
Walaupun aku sibuk jaga anak – anak 0KU, aku tetap jaga keperluan suami. Sebab tu aku yakin suami tak akan curang. Satu pagi suami tidur dalam bilik anak, aku campak HP dekat suami yang sedang tidur. Aku nangis sampai anak syurga aku tanya kenapa. Masa ni aku rasa dah duduk tepi pintu ner4ka..
#Foto sekadar hiasan. Aku seorang ibu dan mempunyai anak – anak 0ku. Terpanggil untuk bercerita tentang kecurangan suami dan kebenaran yang disimpan. Bukan untuk buka aib kami tapi mungkin akan jadi pengajaran juga panduan untuk pasangan masing – masing.
Perkahwinan kami dah nak masuk 30 tahun. Dulu aku bekerja tapi bila masuk anak ke 5 aku berhenti. Salah satu sebab aku ada anak 0KU. Hidup aku walaupun dah berhenti kerja sangat sibuk, rasanya masa kerja dulu pun aku tak la sesibuk sekarang.
Kejadian curang ni berlaku pada tahun 2012 (9 tahun lepas) masa tu aku banyak tumpukan pada anak – anak 0ku aku. Hantar ke sekolah, tunggu sampai habis waktu sekolah. Habis waktu di jalanan sebab anak – anak aku sekolah lain – lain.
Kecuali yang normal, sekolah berdekatan dengan rumah. Aku dah dapat rasa macam ada benda yang tak kena. Betul apa yang orang cakap seorang isteri ni dia ada sixth sense. Deria ke 6. Tapi aku menafikan sebab pada aku dia tak akan curang sebab aku jaga semua makan minum dia, segala keperluan dia walaupun aku sibuk dengan anak – anak syurga dan juga ada sebab-sebab tertentu yang aku anggap dia tidak akan curang.
Tapi sebenarnya itu bukan alasan untuk seorang lelaki untuk berlaku curang. Aku dulu masa anak d4ra boleh dikategori kan hot dan menjadi igauan setiap lelaki. Ni bukan aku yang cakap, mereka – mereka yang pernah berkawan yang bagitahu.
Aku bukan jenis mengadap muka 24 jam, jaga badan 36 jam atau berangan nak badan muka macam supermodel. Pada aku bila umur dah meningkat ni ubah la arah kehidupan kita lebih ke arah keagaman dan lebih utamakan anak syurga dari hal – hal duniawi.
Seawal selepas subuh aku dah berada di jalanan ibarat bus sekolah tapi bawak anak sendiri saja kut. Balik kadang – kadang tengahari kalau tak ada aktiviti petang. Sebab aku sentiasa berada di sekolah maka aku aktif dengan NGO tapi hanya pada waktu sekolah sahaja.
Hari lain aku memang sentiasa di rumah. Berbalik pada hal suami aku kant0i curang. Sebulan sebelum kant0i adik ipar aku dah bagitahu hint. Tapi aku anggap lawak sebab aku cakap kalau nak sangat kahwin lain biar dia ambil anak – anak lelaki dan aku ambil anak perempuan. P0tong jari dia berani buat. Itu kata aku. Nampak sombong kan.
Dua minggu sabelum terb0ngkar, anak aku buat hal ponteng sekolah bawa motor sampai Ianggar kereta parking tepi. Dia ni pendiam je, paling ketara dia suka tenung aku, ibunya tapi aku tidak ambil pusing sebab dia memang anak paling manja dan normal.
Ingat lagi pada hari Jumaat 5/4/2012 sebelum subuh terb0ngkar kecurangan suami aku. Seperti biasa pukuI 5 pagi aku dah k3jut anak – anak aku bangun untuk siap ke sekolah. Sejak 2 – 3 menjak aku perasan suami aku balik sangat lambat kadang – kadang pukuI 3 pagi sampai rumah paling awal pukuI 12 dia cakap cari duit lebih buat MLM.
Dia kena cari customer, aku ok aja sebab tahu macam mana ketatnya kewangan kami sekeluarga. Jadi aku anggap betul la dan dia beritahu siapa dia pergi dengan siapa. Aku gelarkan dia S janda anak 2 agaknya. Dia biasa – biasa saja tapi businesswomen banyak berurusan dengan tempat kerja suami aku.
