
Abang saya merupakan seorang guru tahfiz tertarik dengan penampilan Siti yang berpurdah dan lemah lembut. Kami meminangnya di rumah keluarga angkat dan dia cakap nak kahwin nanti kena pakai wali hakim. Satu hari ada seorang leaki mesej abang di FB..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin, saya harap sangat cerita ni disiarkan kerana saya memerIukan pendapat bernas anda semua. Baru – baru ni abang saya (saya panggil Farid) telah ditipu oleh seorang perempuan berpurdah.
Perempuan tu telah melarikan duit abang saya sebanyak RM 3K dan terus melarikan diri beberapa hari sebelum mereka bernikah. Sebelum saya mula cerita lebih panjang biar saya intro dulu. Abang saya telah kenal dan berkenan dengan perempuan berpurdah ni (orang Borneo) masa raya tahun lepas.
Perempuan ni merupakan kawan kepada kakak saya. Dia datang beraya di rumah saya dengan alasan bahawa dia tiada keluarga di sini. Tapi rupanya perempuan tu, saya namakan dia Siti, ada abang kandung di Semenanjung dan dia beritahu kami yang abang dia tidak pedulikan dia.
Lama kelamaan kami dapat tahu betina tu menipu abangnya mengatakan dia bekerja di hari raya padahal dia beraya di rumah kami. Abang saya merupakan seorang guru tahfiz tertarik dengan penampilan Siti yang berpurdah dan lemah lembut.
Ibu saya juga suka padanya yang berlakon rajin. Abang saya berkenan memperisterikan Siti dan ibu pun setuju. Tapi tak berapa lama lepas tu abang saya terima mesej di FB menyuruh dia berhati – hati dengan Siti kerana Siti ni merupakan perempuan licik.
Siti beraya dengan kami selepas dia memperdaya seorang lelaki dan meninggaIkan lelaki itu sehari sebelum tarikh pertunangan mereka. Lelaki yang mesej abang saya itu mengaku bahawa dirinya adalah Hakim, abang sulung Siti.
Abang saya kemudian menyatakan hasrat berkenan dengan Siti dan Hakim berkata jika kamu benar serius, datanglah meminang Siti di Borneo. Abang hanya mengiyakan dan terus block lelaki itu atas nasihat perempuan yang bernama Siti.
Dipendekkan cerita, bercinta punya bercinta abang saya telah meminang Siti di rumah keluarga angkat Siti di Negeri Terang Bulan. Siti meyakinkan kami bahawa keluarganya maklum tentang pertunangan dia dan abang. Kami yang b0doh terus menerima bulat – bulat tanpa menghubungi seorang pun family kandung Siti.
Kami menetapkan tarikh kahwin minggu lepas dan di sinilah mimpi buruk kami bermula apabila Siti telah melarikan diri bersama duit RM3000 milik abang. Kad kahwin sudah diedar. Siti beritahu bahawa dia akan berwali hakim kerana ayahnya pasti tidak setuju dengan pernikahan mereka.
Namun akhirnya kami bergelap mata apabila Siti terus menghilangkan diri. Masa ni barulah kami mula mencari keluarga kandung Siti. Kami sedar bahawa kami b0doh terus percaya pada Siti, bertunang tanpa keluarganya (sedangkan dia ada abang kandung di sini) dan menetapkan tarikh serta mengedarkan kad kahwin kerana kami percaya Siti akan menggunakan wali hakim (bapa kandungnya masih hidup di Borneo).
Kami mula mencari keluarga kandung Siti untuk menuntut kembali duit yang dia bawa lari. Masa inilah satu demi satu kebenaran terbongkar. Rupanya Siti ni telah lama tidak menghubungi keluarga dan memburukkan nama keluarganya di seantero dunia.
Siti juga sering dilihat bermesra dengan lelaki lain dan bertukar lelaki oleh rakan – rakan kolejnya, sampai tahap tanggal purdah dan check in hotel. Ada juga saksi mendakwa pernah lihat Siti bercivm di taman KLCC. Nauzubillah.
Sekarang Siti sedang melarikan diri dan menulis panjang lebar pada kami bahawa keluarganya pasti men3ntang sekiranya dia berkahwin, sebab itulah dia lari. Sedangkan penjelasan yang kami dapat adalah keluarga Siti tiada masalah menerima abang sekiranya abang menghubungi mereka.
