
Saya tersepit antara tak nak suami jadi derh4ka dengan nak luangkan banyak masa dengan ibu saya. Syurga suami di bawah tapak kaki ibu dia manakala syurga saya berada di suami. Bila saya update gambar ibu saya. Keesokan hari mesti mertua ada kata – kata sinis..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, semoga yang baca post ni dapat berikan nasihat. Saya pon dah cuba bermacam – macam cara untuk dapatkan kaunseling daripada orang yang beragama tapi biasalah kerajaan memang susah nak angkat call.
Saya dan suami baru berkahwin 2 tahun. Dikurniakan anak kembar lelaki. Sebelum berkahwin kami bercinta 5 tahun, husband belajar dan saya pon sedang belajar. Selepas belajar kami buat keputvsan untuk berkahwin.
Keputvsan ni ditentang habis – habisan oleh mak mertua. Setelah setahun suami pujuk mak mertua masih tak jalan. Jadi suami jumpa abang saya dan terus hantar cincin (ayah sudah meninggaI masa umur 5 tahun dan saya ada ibu yang dah uzur)
Ibu mertua sangat marah bila suami bagitahu dia dah hantar cincin, ibu mertua terus whatsapp saya tanya kenapa nak kahwin sangat? Dah buat benda tak elok ke? Saya masih reply macam biasa. Walaupun dah teruk makan hati
Malam perkahwinan kami tu saya betul – betul str3ss, sed4ra mara suami call cakap kenapa per4ngai saya ni teruk. Kenapa saya minta yang mahal – mahal. Walhal saya tak tahu apa – apa yang dia maksudkan, saya tengah sibuk persiapan inai baju dan majlis beIah saya.
Majlis beIah saya abang saya yang sponsor. BeIah lelaki tiada majlis jadi apa yang mahal yang dia maksudkan? Hari perkahwinan keluarga suami langsung tak datang. Saya malu sebab abang dan pakcik saya ingat keluarga dia tak suka saya.
Lepas kami kahwin, Alhamdulillah rezeki saya dapat anak awal. Tapi mertua nampak tak happy. Tapi lama – lama macam dah boleh terima. Bila anak lahir suami memang bagi sepenuh perhatian dekat anak anak saya dan saya.
Tapi entah kenapa mertua macam tak senang, selalu cakap suami tak patut manjakan saya. Cakap suami saya takut bini. Mertua langsung tak pegang anak saya. Selepas habis pantang suami bawa saya bercuti, tup – tup mertua call suruh kami datang rumah sebab dia s4kit perut nak minta hantar ke kIinik.
Kami dah dekat highway ni, suami minta adik – adik yang lain tolong bawa sebab semua ada lesen. Dia terus m4tikan call. Esoknya saya terbaca chat mertua panjang panjang, dia gaslighting cakap apa d0sa dia sampai anak dia dah tak ingat dia.
Salah ke didikan dia sampai anak dia tak nak tengok masa dia s4kit. Chat tu saya baca seolah – olah nak cakap suami anak derh4ka. Suami pelik dengan per4ngai ibu dia, sedangkan sebelum kahwin ibu dia tak ada clingy macam tu dengan dia.
Ibu dia banyak habiskan masa keluar dengan kawan – kawan dan ikut abah outstation luar negara. Sebelum ada yang tanya, kami selalu datang rumah mertua setiap minggu. Suami tanya adik dia ibu s4kit apa, adik dia pelik sebab ibu dia sihat saja
Saya sayangkan suami saya tapi dalam masa yang sama saya tak tahan dengan family dia. Saya tak nak suami jadi anak derh4ka, dan saya pon tak boleh nak ikut sahaja apa yang mertua nak. Banyak benda yang dicontrol, saya ni seakan – akan tak ada family sebab asyik kena luangkan masa dengan family dia.
