Aku berdend4m nak tunjuk aku mampu pakai brg mahal2, dulu diorg jeling je aku

Bila masuk kolej swasta aku rasa terasing. Anak – anak orang kaya semua pakai barang branded, aku beli barang Jusco je. Bila aku nak kahwin, simpanan ada RM3000 je tapi aku cakap dekat bakal suami nak cincin harga 15k, nak baju fashion designer terkenal..

#Foto sekadar hiasan. Hi, Aku perkenalkan diri aku sebagai Jijah. Aku selalu baca artikel dekat page ni. Aku datang daripada family yang biasa – biasa, tak kaya tapi tak susah jugak. Boleh oleh kata agak senang tetapi sederhana je.

Daripada kecil kitorang adik – beradik dah diajar untuk berjimat, kalau nak apa – apa benda mahal, kena kumpul duit sendiri (handphone, Play Station, game, dan sebagainya). Mak bapak kitorang sediakan keperluan asas je macam makanan, tempat tinggal, baju.

Daripada kecil, walaupun aku ni b0ros, tak reti menyimpan, asyik beli benda – benda mengarut je, tapi aku takdelah beli barang – barang branded. Setakat beli pemadam banyak – banyak kat kedai buku sekolah sebab nak buat main kat kelas je ada lah.

Habis je SPM, aku ditakdirkan masuk sebuah kolej swasta untuk persediaan ke luar negara (under scholarship). Bunyi macam gah kan, tapi, kenyataannya, aku rasa macam terasing dan itu bukan tempat untuk orang macam aku.

Sebab kat kolej tu, kebanyakannya anak – anak orang kaya, pakai semua nak branded je, kalau aku lalu tepi diorang, ada tu kerling hujung mata. Maklumlah, diorang pakai Topshop dan Zara, aku pakai Padini atau Jaya Jusco je (dulu Jaya Jusco, sekarang dah tukar nama jadi AEON).

Daripada beli tudung, baju, seluar, sampai lah ke sp3nder dengan br4, aku beli kat kedai bawak mak, tak reti nak beli sendiri, kau bayangkanlah, betapa nerd and tak fashionista nya aku dulu berbanding dengan sekarang.

Semuanya bermula dengan classmate aku. Sebenarnya nak try “bIend-in” dengan diorang, ye lah kita kan baru masuk. Perbincangan diorang adalah pasal fashion, kereta, handbag, kasut, accessories. “I beli kat Topshop… Topshop… Zara… Zara”.

Pergh, masa tu nak beli satu barang kat kedai tu pun dah RM150++. Aku nak beli bag RM50 pun berkira – kira duit dalam bank, kau bayangkanlah betapa aku rasa rendah dirinya masa tu. Patutlah diorang tak berapa nak ngam dengan aku sangat, sebab status aku yang tak berapa nak berada dan fashionista berbanding dengan diorang.

Aku cerita kat bestfriend – bestfriend aku masa sekolah menengah, reaksi diorang, “isyh, apa kena dengan diorang? Aku pun pakai juga brand – brand tu, tapi takde lah nak berIagak macam tu”. Aku cerita kat mak aku, mak aku cakap, “pergilah shopping dengan kawan – kawan, mak ni taste macam orang tua, kampung, mak tak reti fashion – fashion orang muda ni”.

Maka bermulah kisah hidup aku yang baru, mula – mula aku belajar shopping sendiri sebab nak kagumkan classmate – classmate aku yang kaya berIagak tu. Lama – lama aku jadi ket4gih nak shopping. Sekali beli kasut, sampai 3 aku b4ntai.

Boleh kata, almari aku penuh baju, handbag, kasut. Tambah – tambah lagi parents aku setiap bulan bagi duit pocket lebih. Memang aku joIi tak ingat dunia la kan. Bapa aku pesan, simpan duit. Tapi aku? Hhmmph h4ram lah aku nak simpan kan.

Bila aku sambung belajar degree kat luar negara, bapak aku bagi aku credit card. Dia kata, simpan, kot ada apa – apa hal jadi, aku boleh pakai untuk em3rgency. Kat oversea, barang – barang designer branded ni murah – murah berbanding dengan kat Malaysia.

Lagi lah macam – macam aku beli. Dengan habit aku yang shopah0lic dan b0ros ni, aku ni kira bernasib baik je sebab alhamdulillah rezeki aku murah sebab aku tak payah tanggung family, kalau nak balik Malaysia ticket flight bapa bayar.

Kalau orang lain, sampai kena catu makan sebab nak kumpul duit nak balik kampung tiap – tiap tahun. Tapi.. korang jangan ingat aku dok kikis harta bapak aku je, aku kerja part time tau untuk tanggung belanja shopping dan travel.

Aku minta duit kalau terdesak sangat – sangat atau diorang yang offer nak bagi je. Aku akan make sure, susah macam mana pun aku tak akan pinjam duit atau berhutang dengan orang. Apa jadi pun, aku tak akan cerita berapa balance dalam account aku.

