5 bulan jiran sebeIah tak habis renovate rumah. Aku meng4muk dekat balkoni

Ada satu hari tu agaknya suami aku dah habis sabar, dia tengah makan tengah hari. Kami berbual la sekejap, baru saja sekejap nak berbual orang sebeIah start drill dinding. Meng4muk laki aku. Terus dia keluar rumah, pergi rumah orang sebeIah. Aku dah takut dah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih kepada admin jika memilih untuk menyiarkan kisah aku ini. Akhir – akhir ini kita selalu dihidangkan dengan kisah rumahtangga, jodoh dan paling rancak sememangnya kisah perkahwinan.

Cerita aku ini pula berkenaan dengan jiran aku. Rasanya memang dia tak baca la kisah tentang dia ni sebab diorang non muslim. Ini bukan kisah rasict ya, tak ada kena mengena. Suami aku bekerja sebagai pegawai tent3ra di sebuah kem.

Setelah bertahun – tahun duduk di kuarters tent3ra, kami memilih untuk tinggal di luar sementara menunggu rumah baru kami siap. Jadi kami pun mulakan pencarian rumah sewa berdekatan dengan Kawasan perumahan baru kami.

Bakal Rumah baru kami tu di Fasa 3. Kami dapat menyewa di kawasan perumahan Fasa 1. Fasa 2 pula dah habis terjual tetapi belum siap. Kawasan Fasa 1 ini memang sangat baru diduduki, mengikut owner rumah ni, bulan 3 tahun 2021 baru ada orang masuk.

Kami pula masuk menyewa pada bulan 9 tahun 2021. Ingin dinyatakan di sini, perumahan Fasa 1 di mana kami menyewa adalah Kawasan Non-Bumi lot. Jadi jiran – jiran di sekeliling ini adalah Chinese dan Indian. Tak ada masalah di sini kerana kami memang suka rumah ni dan kami ok dengan sewanya.

Jadi, rumah kami ni di bahagian depan lorong. Banyak juga di bahagian depan lorong ni orang dah masuk. Rumah di belakang banyak lagi yang belum diduduki orang. So masalahnya bermula pada bulan 10 tahun lepas. Jiran sebeIah kiri kami ni nak renovate rumah.

Yang menjadi masalah adalah dia nak renovate 1 rumah atas bawah, cabut semua tiles dan dinding. Dan kami sebagai jiran sebeIah rumah amat terkesan dengan aktiviti renovation tersebut. Bayangkan dari bulan 10, 11, 12 tahun lepas dia renovate rumah, mula – mula drill dinding dari 8.30 pagi sampai 5.00 petang untuk tambah wiring.

Tak habis – habis drill tu wei, pagi sampai petang. Boleh katakan bulan 10 tu complete sebulan dia drill dan pecahkan dinding je. Bayangkan rumah ni besar, 2600 sqf. Berapa banyak dia drill dinding non-stop tu. Masa bulan 10 tu mak mentua aku ada kat rumah.

Memang orang tua tu tak boleh tido tengah hari atau petang langsung, pagi sampai petang drill kat rumah sebeIah tak berhenti. Punyalah kuat rasa macam dia drill sebeIah telinga. Sampai berdenyut – denyut kepala aku dan semualah dalam rumah ni.

Ada 1 hari tu aku balik rumah waktu tengah hari, aku nampak mak mertua aku di luar rumah. Hari tu aku ingat lagi memang panas, hangat pijar. Aku tanyalah ‘Eh kenapa mak ade kat luar rumah ni?’. Mak aku cakap, s4kit kepala tak boleh nak duduk dalam rumah, seharian orang sebeIah ni drill dinding dari pagi. Nak pecah rasa kepala mak ni.’

Ya Allah kesian betul la mak mentua aku. Mak mertua aku berada di rumah hampir 2 bulan juga dan dialah yang terp4ksa mengadap bunyi tersebut sepanjang hari. Bila aku mengadu kat suami, suami cakap ‘Sabar jelah, tak kan nak suruh dia stop construction’.

Bukan aku nak suruh stop construction tu, aku sekadar mengadu je, dah sebulan bunyi bising camtu. Bulan 11 tu dia mula renovate dalam rumah, entahla apa dia buat tapi habuk pecah – pecah banyak betul sampai garaj parking berhabuk putih.

