
Aku dari awal tak suka adik sebab aku nak adik lelaki. Bila jumpa kawan je aku cakap dia tu anak angkat. Satu hari masa aku tengah kerja, mak call aku cakap adik masuk hospitaI. Masa aku pergi hospitaI, aku terk3jut tengok keadaan dia. Aku nekad hantar emel untuk ambil cuti tanpa gaji..
#Foto sekadar hiasan. Aku rasa terpanggil untuk share kisah adik aku. Peng0rbanan dan jasa dia memang aku tak boleh lupa sampai m4ti. Sejahat mana aku, senakal mana aku adik tetap layan aku baik. Adik aku dilahirkan 31 Ogos 1990.
Sayup – sayup pagi, jam 6.50 pagi mak aku selamat melahirkan seorang anak perempuan. Aku tunggu dengan abah berdebar – debar depan pintu bilik. Bila aku dengar je adik menangis, aku terus rasa teruja. Rasa tak sabar nak tengok.
Rasa bangga sebab aku dah jadi abang besar. Bila mak bidan dah bagi kami masuk, aku pun terus melulu masuk. Bila nampak adik aku perempuan, terus senyuman aku hilang. D4mn! Aku nak adik lelaki. Aku nak ajak adik main basikal, panjat pokok, mandi sungai.
Perempuan? Takkan aku nak ajak dia buat semua tu. Aku terus keluar bilik. Lari pergi sungai. Dekat sungai aku marah – marah salahkan tuhan. Astagfirullah. Hari demi hari, adik m4kin membesar. Aku tak mengaku dia adik aku.
Kalau kawan – kawan aku tanya aku jawab dia adik angkat. Aku tahu adik sedih tapi aku eg0. Setiap kali balik sekolah, aku selalu buIi adik. Adik mesti akan simpan duit belanja sekolah dia paling kurang 20 sen untuk dimasukkan ke dalam tabung tapi aku jahat.
Aku ambil 20 sen duit dia hari – hari singgah kedai beli gula – gula. Adik tak pernah nangis, tak pernah marah. Aku tanya dia kenapa tak menangis. Adik jawab sebab dia suka tengok aku bahagia dapat gula – gula. Fuhh, goyang juga eg0 masa tu.
Masuk sekolah menengah, aku dah berubah sikit. Aku mula rasa tanggungjawab untuk jaga adik aku. Satu hari aku balik sekolah lambat sebab ada kelas tambahan. Adik balik dulu. Selalunya kami balik berempat dengan kawan – kawan tapi hari tu entah macam mana tiba – tiba ada kelas.
Perasaan tak sedap kat hati aku buang jauh – jauh. Berdoa agar adik tak ada apa – apa. Tapi aku silap. Balik je aku ke rumah, tengok adik dah menangis dekat kerusi sambil mak ubatkan Iuka dia. Aku terus naik d4rah. Aku lari pergi dekat adik tanya dia apa yang jadi.
Adik cakap dia kena Ianggar lari dengan kutu rayau kampung. Aku terus naik angin. Aku pergi sergah rumah budak tu sampaikan abah aku turut aku bawak balik. Kena sed4s jugalah budak tu dengan aku. Malam tu aku pergi bilik adik.
Mak suruh hantar makanan. Aku bukak je pintu tengok adik tengah sedu tahan nangis sambil tengok Iuka dia. Aku terus terjah adik dan peIuk dia. Aku cakap janganlah nangis along kan ada. Terus adik aku lagi kuat nangis.
Aku tanya kenapa. Dia jawab dah lama teringin nak panggil along. Fuhh, sebak beb. Malam tu kami jadi rapat. Mak masuk cuci Iuka adik, aku suap dia makan. Abah pulak sibuk bebelkan kutu rayau yang Ianggar adik. Aku tergelak jugalah bila abah kata kalau ikutkan marah dia sudak berdebik – debik budak itu kena.
Eleh abah, tebuan hinggap pun dah jerit sekampung. Haha. Start hari tu aku cuba buang semua eg0 aku. Best rupanya ada adik perempuan. Kalau lapar aku jerit je, kejap lagi sampai maggi yang dah siap masak. Kalau malas basuh baju, longgok je dalam bakul pastu ketuk pintu bilik dia.
Kalau pergi bandar nak acah – acah tak single, buat je sweet dengan adik. Kalau duit tak ada, mintak je dengan adik confirm dapat. Kami m4kin rapat sampai mak aku kata macam dia lahirkan anak kembar tak seiras pulak.
Tapi tu dulu. Tahun 2015, adik didiagnos k4nser tuIang tahap 4. Patutlah adik selalu tak sihat. Aku yang berkerja di perantauan ni dah tak senang duduk bila mak kata adik masuk hospitaI. Kalau kapal terbang tu aku punya, masa tu juga aku balik.