Bila aku dah graduate dan start bekerja, dapat gaji lebih RM4000 pun, aku masih tak ade duit saving. Aku masih dengan sikap aku yang b0ros and shopah0lic. Masuk gaji, bayar credit card, bagi duit kat parents, cukup bulan duit pun habis.

Padahal sebenarnya, gaji aku tu dikira banyak banding dengan orang lain, must4hil tak cukup sebab aku bukannya ada commitment apa – apa. Kalau dulu, aku berdend4m nak menunjuk dekat classmate kat kolej sebab pandang rendah kat aku yang tak fashionista ni.

Sekarang aku pun tak tahu apa yang aku cuba buktikan dengan beli barang – barang branded ni, makeup tebal hari – hari, travel sana – sini, pergi makan restoran mahal – mahal, pergi spa every week, budget – budget macam kaya tapi sebenarnya duit dalam bank tak banyak mana.

Tambah – tambah lagi, sejak dah ada facebook dan Instagram, dah jadi macam satu pertandingan pulak untuk semua orang tunjuk betapa coolnya hidup diorang masing – masing. Padahal, masing – masing cuba untuk tunjuk pada dunia apa yang diorang nak dunia tengok.

Lama – lama jadi social pr3ssure la pulak, asyik nak mengira berapa banyak “like” kita dapat untuk post hari ni. Berapa glamour kah kita berdasarkan followers and “likes” yang kita ada. Masing – masing pun nak buat post “Tirulah Macam Saya”, “Macam mana nak jadi kaya”, “macam mana nak travel ke korea dengan budget RM2000”.

Eh, macam – macam la zaman sekarang ni yang post terus viral. Boleh jadi peny4kit mentaI (kemurungan) bila fikir, “kenapa aku tak popular, glamour, kaya, cantik macam orang tu?” Lepas 2 tahun bekerja, aku bertemu j0doh, kemudian kahwin.

Masa tu, duit simpanan dalam bank, korang agak – agak berapa? RM3000 je babe. Nasib baik suami aku tu simpan duit banyak, and bapa aku bayar duit belanja kenduri. Kalau mak bapak aku tau la duit simpanan aku banyak tu je selama 25 tahun hidup, mahu m4ti aku kena beIasah dengan bapak aku.

Dia dah pesan dah dari dulu, “simpan duit, simpan duit, jangan asyik belanja tak ingat dunia”. Dah la masa kahwin duit takde, pastu nak demand pulak nak cincin De Beers RM15 ribu hengget, pelamin nak cantik RM5000, baju nak designer RM5000, makeup artist nak yang glamour je, photographer RM5000, videographer RM5000.

Eh boleh kata semua benda nak macam yang kat dalam Instagram Malay Wedding Guide dan Pinterest lah. Tapi tak sedar diri, duit tak banyak mana. Nak berhutang dengan bank, takut, sebab mak bapak aku dah pesan,

“jangan nak membazir masa kenduri kahwin, duit tu simpan untuk selepas kahwin nanti. Jangan sampai berhutang – hutang, sebab ramai yang ambik loan masa kahwin jadi lebih susah lepas kahwin, ada yang sampai berg4duh nak bercerai sebab str3ss nak bayar hutang kahwin.”

Nasib baik laaa suami aku ni penyabar dan bergaji besar. Dia cuba juga nak penuhkan impian aku yang bajet – bajet princess ni, tapi dia tanggung separuh je lah, lagi separuh aku bayar sebab aku yang menggedik sangat nak.

Alhamdulillah nasib baik kahwin, agaknya kalau bertunang lama – lama masa tu boleh putvs kot sebab per4ngai aku yang demand ni boleh buat lelaki rasa yang aku ni pis4u cukur. Ini baru majlis kahwin, belum dah kahwin ada anak nanti.

Lepas kahwin, aku mula berubah sedikit demi sedikit. Aku dah kurang bershopping. Takde dah hari – hari makeup tebal, tudung berbeIit – beIit macam kena c3kik ular, kasut tinggi – tinggi yang kalau baling kat anjing confirm m4ti.

Aku mula belajar untuk bersederhana, simple dan minimalist. Dah tua bangka baru belajar nak simpan duit. Selama ni aku bukan tak sedar yang aku ni b0ros, cuma agak susah untuk aku berubah sebab kat sekolah dulu mana ada belajar pengurusan kewangan personal.

Dan takde sebab untuk aku berubah sebab aku tak pernah rasa susah sampai takde duit nak makan, tak pernah rasa susah sampai terp4ksa minta sedekah dan pinjam duit. Aku mula berubah pun sebab ada banyak perkara yang terjadi yang menyebabkan aku nak berubah.

