
PukuI 11 malam abah terp4ksa kayuh basikal beli makanan sebab dah tak tahan lapar. Abah marah dekat abang sebab guna kereta lama sampai dorang berg4duh. Abah ambik pis4u baling dekat abang tapi tak kena. Masa abah masuk rumah, dia nampak penat dan jatuh. Abang balik lepas 2 hari..
#Foto sekadar hiasan. Aku merupakan anak bongsu dari empat beradik. Mama dan abah jenis yang sangat supportive. Diorang sokong je apa apa yang anak – anak diorang nak buat. Tapi abah aku terIampau manjakan anak lelakinya.
Sekarang semua dah besar panjang. Anak lelaki dah berumur 28 tahun tapi masih minta duit dari ibu bapa. Kereta cuma ada satu. Itupun untuk kegunaan keluarga. Tapi yang si anak lelaki gunakan untuk angkut kawan kawannya pergi melepak sampaikan ahli keluarga yang lain nak guna untuk pergi bekerja pun tak boleh.
Sampaikan aku sendiri perlu pergi dan balik kerja guna grab. Ayah dan mak aku nak keluar pun susah. Pernah sekali, ayah aku lapar, stock makanan di rumah kehabisan. Kereta tiada digunanya. Ayah aku sampai sanggup kayuh basikal pukuI 11 malam untuk keluar beli makanan dalam keadaan kelaparan.
Dah berbuih mulut mak dan ayah aku nasihatkannya. Dimarah, ditengkingnya mak dan ayah aku. Bila aku cuba masuk campur, keadaan cuma m4kin p4rah kerana dia akan meng4muk. Ayah aku ada masalah jantung tersumbat.
Ayah admit ward, dia langsung tak jenguk. Malah masih minta wang dari mak aku, padahal wang kena guna untuk tujuan perubatan ayah aku. Sampailah ayah aku discharge dari hospitaI, Dr sarankan untuk pergi buat echo di swasta, tapi ayah aku taknak sebab dia tahu duit tak ada.
Jadi abah sanggup tunggu appointment hospitaI kerajaan walaupun lambat. Satu hari, aku tiada di rumah kerana bekerja, kakak aku keluar untuk delivery bunga. Ayah aku di rumah berg4duh dengan anak lelakinya kerana dia minta nak guna kereta.
Berg4duh sampai tahap abah dah tak tahan. Mama aku tengah solat. Ayah aku pergi ambil pis4u dan kejar anak lelaki dia. Dia marah sangat sampai dia baIing pis4u tu tapi tak mengena. Anak lelaki dia pergi macam tu ja. Abah masuk rumah, dia cakap pada mama, dia nak tunggu anak lelaki dia balik, dia nak tengok siapa m4ti dulu.
Mama terk3jut sangat. Mama suruh abah bertenang, bawa dia pergi tengok kebun di belakang rumah. Abah nampak penat, dia bangun pergi duduk di kerusi depan rumah. Mama pergi buat makanan, tiba – tiba abah jatuh dari kerusi.
Pengsan, tiada nafas. Nasib ada jiran datang buat cpr. Aku dapat panggiIan dari kakak, aku tunggu di hospitaI. Masa abah tiba, abah masih tak sedar. Doktor cuba selamatkan abah. Cpr, electric shock, inotrope semua mereka dah bagi.
Abah cuma boleh bertahan selama dua hari. Tanpa sedar. Tapi air mata abah mengalir. Ramai ahli keluarga, kawan – kawan abah datang. Aku tahu abah orang yang sangat baik dengan semua orang. Semua orang terk3jut. Ada yang kata baru jumpa abah kemarin, dia tersenyum, gelak tawa.
Tapi nyawa abah tak panjang. Aku terk3jut dengan permergian abah, sehari sebelum birthday aku. Rupanya abah dah siap tempahkan kek birthday aku. Dia dah siap cakap dengan mak aku, nak suruh aku beli kereta. Abah cakap dengan kakak aku, nak bawa aku pergi makan – makan bila aku cuti. Tapi semuanya tak kesampaian.
