
Suami manjakan akak sampai semua benda akak tak tahu. Nak bayar bil, nak bawa kereta semua suami buat. Sehinggalah, bulan 8 tahun lepas, kawan ofis suami call dan beritahu suami kemaIangan teruk. K0ma. 3 minggu.
#Foto sekadar hiasan. Bismillah. Cerita panjang yang bakal akak tulis sat lagi, bukan sekadar cerita. Mohon ada yang ambil pengajaran. Haa, macam seram kan. Tak ada lah. Akak seorang budak kampung, anak sulung dan selama ini tak pernah keluar dari Negeri akak.
Dari lahir sampailah SPM. Bila masuk kolej, akak dapat masuk PJ, di situlah kehidupan akak sebagai manusia. Sebab waktu itu baru akak nampak kehidupan sebenar. Rasa jerih payah nak cari sesuap nasi untuk diri sendiri.
Macam mana nak manage duit. Nak susun waktu makan, nak makan makanan apa. Akak tak pernah duduk hostel masa sekolah. Dan sepanjang akak kat kolej, tak pernah sekali pun pergi bandar KL. Budak kampung kan.
Tak reti menghargai kebebasan (classmate akak kata). Tapi bagi akak masa tu, akak tak perlu hidup kat luar berjimba sana sini. I have everything to do. Nak call Mak abah adik – adik kat kampung. Nak jimat duit KPT bagi.
Lagipun kat kolej, cafe semua best. Kalau bosan, boleh pergi cafe Brother. haa, ingat dah. Paling cikai pun akak pergi pasar malam setiap selasa tu. Itu adalah kebahagiaan akak (keluar dari gate,melepasi Pak Guard) Thats enough for me. Okay, bosan kan.
Result kat kolej okay sebab akak memang kaki study kot. Jadi masuk main kampus. Akak ni tak adalah alim (cth: pakai handsock / tudung bulat) pada waktu tu, tapi akak tak reti nak bercinta ni sebab biasalah perempuan kampung.
Jadi, bila masuk sem kedua di UIA, ada la seorang brother mesej dan bagitahu suka akak. Dengan inn0cent nya akak suruh dia contact Abah akak kat kampung. Complete nama penuh dan alamat rumah akak bagi.
Tapi akak tak rasa apa – apa pun masa tu. Akak buat macam tu atas dasar, akak tak tahu nak buat apa lepas orang confess dan akak tak nak serabut fikir sendiri, jadi biar keluarga akak yang tolong fikirkan. Akak pun study macam biasa.
Brother tu hilang la jugak. But I dont feel anything. Serabut je (akak rasa akak lambat m4tang masa ni tak ada rasa nak kahwin pun). Malah nama brother tu pun akak boleh lupa. Namanya lagi la tak ada dalam memori. Teruknya akak
Balik rumah, akak gelak – gelak je tanya abah pasal brother tu. Abah kata fokus study. So akak study. Result okay je. Dah habis tahun kedua, brother tu contact, kata nak bawa family datang rumah. Oh, okaylah.
Selepas dah jumpa, pertengahan sem ketiga kami kahwin. Senangkan? Agak la. Sebab family mudahkan kot. Tu jadi senang je. Lagipun atas kapasiti student dan duduk jauh dari family. (lagipun akak malas nak cerita bab ni, nanti korang asyik fikir, senang nak kahwin). Hmm.
Kami pindah luar UIA. Suami jenis yang bertanggungjawab sangat. Agama pun okay. Cara dia layan akak, memang superb. Akak ni serba tak tahu, sebab dulu, kalau kat rumah,semuaaaa Abah yang buat. Anak perempuan tolong Mak. So satu benda je yang akak tahu, Masak. The End. haha.
Bila kat rumah, suami buat kerja sambilan, sebab nak tampung bayar rumah dan kereta (2nd hand tapi baru). Dia jadi dropship sana sini. Kadang – kadang bila time exam sekolah, ada yang nak buat tuisyen, akak mengajar la jugak sikit – sikit.
Tu pun budak – budak tu yang datang rumah atau suami akak yang ambik. Akak ni kerja buat assignment, kelas (pergi ngan suami sama – sama), study, exam. Tu je. Hal – hal luar rumah semua suami yang selesaikan, hal – hal dalam rumah, akak setel tapi kalau betulkan pipe bocor ke, mesin basuh rosak ke, lampu terbakar ke, suami jugak.
