Adik2 ipar buat tak tahu je dekat anak aku. Bila anak aku menjerit menangis, mereka panik. Aku puas hati

Dari awal lagi keluarga mertua beria nak jaga anak aku tapi sekarang dorang buat tak peduli je dekat Emir. Main seminit dua lepas tu lari. Hari ni masa aku nak tidurkan Emir, tiba – tiba Emir menjerit sekuat hati. Semua orang panik. Kecuali aku. Aku rasa amat puas hati bila anak menjerit..

#Foto sekadar hiasan.. Aku Mona, mempunyai seorang anak lelaki berusia 3 bulan, namanya Emir. Sejak awal mengandung, mertua aku beriya – iya untuk jagakan Emir bila aku bekerja. Aku berasa lega. Lagipun katanya adik – adik suami aku juga akan membantu menjaga Emir ketika aku bekerja.

Jadi, kuranglah aku rasa seperti membebankan mertua ku. Kalau ikutkan, mahu sahaja aku hantar ke taska kerana sudah semestinya tugas pengasuh untuk menjaga anak aku. Dipendekkan cerita, PKP 2.0 dilaksanakan dan aku dapat tugasan untuk kerja dari rumah.

Bermulalah aku berendam air mata memikirkan per4ngai keluarga mertua. Memang Emir dikasihi oleh semua, tapi bila petang, aku perasan Emir dip4ksa tidur oleh ibu mertua aku sampai menjerit – jerit. Bayangkan, baru sahaja 15 minit bangun tidur, sudah dip4ksa tidur kembali. Kenapa?

Kerana seluruh keluarga mertua aku (kecuali suami) mahu tidur. Pelik bukan kenapa seluruh ahli keluarga mahu tidur ketika itu? Rupanya, mereka semua jenis tidak tidur malam, dan hanya tidur selepas zohor. Mahu tak mahu, terp4ksa aku tinggalkan kerja sebentar – sebentar untuk melayan Emir.

Aku kasihan dengan Emir, kerana aku tahu dia suka bermain pada waktu petang. Tidur petang mereka bukan sekadar sejam dua. Ini tidur seperti tidur malam. Jikalau ada adik beradik yang tidak tidur siang, mereka sibuk dengan hal masing – masing, kecuali dipanggil untuk menolong.

Memanglah aku tidak harapkan mereka, tapi tidakkah mereka kesian dengan ibu mereka? Aku cuba sedaya upaya untuk ambil alih menjaga Emir ketika aku rehat dan tepat pukuI 6, kadang – kadang lebih awal, aku terus ambil Emir untuk dijaga.

Selalu aku minta maaf pada Emir, yang mama terp4ksa bekerja. Mama tak dapat jaga Emir sepenuhnya ketika mama bekerja. Aku kasihan dengan ibu mertua aku, tidur petangnya selalu terganggu, buatkan dia nampak amat penat dan mula menjadi marah – marah.

Tapi pada masa yang sama, aku geram dengan cara tidur mereka semua. Perancangan untuk menjaga Emir bukan berlaku tiba – tiba, malah sudah di ‘booking’ Emir untuk dijaga sejak dia berusia 3 bulan dalam kandungan.

Bagi aku, jika sudah tahu akan menjaga seorang bayi pada waktu siang, kenapa tidak mahu usahakan tidur pada waktu malam? Akibat tidak tidur malam, pastinya siang akan mengantuk. Hari ini, aku menangis lagi. Aku seorang sahaja yang bekerja di rumah, adik beradik yang lain, serta suami aku bercuti.

Aku syak ibu mertua aku tidak tidur pada malam tadi dan dia sedang berpuasa. Ketika dia menghampar tilam, aku sudah mula gusar. Ditakdirkan yang Emir meragam, ibu mertua sedaya upaya memujuk Emir tidur walaupun sangat letih.

Menangis – nangis Emir mahu dilayan namun ibu mertuaku terlalu mengantuk dan penat. Adik beradik lain ada menjenguk, namun sekejap sahaja, tiada pertolongan diberikan. Sekadar bermain seminit dua dengan Emir, lalu sambung bermain game.