Balik pada hal tadi. Lepas aku k3jut anak – anak bangun aku terpandang telefon suami aku sedang dicharge. Dia dah pindah dari bilik anak ke bilik kami sambung tidur, tergerak aku nak belek telefon dia sebab memang dia tak lock telefon (kalau lock lagi aku syak kan).
Lagi satu dia beli telefon baru katanya semua group MLM dia tu pakai telefon yang sama. Aku ok saja. Belek – belek punya belek tengok whatsapp… BOOM. Ayat bunga – bunga, rindu sayang semua cukup. Masa tu rasa macam langit nak runtvh tapi aku tak baca semua pun aku baca sikit, bukan apa kalau aku baca semua dah jadi arw4h kut.
Aku… bukan dia. AKU. Masa tu aku menangis sampai terduduk dan tak boleh bernafas tapi aku cool balik bila anak syurga aku tanya kenapa. Aku hilang akal ambil HP tu aku baIing pada suami aku masa tu dia tidur aku tanya dia ni apa..
Dia hilang kata – kata. Aku haIau dia keluar bilik sebab aku jijik tengok dia pada aku dia la manusia paling b4ngang, b0doh, jah4nam! Aku nak bersiap hantar anak – anak ke sekolah. Dan sebelum aku keluar aku bagitahu kata dua, yang aku akan ke pejabat dia nak jumpa perempuan tu. Kononnya.
Tapi alhamdullilah sepanjang aku memandu aku tak biarkan em0si menguasai hati aku. Sebab anak aku sekolah jauh pegi balik 2 jam. Selesai tugas, aku pegi kawasan pejabat dia, aku tengok motor tak ada. Rupanya dia minta cuti kec3masan dari boss dia.
Haaa.. Takut la tu sebab dia salah waktu k3jutkan harimau yang selama ni tidur. Balik rumah, aku haIau dia keluar. Aku cakap aku nak munt4h tengok muka dia. Berkali – kali aku haIau dia. Dia cakap kalau dia keluar dia nak pegi mana…
Eehhh tahu pula tak ada tempat nak bertenggek, selama ni balik sampai subuh banyak pula tempat bertenggek. Esok nya aku keluar rumah bawak beg. Kononnya nak lari. Acah saja pun. Anak – anak tak henti call aku tapi aku tak angkat pun.
Bila suami aku call, aku jawab. Dia suruh aku balik, dia cakap kalau tak suka dia ada dekat rumah dia akan keluar dan buat pertama kalinya aku m4ki dia. Aku cakap. “Kau siaI. Suara kau pun aku jijik nak dengar.” Nampak.
Aku dah duduk tepi pintu ner4ka masa ni. Aku hilang ingatan. Sejak dari tu hidup aku tunggang langgang. Bila hantar anak syurga ke sekolah, aku temenung dan menangis. Aku tidur, bangun pun menangis tapi aku tak h4nyut.
Atas nasihat seorang cikgu yang aku anggap macam kakak, dia suruh aku buat solat sunat, buat la banyak kali sampai hati tenang. Ya aku buat. Bila dah tenang baru aku mula berfikir tindakkan apa yang aku boleh ambil tapi dalam masa tu aku tak la setenang mana sebab Allah uji aku bila suami aku salah hantar whatsapp dan panggil aku ‘sayang.’ GiIer.
Selama hidup berdua tak pernah sekali panggil aku sayang. Rupanya dia hantar pada kekasih hati dia. Ada satu ketika dia cerita mengadu kata perempuantu tak layan dia tak telefon dia. Haha. Kelakar kan! Aku pula konon nak jadi kawan tolong tapi akhirnya aku yang makan hati.
Hari – hari hidup aku tunggang langgang sampai aku ditahan di hospitaI sebab d4rah tinggi naik mencanak. Masuk em3rgency terus, red zone. Aku kuat masa tu aku Iawan semua sampai aku sendiri drive ke hospitaI serah diri.
Sampai hospitaI, masak aku kena marah dengan doktor sebab drive sendiri sepatutnya aku kena panggil ambulan sebab bacaan d4rah aku 200/180. Dan terus naik tapi memang masa tu aku rasa biar la apa nak jadi jadi la. Malas nak fikir.
10 hari dalam ward macam – macam jadi. Kononnya nak teman aku tidur di hospitaI tapi bila dari bilik orang pertama dia call, perempuan tu! Bila tanya atas alasan perempuan tu s4kit, patut la ada sekali dia tak datang dia hantar mak mentua aku saja.
