
Aku jual emas yang aku ada, aku belikan kereta buruk untuk suami supaya mudah dia nak buat kerja. Tapi maIangnya dia tak gunakan dengan baik. Habis rosak tersadai. Aku beli pula motor baru untuk mudah hantar anak sekolah. Dia guna juga sampai rosak..
#Foto sekadar hiasan. Kisah aku agak berbeza dengan yang selalu ada. Aku bahagia dulu, kemudian baru derita. Diawal perkahwinan sehingga anak kedua, apa sahaja yang aku nak semua dapat. Boleh dik4takan suami aku orang yang rajin dan pendapatan pun masuk setiap hari.
Walaupun dia kerja kampung saja tapi dia rajin usaha. Bahagia jangan cakap la. Tak Happy sangat. Dari masuk rumah sewa kosong tak ada apa sampai la lengkap serba serbi. Tapi d3rita itu datang apabila aku mengandungkan anak yang ke-3.
Perubahan sikap suami aku mend4dak sangat. Dia jatuh susah, kereta Hilux nya kene tarik sebab tak bayar, kerja pun dah tak menentu. Pendapatan yang selalu mencukupi dah kurang. Aku sabar je terima dugaan tu. Aku anggap semua tu ujian kecil buat kami.
Aku cuba untuk meringankan beban suami aku. Aku meniaga goreng pisang tepi jalan. Aku pikul tong gas sorang – sorang naik atas motor, pergi tukar gas kosong. Suami aku sikit pun tak membantu, malah jenguk gerai goreng pisang aku pun tak.
TAK apa lah, aku malas nak ganggu dia. Yang aku tau, aku happy dapat duit berniaga tu hari – hari. Tapi penat jangan cakap la sebab ke hulu ke hilir dengan urusan anak lagi, semuanya seorang diri. Semua aku uruskan. Suami aku?
Tengok saja. Kadang – kadang dia keluar lepak dengan kawan. Aku tahu dia str3ss dengan kehilangan harta yang dia sayang tu. Kenderaan yang buat dia cari makan selama ini. Tapi tu salah dia juga sebab tak pernah dengar nasihat aku untuk bayar bulanan.
Tak apa lah yang tu. Aku abaikan. Aku nekad nak bantu ringankan beban dia. Aku tak nak dia hari – hari murung asyik memikirkan kerja apa nak buat. Hari demi hari semua kerja aku buat. Suami aku m4kin lama m4kin terjebak.
Bergaul dengan kawan yang tak ada masa depan, melepak, minum ketum dan paling aku marah sekali bila dia mula mencuri. Curi getah dan sawit. Patut la selalu bawa duit beli barang dapur. Bila tanya tak nak bagitahu. Tapi Allah itu adil.
Dia tunjuk dekat aku yang suami aku buat kerja salah. Dah puas aku nasihat supaya berhenti dari buat kerja salah tu. Nak bela anak – anak perIukan rezeki yang halal dan berkat. MaIangnya sikit pun dia tak endah kan nasihat aku.
M4kin lama m4kin liar. Mula bergaul dengan orang yang ambil barang. Sedih, hanya Allah yang tahu. Sentiasa ada saja peluang nak menipu aku. Tapi aku tak marah. Tak guna nak marah memekik. Yang aku tahu aku sentiasa berdoa.
Andai dia buat salah belakang aku. Tunjukkan.. Memang Allah tu Maha Penyayang. Sekali doa aku, mesti Allah buktikan pada aku. Aku masih bersabar. Kerana sayangkan dia, aku mula bekerja biasa di pasaraya. Niat masih sama, nak ringan kan beban suami.
8 tahun aku sara barang dapur. Keperluan sekolah anak tiap – tiap tahun, yuran, malah persiapan raya pun aku juga yang perlengkapan dari atas sampai bawah. Anak – anak aku seronok sebab ibu beli baju raya, kasut baru, baju baru.
Tapi anak – anak tak tahu betapa penat aku bekerja mencari rezeki. Suami aku tak pernah minta duit aku. Tapi sikapnya sem4kin lama, m4kin malas. Dah biasa agaknya bila isteri menanggung semua. Ibarat aku ni ketua keluarga dah.
Anak lagi aku pikul. Pagi buta pukuI 5 aku dah bangun siap masak, siap anak nak ke sekolah. PukuI 7 hantar anak. Terus pergi ke pekan pula untuk cari rezeki tambahan ambil upah meniaga ikan. Dapat la upah RM25 sehari. Seronok sebab dapat beli barang dapur hari – hari.
Tapi sedih bukan kepalang bila suami sendiri dah jadi macan biawak hidup. Semua benda nak kene sara. Gigihnya aku mencari rezeki untuk menyara anak dan suami. Harapan aku suami akan berubah bila melihat kesungguhan aku nak bantu dia.
Tapi jauh sekali pemikiran aku. Dapat anak 4. Ingatkan dia nak berubah lagi. Malah m4kin teruk. Dalam pantang anak ke 4 dia tolak aku hanya kerana aku marahkan dia main jvdi, nasib la aku tak bIeeding masa tu. Tapi aku sabar lagi demi anak – anak.
Sekarang anak yang kecik dah berusia 4 tahun. M4kin banyak dugaan aku. Bil air rumah kena pot0ng. Bil api dah melambung tinggi hanya tunggu masa nak kena pot0ng juga. Aku jual emas yang aku ada, aku belikan kereta buruk untuk suami aku supaya mudah dia nak buat kerja.