Terp4ksa aku sekali lagi mengambil alih menjaga Emir. Jam baru 2.30pm. Aku tidurkan dia, dan letak di buai supaya aku boleh sambung kerja. Sepanjang aku tidurkan dia, aku menangis. Aku rasa semua orang dalam rumah ini hopeless.

Ibu mertua yang kepenatan akibat tidak tidur malam, adik beradik tak mahu membantu ibu. Aku terp4ksa bahagikan antara kerja dan menjaga anak. Aku penat. Str3ss. Tiba – tiba Emir menjerit sekuat hati. Semua orang panik.

Kecuali aku. Entah, aku rasa amat puas hati bila Emir menjerit sebegitu, semua orang bergegas mengambil Emir dan melayannya. Sebelum ini, bila Emir menangis biasa – biasa, tiada siapa peduli. Sekali dia menjerit sekuat hati, nah, dapat aku buat kerja dengan tenang.

PKP dah tamat, bila – bila masa aku akan kembali bekerja di pejabat. Jujur aku risau, bagaimana Emir nanti? Siapa akan melayan dia jika aku berada di pejabat ataupun akan dip4ksa tidur juga? Andai hari – hari dip4ksa tidur petang seperti mereka, aku risau perkara tersebut akan berlarutan sehingga tidak tidur malam.

Aku pendam dulu daripada suami, kerana tidak tahu bagaimana cara yang paling sesuai untuk beritahu tentang keluarganya itu tanpa konflik. Buntu. – Mona (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Asiahani Saari : Entahlah tapi aku memang pelik dengan per4ngai perempuan yang ada anak tapi harap orang lain jaga. Tu anak kau kan. Lepas semua orang janji manis tapi hasilnya tak macam yang kau expect. Apesal tak decide hantar daycare terus.

Lagi satu pesal tak marah laki kau, buat anak pandai, tapi jaga anak taknak. Pergi marah laki sebelum marah orang lain. Memang pelik sebenarnya yang buat anak korang dua tapi salahkan orang lain. Orang nak bantu jaga tu patut bersyukur sangat.

Ke kau bayar 10k sebulan dekat mak mertua kau sampai kau rasa kau boleh ubah orang ikut cara kau. Sorry lah kasar tapi pasal benda ni selalu sangat jadi. Next ada anak no 2 jaga sendiri je dik. Akak ni taknak susahkan sape – sape dari pantang taknak mil ke, mak sendiri ke jaga.

Biar g4duh dengan laki. Janji dua – dua tahu ambik tanggungjawab bila ada anak. Ni rumahtangga kita, bukan orang lain. Kalau kau tak berg4duh dengan laki kau. Memang kau berg4duh dengan orang lain lah.

Ratu Sulaman : Keluarga mentua belum hadap situasi jaga baby (masa kau ngandung) memanglah mereka beriya. Aku syak cucu first ni kan, memang auto akan sayang lebih. Once anak tu dah keluar, habis segala rutin depa berubah memanglah jadi lain.

Kau pun pehal macam bendul pintu pun ye. Dah nampak keadaan kan, so bincanglah kata nak bagi hantar daycare ke, babysitter ke. Cakap la baik – baik jangan sampai depa terasa. Kau pun boleh nampak mak tu dah mula penat kan so tu boleh jadi point kau.

Jangan tunggu sampai anak yang ditatang tu jadi kejemuan kat semua dalam rumah tu baru kau nak bertindak. Anak kau baru 3 bulan ni, gi hantar daycare sana. Aku nak tanya lagi, laki kau pandai buat anak je ke camne? Dia bercuti kan?

So dialah jaga anak korang patutnya kak oi. Kau work from home memang betul – betul nak fokus kerja semata memang parahlah. Sampai taknak cara sikit ke anak tu baik kau hantar je kat orang lain jaga anak kau. Berbayar.

Haa kerjalah kau dengan tenang. Kau boleh pulak rasa puas hati bila anak jerit camtu baru dapat perhatian semua. Kau pehal kak?? Dah mula nampak jadi selfish pulak sabit anak. Udah – udah la kau pun nak str3ss aku m4ti – m4ti ingat anak umur berapa. Baru 3 bulan dan baru sorang. Adoilah kau pun.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.