
Selama 4 tahun aku tak pernah tegur apa – apa yang Amirah buat. Ambil d4dah, hisap r0kok, cIubbing, pukuI orang, semua dia buat. Tapi aku tak rasa nak tegur, sehinggalah satu hari aku meng4muk dan t3ngking dia. Satu ayat yang keluar dari mulut Amirah buat aku menyesal sampai sekarang.
#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku tak ada nak confess apa – apa pun. Sekadar nak cerita pasal arw4h kawan aku. Nama dia Amirah. Aku dengan dia memang jauh beza cara hidup, macam langit dengan bumi.
Amirah ni ambik d4dah, hisap rok0k, cIubbing, pukuI orang, ugvt orang, ko bagi la kat dia. Aku ni pulak dibesarkan dalam keluarga yang sangat kuat agama. Kami kenal dari darjah lima, sampai tingkatan 3 kami satu sekolah.
Memang dia lah bff aku walaupun per4ngai berlainan giIa. Taktau la kenapa, tapi aku rasa dia jujur. Dia tak cakap kasar, biasa je. Dia tak berIagak kuat walaupun aku pernah tengok sendiri dia pukuI budak laki sampai lembik.
Masa umur aku 21 tahun, aku dapat tawaran kerja yang best dan aku tinggal menyewa dengan Amirah. Setiap hari Amirah minum ar4k, hisap rok0k. Bukan pall mall kotak biru, dia sm0ke betul punya surya aceh tu. Per0kok tegar.
Solat tak pernah. Malam jumaat je start bersiap nak pergi cIubbing. Aku mula – mula rasa tak best. Mungkin sebab dulu aku budak lagi, jadi tak rasa nak menegur. Bila dah besar tapi dia masih macam tu, aku rasa sedih giIa.
Lama aku dengan Amirah jadi housemate. Sampai umur kami 25 tahun. Beberapa bulan sebelum dia meningg4I, dia ada cakap kat aku, “Wei, jangan jadi macam aku. Kau, sembahyang jangan tinggal. D4dah, ar4k, rok0k semua ni, h4ram. Kau jangan tayang aur4t. Kau jangan buat semua ni”, sambil – sambil tu tangan dia tengah tunjuk serbuk yang dia tengah sedut.
Dia gulung duit seringgit nak sedut masuk hidung. Masa tu, buat pertama kali air mata aku menitik nitik memang tak berenti untuk Amirah. Aku tak tersedu – sedu tapi air mata aku tak berenti. Aku tau amirah dah high, fly entah jadi unicorn ke apa.
Masa tu aku pegang tangan dia, aku kata, “sudah lah. Ko kerja hebat. Ko educated. Ko jangan buat dah benda ni. Tolong stop semua ni once and for all.” Amirah sengih, pegang pipi aku, dia kata, “4 tahun serumah doh. 15 tahun kita kenal. Kenapa sekarang baru tegur? Kau nak masuk syurga sorang ye, hahahhahahaha.”
Lepas tu dia tidur. Lama. Esok tu dia tak pergi kerja. Aku tengok dia masih tidur dekat meja dapur. Sepanjang aku kerja hari tu, aku betul – betul tak tenang. Aku serabut sangat, rasa hati ni dik0yak – k0yak. Aku terkesan sangat dengan apa Amirah cakap.
Betul, lama giIa aku kawan dengan dia. Tapi aku tak pernah tegur kesilapan dia. Aku tak pernah ajak dia solat. Aku tak pernah halang masa dia ambik high heels kat rak kasut untuk pergi cIubbing. Aku terapkan sikap jangan campur hal orang.
Tanpa aku sedar sebenarnya aku dah jadi kawan yang teruk. Aku nak masuk syurga sorang. Balik tu, Amirah tengah makan megi. Dia nampak bersih dari hari – hari biasa. Maksud aku, dia sanggul rambut, pakai tshirt besar and sweatpants.
Tak macam selalu, b0xer singlet rambut serabai. Dia ajak aku makan. Dia betul – betul biasa. Takde bangkitkan hal semalam. Masa tu aku tekad, dia nak kata aku ustazah pun, kata lah. Janji aku nak dia hentikan semua yang dulu sebab aku sayang dia.
Aku ajak dia solat. Of course lah dia gelak je. Aku sorok lighter dia. Dia gelak lagi, dan pergi cucuh rok0k guna api dapur gas. Aku sengaja bukak channel tanyalah ustaz kuat – kuat, dia sengih masuk bilik pastu pasang lagu cradle of filth dia.
Aku tak putvs asa. Aku buat hari – hari. Tiga hari sebelum Amirah meningg4I, dia jenguk kepala kat bilik aku. Masa tu aku tengah main sudoku. Dia ajak mandi pool kat bawah. Aku cakap malas sebab dah mandi.