Mak pula tak cakap adik s4kit apa. Bila aku tanya, mak diam. LagiIah aku serba tak kena. Patutlah adik dah lama tak skype dengan aku. Lepas urus cuti dan tiket, lebih kurang 2 minggu lepas tu, aku pun terbang balik. Tak sabar nak jumpa adik.
Sampai je hospitaI, berlari aku nak jumpa adik. Adik, abangmu dah sampai! Bila mata aku pandang adik, terus luluh hati aku. Lemah lutut aku nak langkah jumpa adik. Goyang jiwa aku tahan nangis. Adik! Adik dah kurus!
Adik macam m4yat hidup! Kulit bertemu tuIang. Aku nangis sambil peIuk adik. Adik sambut aku dengan senyuman, meskipun senyuman dia cuma tinggal kulit yang sem4kin bertemu tuIang. Aku belai rambut adik. Aku usap muka adik. Rindu.
Aku ambik keputvsan untuk jaga adik. Petang tu aku emel company untuk ambik cuti tanpa gaji. Walaupun aku tahu aku berkemungkinan hilang kerjaya tapi aku nekad. Aku nak jaga adik. Banyak masa yang aku rugi. Kalaulah dari kecil aku rapat dengan dia.
Mesti sekarang aku tak rasa menyesal sangat. Hari – hari aku teman adik di hospitaI. Makan minum dia semua aku yang suap. Mana yang aku tahu masak, aku masakkan untuk dia. Adik sengih. Gembira dia. Mak kata mak tak pernah tengok adik sengih macam tu sejak dia s4kit.
Rupanya dah lama dorang simpang rahsia adik s4kit dari aku. Kesian adik s4kit seorang. 30/8/2015 jam 11.20 malam, nafas adik terasa sesak. Aku yang tidur sebeIah adik terus bangun tenyeh mata. Mak pun bangun tengok apa yang tak kena dengan adik.
Adik sem4kin parah. Mak suruh aku bawak dia pergi hospitaI. Baru je aku nak ambik kunci kereta, dengar suara adik menghalang. Long, tak payah pergi hospitaI. Adik nak m4ti dekat rumah. Susah payah adik bercakap. Air mata jantan aku mengalir.
Abah ajar adik mengucap. Mak usap rambut adik suruh ingat allah. Aku? Aku nangis peIuk adik. Adik cakap lagi dengan susah payahnya. Long, maafkan adik. Ampunkan salah silap adik. Adik sayang along. Aku dah tak tentu arah menangis.
Aku dukung adik bawak masuk kereta. Tak kira, aku kena selamatkan dia. Adik minta maaf mak dan abah sambil dia dalam dukungan aku. Bukak je pintu kereta baru nak nak letakkan adik, adik dah pejam mata rapat. Ya tuhan, lemah longlai lutut aku.
Aku jatuh ke bumi sambil dukung jasad adik. Adik… Hari ni genap usia adik 31 tahun. Semoga adik sentiasa di bawah rahmat Allah. Kepada semua yang ada adik, hargailah. Sedegil mana pun dia, senakal mana pun. Sabar. Itu adik kita, d4rah daging kita.
Keturunan kita. Kepada adik – adik, kalau kakak dengan abang anda layan anda macam – macam gaya. Terima sajaIah. Esok – esok momen itu yang anda rindukan. Al fatihah Nur Humaira. Along rindu Mai. – Abang yang rindu
Komen Warganet :
Mala Abd Rahman : Allahu, sebak rasa baca kisah ni. Semoga adik nur humairah di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Aku sayang adik beradik aku. Walau bermacam karenah dan ragam. Aku selalu berdoa agar kami adik beradik bersatu hati, saling sefahaman dan tidak saling meny4kiti. Hidup terlalu pendek untuk kita memusvhi dan mencipta musvh.
Faridah Mat Dan : Berderai air mata aku baca.. teringat satu – satunya adik aku.. almarhum Muhammad Radzi bin Mat Dan. Kehilangan berganda – ganda lepas arw4h abah. Sambung pula arw4h anak saud4ra. Allah. Rindunya.
Har Mi : Perkongsian sebegini begitu bermakna berbanding isu cerai berai suami isteri atau self claim depr3ssion. Dalam dunia ni, kalau dibaja dengan kasih sayang sesama insan, semua perkara insyaAllah jadi mudah.
Ada hikmah di sebalik kehilangan. Walaupun sedih tapi percayalah apa yang patut kita buat adalah mendoakan mereka yang telah pergi setiap hari dan sedekahkan bacaan ayat suci dan doakan supaya sampai pahalanya kepada mereka yang telah pergi, insyaAllah
Yusniza Ahmad : Kalau awak hilang adik saya pula hilang abang yang juga meninggaI disebabkan k4nser 26/5/2005. Semoga arw4h saud4ra kita diampunkan d0sa mereka dan di tempatkan di syurga. Rindu yang paling dalam. Alfatihah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.