
Satu hari abah nak bawak opah pergi berubat, opah tak nak, depan abah dia cakap tak nak naik kereta abah sebab kereta abah buruk. Aku pernah dengar abah g4duh dengan opah, dan satu ayat yang aku ingat sampai bila – bila. “Aku ni anak angkat ke mak?”
#Foto sekadar hiasan. Hai, Aku nak share pasal abah aku. Harap – harap ada yang sudi baca. Abah aku adalah manusia yang dibenci tanpa sebab. Masa aku kecil, aku tinggal dengan opah, petang baru abah akan ambil aku bawak balik rumah.
Masa dekat rumah opah tu lah aku selalu dimom0kkan oleh opah bahawa abah adalah anak dia yang tak bagus, malas dan dia tak suka. Bayangkanlah, dari umur tujuh tahun hingga 12 tahun, ada je yang opah mom0kkan tentang abah.
Tak pernah ada cerita yang baik – baik tentang abah yang keluar dari mulut opah. Tipulah kalau usia kanak – kanak aku tidak terpengaruh dengan kata – kata opah. Tapi, aku kembali berpihak pada abah bila aku jumpa surat yang pernah abah kirimkan pada opah masa abah kerja jauh dari kampung.
Surat tu, abang aku yang secara tak sengaja jumpa bawah tikar getah rumah opah. Tahap benci kepada abah, bukan sahaja bernoktah pada opah. Tapi virus tu merebak sampai ke adik beradik abah, pernah juga membawa kepada mak – mak saud4ra abah yang tinggal berjiran dengan rumah opah.
Pernah suatu masa masa aku kecil, abah bertek4k dengan opah, abah tanya opah.. “Aku ni anak angkat ke mak?” Ayat tu aku ingat sampai bila – bila. Pada opah, abah adalah anak yang dia tak suka. Abah tak ada rumah sendiri, abah tak ada kereta cantik, abah tak kerja bagus, tak kaya macam adik beradik dia.
Pernah suatu ketika, abah nak bawak opah pergi berubat, opah tak nak, depan abah dia cakap tak nak naik kereta abah sebab kereta abah buruk. Dia nak tunggu anak dia yang lain sebab nak naik kereta cantik.
Abah aku belajar tak tinggi. Abah berhenti sekolah sebab nak bantu adik – adik dan keluarganya. Walaupun tak habis sekolah, abah bijak. Abah pandai berbahasa inggeris. Matem4tik abah terbaik. Macam mana aku tahu?
Abah pernah kerja buat wiring telefon rumah orang putih masa beliau muda. Lepas tu, abah boleh buat pengiraan tanpa guna kalkulator. Abah ada hasil tangan yang sangat sempurna. Macam mana aku tahu? Semuanya sebab abah kerja buat rumah orang.
Abah pernah siapkan sebuah rumah dengan tulang empat keratnya. Abah bukanlah kontraktor yang ada kelas – kelas tu, abah aku cuma kerja tukang kampung. Tapi hasil kerja abah sangat terbaik sebab abah pernah kerja dengan kontraktor bangsa lain.
Walau abah kerja dekat mana pun, abah tak pernah lupakan opah, kalau abah duduk jauh, abah akan kirimkan duit untuk opah. Bila abah duduk kampung, abah akan hantar beras, keperluan dapur dan duit untuk opah.
Lepas aku lahir, abah bawa diri ke negeri mak, semua tu sebab abah diani4ya oleh kakak sendiri. Katanya buka syarik4t sama – sama, kemudian abah disuruh kerja macam – macam, sedangkan keluarga kakak abah menghabiskan semua hasil keuntungan syarik4t tu.
Kerana s4kit hati, abah akhirnya bawa kami sekeluarga bina hidup baru di negeri mak. Macam – macam kerja abah buat, walaupun tak mewah, kami sekeluarga tak pernah putvs makanan, abah mampu bina sebuah rumah tempat tinggal kami di kampung mak, jauh sangat beza macam abah kerja dengan kakak abah.
Lima tahun selepas tu, arw4h atok minta abah balik, atok nak abah duduk dekat kampung, tak nak abah merantau lagi. Disebabkan atok, abah balik juga ke kampung. Tinggal semua kehidupan dan rumah di negeri mak.
Di kampung abah, abah bina semula kehidupan untuk kami. Abah sewa rumah buruk, abah tak nak mak duduk rumah opah, sebab opah tak suka mak. Mak bukan menantu pilihan. Pada opah, dia nak menantu se-negeri je kot.
