
Mak aku cina, ayah kandung aku india. Lepas kahwin baru mak tahu per4ngai sebenar ayah. Dengan kaki m4buk, kaki pukuI, kaki perempuan pulak lagi. Makcik bawak mak aku lari dalam keadaan tengah mengandung. Masa ni la mak jumpa ayah tiri orang Melayu. Aku panggil dia Abah..
#Foto sekadar hiasan. Salam buat admin dan semua pembaca. Aku Along, anak sulung dari 8 beradik, nak cerita tentang Abah, ayah tiri aku. Aku adalah hasil perkahwinan mak yang pertama. Namun, aku tak pernah kenal siapa ayah kandung aku.
Nama dia pun aku tak tahu. Aku cuma tau dia berbangsa India. Mak aku pulak cina. Tak pernah terlintas kat fikiran aku nak cari ayah kandung sebab pada aku, ayah aku hanya sorang. Ayah tiri aku, Abah. Abah kenal mak masa aku 4 bulan dalam kandungan mak.
Dibiarkan terkontang kanting keseorangan. Abah ambil tanggung jawab, nikah dengan mak selepas 4 bulan aku lahir. Jadinya, aku dibesarkan dalam keluarga abah, melayu. (Mak masuk Islam masa aku 8 bulan dalam kandungan. Bukan sebab nak kahwin dengan abah, tapi sebab dia sendiri jatuh cinta dengan Islam.)
Abah anak ke-5 dari 8 beradik, dibesarkan dalam keluarga susah. Boleh dik4takan juga anak kesayangan arw4h atok. Arw4h atok meninggaI tahun 2016. Arw4h abah pula meninggaI tahun 2017. Sebab kem4tian, major str0ke dibahagian saraf tunjang, punca d4rah tinggi.
Arw4h abah tak makan ubat untuk d4rah tinggi selama hampir 20 tahun. Biasa lah, orang tua, hospitaI ni tempat paling dia tak suka. Lebih – lebih lagi, arw4h abah memang jenis tak suka makan ubat. Pernah sekali tu, dia gastrik, sampai tak boleh nak makan, pedih perut sepanjang hari.
Aku balik kerja malam tu, mak mintak aku pujuk abah sebab dia tak nak ke kIinik. Bukan senang nak pujuk orang lebih tua nak pergi kIinik kan? Jadi, aku belikan gaviscon. Nak tunggu dia makan gaviscon tu, dah macam nak bagi budak umur 4 tahun makan ubat. Haha.
Siap bukakan gaviscon tu, duduk depan dia, tunggu sampai dia habis telan gaviscon tu. Habis je, terus dia cari air nak sulam. Mak memang dah bebel lah masa tu. Aku cakap kat mak, along dah tau kenapa kitaorang adik beradik takut makan ubat.
Turun dari abah la ni! Abah gelak je time tu. Hahaha.. Arw4h abah dan mak berniaga nasi lemak kukus di pasar malam. Memang letih la kan. Dengan kekangan masa yang juga antara sebab kenapa dia tak teruskan rawatan untuk d4rah tinggi dia.
22/8/2017, Hari Selasa. Abah dan mak baru balik dari pasar malam. Aku sempat jumpa mereka di pasar malam tu. Nampak tubuh abah m4kin susut. Terserlah keletihan di wajahnya. Sampai di rumah lebih kurang jam 10.30malam.
Selesai punggah barang, makan dan rehat sekejap, dia masuk tidur lebih kurang jam 12.30 malam. Adik lelaki aku (anak ke-4), sempat berborak dengan abah sebelum dia masuk tidur. Abah nampak letih tapi tak nampak tanda – tanda dia s4kit.
23/8/2017, Hari Rabu, jam 2 pagi, abah mengalami kesukaran untuk bangun ke tandas. Dia mengengsot ke pintu, cuba berpaut pada pintu dan dinding bilik untuk bangun. Mak dan arwa4h abah hanya tidur beralaskan tilam bujang. Tiada katil. Disebabkan pergerakan abah masa tu, mak terjaga.
Matanya yang mengantuk jadi segar bila dia perasan abah sukar untuk bangun. Masa ni mulut dan tangan kiri abah dah mula kena ser4ngan str0ke. Mak terus k3jut adik no.4, bawa abah ke hospital. Abah, seorang yang tak suka menyusahkan orang lain, walaupun anak – anak.
Dia siap mintak kunci kereta, nak drive sendiri ke hospitaI. Tapi, adik halang. Dia terus bawa mak dan abah ke hospitaI. Jam 3 pagi, abah ditidurkan sebab saraf tunjang dalam keadaan bah4ya. Menurut doktor yang merawat, kes abah ni memang takde yang berjaya pulih.
