
Mak mertua minta kami duduk dengan mereka sedangkan dalam rumah tu penuh dengan adik ipar lelaki dan perempuan. Aku dah terbayang isu bermasam muka bila duduk serumah dengan mertua. Layanan mak mertua dan adik – adik ipar buat aku terk3jut, sehingga tahun ke-6 kami buat keputvsan pindah..
#Foto sekadar hiasan. Hi semua! Aku nak kongsi kisah aku dan keluarga mertua. Aku berumur 30-an dan ada seorang anak. Ini tahun ke-enam aku berkahwin dan aku masih tinggal dengan mertua dan ipar duai. Husband aku anak sulung, ada 2 orang adik perempuan (aku gelarkan A & B) dan 2 orang adik lelaki (aku gelarkan C & D).
Disebabkan husband aku sambung belajar dari master sampai sekarang phD pula, mak mertua aku minta aku duduk dengan mereka. Awalnya, sangat kekok, tambah pula aku tak bekerja pada awal perkahwinan. Paling menakutkan, aku selalu dengar isu – isu keluarga yang bermasam muka bila duduk dekat ni.
Dan aku takut juga adik – adik ipar aku macam adik ‘abang berkahwin mak terbeban’ tu. Tapi atas kekangan – kekangan tertentu, aku terp4ksa akur dengan keputvsan suami. Alhamdulillah, selepas berkahwin, aku seolah – olah seperti dapat kawan baik baru yang mendengar luahan perasaan aku dan yang sama – sama dapat buat kerja rumah.
Bila aku basuh baju (bukan aku basuh pun mesin yang basuh), mama yang akan jemur. B akan angkat, dan kadang – kadang bila hujung minggu, suami aku yang akan tolong lipat baju. The best part of this house is, mama tak merajakan lelaki dalam rumah ni. bab kerja rumah, ada bahagian masing – masing.
B dan D selalu tolong buang sampah, A dan C selalu basuh toilet dan bilik mandi. Mereka semua juga selalu tolong bersihkan foyer, vacuum rumah, tukang sarung kusyen, langsir. Bab dapur saja dorang tak usik dan menjadi tanggungjawab aku dan mama.
Tapi tak susah mana pun nak urus sebab just tinggal masak dan susun atur dapur. Pinggan mangkuk adik – adik dah basuh sendiri. Oh, keluarga mertua aku ni normal saja macam keluarga yang lain. Macam keluarga aku juga.
Ada juga datang malasnya dorang nak buat kerja rumah. Tapi bila mama bebel sikit saja, sepantas kilat masing – masing jadi rajin. Bila balik pasar, mama akan siang barang basah, manakala aku akan kemas sayur – sayur dan sediakan barang untuk masak.
Dulu, susah nak synchronize kerja, tapi sekarang, aku dan mama dah ada chemistry dekat dapur tu. Oh ye, aku banyak sangat belajar masak dengan mama, termasuk makanan favourite husband. This is priceless value bagi aku.
Keluarga husband aku ni tak berkira. A dan C da bekerja. Setiap bulan, C akan belanja makan sekeluarga. Biasanya makanan kegemaran dia, KFC. Kitorang jugak ada kumpul duit, RM200 sorang dan akan bagi RM400 dekat ayah dan lagi RM400 dekat mama.
Bab belanja isi rumah, kitorang bahagi – bahagikan. Aku akan bayar coway dan netflix, suami aku bayar wifi dan beli barang basah, C bayar air, dan A bayar elektrik dan barang2 kering dapur. Rumah da settle loan bank, sebelum ni ayah yang bayar.
Aku ada tambah lagi RM250 bagi dekat mama dan RM100 bagi kat B sebab tolong jaga anak aku masa aku kuar kerja. Aku sangat – sangat bersyukur, hasil jagaan dan didikan mereka, walaupun anak aku baru berusia 2 tahun 7 bulan,
Tapi anak aku dah kenal huruf A-Z, da tau nombor 1-20, dah pandai baca surah Al-Fatihah, doa makan, doa tidur dan speaking dengan kitorang (makcik dia ajar speaking). Aku fikir, kalau aku tak akur dengan keputvsan suami aku dulu, mungkin aku mer0yan jaga anak sorang – sorang (sebab suami aku selalu balik lambat).