Kereta jangan cakaplah. Kerja aku menyapu jelah. Aku sabar lagi. Kerja renovation itu terus bersambung hingga bulan 12. Biasanya kerja dia bermula 8.00 pagi sampai 5.00 petang, Isnin sampai Sabtu. Ahad dia off. Kalau hari dia buat kerja kat atas, balkoni aku memang berhabuk sangat.

Jadi aku tak sidai baju sebab kain baju akan berhabuk. Ada 1 hari tu, diorang buat kerja hari Ahad. Aku dah la menyidai baju sangat banyak hari tu, 2 kali mesin basuh punya baju. Yelah dah Isnin sampai Sabtu aku tak boleh nak menyidai dengan habuk semua tu, mestilah la hari Ahad saja aku ada masa nak sidai.

Diaorang buat kerja pulak hari tu. Entah sy4itan apa merasuki aku, aku meng4muk betul kat balkoni. Tension tengok baju disidai dah berhabuk putih. Semua sekali pulak tu, baju tu dah la masih lembab. Aku jerit bagi dia dengar, kalau nak buat kerja tu bagitahulah awal – awal, tak payahlah aku nak menyidai hari tu.

Ada lagiIah yang aku menjerit marah – marah, terus diam orang tu. Macam tu punya aku bersabar, hari Ahad pun masih nak buat kerja ke? Cuti umum pun diorang buat kerja jugak. Jadi sebenarnya bila kami sekeluarga dan jiran – jiran sebeIah menyebeIah dia ni nak beristirehat atau tidur petang?

Aku cakap dengan suami aku, kalau hari Ahad depan dia masih buat kerja, aku nak report polis atas sebab gangguan. Tapi aku cakap je, aku tak tahu la boleh ke buat report macam tu. Sambil layan drill dinding setiap hari tu, tiba – tiba anak aku bagitahu dinding bilik tidur diorang berlubang, kesan dari drill orang rumah sebeIah.

Sekali lagi aku naik angin, terus aku pegi ke rumahnya, dan bagitahu. Aku cakap dengan contractor tu memang tak ada lemah lembut dah, memang aku terus sound aje. Habis sampai rosak rumah orang. Kau nak drill banyak mana lagi?

Ada satu hari tu agaknya suami aku dah habis sabar dia, dia tengah makan tengah hari. Kami berbual la sekejap, baru saja sekejap nak berbual orang sebeIah start drill dinding. Meng4muk laki aku. Terus dia keluar rumah, pergi rumah orang sebeIah, jumpa dengan contractor.

Aku dah takut dah, sebab suami aku ni penyabar orangnya, kalau dia dah hilang sabar tu memang sangat menakutkan bila dia naik marah. Suami aku meng4muk kat situ. Tapi meng4muk berhemah la, maksudnya tak adalah sampai menced3rakan orang atau tend4ng barang.

Suami aku tanya apa benda yang korang drill ni, kerja 2 bulan tak sudah – sudah. Sepatutnya nak renovate rumah giIa – giIa atas bawah, buatlah sebelum orang start masuk rumah area sini. Ini orang dah ramai kiri kanan, kau buat kerja drill pagi sampai petang, Isnin sampai Sabtu.

Kadang – kadang Ahad pun kau buat lagi kerja. Bila yang telinga kami nak rehat dari bunyi drill ni? Ake jenguk sekali tengok rumah dia masa suami aku ke rumah dia. MasyaAllah memang habis dia drill dinding. Kalau aku buat anggaran, mungkin baru 30% saja kerja dia tu siap.

Atau mungkin lebih rendah dari tu. Banyak lagi kerja nak buat. Nampaknya memang aku dan jiran – jiran lain ni akan mengadap jela bunyi drill tu sampai sudah. Hujung bulan 12 tahun lepas, wiring dia dah siap. Bulan 1 tahun ni tak ada apa – apa kerja.

Tapi masuk bulan 2, dia start balik drill lantai. Semua tiles drill dan cabut. Sampai sekarang ni dah seminggu aku layan bunyi drill, termasuk hari ini, pukuI 5.15 petang, kerja drilling masih belum berhenti. Kepala aku s4kit berdenyut – denyut.