Antara kem4tian dan terlantar seumur hidup. Kami dah redha dan tawakkal. Arw4h atok sebelum meninggaI pun terlantar kat hospitaI setahun sebab str0ke. Kami siap susun jadual dah untuk jaga abah kat hospitaI. 3 hari selepas abah kena ser4ngan, kami dipanggil.
Doktor terangkan yang abah tak boleh dirawat sebab otak dia dah m4ti, dia dah tak mampu bernafas sendiri, hanya gunakan mesin. Doktor pakar minta kami buat keputvsan, sama ada untuk m4tikan mesin atau teruskan.
Kami sebulat suara pilih untuk m4tikan mesin setelah berbincang dan bersoal jawab dengan pakar. Doktor suruh standby, panggil semua ahli keluarga, datang untuk jumpa kali terakhir. Sehari sebelum m4tikan mesin, aku inform semua saud4ra, kenalan dan pelanggan abah. Ramai yang datang. Ramai yang tak sangka sebab abah nampak sihat.
23/8/2017, mesin dim4tikan lebih kurang jam 9.30 pagi. Diiringi selawat dari isteri, adik beradik dan anak – anak, abah menghembuskan nafas terakhir di katil hospitaI, hanya selepas 5 hari dia s4kit. Urusan jen4zah abah sangat mudah.
Rezeki dia, ada lebihan kain kapan, yang diik4t menjadi serban, solat jen4zah 2 kali. Selepas asar, jen4zah abah selamat dikebvmikan, sebaris dengan pusara arw4h atok. Abah pergi genap 1 tahun 1 bulan 20 hari selepas atok pergi.
Abah bukan seorang yang berharta. Tapi, simpanan EPF ada lebih kurang 100k. Lepas tolak semua hutang, fidyah dan semua yang wajib setel, ada lebihan lebih kurang 90k. Bagusnya keluarga abah, walaupun aku bukan d4rah daging abah, dari kecik, aku tak pernah rasa aku orang luar. Sama lah macam masa abah meninggaI.
Urusan jen4zah abah diuruskan abang dia, Pak Lang aku. TahliI pun buat kat rumah Pak Lang. Mak Long siap ajar lagi cara uruskan dokumen abah. Apa nak buat dulu, macam mana nak buat. Kami tak ditinggalkan, sampai sekarang.
Walaupun ada hak ke atas EPF abah, sorang pun adik beradik dia tak berbunyi. 1 sen tak diminta, tak ditanya. Walhal, mereka pun bukan orang senang. Masing – masing hanya cukup makan. Diorang cuma ajar cara dan saluran yang betul untuk buat tuntutan, aku uruskan sendiri.
Tak ditanya langsung berapa baki, berapa diorang akan dapat. Sebaliknya, diorang sedeqahkn bahagian diorang pada kami. Allahu, nikmat apa lagi yang aku mahu dustakan? Dari asal yang tiada arah tuju, Abah amik aku dan mak, bawak masuk family dia.
Ya, memang ada kejadian yang berg4duh, tak puas hati. Biasa lah kan? Tapi, air dicincang takkan putvs. Raya, berkumpul, minta maaf, borak – borak, gelak – gelak, setel! Tak berpanjangan. Aku bersyukur mak ditemukan dengan abah.
Walaupun dia tak mewah harta, tapi dia mewah dengan hati budi. Sampaikan masa dia meninggaI, ada pelanggan yang bagitahu, abah pernah belanja dia makan walaupun tak pernah kenal. Mak aku pun tak tahu cerita ni.
Dah 5 tahun sejak abah meninggaI, kami masih terasa kehilangan. Walaupun abah jauh di mata, Abah tetap dekat di hati kami. Terima kasih sebab jadi Abah yang terbaik untuk kami. Moga kita berjumpa kembali, di negeri abadi. – Along (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Baik, kali ni aku nak cerita tentang usaha Abah untuk ‘tackIe’ parents Mak aku. Mak aku anak ke-8, dari 11 adik beradik. Sama macam family Abah, Mak pun dari keluarga yang susah. Pernah jugak masa aku kecik – kecik dulu, Nenek (mak kepada mak aku) cerita zaman penjajahan Jepun.
Habis Jepun tu amik segala tanaman dan haiwan ternakan Nenek aku. Sampaikan beras pun kene sorok. Sapu bersih! Seram bila teringat. Macam yang korang tau, aku hasil perkahwinan Mak yang pertama. Masa tu, umur Mak lebih kurang 19 tahun.