Tapi maIangnya dia tak gunakan dengan baik. Habis rosak tersadai. Sampai nak tukar minyak hitam pun dia tak reti. Bukan tak reti malas nak cari modal, RM100 nak tukar minyak hitam selagi aku tak bagi. Aku beli pula motor baru untuk mudah hantar anak sekolah.
Dia guna juga sampai rosak. Malah tak bantu aku sekupang pun nak bayar bulanan. Sampai la tersadai juga akhirnya dua kenderaan tu. Anak aku tak ke sekolah untuk tempah beberapa lama. Aku nekad nak usaha beli motor baru lagi sebab nak anak aku pergi sekolah, tak nak mereka ketinggalan pembelajaran.
Tapi sejak aku beli motor baru aku dah start berkeras hati tak nak bagi suami guna dah. Aku dah anggap dia tak ada dalam hidup aku kerana menyusahkan aku selama ni. TAK menghargai usaha dan peng0rbanan aku. Aku diuji lagi bila mertua masuk campur.
Mertua haIau aku keluar rumah hanya kerana aku tegur kesilapan anak dia supaya berubah. Mertua cakap, “Buruk-buruk anak aku, tetap anak aku. Biarlah dia pemalas ke dia ambik barang ke. Dia tetap anak aku.” “Keluar dari rumah ni angkut semua barang kamu..”
Dia menjerit luar rumah. Dia desak suami saya ceraikan saya. Dia maIukan saya satu kampung dengar jeritan dia. Ye, saya mengaku saya dah tak layan batin dia. Mak mertua marah hanya kerana saya tak tidor sekali dengan anak dia.
Emm macam mana saya nak p4ksa diri saya tidur dengan dia sedangkan hati saya dah tak ikhlas. Saya tahu hukvm d0sa tapi hati dah tak kuat nak hadap suami. Rasa benci yang teramat sangat. Sekarang saya nekad nak keluar dari hidup dia.
Disaat saya dah kering hati masa ini lah suami saya merayu – rayu supaya jangan tinggalkan dia. Dengan alasan sayangkan anak dan kesiankan anak. Aku berdoa supaya Allah permudahkan urusan aku. Pendek kata kisah d3rita 8 tahun masih mampu aku sabar.
Namun kini aku nekad nak teruskan perpisahan. Aku nak bahagia dengan 4 orang, anak – anak aku yang comel. Doa kan aku kuat nak mengh4rungi ujian ini.
Komen Warganet :
Nur Syaqielah : Isteri luar biasa, mampu bertahan selama 8 tahun hidup bagai dalam ner4ka. Punca tak solat suami kau jadi macam tu, kalau lelaki ada iman, dia akan tahu tanggungjawab, suami hisap d4dah, pukuI isteri, jadikan isteri macam h4mba.
Seribu keburukkan suami kau, jangan hanya kerana sayang, kau rela campak diri dalam ner4ka dunia. Keputvsan yang bijak untuk kau pergi dari hidup dia, harap tak berubah hati lah bila kena pujuk nanti, selagi kau bagi peluang, selagi tu kau rela diperlakukan seperti h4mba.
Sary Saharif : Seburuk – buruk laki kita, tetap baik dan bagus di mata mentua. Kesalahan hanya di pihak kita. Kalau begitu penilaiannya, puan fikirlah sebaik mungkin. Sampai bila harus menanggung biawak hidup, amik d4dah plak tu.
Sikap dia memang akan merayu bila puan buat keputvsan tinggalkan dia. Janji bulan bintang akan berubah. Tapi percayalah, dia takkan berubah. Maknya plak sokong dia. Puan ade kerja kan. Pindahlah dan bawa anak – anak. Bina hidup baru dengn anak – anak. Selesaikan apa yang perlu. Kebahagiaan perlu dicari bukan hanya terus menunggu.
Sarifah Taha D-Bob : Banyak terbaca kisah Mertua ramai camtu, menantu tak buat keje rumah kemain nak meng4muk cakap menyesal kahwinkan dengan anak dia, tapi bila turn anak dia tak kerja cari nafkah elok je diam menyepi cam takde paper perasaan.
Cam keje rumah tu lagi besar tuntutannya dari keje cari nafkah. Moga kita semua dijauhi dari jadi mertua macam tu nanti. Anak – anak dah m4kin membesar, kot kita mengomen esok kita pulak buat.
Hasmida Rahayu Mohamad : Allah tidak pernah menzaIimi h4mbanya malah manusia lah yang menzaIimi diri meraka sendri. Allah bagi sikit akal. Sabar untuk bangkit, untuk kuat, kesabaran untuk berju4ng demi hidup yang lebih baik,
Keberanian untuk keluar untuk cari jalan keluar dari ner4ka ciptaan sisuami. Sabar kamu kalau hanya duduk pasrah nanti jadi giIa sebab tekanan jiwa dan mentaI. Sabar kamu sampai memud4ratkn diri sendri, kesihatan diri.
Kalau dah meniaga sorang – sorang cari duit macam 2 cek balik masa untuk beribadah. Solat terjaga tak, penat weh niaga macam tu. Kadang – kadang nak solat pun terkejar – kejar, balik rumah nak mengaji pun dah takda daya. Sebab semua tugas kita yang pikul sorang – sorang. Tolong la jangan zaIimi diri sendri. Tak berbaloi.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.