang banyak komitmen ni lagi. Dan dia resign dalam keadaan kami masih tiada saving. Semua orang dah nasihat dia. Dia buat tak tau juga. Aku pulak malas nak kata apa.

Aku cuma diam kan sahaja. Sambil dalam hati berdoa. Ya Allah jangan lah berulang peristiwa jobless ni dalam keadaan aku dah anak 2. Tapi akhirnya dia berhenti juga. Dan memang langit tak selalu cerah ekonomi tak ok. Elok husband aku berhenti banyak job tak boleh diteruskan.

Jadi dia dah mula ketiadaan job. Dan kami hanya surv1ve sebulan lepas dia berhenti. Dan aku dah mula str3ss memikirkan nak raya yang tak lama lagi. Aku pelik. Kenapa suami aku tak pandang muka anak – anak aku sebelum berhenti.

Dia tau tak ni nak raya. Dan dia tau tak dia ada komitmen lagi nak kena bayar. Senang senang ja amik keputvsan untuk resign. Aku ni str3ss – str3ss keja pun dah 8 tahun buat kerja yang sama tak berani berhenti pikirkan anak anak.

Tapi dia semudah tu ambik keputvsan untuk berhenti. Padahal dia ketua keluarga. Bukan aku. Jadi nya kami start berg4duh. Pada awal bulan 4 hari tu kami berg4duh besar. Kali ni macam – macam sebab pasal family dia yang selalu pandang rendah kami yang tak da duit ni.

Pasal dia yang ambik keputvsan mudah untuk resign. Last aku pukuI dia lagi. Dan dia tak tahan terus ajak kami ke pejabat agama. Dia kata dia dah terlafaz kata macam nak berpisah. Terus berg4duh – g4duh dia pergi pejabat agama ambik borang cerai.

Dan aku mula perasan dia dah tak beria – ria pujuk aku lagi. Dia seperti tawar hati dan tak kisah sangat kami berpisah. Dia hantar aku balik rumah mak aku. Tapi tak cakap apa. Mak aku kesian tengok aku yang asyik menangis ni.

Dia call abang aku suruh settle kan. Abang aku panggil husband aku dan aku. Dia bagitau suruh aku sabar sikit. Jangan marah – marah. Bawak bawak bersabar. “husband ko ni baik” sayang kalau lepas kan. Aku pun kata aku memang sayang suami aku.

Cuma bila marah aku susah nak control diri aku. Aku pun tahu aku jahat. Tapi di sebabkan kesabaran suami aku ini la menyebabkan aku m4kin sayang pada suami aku walaupun dia tak kerja. Kerana kesabaran dia. Jadi kami pun berbaik balik.

Walaupun aku nampak husband aku dah start jauh dari aku. Dan aku sem4kin dapat rasakn dia bukan lagi suami aku yang dulu. Pada awal bulan puasa aku cuba untuk berubah. Tak mahu salah kan husband aku pasal keputvsan dia resign dari company lama.

Dia pun banyak fokus ibadah dan aku pun banyak fokus ibadah.. Tapi bila tengok anak – anak aku memang sedih memikirkan baju raya diorang yang tiada. Persiapan raya entah ke mana. Duit kereta yang tak berbayar beberapa bulan.

Jadi untuk berjimat cermat aku dah tamatkan hantar anak aku nursery dan program mengaji anak aku yang sulung. Aku sedih bila tengok anak – anak aku. Sebab gaji aku tak cukup. Aku nak kena bayar hutang yang sedia ada dengan rumah.

Husband aku memang totally tak ada income. Jadi ada jugak berg4duh. Tapi lebih bercakap mulut ja. Tanpa naik tangan. Alhamdulillah rezeki tak disangka masuk aku dapat bonus walaupun sedikit tapi boleh la bayar duit rumah.

Duit kereta dan beli sehelai baju raya anak – anak. Husband aku kata aku perfectionist dan selalu berg4duh dan menegur dia even benda yang kecil. Kami akan berg4duh dalam seminggu 2 – 3 kali. Dan kemuncak dia semalam, aku balik dari meeting.

Aku memang tengah down, aku bagi tau husband aku yang aku tengah down. Dia buat tak tau. Dan tiada kata – kata semangat pun buat aku. Aku pun bertambah down. Dan akhirnya aku meng4muk. Dah la yuran sekolah anak anak dengan sewa rumah tak bayar lagi.

Aku jugak yang serabut pikir. Dan sekarang aku tengah down ko tolong la tenang kan aku sikit. Ini tak. Dia tengok tv. End up kami memang berg4duh besar. Aku Iempang muka dia banyak kali. Dan dia geram dia seret aku masuk bilik memang s4kit giIa badan badan aku.