Kenal ayah kandung aku yang berbangsa India semasa berkerja di kilang, berdekatan rumah Nenek aku. Kenal tak lama, lebih kurang 5 – 6 bulan, diorang amik keputvsan untuk kahwin. Mendiang Atok aku (ayah kepada mak) takde lah cakap apa pun.
Orang kampung dulu – dulu kan memang ramai yang kahwin awal. Lepas kahwin baru lah Mak kenal per4ngai sebenar suami dia. Dengan kaki m4buk, kaki pukuI, kaki perempuan pulak lagi. Nasib lah makcik aku (adik mak yang paling rapat dengan dia) bawak Mak aku lari.
Lepas dapat lari tu lah Mak jumpa dengan arw4h Abah. Abah lah banyak bantu dia masa tu. Dari uruskan penceraian, tempat tinggal yang lebih selesa, sampai lah appointment check up kandungan (aku) kat kIinik. Sepanjang masa perkenalan, Abah banyak nasihatkan Mak, bagi semangat untuk teruskan kehidupan.
Sampai lah Abah sendiri bersuara untuk jaga dia dan aku. Abah cakap, dia nak jaga mak dan aku bukan sebab cinta dan sayang semata – mata. Tapi ikhlas demi Allah. Dari situ lah Mak aku jatuh cinta dengan Islam. Terpesona dengan akhlak dan budi seorang Muslim yang tidak pernah mengambil kesempatan atas kesulitan.
Juga keikhlasan dalam menghulurkan bantuan tanpa meminta baIasan. Bila Mak dah suarakan hasrat untuk kenal dan mendalami Islam, Abah dan arw4h Nenek (mak kepada Abah) carikan seorang ustazah untuk ajar mak asas dalam Islam.
Dari mengaji, Feqah, Tauhid dan yang seangkatan dengannya. Lepas kahwin, Abah la yang ajar dan tempat rujukan Mak. Masa aku 6 – 7 bulan dalam kandungan, demi menjaga akhlak seorang Islam dan adab seorang Melayu, Abah bawak Mak balik ke kampung (rumah keluarga Mak) dengan niat nak berkenalan dengan family Mak, maklumkan hasrat Mak untuk tukar agama dan menyunting Mak.
Abah tak tahu mendiang Atok aku tu singa! Confident je dia pergi berdua dengan Mak! Lepas je Abah suarakan bab tukar agama dan kahwin, mendiang Atok aku kejar dia dengan p4rang! Sampai semput lah diorang lari! Pada parents Mak, bila Mak kahwin dengan Melayu, Mak bukan Cina dah.
Bukan anak diorang dah. Bukan keturunan diorang dah. Yang diorang faham, Mak nak masuk Melayu. Stigma masyarakat masa tu, masih belum memahami duduk perkara yang sebenar. Tapi, Mak kentalkan hati, teruskan apa yang dia dah pilih.
Dengan doa yang tak putvs, dan harapan yang disandarkan sepenuhnya pada Yang Maha Esa, supaya satu hari nanti, parents dia akan faham pilihan hidup Mak. Walaupun dikejar dengan p4rang, itu tak mematahkan semangat Abah untuk ‘tackIe’ parents Mak.
Dengan menunggang vespa lama, satu – satunya harta yang dia ada masa tu, dia tetap bawak Mak balik rumah parents dia setiap dua minggu. Nak tunjuk pada parents Mak, yang walaupun Mak tukar agama, dia tetap d4rah daging dan keturunan Cina.
Pernah sekali, balik dari kampung, Abah dan Mak eksiden. Mak sampai terseret, masuk bawah lori. Allah sebaik – baik penjaga. Alhamdulillah, tiada keced3raan berlaku pada Abah, Mak dan aku yang masih dalam kandungan.
Cuma, kesannya, setiap kali Mak mengandung, dia akan s4kit pinggang dan belakang. Lepas kahwin, Abah masih teruskan rutin bawak Mak balik kampung. Cuma kadang – kadang disebabkan kekangan masa, diorang balik sebulan sekali.
Masa ni, Nenek aku (mak kepada mak) dah boleh terima pilihan Mak. Cuma mendiang Atok je, masih tak bercakap dengan Abah. Dengan kitorang adik beradik, cucu dia, Atok layan macam biasa. Takde lah sampai tak layan, tak bercakap.
Cuma disebabkan bahasa pertuturan yang berlainan je, dia banyak diam. Atok ada kedai runcit. Setiap kali kitorang balik, dia bagi macam – macam jajan. Bukan sikit – sikit. Berbalang, berpaket. Yang besar pulak tu. Sampai lah masa umur aku 18 tahun.