Akak pernah sekali terfikir, nak masak atau baking lepas tu jual kan. Tapi tak kemana, sebab macam tak ada kesungguhan. Bila abes final sem, akak deliver baby boy, alhamdulillah, suami happy, family happy, akak pun happy.
Kitorang konvo sekali, dan suami dapat kerja kat KL. Gaji best as fresh graduate. Baby kecik lagi time tu, jadi suami akak kata, tak payah kerja. Akak okay je. Nak try buat dropship, tapi fail since akak fb pun tak ada, instagram dan media sosiaI lain pun tak ada.
Give up. Duduk rumah baik – baik didik anak. Sebulan sekali husband bawa pergi library. Weekend akak sepanjang setahun, balik rumah Mertua, rumah Mak Abah, library atau taman. Tu je. Dan akak bahagia.
Masa tu, akak rasa, kahwin ni adalah perkara yang paling best (over kan) jadi dalam hidup akak. Suami soleh, anak comel, rumah better, kewangan stabil, simpanan ada. paling penting, solat akak terjaga, akak kenal lebih dengan Islam sebab suami akak. Rasa sempurna nya hidup. Sempurna!
Akak happy sangat, sebab seorang gadis kampung ni, dapat segala – galanya. Bersyukur sangat. Tapi, Allah nak sedarkan akak. Suruh bangun dari mimpi yang panjang ni. Bulan 8 tahun lepas, kawan ofis suami call dan beritahu suami kemaIangan teruk. K0ma.
3 minggu. Doa dari kami sekeluarga tak pernah putvs. Akak sangat yakin yang suami akak akan sedar dari k0ma, dan hidup kami akan berlangsung seperti biasa. Doa pada Allah memang tak pernah berhenti. Yakin bahawa Allah nak uji akak sikit je ni.
Akak mula belajar drive kereta pergi hospitaI (sebab tak nak susahkan Mak Abah mentua). Akak da ada lesen, tapi tak pernah drive lepas dapat lesen. Dan petang tu, nafas terakhir beliau ketika tangan arw4h dalam genggaman akak. Gelap. Hitam. Akak tak nampak apa – apa.
Anak nangis tengok akak macam tu. Akak kaku kat situ jugak. Dr dan nurse tolong call family in laws dan family akak. Akak tak tahu nak buat apa – apa hampir seminggu. Akak tak pernah masukkan kemungkinan kehilangan suami dalam kira – kira kehidupan akak. Tak pernah. Akak blurr sangat.
Masa tu rasa nak m4ti sekali. Rasa hidup tak bererti. Allahu. Anak akak la penguat akak. Baby baru 14 bulan time tu. Akak tahu kenapa ujian ni Allah beri kat akak. Banyak benda akak belajar. Akak belajar macam mana nak bayar bill kereta, rumah, elektrik (mostly online banking je).
Akak belajar drive semula. Akak belajar untuk berjumpa dengan orang, akak belajar untuk jaga anak sensorang (anak 1 tahun 7 bulan). Akak belajar untuk cari Allah. Akak belajar, macam mana untuk dekat dengan Allah tanpa sesiapa.
Akak belajar untuk mujahadah jaga solat. Dan akak belajar untuk REDHA. Sungguh, banyak yang akak belajar. Sepanjang akak tulis ni, bukan untuk meraih simpati. Tapi akak nak berkongsi pengalaman.
Akak nak share ibrah / pengajaran dari hidup akak. Akak tahu ramai punya masalah, yang mungkin lebih teruk pada akak. Adik – adik. Hidup ini sementara. Segala yang ada disekeIiling jua hanya pinjaman dri Allah.
Sampai masa Dia akan ambil. Jangan jadi macam akak yang dulu. Hidup terlalu berg4ntung pada orang lain selama ni. Walaupun akak berg4ntung pada yang halal, family dan suami. Akak tahu Allah nak tegur akak.
Allah tegur dalam cara yang paling tak disangka. Allah tegur direct pada akak sebabb akak seakan – akan ri4k padaNya (merasa kesempurnaan hidup). Walaupun ujian ni sangat perit. Pahit. Akak kena teruskan hidup.