Sedangkan tanah asal mak nun di seberang laut china selatan sana. Bila atok dah tak ada, dan abah dah tinggal dekat kampung, aku membesar dengan melihat kebencian orang keliling kepada abah. Ada je salah abah yang tiba – tiba muncul.
Boleh dikira berapa kali opah sindir – sindir abah, kutuk – kutuk abah pada orang keliling, kadang – kadang abah senyap, kadang – kadang abah menjawab, tapi yang selalu aku tengok, abah akan duduk termenung, lepas tu mata abah basah.
Tipulah kalau abah tak sedihkan? Sepuluh tahun lepas, abah kena s4kit jantung. Aku syak, abah kena s4kit tu sebab abah selalu pend4m perasaan abah. Bila abah sedih, abah selalu termenung. Abah tak pernah suarakan perasaan abah, abah lagi suka senyap.
Lepas abah dah s4kit, abah dah jarang ambil tahu tentang orang lain. Orang burukkan, abah senyap. Adik beradik tak pernah datang jenguk, abah senyap. Lagi sedih, hari raya pun adik beradik abah tak datang tengok abah, abah boleh buat cool je.
Sesungguhnya, melihatkan kebencian yang diIontarkan kepada abah membuatkan aku terfikir sejauh mana virus benci dari opah tu telah membvnvh pertalian adik beradik abah. Di mata aku, abah adalah lelaki yang terbaik.
Abah adalah lelaki yang akan meletakkan keluarganya sebagai keutamaan yang pertama. Abah menjaga keluarga kecil kami dengan penuh kasih sayang, tak pernah satu hari pun kami tidak menjamah nasi. Tak pernah satu hari pun kami tidak merasai kasih sayang abah.
Sampaikan, aku menjadikan abah sebagai penanda aras untuk mencari suami. Dua bulan lepas, abah diser4ng str0k, lima hari abah di hospitaI. Tapi.. sepanjang lima hari itu hanya ada kami, anak – anak abah dan mak di hospitaI bersama abah.
Hari jumaat malam, di tangan aku, dalam peIukan aku, disaksikan mak dan abang, abah pergi dengan tenang. Jumaat tu adalah malam terakhir aku jaga abah. Aku di sisi abah, membisikkan kalimah Agung itu sehingga ke akhir nafas abah.
Benda yang paling aku takut saat pemergian abah adalah kebencian arw4h opah. Tak putvs – putvs aku berdoa semoga Allah permudahkan perjalanan abah. Aku takut sebab aku dimom0kkan dengan cerita – cerita tanah kubvr dekat tv tu.
Aku takut kalau betul abah memang seteruk seperti yang arw4h opah selalu katakan. Allah Maha Besar. Semuanya dipermudahkan. Urusan abah dipermudahkan. Abah pergi pada pukuI 11.30 malam, selepas semua tiub dicabut, aku adalah orang terakhir yang mencivm wajah abah.
Masa tu abah wangi, nampak tenang, nampak abah macam tidur tapi badan abah sejuk. Urusan keluar wad abah pun dimudahkan. Aku dan suami yang mengiringi jen4zah abah dari wad hinggalah ke forensik (rumah m4yat).
Di f0rensik, Abah dimandi, dik4fankan dan disembahyangkan oleh seorang ustaz, dibantu oleh abang dan suami aku. Hanya tiga orang sahaja yang menguruskan jen4zah abah. Ya Tuhan, ustaz tu sendiri pun cakap badan abah bersih.
Aku yang tengok muka abah masa tu pun rasa tenang sebab tengok abah macam tidur. Selesai semua urusan, aku dan mak mengiringi abah dalam van jen4zah untuk di bawa pulang ke kampung. Hampir azan subuh, kami tiba di rumah.
Gelap. Hanya keluarga kecil abah je ada masa tu. PukuI 7.30 pagi sanak saud4ra dan orang – orang kampung sudah mulai memenuhi rumah. Masing – masing tak sangka abah dah pergi. Tak pernah aku sangka, tetamu yang hadir ketika hari terakhir abah terlalu ramai.
Yang sama – sama solatkan jen4zah abah pun penuh satu rumah. Abah pergi dengan tenang. Urusan abah semua dipermudahkan. PukuI 10.30 pagi abah dah selamat dikebvmikan. Aku percaya, pemergian abah menunjukkan budi pekerti abah semasa hayat abah.