Abah, adik minta maaf adik tak sempat bagi gaji pertama adik kat abah. Adik tak banyak luangkan masa dengan abah sejak adik bekerja. Tiap kali balik rumah adik tak bercakap, tak tegur, tak tanya abah dah makan ke belum, abah sihat ke tak. Adik minta maaf.
Anak lelaki dia balik. Tak tahu betul – betul menyesal atau tak. Sekarang dah lebih 40 hari pemergian abah, anak lelaki masih meminta duit dari mama. Sampai mama menangis tak tahan kerana bila mama tak bagi duit, dia meng4muk, tengking mama lagi. Sehari dekat seribu habis.
Mama kata duit tu mama nak simpan buat upah haji untuk arw4h abah. Betapa aku terkilan bila mama menangis kerana rasa dia tak mampu nak simpan duit untuk upah haji arw4h abah. Ya Allah, sampai bila nak macam ni.
Aku kesiankan abah kerana pergi dengan keadaan macam tu. Padahal sebelum tu wajah abah masih ceria walaupun dia menahan kes4kitan. Aku kesiankan mama kerana terp4ksa tanggung semua ni selepas abah dah takda.
Aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan. Aku nak bawa mama keluar dari rumah ni. Jauh dari anak lelaki dia. Tapi mama tak mahu tinggalkan rumah ni. Ni rumah kenangan dengan abah. Ya Allah kau tolonglah aku ya Allah. – Anonymous (Bukan nama sebenar)
Komen Pembaca :
Tajul Afif : Dik, kita tak boleh ubah sesiapa pun dalam dunia nih. Yang boleh berubah cuma diri sendiri. Dalam kes ini, ibu awak kena bertegas dan bersifat k3jam yang kena pada tempatnya. Daripada cerita adik, kelihatannya keluarga awak cuma ada seorang anak lelaki.
Berikan abang awak suatu tempoh untuk dia berubah. Selepas tempoh tersebut filekan faraid untuk pembahagian harta arw4h. Kemudian bawa ibu dan kakak – kakak awak tinggal bersama. Biarkan abang awak dengan kehidupannya jika dia memilih untuk kekal sebegitu.
Cukup sekadar melaksaakan kewajipan ke atas abang awak dengan semata – mata menjaga silaturahim. Tidak lebih dari itu. Kalau abang awak tak nak berubah, maka kalianlah yang harus berubah demi kebahagiaan hidup kalian. Sekian.
Rohani Yah Mat Ali : Jenis penagih kalau nak duit sampai ke lubang cacing dia akan cari. Cara terbaik report polis dan minta hantar ke pusat pemulihan d4dah sebelum terlambat. Sebelum mak or family yang lain jadi m4ngsa. Bila tak dapat duit dan dah tahap high dia akan buat apa saja untuk kelangsungan melepas gian.
Sarah Roslan : Kadang – kadang ada jenis tak hisap d4dah atau jvdi. Tapi ada jenis yang suka perabih duit. Bawa kereta kena ada minyak, angkut kawan – kawan dia belanja kawan – kawan atau ada awek, nak perabih menunjuk kat awek.
Macam anak orang berduit. Aku pernah jumpa sampah masyarakat macam ni. Nanti tergedik nak menikah pulak, lepas tu nak claim rumah pusaka yang mak awak duduk tu. Tengoklah. Kem4tian ayah pun dia tak terkesan.
Confessor, awak ada duit jangan satu sen pun bagi abang awak, awak jaga mak je. Belikan barang dapur sebagainya. Kalau abang awak ugvt mak sebagainya, buat report polis. Awak kena cari ilmu / orang – orang yang sepatutnya untuk awak dan mak hadapi apa – apa kemungkinan dari abang awak dimasa hadapan.
Semoga Allah beri petunjuk dan perlindungan untuk awak dan mak. Be strong and stand up for what is right! Abang confessor tu, tak sempat minta maaf dengan ayah. Kifarah ada untuk dia. Tunggulah. Gerammm baca.
Mawar Nur : Kadang – kadang lelaki bila jadi ayah. Dia menatang anak lelaki bagai minyak yang penuh. Mengharapkan bila hari tua. Anak lelaki itulah yang akan menatang dia bagai minyak yang penuh. Tapi dia lupa, sikapnya itu menanam harapan pada anak, supaya nak terus dia ditatang hingga ke akhir hayat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.