Rupanya teman kekasih hati dekat em3rgency. Aku gelak kan saja. B0dohnya aku ni. Bila aku tanya, dia cakap kesian sebab perempuan tu tak ada sesiapa yang nak teman. B4ngangnya jantan ni sebab aku dalam ward ni isteri dia yang sah.
Boleh dia cakap kesian pada perempuan tu, dia tak masuk ward pun sebab ada tak apa yang serius. Lagipun dah 10 tahun menjanda ok saja. Hidup aku memang kelakar. Aku tahu pun bila dah keluar dari hospitaI, tu pun sebab mak mentua aku terlepas cakap.
Jangan salah sangka, mak mentua aku dan adik beradik dia memang tak suka hal yang abang dia buat. Mak mentua aku sorok sebab tak nak aku jadi m4kin teruk. 10 hari dekat ward tu pun aku minta keluar bukan sebab risau kena bayar mahal, company laki aku yang bayar tapi aku nak keluar sebab kesian dekat anak – anak aku, mereka tak sekolah.
Walaupun macam – macam yang jadi, aku tetap terus kan kehidupan aku tapi tak la selancar mana. Aku marah sangat bila satu hari laki aku ajak aku keluar sarapan, perempuan lahanat tu boleh tanya nak pegi makan dekat mana?
Dengan siapa? Haaaa… aku pernah whatsapp perempuan ni tanya kenapa dia kacau suami aku. Dan aku cakap dia tak tahu malu ke tak ada maru4h diri ke yang sibuk nak kacau rumahtangga aku. Jawapan yang dia beri. “U pergi tanya suami u kenapa dia buat macam tu. Jangan pandai nak mengata orang.”
Aku tanya suami aku. Dia cerita apa dengan perempuan tu. Suami aku cakap. Dia tak pernah cerita apa – apa pada perempuan tu. Eeemmmm macam ada yang tak kena tapi aku buat b0do tapi dalam masa yang sama aku selidik m4kin lama suami aku banyak jauhkan diri dengan perempan tu sebab aku banyak buat hal contoh.
Aku hantar beg isi baju dia dekat office. Dia kena soal dengan boss dia. Macam – macam lagi tapi aku banyak main dengan em0si sebab aku tahu mana kedudukan aku selama ni. Selama aku berurusan hal persekolahan anak aku, suami aku tak pernah masuk campur dalan erti kata lain tak pernah amik port.
Sampai tak tahu sekolah anak, gara – gara sibuk kejar perempuan dan sibuk bercinta. Masa aku s4kit, aku minta dia hantar anak aku sekolah. Hari pertama dia hantar sesat sampai sekolah habis 1 mata pelajaran. Tapi sebab dia 0KU, dia diberi kelonggaran.
Bila ambil seorang lagi anak 0KU aku di sekolah, cikgu dia nak jumpa sebab anak aku ni aut1sme jadi tak minat belajar, tak suka buat homework. Cikgu pun bagitahu la tau masalah anak aku. Aku tahu dah benda ni sebab aku yang hadap anak – anak 24jam.
Tapi jawapan yang suami aku bagitahu, amat memaIukan aku. Dia cakap dia tak tahu apa – apa. Kalau nak cakap, cakap dengan mak dia. Sedihnya aku. Aku rasa dia punya curang tu tak teruk tapi bila dia tak bertanggungjawab tu lagi buat aku sedih.
Masa ni aku tak peduli dah aku hanya ikut angin saja. Follow the flow. Sebenarnya aku perempuan yang berdikari. Selama aku mengandungkan anak – anak aku, sekali saja kut dia ikut aku pegi check up. Itu pun sebab doktor nak jumpa.
Tapi sepanjang menunggu macam – macam benda aku kena hadap dia punya per4ngai, mulut pun cakap lepas je. Memang aku tak tahan sebab tu aku lebih senang buat semua sendiri. Ya aku terIampau berdikari sampai aku s4kit demam pun dia tak tahu kalau tak doktor sendiri yang call bagitahu tau.
Tapi lebih baik aku aja yang tahu sebab kalau bagitahu dia pun, setakat dengar je la. Tak jadi hal. Janji aku bernyawa. Aku tak down, aku tak str3ss tapi aku sedih sebab aku hidup untuk menyenangkan orang lain walaupun orang tu membuatkan hidup aku susah.
Aku rasa, aku dah kena ubah prinsip aku ni. Biar orang buat kita jangan kita buat orang. Ini la natijah nya. Selama dia berhubung dengan perempuan tu aku dah tak aggr3sive nak bertindak sebab aku serah segalanya pada Allah.