Malah, Dari urusan mengkafankan hinggakan ke Iiang Iahad, semuanya lebih dan dipermudahkan. Alhamdulillah, sepanjang hayat abah, abah sempat sediakan sebuah rumah untuk kami berteduh dan dua buah kereta yang masih elok untuk digunakan.
Abah yang aku kenal, Sepanjang hayatnya, abah selalu memudahkan urusan orang. Walau hati abah terIuka, abah masih mampu memberi nasihat dalam senyuman. Abah seorang anak, suami dan ayah yang baik. Yang paling penting, abah tak pernah bercerita pasal keburukan orang lain.
Sikit pun tak akan terkeluar dari mulut abah. Bila orang datang bercerita dekat abah, abah cuma akan jadi pendengar. Malah, abah sendiri tak suka aku bercerita benda – benda buruk pasal orang lain. Pesanan aku untuk korang yang membaca, jika korang ada anak, jangan sekali beza – bezakan anak korang, walaupun dia nakaI, per4ngai buruk, jangan membenci, tapi salurkan kasih-sayang pada mereka.
Jangan meIaga – Iagakan, korang suka ke tengok adik beradik berg4duh? bermasam-muka. Tolonglah jangan bi4s. Kadang – kadang kita tak tahu amalan mana yang membawa kita ke arah kebaikan. Kalau korang ada adik beradik, jangan membenci sesama korang, ziarahlah adik beradik korang, janganlah ment4ng – ment4ng dia susah, miskin, korang ketepikan dia.
Kalau masih ada lagi mak ayah, datuk nenek yang suka membeza – bezakan anak diorang, korang nasihatkanlah. Bermula dari kebencian macam ni lah sesebuah silaturahim itu terputvs. Ini bukan kisah novel. Ini kisah abah aku.
Dan kisah ni adalah kisah benar. Korang tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk abah aku, boleh? Hari ni hari lahir abah aku. Hari penting aku tak dapat sambut dengan abah. Memang rasa lain sangat. Assallammualaikum. – Adik
Komen Warganet :
Ct Zuriah Yahaya : P3ritnya bila mana – mana tempat ko pergi asyik terbayang arw4h. Beberapa hari lagi genap 3 bulan arw4h abah tak ada. Tadi call mak sebab dah terIampau rindu arw4h abah hari ni tapi tak tahu nak luah macam mana.
Tapi hati mak kan, tipu camna pun mesti dia tahu. Last – last menangis la anak beranak dekat hp. Selalunya dah beli baju untuk arw4h abah. Akak anak perempuan tunggal. Sampai umur 32 tahun ni pon abah masih suap makan. Masa arw4h pergi muka tersenyum bersih je. Allah tak tahu nak cakap rindu sangat kat arw4h malam ni.
Mamat Pdof : Yup, memang macam tu lah per4ngai orang lelaki, lebih – lebih lagi kalau bergeIar bapa. Payah nak lihat air mata dia, tapi kalau sekali dia menangis memang tak disangka. Kalau terasa hati pun memang dia akan pend4m, lebih – lebih lagi di depan anak.
Diam bukan bermaksud dia dayus tapi dia sedang mencuba untuk bersabar. Ibu atau ayah, keduanya ada kelebihan dan kekurangan, kelebihan mereka satu rezeki dan kekurangan mereka merupakan teladan bagi kita. Jadi terpulang atas seorang anak itu untuk menilai mana yang perlu dicontohi atau tidak.
Radin Arishah : Alfatihah untuk arw4h abah confessor. Semoga rohnya tenang di sana. Biarpun dibenci ibu sendiri dan adik beradik sendiri, abah beruntung punya anak – anak dan isteri yang menyejuk hati sebagaimana adik beruntung mempunyai abah yang begitu tenang orangnya.
Cerita begini lah membuat acik tak percaya pada kata – kata ibu mana yang tak sayang anak sebab ramai ibu di luar sana seperti nenek confessor yang pilih kasih. Minta dijauhi per4ngai begini.
Siti Rahmah : Akak membesar dengan dijaga oleh mak and only mak, nafkah seingat saya 3 kali je . Ayah membesarkan adik beradik lain dan kami jarang berjumpa. Setahun sekali je atau kadang – kadang. Hubungan kami tak sama seperti adik beradik lain.
Jadi, jangan nak suruh jenguk menjenguk. Ini bukan dend4m. Tapi kalau dah macam orang asing, buat apa nak hip0krit. Tak ada perasaan orang kata, apakan lagi connection. Akak pernah nak berbaik – baik dan bermanis muka. Tapi rasa plastic sangat. And I love to be myself. Jujur.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.