Sebulan sebelum mendiang Atok meninggaI, kami balik kampung. Tiba – tiba mendiang Atok berborak dengan Abah. Terk3jut jugak lah Abah masa tu. Tapi, lega yang amat! Penantian dia selama 18 tahun dah berakhir. Usaha dia selama ni tak sia – sia.
Nampak air muka Abah yang gembira sebab dia rasa mendiang Atok dah dapat terima dia dalam family. Rupanya, masa Atok dah sampai. Tapi, sekurang – kurangnya takde lah Abah ralat kan? Makcik aku, adik perempuan mak aku yang paling rapat dengan dia (yang tolong dia lari tu) dan adik bongsu mak, lelaki pun dah masuk Islam.
Masa ni, Nenek aku dah tak melatah macam masa Mak aku dulu. Diorang dah boleh terima. Hasil usaha Abah yang gigih dan berpanjangan. Lagi satu pasal Abah, dia tak pernah hantar Mak atau cari orang lain untuk jaga lepas bersalin.
Masa aku lahir je lah arw4h Nenek jaga. Sebab, Abah dan Mak belum ada pengalaman. Anak sulung kan. Start adik aku yang ke-2, sampai lah yang ke-6, Abah jaga sendiri. Dari bersihkan uri, tanam uri, masak untuk mak, sediakan air mandi mak, bertungku, ik4t barut yang panjang berjela, pakaikan pilis dan segala macam benda yang berkaitan, dia handle sorang – sorang.
Adik aku yang ke-7, aku yang jaga mak dalam pantang. Yang ke-8, Nenek Cina aku yang jaga atas permintaan Mak. Dia nak rasa mak dia jaga dalam pantang. Jarak adik beradik aku tak jauh. 2 – 3 tahun je. Yang ke-6 dengan yang ke-7 jauh, beza 9 tahun.
Sebab tu pantang yang ke-7, aku jaga. Adik ke-7 dengan ke-8 beza 2 tahun. Beza aku dengan no.7, 19 tahun. Dengan no.8 pulak, 21 tahun. Bila aku bawak yang no.7 dengan no.8 pergi taman permainan, orang ingat anak aku. Ye kan jelah. Hahaha.
Macam mana Abah boleh uruskan anak – anak yang masih kecik, dengan mak yang dalam pantang? Dalam masa yang sama, kerja shift. Tanpa mintak cuti tambahan, tanpa MC, tanpa lewat masuk kerja. Cuti biasanya dia dapat dalam 2 – 3 hari je. Lepas tu kena masuk kerja dah.
Kalau dia kerja pagi, sebelum pergi kerja dia akan pastikan lauk untuk mak dan kitorang dah siap masak. Mak cuma perlu masak nasi je. Dia siapkan Mak dan baby terus. Balik kerja petang tu, baru mandi lagi sekali. Sama lah bila dia kerja petang dan malam.
Dia akan pastikan Mak dan baby setel sebelum pergi kerja. Tanpa gagal! Ni lah antara kualiti Abah yang parents Mak nampak. Yang berjaya melembutkan hati diorang sampai dapat terima kami adik beradik. Selama perkahwinan diorang, Mak dan Abah tak pernah berenggang.
Mana ada Abah, situ lah Mak. Abah dan Mak tak pernah berg4duh depan kami. Semua masalah setel dalam bilik. Bila dah besar ni, kadang – kadang perasan jugak Mak merajuk dengan Abah. Ada sekali tu, tak taulah apa sebabnya, Mak merajuk dengan Abah.
Sampai menyorok kat masjid, tak nak balik. Tapi Abah rileks je. Cool je. Dia pergi kat Mak, dia just cakap, ‘Dah, jom balik, sambung merajuk tu kat rumah’. Bapak sempoi Abah aku kan? Hahaha. Tu je la untuk kali ni. In Shaa Allah, ada rezeki, kita jumpa lagi di episod akan datang. – Along (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Fadhilah Hamil : Along.. seronok baca kisah abah awak. Kalau orang s4kit kan hati, kita kita baIas dengan s4kitkan hati dia balik.. tu biasa. Kalau orang s4kitkan hati kita tapi kita baIas dengan kebaikan. Tu hebat orangnya. Al fatihah untuk abah u.
Nor Issha : Allahuakhbar… Tersentuh hatinya dengan peribadi abah tt. Semoga kita semua juga berada dalam suasana positif.
Zul Abah : Terima kasih untuk cerita seorang abah. Semoga abah TT di tempatkan di kalangan orang – orang yang beriman dan setiap sekecil – kecil kebaikannya dibaIas sebesar – besar rahmat Allah, aamin.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.