Setiap minggu ada sahaja. Bila kami tak dapat datang sebab melawat ibu saya, mertua akan update status. Tak direct tapi dia akan terus update macam “peng0rbanan ibu yang takkan terbaIas” ha status status yang macam tu.
Saya rasa tak bahagia kalau selalu macam ni. Saya str3ss sebab saya pon ada ibu, ibu saya dah uzur. Jadi saya teringin nak luangkan masa banyak dengan ibu saya. Ibu pulak ada abang saya dan saya sahaja. Ibu saya tak pernah persoalkan kenapa saya jarang lawat.
Tapi sebagai anak saya mesti sedih sebab bila datang ibu akan peIuk civm saya dan ibu happy layan anak – anak saya. Saya tersepit antara taknak suami jadi derh4ka dengan nak luangkan banyak masa dengan ibu saya. Syurga suami di bawah tapak kaki ibu dia manakala syurga saya berada di suami.
Suami sangat memahami saya, dia faham saya nak luangkan masa dengan ibu saya. Saya ada bincang untuk berpisah sebab saya rasa tak bahagia kalau hidup dengan per4ngai ibu dia. Walaupun saya bahagia dengan suami.
Kalau cerai, saya mungkin dapat luangkan banyak masa dengan ibu saya dan mertua dapat anak lelakinya semula. – Sarah (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Assalamualaikum, Alhamdulillah terima kasih kepada respon kepada post sebelum ni. Mungkin post terdahulu terlalu lopong. Jadi di sini saya nak terangkan sebab ramai yang cakap dari sebelum kahwin dah ada red flag.
Actually hubungan saya dan mertua sebelum kahwin baik sahaja. Saya dan suami belajar di university swasta di negeri kami. Jadi semasa belajar saya duduk dengan abang dan ibu saya. Suami pula dengan family dia. Saya juga rajin ikut mertua pergi shopping (sebelum kahwin).
Hubungan kami memang baik. Kecuali kalau suami kata nak kahwin. 5 tahun bercinta dengan suami. 3 tahun belajar, 2 tahun kerja. Selepas itu baru kami buat keputvsan untuk kahwin. Suami merupakan lelaki pertama saya kenalkan kepada abang saya.
Jadi memang abang dan ibu saya taknak saya kawan lama – lama (keluarga saya memang kolot bab ni. Kalau ada bawa jumpa keluarga maksudnya hubungan tu serious. Mohon ada yang faham). Bagi yang kata saya baru rasa nak jaga ibu yang uzur sekarang.
Minta maaf, saya memang jaga ibu saya sebelum saya kahwin. Ibu juga yang minta saya berkahwin. Selepas berkahwin abang saya sediakan penjaga untuk ibu. Memandangkan saya kerja dan isteri dia juga berkerja. Saya tekankan yang saya cuma nak luangkan masa lebih dengan ibu saya.
Saya memang tak friend dengan mertua dekat mana mana media sosiaI. Tapi ada seorang anak mertua yang rapat dengan saya selalu tengok status saya. Bila saya update gambar ibu saya. Keesokan hari mesti mertua ada kata “pergi rumah yang sana boleh” padahal baru minggu lepas saya pergi rumah mertua
Sebelum kahwin mertua tak pernah tunjuk per4ngai begini. So memang tiada red flag langsung. Bapa mertua pula yang suruh suami saya hantar cincin sendiri memandangkan bapa mertua busy. Suami ada bagitahu hasrat untuk berkahwin kepada family sejak 4 tahun perkenalan kami.
Jadi tiada isu membelakangkan ibu mertua. Selepas kami bertunang. Ibu mertua rajin ajak suami cari barang hantaran saya. Dia lah yang macam excited cari barang. Kami ik4t 2 tahun, tapi bila nak dekat majlis suami jumpa abang saya kata duit hantaran tak cukup.
Rupanya dia spend banyak sangat untuk beli barang branded. Masa cari barang hantaran dengan mertua, mertua minta yang branded sebab dia kata malu kalau bagi yang biasa – biasa. Keluarga suami orang yang berada.
