
Bila aku mengadu dekat keluarga mertua, diorang salahkan aku tak pandai layan suami. Bila mengadu pada keluarga sendiri, mereka boleh suruh aku sabar dan doa je. Duit dalam bank, tabung haji licin suami curi. Aku dah tak sanggup nak tunggu, aku nekad ‘bertindak’ dengan duit RM0 an tak bekerja..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, tolong hide profile aku ye. Ini hanyalah sedikit cerita mengenai pengalaman hidup aku. Jadikanlah ianya sebagai pengajaran buat kita semua.Nasihat aku buat para wanita di luar sana mahupun di dalam FB tolong la bangkit.
Sebab aku dah banyak baca dan dengar malah lihat depan mata sendiri ramai wanita yang sanggup bertahun atas tiket ‘sayangkan anak – anak’ sedangkan mereka sendiri tersiksa. Jika awak berada di dalam hubungan yang t0ksik, sila keluar. Sila bangkit!
Aku sendiri pernah menjanda selama 5 tahun kerana tr4uma dengan perkahwinan yang terdahulu. Bayangkan, aku dah bertahan dalam perkahwinan yang t0ksik selama 3 tahun dan ia cukup tr4uma. Dalam perkahwinan tersebut aku dikurniakan dengan seorang anak lelaki.
Dan dia lah penyelamat kehidupan aku. Bekas suami aku seorang kaki perempuan dan kaki pukuI. Hari – hari aku makan cacian dan m4kiannya. Hari – hari aku hidup dalam ketakutan, memikirkan apa pulak kesalahan aku pada hari ni.
Rasa takut dan tr4uma setiap hari itu yang mengh4ntui. Aku pernah bagitahu keluarga mertua tapi aku yang dipersalahkan, aku dianggap isteri yang gagal. Gagal melayan suami menjadi punca sampai suami makan luar, gagal dididik oleh suami maka aku layak dipukuI dan dicaci m4ki.
Aku harap sangat keluarga mertua dapat menasihati suami tapi aku yang kena ‘nasihat’. Terbalik pula, bila aku mengadu pada family sendiri, disuruhnya aku terus sabar dan sentiasa berdoa dan solat supaya ALLAH bantu. Anggaplah ini ujian dalam rumahtangga, mungkin ada hikmah, ada pelangi selepas itu.
Akhirnya aku kemurungan, sampai aku sendiri buat keputvsan jumpa pakar psiki4tri dan disahkan menghidap maj0r depr3ss dis0rder. Cubaan membunvh diri dua kali, memikirkan untuk membunvh diri setiap hari. Yang menyelamatkan diri aku adalah solat dan anak aku.
Aku tahu aku kena rawat sendiri sakit aku supaa aku kuat untuk pert4hankan diri dan anak. Aku terp4ksa berhenti kerja kerana peny4kit yang aku hadapi. Em0si aku tak stabil sehingga mengganggu hal kerja di pejabat. Duit aku dalam bank dan tabung haji habis diambil oleh suami.
Sesungguhnya aku betul – betul tinggal sehelai sepinggang. Walaupun aku dah tak punya apa – apa, aku dah tak ada duit, aku tak ada sokongan dari orang sekeliling tapi aku nekad untuk tinggalkan suami aku walaupun dihalang oleh keluarga mertua dan keluarga aku sendiri.
Aku dah tak sanggup nak hidup seperti ini untuk 5 tahun, 10 tahun lagi dan mungkin selama – lamanya. Aku tak sanggup m4ti di tangan suami aku. Tambah lagi bila memikirkan kalaulah nanti aku mengandung, dapat rezeki anak lagi mungkin m4kin sukar langkah aku nak keluar dari perkahwinan yang penuh t0ksik ni.
Aku pulang ke kampung dan failkan penceraian. Alhamdulilah urusan penceraian dipermudahkan. Ketika itu, bapa aku baru sedar bahawa kebahagiaan anaknya lebih penting dari pandangan serong masyarakat mengenai janda dan penceraian.
