
Pernah satu malam tu aku saja – saja tengok rekod panggiIan nak cari nombor client. Tapi aku terpandang nama ayah. Banyaknya nama ayah call masuk number aku. Kenapa susah nak nampak aku call out number ayah. Maksudnya, ayah je selalu call aku. Aku pula, susah nak call ayah.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih buat admin jika confession ini disiarkan buat tatapan umum. Nama aku Ahmad. Anak bongsu dari 4 beradik. Kakak dan abang berjaya dalam kerjaya mereka alhamdulillah.
Sikit je intro pasal family sebab nak cerita pasal diri sendiri je ni, haha. Berumur lewat 20-an. Seorang bekas graduan ijazah sarjana muda perakaunan. Dan masih bujang. Berpengalaman hampir 6 tahun dalam bidang akaun / kewangan / audit di dalam beberapa syarik4t MNC (multinational corporation).
Ya dulunya aku berhasrat kerja di syarik4t ternama kononnya untur career yang kukuh. Alhamdulillah perjalanan hidup aku ketika belajar sehingga ke alam pekerjaan dipermudahkan Allah. Mungkin golongan yang tidak senasib aku akan berasa iri hati juga cemburu dengan apa yang aku kecapi walaupun aku tak bahagia dengan semua ni.
Benarlah apa yang diperkatakan golongan agamawan, “jika baik di mata kamu tidak bermakna baik di mata dia. Boleh jadi tidak baik di mata kamu, mungkin baik untuk dirinya”. Setahun yang lalu aku mula berhenti kerja dalam bidang yang penuh cab4ran ini.
Kerana apa? Kerana aku tak bahagia dengan apa yang aku lakukan. Kenapa aku tak bahagia? Kejap lagi aku sambung part tak bahagia tu. Tahun berganti tahun, kali ni aku dah berhenti kerja dan buat keputvsan untuk bekerja sendiri.
Aku meneruskan legasi orang tua aku di kampung iaitu menjual sayur! Aku bahagia jual sayur. Alhamdulillah rezeki tu ada dan sentiasa mencukupi. Aku bahagia jual sayur. Pendapatan aku tidak sebanyak aku bekerja makan gaji dahulu tapi alhamdulillah ia mencukupi mungkin kerana berkat dan doa ibubapa.
Ibu dah meningg4I 9 tahun dulu. Sekarang cuma ada ayah. Ayah pun dah m4kin uzur. Ayah selalu salurkan kasih sayang dengan membebeI dan r0tan (masa kecik dulu haha). Boleh dik4takan aku seorang anak yang terlalu berkepit dengan ayah selepas ibu meningg4I dunia.
Ada seseorang pernah bagitahu saya, apa – apa yang kita lakukan dalam hidup, 3 perkara ini jangan salah urutan / aturan untuk diberi keutamaan. Pertama sekali letakkan Allah / Islam sebagai keutamaan kita, utamakan solat.
Ingat Allah selalu dalam apa jua benda yang kau kerjakan. Yang kedua ialah keluarga, keluarga terdekat. Bila kau utamakan agama, kau juga akan utamakan hidup kekeluargaan. Sayang keluarga. Ambil berat pasal keluarga.
Tolong menolong keluarga. Yang ketiga, barulah rakan – rakan, saud4ra dan masyarakat sekeliIing. Aku pegang 3 perkara ni dan aku akan cuba dan teruskan usaha supaya 3 perkara ni dalam urutan dan aturan yang betul iaitu
1. Agama 2. Keluarga 3. Rakan, saud4ra mara dan sebagainya. Kalau urutan ni tak betul, hidup kau bermasalah. Cuba berhenti sejenak dan mula muhasabah. Kita pikir balik kenapa aku kata aku tak bahagia dengan kerjaya korporat aku dulu.
Dahulunya aku kurang masa bersama keluarga bila kerja makan gaji. Hari – hari aku sibuk. Entah apa yang aku sibuk tu pun, aku tak tahu. Siang malam meeting. Hari minggu kerja sampai kadang kala solat lewat, tak jenguk ayah, kurang ziarah adik beradik, silaturahim dengan rakan m4kin menjauh.