Manakala suami saya kalau setakat nak tanggung saya, bayar rumah, kereta dan nafkah cukuplah. Kalau untuk beli barang branded macam founder timbang kilo belum boleh lagi. Saya pon tak minta sebab saya tahu matlamat kami nak ada saving lepas kahwin.
Jika suami kata tak cukup duit untuk beli barang yang mertua minta. Mertua akan cakap dah tahu takda duit kenapa nak kahwin. Tapi Alhamdulillah sepanjang dua tahun kahwin kami bukan diuji dengan duit. Rezeki kami tak putvs dan dapat beli seorang sebiji rumah.
Ada yang kata kami tak mendalami agama. Alhamdulillah, sebelum saya post di sini. Saya sudah pon bertanya dengan ustaz. Tapi jawapannya seolah – olah menuding jari ke pihak perempuan :
1. Hati saya tak cukup bersih sampai tak boleh mengalah dengan mertua
2. Saya perlu ambil hati mertua
3. Anggap mertua macam mak sendiri
4. Jangan buat suami rasa tersepit
Saya cuma belum ada kesempatan nak dapatkan kaunseling sahaja. Bila jawapan ustaz seolah salahkan saya. Di situ sebenarnya rasa bersalah. Saya cuma nak luangkan masa dengan ibu saya. Tapi setiap kali saya luangkan mertua seolah – olah jeles.
Pernah dia kata dekat suami kalau macam ni per4ngai dia, tunggu dah tua nanti. Saya sebagai isteri saya rasa bersalah. Tapi Alhamdulillah ada pandangan yang positif. Saya berterima kasih kepada semua yang dah bagi pandangan. Semoga urusan saya dipermudahkan. – Sarah (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
Ari Kael : Ntahla dik, ni la salah satu sebab aku ni tak gemor orang kelam kabut nak kahwin bila baru abis belajar, dapat family in law baik, alhamdulillah lah.. dapat macam kau, kan dah menyesal, sekarang meratib nak cerai pulak sebab tak dapat nak jaga ibu yang uzur.
Kenapa tak fikir ni semua awal – awal before kahwin? Dah nampak mak mentua tak suka, kawiinnn jugak. Sekarang anak dah 2, hadap jelah. Nasib baik ler laki tu baik, rezeki kau jugak ler, cuma kena start buat tak peduli je lah dengan mak mentua tu.
Jangan diikut sangat pe’el merapu dia, luangkan banyak masa dengan mak yang uzur tu, jaga sebaik mungkin supaya takde sesal kemudian hari. Lagi satu jangan biarkan mak mentua suka suki pijak kepala, ada masa ikut, ada masa bertegas.
SN ZA : It must’ve been tough on you. Jangan bercerai sis. Rugi sebab suami sis baik dan masih mengutamakan anak isteri. Dia bijak handle keadaan itu. Bukan hanya menurut cakap mak dia. Sis buat sistem giliran untuk balik kampung sis dan balik kampung suami.
Kesian ibu sis dah uzur. Jangan diikutkn sangat MIL sis yang t0xic tu. Whatever you do pun, you bagi nyawa you sekali pun kat dia, dia takkan puas. So sis live jer your life happily. Takyah fikirkan sangat pasal dia. Also jangan k0rbankan kebahagiaan sis disebabkn MIL t0xic tu. Takyah tetiap minggu balik umah dia. Bergilir lah balik umah mak sis sendiri.
Sarah Aina : Bertahan jika suami pun baik dan menjaga puan dan anak – anak. Jaga sahaja hubungan puan dengan suami sebaiknya. Berkenaan mertua yang tak dibuat orang per4ngainya, biarkan. Kerana per4ngai macam ni bukanlah per4ngai mertua yang diiktiraf dalam dunia ni. Dia sorang kot mertua yang pelik atas dunia ni.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.