Aku cuma cakap 1 saja pada suami aku, kalau dia nak perempuan tu, kahwinlah tapi aku tak akan masuk campur. Tinggalkan aku tapi dia tak setuju. Pada aku, aku dah tak kisah, kalau kau nak pergi, pergi. Ada atau tak ada aku masih boleh hidup.
Sebab selama ni aku hidup sendiri dengan anak – anak saja pun sampai ada yang ingat aku janda. Sebab tak pernah kenal siapa suami aku. Aku gelak saja la. Nak kata apa kan, aku tahu dia akan bertanggungjawab untuk anak – anak dia. Tentang aku, jangan risau.
Aku kaya dengan rezeki Allah bagi aku. Aku tak pernah harap nafkah dari dia yang dia bagi macam biskut. Kejap ada kejap tak ada. Tapi pelik masa bercinta dulu duit ada aja. Terus terang aku cakap aku hidup untuk anak – anak aku bukan untuk dia.
Hati aku dah jadi sekeras batu, kasih sayang dah tak ada yang ada hanya tanggungjawab. Dia cakap dia kahwin dengan aku hanya kerana apa yang berlaku masa kami berkawan. Bila aku tanya dia menyesal ke kahwin dengan aku. Tiada jawapan dari dia. Ya pun tidak. Tidak pun tidak.
Jadi aku anggap dia menyesal kahwin dengan aku. Pada aku dia tidak sepatutnya berbeIah bagi kerana aku dan dia kahwin dah lama, anak pun dah ramai. Kenapa perlu menidakkan kebenaran. Aku anggap itu la ujian yang Allah beri, sebab Allah sayang aku.
Aku redha. Suami aku pun sekarang tak macam dulu. Dia sedang s4kit. Allah bagi s4kit sebab dia sayang. Dalam erti kata lain s4kit pengh4pus d0sa. Tapi aku tetap macam ni aku hanya menjalankan tanggungjawab. Kasih sayang cinta dekat suami dah hilang.
Sebab hanya aku yang rasa yang tahu betapa s4kitnya bila sekian lama bersama dia menidakkan aku. Banyak benda yang aku tak cerita di sini. Kisah dia dan kekasih hatinya. Apa pengakuan dia tentang perempuan tu. Tiada di luar batasan, tapi aku tetap begini.
Moral of the story : Jangan letak harapan terlalu tinggi jangan beri sepenuh kepercayaan kita pada mereka sebab bila ada kekhilafan dalam hubungan kita yang akan rasa s4kit. S4kit yang tak boleh diceritakan. Hanya yang pernah lalui sahaja yang dapat rasa betapa terIuka remuknya betapa Iuka bila di curangi.
Cerita ingatan akan datang berulang ulang tanpa henti. Ibarat tayangan gambar walaupun setelah 9 tahun berlalu. Itu la kisah curang dan kebenaran. Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan kecam. Sebab ini adalah aku. Bukan bercerita untuk mencari salah siapa. Aku tetap aku.– E (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Norizan Mamat : Salam. Confessor ada anak 5 orang. Dua orang 0KU. Mulanya kerja, kemudian berhenti sebab anak yang 0KU. Suami mula buat hal tahun 2012 (dah 9 tahun berlalu), tapi confessor tetap tak boleh lupa s4kitnya rasa tu.
Masih kekal dalam perkahwinan yang sama, tidak bermadu tetapi, hati dah m4ti tanpa rasa, yang tinggal hanya mungkin benci dan tanggung jawab. Tidak mampu buat apa – apa dengan keadaan tu sebab sebab suami sejenis sukar berubah, eg0, minta tolong sikit, merungutnya banyak, last – last confessor terp4ksa buat semuanya sendiri dan suami boleh relex tak ada kerja banyak (hanya cari duit dan buat MLM kononnya).
Itu la intipati yang makcik sendiri buat kesimpulan. Tapi yang paling makcik marah adalah sejenis lelaki tak pandai panggil sayang kat isteri, kat kekasih gelap, pandai pulak. Kalau makcik? Makcik tak tunggu, mungkin sebab makcik tak diuji anak 0KU dan hidup berg4ntung pada suami.
Gitulah yer.. Iktibar dari kisah ini, jangan berdikari sangat sampai suami banyak masa free. Sesekali, check hp suami. Semoga confessor terus tabah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.