
Bila aku nak mandi tu, isteri aku sediakan air dalam tub mandi siap ada bunga2 wangi hidup yang segar. Punyalah dijaga aku dengan baik macam raja. Tapi isteri yang dulu aku tergiIa – giIakan sudah aku tak nampak lagi apa yang menarik di mata aku.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Aku seorang bekas suami pada seorang isteri. Tujuan aku luahkan ini semoga dapat dijadikan iktibar untuk suami yang seperti aku supaya tidak terlambat dan menyesal seperti apa yang aku alami sekarang.
Sebelum itu aku ingin memohon maaf atas tulisan atau coretan yang agak berterabur ini sebab aku sendiri pun tengah berserabut, kusut. Begini kisahnya aku berkahwin dengan isteri atas dasar suka sama suka. Agak lama kami berkenalan sebelum aku menyunting dia menjadi isteri yang sah.
Sepanjang kami berkenalan isteri sememangnya menjaga batas – batas pergaulan. Sebab tu jugaklah aku tertarik dengan dia, sesuai dibuat isteri. Selepas bergelar isteri, dia berhenti kerja kerana desakan aku. Aku tidak suka dia bercampur dengan lelaki bila di ofis.
Aku sangat cemburu bila ada lelaki lain yang cuba berhubung dengan isteri walaupun atas dasar kerja. Isteri aku ni boleh kata ada rupa la jugak, tambah lagi dengan lemah lembut mesti akan ada lelaki gatal yang nak cuba – cuba.
Lepas isteri menjadi surirumah, dia menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Segala makan pakai aku dijaga rapi. Bayangkan, kadang – kadang bila aku nak mandi tu, air dalam tub mandi juga disediakan untuk aku bersama bunga – bunga wangi hidup yang segar.
Punyalah dijaga aku dengan baik umpama seorang raja, cuma aku yang tidak nampak ketulusan dia selama ini. Wanita, isteri yang dulu aku tergiIa – giIakan sudah aku tidak nampak lagi apa yang menarik di mata aku. Aku bingung juga kenapa aku boleh berubah sedemikian rupa tapi sudah pasti ada puncanya.
Ya, tak lain dan tak bukan kerana seorang perempuan yang aku baru kenali. Aku kerap menipu isteri bila lewat pulang ke rumah, alasan biasa aku ada kerja, meeting sana sini. Tapi sebenarnya aku berpoya – poya. Malah yang paling teruk aku berani menipu pergi outstation berhari – hari sampai terIanjur bersama teman wanita baru yang sememangnya mengambil kesempatan pada aku.
Aku akui sepanjang berkenalan dengan perempuan itu banyak wang aku dihabiskan untuknya. Untuk pengetahuan korang, aku kerja dalam bidang yang agak stabil dengan gaji yang lumayan. Sebab tu aku suruh isteri aku berhenti kerja sebab aku mampu nak sara dia.
Tapi itulah, bila ada mata wanita lain yang nampak kesenangan aku, mereka pandai menggoda, aku cair. Aku tak salahkan teman wanita aku 100 peratus, kalau aku tak layan semua ni tak akan jadi. Barang kemas sahaja sampai 12 ribu aku bagi.
Untuk isteri aku sendiri pun tidak pernah aku mewahkan dia dengan sebegitu. Yang aku pernah beri hanya rantai tangan yang harganya RM2400 itu pun dia dah senyum sampai ke telinga. Kisahnya aku asyik bersama teman wanita sedangkan teman wanita aku walaupun bertudung litup tapi sebenarnya dia bijak mengambil kesempatan.
Bila dia ingin berjumpa aku dia akan buka tudung kepalanya dan bila turun kereta dia memakai kembali tudungnya itu. Jadi, korang boleh agak la kan perempuan jenis apa macam tu, tak sesuai pun untk nak dibuat bini tapi itulah. Semua ni hasutan sy4itan.
Tapi benarlah kata orang sepandai – pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. isteri aku dapat menangkap perbuatan aku apabila aku yang terlelap sambil pegang hp dan masa tu aku terlupa untuk padam chat conversation kami.
Bila isteri dapat tahu dia menangis semahunya dan memohon aku untuk lepaskan dia. Aku yang kelam kelibut tanpa berfikir dengan baik dan rasa terc4bar eg0 terus ceraikan dia dengan taIak satu waktu itu. Kemudian aku terus keluar tinggalkan isteri.
Akhirnya petang itu aku dapat mesej dari isteri di watsap yang memohon maaf dan halalkan segala makan minum dia selama ini dan dia sudah pun pulang ke pangkuan keluarganya. Beberapa bulan selepas itu kami setelkan masalah kami dan telah sah bercerai. Semua berlaku dengan pantas.
Waktu ini aku masih tak terasa kehilangan isteri kerana aku masih ada teman wanta. Tapi setelah itu aku ditinggalkan oleh perempuan itu kerana kami berg4duh teruk dan teman wanita aku kant0i ada lelaki lain, dia tinggalkan aku terk0ntang kanting.
Sejak itu barulah ingatan aku teringat kembali wanita yang selama ini setia dengan aku. Isteri aku, bekas isteri aku. Aku tak mampu nak patah balik, nak minta maaf sebab aku malu. Aku malu dengan bekas isteri dan juga keluarga aku dan keluarga dia.
Sekarang dah 2 tahun, aku masih tak lupakan bekas isteri aku. Sekarang wanita yang sanggup bersama aku dahulu telah berkahwin dan sudah mempunyai seorang anak. Dan sampai sekarang juga aku masih tidak dapat membukakan pintu hati buat sesiapa, hati aku seakan – akan dikunci. Segala memori lama, kesilapan dulu akan terflashback.
Walaupun emak ingin jodohkan aku dengan orang lain tapi hati ini telah terkunci buat selamanya untuk wanita. Tolong lah macam mana nak pujuk semula isteri aku. Aku tahu aku salah, tapi aku dah menyesal. Memang tak ada ke peluang yang tersisa untuk aku?
Komen Warganet :
Lina Lin : H4ncur hati seorang wanita sukar digambar. Sukar diduga. Kamu lelaki yang durjana. Dh Berkali – kali z1na. Allahu terlalu banyak d0sa besar awak dah buat. Layakkah awak untuk wanita yang baik. Dah diberi peluang kedua tapi awak permainkan. Rasanyer tak akan ada peluang ke 3 untuk lelaki seperti awak. Awak hanya layak untuk wanita per4ngai seperti awak. Ingat hukvm karma. Kifarah tetap ada.
Aiyana Isml : Sebab tu masa ada hargailah sebab anda taktahu walau 20 tahun anda bersama boleh jadi anda bercerai dan berpisah jua. Jadi suami memang kena sentiasa hargai isteri. Sebab kat luar sana, ramai yang nak menyondol isteri anda. Jangan ingat anda saja boleh disondol. Nowadays anything bad can happen.
Ahmad Shafiq : Takda…kau kne faham, kaca kalau dah pecah, takkn sama walaupun dah dicamtumkn semula. Walaupun dia maafkan ko, tapi hati yang ko guris, takkan pernah padam. Itu padah jika orang yang ko sayang itu berubah hati. Biasanya bile bersama semula, tak lama lepas tu cerai lagi.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.