Aku tidur dalam bilik seorang – sorang dan dia tak pujuk aku pun macam biasa. Dari situ sem4kin kuat hati aku rasa hati dia dah berkurang sayang pada aku. Dan tadi kami masih berg4duh dia tak pujuk aku pun. Tapi dia mengaku yang perasaan dia dah berkurang terhadap aku.

Sejak tu aku menangis ja. Aku sedih. Aku memang selalu bersusah dengan husband aku tapi aku tak pernah sangka perasaan dia boleh berkurang pada aku..Walaupun aku ni selalu complain dan cuba tegur dia untuk betulkan diri.

Tapi hati aku tak pernah kurang sayang pada dia. Aku memang down sejak dia kata dia dah kurang rasa sayang pada aku. Aku kecewa sebab aku masih mempunyai perasaan yang sama walau banyak dugaan yang kami harung bersama.

Aku tahu aku jahat, aku tahu aku banyak d0sa. Tapi kesabaran dia la sayang aku m4kin bertambah pada dia. Dan buat masa sekarang kami bersetuju untuk ke pejabat agama isnin ni. Dia tiada niat nak berpisah tapi aku yang rasa perlu berpisah sebab tiada guna bersama kalau hati dia dah kurang.

Dan aku rasa dia macam tersiksa hidup dengan aku. Aku dah cuba kawal. Tapi bila ada benda yang tr1ggered susah aku nak kawal. Aku memang kecewa. Aku memang down. Tak tahu nak buat apa. Dah 24 jam tak mandi dan makan.

Dan aku kecewa kenapa aku boleh terima dia seadanya. Kenapa tidak dia. Kenapa dia tak boleh terima aku dan terus bersabar. Dan sampai sekarang dia pun masih belum ada kerja. Dah 5 bulan. Kalau ada job sikit – sikit. Ada la kerja.

Tapi tak settle komitmen jugak. Banyak jugak pending yang belum bayar. Aku buntu. Apa harus aku buat. Nak keluar dari rumah pun gaji dah habis bayar susu anak bayar hutang – hutang loan. Sekarang duit tinggal rm40 je.

Itu pun bill telefon bil astro dengan kereta dia pending. Dah kena suspend. Aku memang buntu dan str3ss tak tau nak teruskan macam mana. Aku buntu. Doakanlah semoga dipermudahkan urusan kami dan anak – anak. Amin. – Si Pend0sa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Hanie Zuhanie : Perempuan itu lembut sifatnya. Lemah gemalai sikapnya, sentiasa mahu disayangi, dibelai dihargai setiap masa. Tapi, sebab keadaan sekarang yang buat wanita terp4ksa bekerja, kadang – kadang terbeban dengan hal – hal kewangan begini, membuatkan sikap kasar, baran, hilang dah kesopanannya.

Sebab dibahunya terpikuI macam – macam beban. Dia penat, dia str3ss. Berpijaklah di bumi nyata. Perkahwinan kadang kala bukanlah sesuatu yang indah macam citer kul 7 malam tu.

Hasnah Kamal VII : Pergi akpk. Mintak ampun dan maaf dari suami. Suami awak baik tapi cuma tak bernasib baik. Kalau dia tak kerja, duk umah jaga anak., kemas rumah, buat bisnes online jadi dropship. At least balik umah, kemas dan teratur anak – anak wangi. Melegakan str3ss kerja awak. Itu pon kalau awak nak panjangkan umur perkahwinan.

Mardiana Rashidi : Seteruk mana pun suami, patutkah isteri naik tangan terhadap suami? Muhasabah diri, Allah sedang menguji keluarga kalian. Cubalah bersabar dan berbincang dengan baik. Cuba cari jalan untuk kurang kan komitmen hutang.

Ramai berbangga dengan kereta’H’ tapi sekiranya tidak mampu carilah kereta yang mampu milik. Utamakan dahulu keperluan perbelanjaan, yuran persekolahan anak – anak. Insyaallah apabila dah stabil, baru lah fikir kehendak pula.

Teh Zuahir Mokhtar : Terk3jut baca cerita ni, tak sangka ada isteri yang sanggup Iempang suami. Kalau puan isteri yang baik, mungkin boleh pujuk suami supaya lebih usaha tapi kalau asyik kena Iempang, mana lelaki yang boleh bertahan. Ubah lah per4ngai, mungkin suami terpanggil untuk berusaha kalau dapat pujukkan dan galakan dari isteri dan jangan lupa berdoa.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.