Kini nasi telah menjadi bubur dan saya sebagai adik kandung, memohon pendapat dan cadangan bagaimana untuk dapat kembali duit kami serta amaran kepada mana – mana lelaki kalau jumpa ular atau Siti, bvnvh Siti dulu sebelum dia peras duit kamu habis – habisan dengan memburukkan keluarganya sendiri. Kepada Siti aku doakan semoga kau bahagia memakan duit orang dan teruskan menipu di balik purdah atas nama agamamu. – JNH
Komen Warganet :
Keet Salleh : Tapi kan dik, kau cakap abang guru tahfiz ye tadi? Takkan simply je on nikah wali hakim sedangkan wali Siti masih hidup, walaupun dia cakap family men3ntang ke apa ke.. Takda ambil apa – apa inisiatif lansung macam pergi jumpa family Siti dan cuba pujuk (sebab dalam kes ni Siti burukkan family dia dengan macam – macam auta kan).
Sedangkan anak – anak yang terpisah dengan ayah (wali) dorang yang taktau mana duduk pun kena usaha cari dulu wali tersebut sebelum boleh dapat kebenaran berwali hakim. Hakak cuma rasa ralat je sebab, ingatkan guru tahfiz tentulah seorang yang lebih faham agama dan lebih faham letak duduk situasi yang melibatkan hukvm agama semua ni.
Pastu, tunang tanpa family Siti, pastu takda call cakap sendiri dengan family dia untuk keputvsan besar macam bertunang dan kahwin ni. Hakak cannot brain sikit la. Sorry to say, nampak kurang adabnya kat situ. Nampak meringankan hal penting, lagi – lagi dari seorang guru tahfiz, kalau Siti tu lelaki lain lah sikit.
Dah tu ahli keluarga yang lain pun takde ke yang tegur pasal nih. Dah diberi peringatan melalui mesej oleh abang kandung Siti, tapi abaikan. Sepatutnya itulah peluang untuk kenal hati budi Siti dan family tapi yelah, cinta itukan buta, dan membutakan.
Kita yang sekadar bercakap ni tentulah tak sama kan rasanya dengan yang melalui sendiri pengalaman ni. Lagi satu, dah kenapa lepas kena tipu baru beria nak cari family S tu untuk tuntut balik duit ganti rugi tu. Masa nak bertunang dan tetapkn tarikh nikah elok pulak boleh abaikan kewujudan family Siti ni kan.
Hatta, telefon untuk minta izin pun tak. Kompius betul. Lain sungguh cara guru tahfiz ni handle perkara ni. Bagi hakak la kan, 3K tu kecil je nilainya untuk pengajaran berguna ni untuk abang awak khususnya dan untuk semua ahli keluarga yang lain amnya. Mujur jelah tak terkahwin. Biar hilang 3k dari mer4na 30tahun.
Anne Is : Anggap sedeqah je la atas nikmat perkara ni dah terbongkar sebelum kahwin. Itu nikmat besar tu kena syukur banyak – banyak tak jadi kahwin dengan si ular tu. Petang tadi driving dengar radio ikim ustazah baca kisah seorang lelaki yang nak bersedeqah.
Mula tersalah sedeqah pada pencuri. Sedeqah lagi. Tengok – tengok tersedeqah pada penz1na (ni maybe boleh masuk gang si ular?). Menung lagi lelaki ni. Sedeqah juga lagi. Later he found out dah terbagi sedeqah pada orang kaya!
Dia pun berfikir – fikir dapat ke aku pahala sedeqah ni. Lalu diberitahu, pahalanya tetap ada. Mudahan sedeqah pada pencuri itu boleh menginsafkan dia supaya tak mencuri lagi. Pada penz1na juga moga diberi keinsafan dari melakukan z1na.
Pada orang kaya. Moga boleh menggalakkan si kaya untuk bersedeqah. So lets consider sedeqah pada pompuan tu mudahan dia insaf dan tak melakukan perbuatan yang keji ni lagi. 3k je kalau 30k baru cari ke lubang cacing pun, mungkin dia orang susah.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.