Mungkin sebab tu dulu susah nak jumpa perempuan yang tahan dengan kehidupan aku yang terlalu sibuk. (Mungkin j0doh ins3cure kalau kahwin dengan aku, kemungkinan diabaikan). Setiap bulan bila gaji masuk, aku sampai terlupa gaji dah masuk.
Aku sampai tak ada masa pun nak gunakan duit gaji untuk perkara yang aku suka. Terlalu sibuk sehingga aku rasa duit dalam bank aku tiba – tiba banyak. Pergi kerja pagi buta balik lewat malam tido. Jarang bercuti, jarang melepak, membeli beIah pun jarang.
Duit bulanan bayar bill, loan rumah, duit belanja untuk ayah, zakat etc. Thats it. Semua perbelanjaan aku dah buat automate deduction untuk kesemua account baki yang tinggal tu sentiasa bertambah tanpa aku sedar.
Aku lifeless, duit banyak tapi aku tak ada masa. Setiap tahun boleh kata pencapaian aku outstanding dan bonus aku sangat tinggi sebab boss aku selalu rate pencapaian aku agak tinggi. Tapi aku. Aku tak bahagia. Ayah adalah sebab utama aku berhenti kerja aku.
Pernah satu malam tu aku saja – saja tengok call log (record keluar masuk panggiIan telefon) niat masa tu nak trace number client aku balik. Tapi aku terpandang nama ayah. Banyaknya nama ayah call masuk number aku.
Kenapa susah nak nampak aku call out number ayah. Erti kata lain ayah je selalu call aku, selalu sangat. Aku pula, susah nak call ayah. Adakah aku lupa ayah atau aku h4mba kerja. Masa tu aku muhasabah balik diri ni.
Apa perasaan ayah bila dia selalu je dial no aku. Mesti dia selalu ingat aku lupa dia. Salah aku. Suatu hari tu aku balik kampung dan aku cakap “Ayah, saya nak balik kampung jual sayur la. Nak berhenti kerja.” Ayah diam tapi ri4k wajahnya nampak bahagia.
Dia cuma pesan, ikut kamu lah mana yang terbaik. ayah tak Iarang. Selepas 2 3 hari tu, ayah selalu telefon tanya bila aku nak berhenti kerja. Aku rasa ayah tak sabar – sabar nak aku balik dan duduk dengan dia untuk jual sayur.
Ayah macam dah berharap aku balik. Aku solat isthikarah, mohon petunjuk. Alhamdulillah aku dapat petunjuk untuk pulang ke kampung dan tinggal bersama ayah. Aku berhenti kerja dan sekarang aku adalah penjual sayur yang bahagia.
Hari – hari jumpa customer, senyum aku tak pernah lekang sebab aku seronok dengan kerja yang aku buat. Ayah selalu ikut aku pergi meniaga sebab dia bosan duduk rumah. Aku tak akan bagi ayah buat kerja. Ayah cuma ikut dan jadi teman aku untuk bersembang sahaja.
Ramai kawan – kawan ayah tegur kenapa aku end up jual sayur walaupun aku dah ada pelajaran dan pengalaman kerja yang baik. Aku cuma senyum dan baIas, rezeki dekat sini. Dekat dengan ayah. Selepas subuh meniaga, sebelum zohor dah balik.
Petang supplier datang hantar sayur – sayur kampung untuk dijual esok pagi. Malam ada masa pergi masjid dengan ayah, belajar agama. Aku suka dengan kehidupan aku sekarang. Aku boleh rasa tenang. Dan bahagia dengan apa yang aku kerjakan ni.
Apa yang aku tekankan di sini buat pembaca sekalian, Pencapaian kita hari ni tidak akan berkekalan hingga pengakhiran. Kadang – kadang kita di atas kadang – kadang juga kita di bawah. Boleh jadi hari ni kita seorang leader / boss yang berjaya, mungkin esok lusa kita dibuang kerja atas sebab tertentu kita tak tahu.
Boleh jadi hari ni kita punya keluarga bahagia. Mungkin esok mereka semua tinggalkan kita menghadap Yang Maha Esa. Kehidupan sentiasa berubah. Sentiasa ada naik turun yakni menguji keimanan kita dan ketakwaan kita.
Sentiasalah ingat akan Allah dan jangan abaikan ibubapa dan keluarga. Rezeki setinggi gunung bukan penentu kebahagiaan jika Allah tak redha. Sentiasa positif dan harapnya kisah aku ni menjadi satu iktibar dan inspirasi buat pembaca.