Alhamdulillah, kat sini ramai yang melayan anak aku. Yela, first cucu, dia sorang pulak tu. Mama cakap tak ada dia, sunyi rumah ni (aku pernah 1 keluarga balik kampung aku beberapa minggu). Disebabkan pandemik hari tu tak boleh rentas negeri, tak boleh balik jumpa mak ayah aku, aku bersyukur sebab sekurangnya aku masih ada family husband aku di sini.
Masih dapat beraya dengan mereka. Boleh pakat – pakat dengan ipar nak beli apa. Ko beli kambing perap, aku beli sate, ko beli ketupat, aku tempah nasi minyak. Haa, gituu.. Kat sini jugak ada geng nak solat jemaah. Husband kan selalu balik lambat, so aku jemaah la dengan mertua aku.
Setiap hari aku selalu minta mama doakan aku. Setiap kali sebelum pergi kerja, aku akan salam mama dan minta mama doakan aku dan suami aku. Aku tak pernah rasa aku orang luar dalam keluarga ni. Sebab bukan mama saja baik, adik beradik mama pun sama.
Bila bulan puasa, adik mama akan bagi hadiah baju raya sedondon dekat kami sekeluarga. Dan aku pun boleh dapat sekali. Konpius aku. Aku pernah tanya mama. Kenapa mama sangat baik dengan aku. Mama jawab, ‘sebab dulu mama bukan menantu pilihan’.
Oh ye, awal tahun depan aku dah duduk sendiri. Husband dah beli rumah. Sedih pulak rasa. Berat mama nak lepaskan kami. Macam – macam alasan mama bagi. Tapi nak buat macam mana kan, perlu juga pindah untuk kami create suasana family sendiri.
Tambah pula kami plan untuk dapatkan anak kedua. Dan nanti, kalau family aku datang nak jenguk aku dekat sini, sekurangnya tak perlu lagi mereka sewa homestay. Apa – apa pun, banyak yang aku belajar dari mama, dari keluarga suami aku.
Dari segi urus rumah tangga, komunikasi dengan pasangan, cara handle problem, cara asuh anak, menu – menu masak, banyak sangat la. Dan sungguh, aku tersangat la bahagia bersama mereka. Doakan kami bahagia sampai syurga ye. Dan doakan juga urusan pengajian suamiku dipermudahkan. – Heureuse (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Elle Kay : Alhamdulillah, tahniah awak. Suka dengar dan baca. Sebab mama awak bukan menantu pilihan la dia faham macam mana rasanya kalau dibeza – bezakan. Dia belajar dari pengalaman. Siapa yang untung? Awak yang paling beruntung. Orang yang baik, dia tak akan inflict p4in yg dia penah rasa dekat orang lain. Dia akan pastikan orang lain tak rasa apa yang dia penah rasa.
Bonda Tim : Pengalaman menjadi “menantu bukan pilihan” akan membuatkan kita menjadi mertua yang sangat baik. Tiada pilihkasih. 5 orang menantu perempuan. Semua aku layan dengan baik. Semua ditegur di sapa. Allah Maha adil dan 2 menantu lelaki. Allah beri yang sangat bertanggungjawab. Baik dan sempurna. Alhamdulillah.. aku yakin dengan janji Allah.
Seri Cahaya Delima : Sebab kau pun baik ringan tuIang dan boleh bekerjasama dalam urusan rumah dengan keluarga mertua. Bukan jenis menantu terperap dalam bilik je time makan terhidang baru keluar bilik. Mertua dan ipar pun akan jadi senang hati dan tak berkira. Semoga dipermudahkn urusan untuk tt.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.