Akak tahu Allah tak bagi ujian sia – sia. Sedangkan ‘nikmat’ itu adalah ujian yang paling perlu dirisaukan. (Nangis Jap). Adik – adik yang tergedik – gedik (maaf, kasar sikit) nak kahwin tu. Lupakan dulu niat tu. Hargai masa muda anda.
Explore the world (mengikut syariah), don’t be like the old me. Dan pastikan hidup anda tidak berg4ntung semata – mata pada manusia. Tapi letakkan perg4ntungan pada Allah. Kerna hakik4t hidup ini, ada dua.
Satu untuk kita beribadah pada Allah. Dan satu lagi sebagai khalifah dlm memakmurkan bumi Allah. Berbakti pada diri sendiri dan Islam nescaya Allah akan mudahkan kalian dalam urusan yang lain.
Untuk adik – adik yang betul – betul dah ready, selamat men3mpuhi bahtera perkahwinan dengan rahmah, barakah, mawaddah dan sakinah yang Allah pinjamkam. Hargai sementara Allah masih beri. M4ti itu pasti, Hidup inshaAllah – Ramli Awang Mursyid. Mohon Doa agar Iman dalam diri kita sentiasa dipelihara. Regards, Akak
Komen Warganet :
Memory Save Here : Seakan – akan peringatan awal untuk aku yang selalu berg4ntung. Terlalu dimanjakan sampai macam susah nak berdikari bila ada dia. Memang terasa seluruh dunia ni kita yang punya bila terlalu dimanjakan, nak apa je dapat.
Thanks kak share kisah ni. Buat diri ni nak jadi lebih berdikari. Takut sangat Allah renggut sekali gus segala – galanya dalam keadaan diri ni terlalu berg4ntung pada anugerah yang terindah.
Nurul Huda : Akak, saya pernah cemburu tengok kawan yang kahwin awal, boleh berg4ntung, bermanja dekat husband. Dan saya terp4ksa berdikari sorang – sorang. Saya pernah fikir kahwin tu macam fairy tale, jumpa putera raja, kahwin dan bahagia sampai bila – bila.
Masa tu mula – mula masuk universiti, innocent lagi. Tapi pengalaman buat saya berubah. Akhirnya saya jadi hero untuk diri sendiri.
Fadzhil Yahya : Aduh.. Tak dapat stop dari berkaca mata aku dengan post ni.. Post – post macam ni sangat – sangat diperIukan. Memberi inspirasi dan penuh dengan pengajaran.
Semoga adik ni trus tabah mengh4rungi hidup dan istiqamah dalam usaha beliau. Takziah juga bagi arw4h suami, semoga ditempatkn di kalangan orang yang beriman.
Shikin Ilyas : Selalu fikir, kesiannya anak – anak kat syira yang hilang mak, hilang ayah, negara kucar kacir tu. Tapi bila difikir – fikir balik sebenarnya mereka lah yang paling untung. Sejak kecil lagi mereka dah mendapat asuhan Allah.
Mereka dididik yang sebaik – baik tempat berg4ntung hanya Dia. Bukan manusia, bukan kerajaan, bukan PBB, bukan negara Islam lain. Hanya Allah semata – mata. Bandingkan dengan kita, selagi tak betul – betul terhimpit, selagi tu tangan masih berat untuk diangkat pada Dia.
Kita masih lagi berg4ntung pada manusia, pada harta benda, atau pada diri sendiri dengan anggapan ‘aku kuat, aku boleh handle semua ni sendiri’. Sampai satu masa akhirnya baru kita sedar siapa itu as Samad. Bimbang jika waktu sedar tu, kita dah berada 6 kaki di bawah tanah sana.. Mmmm
Muzhaffar Bin Mohamad : Sebab tu la sesetengah suami ni sengaja bagi sedikit tanggungjawab kepada isterinya.. Macam saya, walaupun hari – hari wife pergi kerja dengan saya walaupun saya tengah cuti, ada jugak suruh dia drive sendiri walaupun 8 bulan sekali.
Supaya dia still ada skill yang diperIukan bila saya dah tak ada atau bila ada kec3masan. Walaupun mungkin dia rasa terbeban, tapi ada hikmah di sebaliknya.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih!
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.