Ye.. aku mula hidup baru dari bawah, dari duit dalam bank RM0. Kedua orang tua aku banyak membantu dan menyokong aku dan anak. Aku berterima kasih sebab akhirnya mereka menyokong tindakan aku. Aku bangkit. Aku mencari kerja dan aku menyimpan duit.
Dalam masa yang sama, aku naik turun mahkamah uruskan hak penjagaan anak. Alhamdulilah keputvsan berpihak pada aku dan anak tinggal dengan aku. Walaupun bekas suami gunakan alasan aku depr3si untuk mengambil hak penjagaan anak tapi aku tak pernah abaikan atau membah4yakan dia.
Aku s4kit bila bersama dengan lelaki yang tak guna tu, bila dia tak ada, aku tenang malah bahagia. Alhamdulilah setelah 5 tahun menjanda, aku mempunyai kerjaya hebat dan mampu membeli rumah dan kereta sendiri. Dipendekkan cerita aku kini telah pun berkahwin buat kali kedua di mana suami aku merupakan kawan sekolah aku dulu.
Sebelum ni dia sentiasa menyokong aku dari aku seorang janda yang miskin sehingga aku berjaya. Beberapa kali dia lamar aku namun aku menolak kerana tr4uma. Tapi lihat kesanggupannya menunggu aku dan dia tidak pernah meminta duit aku, layan aku sebagai kawan dan tidak pernah mengambil kesempatan atas diri aku, akhirnya aku terima lamarannya.
Kami bernikah dan sekarang dikurniakan seorang anak lelaki. Ye.. aku bahagia. Setelah bertahun – tahun hidup mer4na dan tersiksa, aku temui kebahagiaan yang aku minta – minta selama ini. Suami aku layan aku bak permaisuri, tidak pernah naik suara atau tangannya.
Sentiasa membantu dalam urusan rumahtangga dan anak – anak. Setiap malam aku sujud syukur tanda aku bersyukur atas segala nikmat ALLAH berikan pada aku. Tidak pernah sesekali akan terfikir untuk mengecapi kebahagiaan seperti ini.
Jadi wanita di luar sana, tolong la bangkit. Setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya, setiap kejadian akan membuatkan kita lebih kuat, lebih kental, lebih matang dan sentiasa mengingati Pencipta kita. Jangan kekal dalam rumahtangga t0ksik hanya kerana anak, anak sepatutnya membesar dalam suasana yang aman, tenteram dan bukannya t0ksik. Kita wanita berhak dapat yang terbaik!
Komen Warganet :
Nur Syaqielah : Alhamdulillah aku suka baca part ni. “setiap kejadian akan membuatkan kita lebih kuat, lebih kental, lebih matang dan sentiasa mengingati Pencipta kita. Jangan kekal dalam rumahtangga t0ksik hanya kerana anak, anak sepatutnya membesar dalam suasana yang aman, tenteram dan bukannya t0ksik”. Komen aku hanya nak cakap anda seorang wanita yang hebat.
Maimun MadSapleh : Tahniah TT. Wanita cekal dan bijak. Moga rumahtangga yang baru dibina akan harmoni sentiasa. Ujian rumahtangga / kehidupan takkan berhenti selagi kita masih bernyawa. Teruskan kuat semangat dan ilmu yang benar moga – moga sampai masa ujian hadir, kau lebih bersedia. Ketenangan akan hadir bila dekat dengan alKhaliq. Moga – moga kita sama – sama terus baiki diri.
Waina Suffi : Terima kasih kerana berkongsi kisah awak yang sangat berinsprasi. Semoga ia menjadi pembakar semangat kepada wanita yang sedang berju4ng dalam dilema rumahtangga. Awak dah buat keputvsan yang begitu bijak dalam hidup. Syabas! Semoga awak sem4kin sihat dan bebas dari depr3si.. (isk.. awat skema sangat ayat aku hari ni.
Raflesia Selatan : Sis wanita yang kuat dan berani. Juga bijak mempert4hankan hak diri dari berterusan dipijak suami yang bacuI. Moga berbahagia hingga ke jannah. First time baca kisah yang takde ayat ‘bertahan demi anak’.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.