Antaranya, aku kesian tengok suami aku pakai baju kerja yang dah lusuh, dah 5 tahun pun tak tukar baru lagi. Padahal ketiak baju tu dah berdaki. Aku nak buang dia tak kasi, dia cakap elok lagi boleh pakai. Aku ni pulak, tiap – tiap bulan confirm beli 1 barang, kalau bukan tudung, baju, tak pun handbag, tak pun kasut.

Kalau shopping raya tu, tiap – tiap minggu ada Sale brand – brand artis ni, tiap – tiap minggu la aku akan pergi dan shopping sampai beribu – ribu. Dah jadi satu tabiat untuk berbelanja. Kebetulan, ekonomi pun dah start merudum.

Semua orang takut kena buang kerja. Terutama orang yang dah ada banyak komitmen rumah dan kereta. Dah susah nak tidur malam fikir macam mana nak bayar loan rumah dan kereta kalau kata kena buang kerja? Kalau dapat kerja pun, gaji tak dapat setinggi dulu.

Kalau tak de duit nak bayar, nanti kena sita, tak pasal – pasal jadi mufIis. Antara benda yang buat aku terus tert4mpar dan insaf, bila aku dapat tau kisah benar kawan – kawan yang beli rumah banyak – banyak pakai loan, konon – konon beli rumah kemudian sewakan, dengan harapan penyewa tu yang bayar loan kita.

Semua class yang ajar benda tu semua penipu, diorang terp4ksa meyakinkan orang ramai untuk sama – sama melabur dalam hartanah supaya asset – asset diorang tak jatuh harga, macam konsep saham. MLM memang tak payah cerita la, tu lagi obvious menipu.

Tak ade maknanya orang kaya nak ajar kau satu – satu macam mana nak jadi kaya melainkan kau ada kepentingan untuk diorang atau kau ahli keluarga diorang. Tambah – tambah lagi sekarang ni, semua orang nak berniaga, semua orang nak menjual.

Untung tak seberapa, heboh je lebih konon untung juta – juta. Kemuncak keinsafan aku ialah bila aku dapat tahu yang ada orang gaji dah berpuluh ribu, tapi duit masih tak cukup – cukup. Bukan seorang okay, ramai jadi macam tu sebab setiap kali gaji naik, mulalah cara hidup naik, nak upgrade kereta la, rumah la.

Paling teruk, ada yang berhutang sampai hampir RM 1 juta buat personal loan dan credit card sampai hampir kena isytihar mufIis. Bila tanya, beli apa sampai RM1juta? Tak tahu. SEJUTA tu, boleh beli sebiji condo eksklusif kat KL ni.

Aku sampai tak tido malam seminggu terpikir pasal kes tu. Pengajarannya, simpan lah duit, jangan mudah terpengaruh dan terpedaya dengan expectation orang lain. Ukur baju di badan sendiri, jangan tengok orang lain ada handbag mahal, kau pun nak beli handbag mahal.

Orang lain buat majlis grand – grand habis RM100 ribu, kau pun nak buat majlis grand juga sampai berhutang. Orang lain beli rumah, kau pun nak beli rumah, padahal kau tak kaji dulu baik and buruk keputvsan kau tu, mampu ke kau nak bayar loan bulan – bulan, mampu ke kau nak tanggung maintenance cost kalau ada kerosakan.

Rumah ni macam kereta, kadang – kadang kena service, maintenance, tax, itu, ini. Setiap 5 hingga 10 tahun, ada benda yang kau kena tukar, sekali tukar memang terduduk la kau fikir berapa banyak duit lagi nak keluar.

Mungkin formula yang pakar motivasi bagi tu berkesan untuk buat dia jadi kaya, tapi tak bermakna ia akan berkesan untuk kau jadi kaya. Kaya hutang, bukan kaya duit tau. Kau beli rumah pakai loan 30 tahun tu bukan bermakna rumah tu milik kau, tapi sebenarnya kau menyewa je dengan bank selama 30 tahun.

Dah habis bayar, baru rumah tu jadi milik kau. Bezanya, kalau kau menyewa dengan orang, kau lebih fIexible boleh pindah rumah anytime, kalau rosak nanti tuan rumah akan repair. Kalau kau beli, rumah pakai loan bank, kalau rumah rosak, kau kena repair sendiri, kalau kau tak bayar loan, rumah kena lelong, silap – silap kau diisyhtihar muflis.

Kau tau tak apa akan jadi kalau kata kena isyhtihar mufIis? Jadi kau buat la kira – kira kau tu betul – betul. Cuba kira balik, tahun bila kau boleh jadi jutawan dan bebas dari segala hutang dengan cara kau simpan duit sekarang ni.

10 tahun lagi ke? 20 tahun lagi ke? 30 tahun lagi ke? Tanya diri sendiri, lagi 30 tahun tu, masa tu kalau kata kau ada RM 1 juta pun, consider kau jutawan yang kaya atau kayap? – Jijah

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.