Sepanjang minggu aku tak dapat rest pada waktu siang. Waktu malam pulak telinga aku terngiang – ngiang bunyi drill. Baru cabut tiles ruang tamu, belum lagi bilik – bilik kat atas semua. Depan rumah penuh batu bata dan kontena isi tiles yang dicabut.

Agak – agak berapa lama lagi dia nak siap drill ya? Aku cuma nak meluah sahaja, bukan aku nak suruh dia jangan renovate rumah. Cuma mungkin kena ada kemanusiaan la bila nak renovate rumah ni. Kami jiran – jiran kiri kanan rumah dia ni dah cukup bersabar 3 bulan dia drill rumah.

Tak kan tak boleh berhenti kerja kalau hari minggu. 5 – 6 hari bekerja tu kami dengar drill. Hari Ahad pun nak buat kerja jugak. Sudah lah tak ada pun courtesy nak jumpa jiran mintak maaf ke apa. Kau senanglah, sebab kau tak duduk sini dan kena dengar semua bunyi tu.

Aku dah lah ada hari kerja dari rumah, kalau ada mesyuarat Google Meet memang aku str3ss sebab bunyi drill sebagai background. Penat. Telinga dan otak aku penat. Sekarang pukuI 5.30 petang, diorang dah berhenti drill.

Tapi otak aku masih bergegar dengan bunyi drill. Otak aku rasa sebu. Doakan aku terus bertahan dan bersabar sampai rumah sebeIah ni siap. Esok dan hari seterusnya, terus aku mendengar dan menghadap bunyi drill, entahlah sampai bila. – L (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Aimy Nani : Bila baca confession ni saya rasa syukur sangat sebab dapat jiran yang baik, jiran saya non muslim, masa nak reno rumah kami bagitau dia kot bising ker habuk, esoknya dia datang jumpa husband dia minta tangguh reno umah kami sebab dia nak buat loan nak reno rumah dia jugak, sekali jalan kata dia dan paling best jimat bajet sebab ada bahagian yang kami kongsi. Hopefully confessor dapat jiran yang baik di kawasan rumah sendiri nanti.

Nor Hafiz Abdul Rahim : Dia macam ni. Garis panduan yang selalu kontraktor amalkan termasuk saya, kerja – kerja ubahsuai boleh dilakukan isnin – jumaat 8am – 5pm. Finishing dalam sejam dua, tapi kontraktor wajib balik sebelum 7pm.

Ada juga pihak management taman perumahan yang ikut SOP, kontraktor mesti balik by 5pm but it depends on management. Sepatutnya sabtu – ahad tak boleh langsung ada kerja – kerja renovation. Benda ni rasanya PBT ada highlight.

Kalau kontraktor masih berdegil jugak, ambik gambar, buat laporan ke PBT. Kadang – kadang we as contractors terp4ksa jugak Ianggar sabtu ahad sebab behind schedule. Tapi kitorang akan pastikan takde langsung bunyi bising hari sabtu – ahad sebab kita faham jiran nak rehat.

So biasanya hujung minggu ni kitorang reserve untuk kerja – kerja yang tak bising macam plaster or pasang tile. Kepada korang rasa ada kontraktor yang mengganggu pada hujung minggu, ambik je gambar buat report kt PBT. Nanti diorang akan ambik tindakan pada owner rumah.

Normaya Mukhtar : Kesiannya confessor. Orang – orang camni kan, patut beli tanah buat rumah sendiri la. Takyah nak renovate – renovate ganggu jiran. Kalau tak silap saya waktu untuk renovate biasanya Isnin – Jumaat, 9 – 5 petang.

Sis boleh cuba buat report kat Majlis Perband4ran. Tulis surat aduan rasmi, kepilkan sekali gambar / audio. Tulis kronologi start bila renovation tu. Kalau boleh mintak tandatangan jiran – jiran yang terganggu jugak. Eh geram pulak rasa. Saya doakan semua dipermudahkan ya sis.

Hiedayah Lee : Nak gelak tapi kesian sebab saya sendiri dah alami. Berdesing telinga. Macam orang pekak jadinya. Sebab taman saya kawasan orang pencen. So ramai dah start reno semua. Hanya sabar kuncinya. Lastly, saya beli rumah lain, kiri kanan tak rapat dinding rumah orang. Depan tak hadap rumah orang, belakang ada jarak puluh – puluh kaki dari rumah orang. Harap takde masalah la.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.