InshaAllah tahun ni, aku mungkin akan mendirikan rumah tangga. Doakan aku berjaya dalam hidup dunia dan akhir4t. Aku doakan pembaca sekalian juga mendapat kebahagian dan kejayaan dunia dan akhir4t. Amin.
Sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari aku h4mbaNya. Dan yang baik itu datangnya dari Dia Yang Maha Esa. Ikhlas… – Ahmad
Komen Warganet :
Ahmad Muhammad : Cerita yang sangat berinspirasi, aku kerja bank, dah hampir 14 tahun, mula – mula kerja aku boleh terima tapi lama – lama, aku dah tak ada jiwa kerja ni, str3ss memanjang, asyik kena push dengan target.
Hari – hari balik lewat, weekend pun kerja, walau gaji lebat (hampir 10k) tapi aku tak gembira, tiap tahun berazam nak resign, cuma sekarang aku tanam azam nak pencen dan tak mau lagi kerja bila capai umur max 45 tahun, sekarang 38.
Aku p4ksa buat f0rce saving tiap bulan 40% dari gaji, alhamdulillah, saving aku pon agak boleh dibanggakan jumlahnya, aku beli beberapa properties, terkini dah beli 7, dah jual 4 tinggal 3, tak pernah pakai kereta baru, beli 2nd je, bukan jenis beli barang branded dan makan tenpat hipster, baru habis master, dan berazam sambung PHD bila dah tak kerja nanti. Wish me luck
Hanidah Hani : Saya graduan, jual rojak buah di sekitar putrajaya. sekarang tengah dalam proses komersiaIkan kuah rojak buatan sendiri. Memang ada kata – kata belakang, belajar tinggi – tinggi tapi ke dapur jugak jadi peniaga jalanan.
Bukan tak pernah usaha nak cari kerja, berpuluh resume hantar, tapi satu pun tak kena. Dalam masa yang sama Allah mudahkan dalam perniagaan, Alhamdulillah.. Rezeki sentiasa ada, walaupun tak banyak tapi mencukupi. Saya percaya pada aturan Allah. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Doakan perniagaan saya maju.
Ainzatiey Azahani : Ko jual sayur mad, aku tukang beli sayur ko. sama macam ko jugak, dulu aku keje dengan orang, pastu buat keputvsan nak keje sendiri. Masuk je 2019, aku dah mula keje beli sayur sebab aku pembekal makanan untuk budak pra-sekolah. sekarang masa keje fIeksibeI la, sebelum zohor keje aku dah setel.
Siap hantar stok sayur kat kantin sekolah, aku balikla. Kat rumah, buat billing dan failing sikit pasal stok sayur tadi, then buat keje rumah plak. Bahagia sebab di samping keje, boleh tolong kat rumah. mad, murah tak sayur ko jual? Jadi supplier aku lah camtu. Esok nak kena kuar beli sayur lagi ni. hehe
Liyana Ramli : Tahniah confessor. Cerita yang sangat best dan memberi inspirasi. Kirim salam dekat ayah confessor. Paling suka part ayah confessor happy dan tak sabar untuk confessor balik kampung. Terasa macam ayah sendiri pulak yang call suruh balik kampung.
Im happy for him. Selagi ada ayah. Hargailah. Sebab esok esok bila dia dah takde, baru kita kenal erti rindu yang tak berpenghujung. Anyway. Goodluck and nanti share location jual sayur dekat mana. Boleh kitorang datang beli. Haha
Mokhzani Mohamad : One of the best confessions I have ever read. I am happy that you have found that happiness that money can never buy. Macam saya, saya tengah berkira – kira untuk letak jawatan di sebuah agensi kerajaan bertaraf badan berkanun.
Nothing positive to say about the place but I won’t disclose it out of respect. Setiap kali scan kad kedatangan rasa str3ss ya amat. Niat saya cuma nak ada masa lebih banyak untuk keluarga kecil saya dan juga membahagiakan mak ayah saya di Kedah nun. Dalam hati nak buat takaful sepenuh masa tapi saya terpikir boleh ke saya sustain, tambahan isteri saya tidak bekerja? Wallahualam.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.