Pastu dia kata, “jom solat”. Aku buat – buat biasa dan jawab aku dah solat isya’. Dia ajak jugak solat la apa – apa pun. Aku cakap, “boleh, jom tido dulu. Nanti aku k3jut, kita tahajjud”. Dia cakap ok. Malam tu, kitorang betul – betul tahajjud.
Bilik asing tapi pintu bukak. Bilik aku bertent4ngan pintu dengan Amirah sebab dia kata depan Allah dia nak sorang – sorang tapi dia tak tahu nak solat. Jadi, dia ikut je apa aku buat dari sebeIah. Sujud yang terakhir, bapak lama dia sujud.
Aku tak tahan mata mengantuk, aku tidur dah. Aku tunggu dekat sejam kot. Dia tak angkat – angkat kepala. Esok aku bangun, Amirah dah keluar. Aku pelik jugak sebab hari Ahad. Takkan dia kerja. Aku keluar nak buang sampah, terjumpa dia tengah keluar lif, bawak br3akfast.
Lepas tu kitorang makan, Amirah tanya aku, dia baik tak. Aku cakap bolehlah daripada tak ada. Semuanya nampak biasa, normal.. sembang biasa. Amirah tak solat, masih sm0ke and minum b33r petang tu.
Aku tak tau kenapa aku tahan lagi bila dia tak sembahyang, rok0k. Maksud aku, aku tahan untuk tak marah. Tapi bila dia amik b33r, aku rasa menggelegak hati. Aku ambik b33r and baling kat peti ais. Suara aku memang tinggi.
Aku s4kit hati sangat. Aku meng4muk petang tu. Aku jerkah Amirah puas – puas. Tapi satu ayat dia yang buat aku berhenti dan masuk bilik. “Lambat sangat kalau ko nak ambil berat macam ni, babe. Aku tak kuat sorang – sorang.”
Esoknya Amirah tak keluar bilik. Aku pergi kerja macam biasa. Tepat 7 pm aku sampai rumah. Amirah atas sofa, dengan muka yang sangat pucat dan mulut berbuih. Atas meja penuh dengan ’barang masak’ dia.
Aku memang lembik lutut. Air mata aku tak keluar tapi hati aku rasa nak pecah. Makan masa untuk aku sedar Amirah betul – betul dah tak ada. Aku jerit. Aku nangis. Aku rasa bercampur baur, marah, tak percaya, s4kit hati, kehilangan.
Aku call ambulans, dan selepas semua procedure setel (story ni akan jadi lagi panjang kalau aku cerita proses hospitaI, polis, kebumi arwah), aku duduk tepi bilik Amirah dengan perasaan yang kosong.
Hari ni, hari terakhir aku dekat rumah ni. Aku dah berhenti kerja. Aku nak balik duduk dgn keluarga aku. Aku perlu masa nak hadam apa yang jadi. Memandangkn simpanan aku banyak, aku dec1de untuk tinggalkan semuanya kat sini.
Sepanjang aku drive nak balik kampung, aku berulang – ulang kali teringat semula ayat Amirah. “Lambat sangat kalau ko nak ambil berat macam ni, babe. Aku tak kuat sorang – sorang.”
Korang, kalau sayang kawan, jangan jadi macam aku. Dan jangan perkecilkan masalah kawan. Jangan jugak lari dari kawan yang nampak teruk. Diorang perIukan kita. Diorang betul – betul nak kita ada. Chiow. – Fatin
Komen Warganet :
Shakirah Hassan : Tengah dok fokus baca, ‘tetiba beberapa bulan sebelum dia meningg4I’. Terkedu jap . Selama ni ramai dok confess kawan per4ngai buruk, tak tahan dengan per4ngai rumet la, masalah tu masalah ni haha dan ingatkan ni pon macam tu jugak.
Tapi lain confession ni. Lain dari yang lain. Ayat dia, 4 tahun serumah 15 tahun kenal, sekarang baru nak tegur? Agak terasa di situ. Saling tegur menegur kesalahan tu, saling nak memperbaiki tu, dah kena mula terapkan dalam diri masing – masing.
Letak tepi la istilah kubvr masing – masing or jangan jaga tepi kain orang, sebab kita sayang tu yang kita tegur. Bukan nak suruh pandang kita ajet – ajet baik. Bukan kita nak perasan jadi baik. Dan kalau awak pon sayang saya, tegur la saya.
Memang hakik4t pon, salah sendiri kita tak nampak. Dah orang lain nampak, tegur la elok – elok. Sebab tegur pon sebab nak dia berubah. Ni, tak. Tegur nak m4ki – m4ki t3ngking – t3ngking. Memang susah la orang nak terima. Em
Sarimah Sigai : Aku ada kawan yang macam ni cuma dia tak amik d4dah. Satu hari dia minum depan aku siap belikan untuk aku sekali. Terk3jut beruk aku dibuatnya. Aku sayang kawan aku, aku tak tegur dia direct.
Aku tegur dia slow – slow. Ambil masa. Alhamdulillah, dia dah tak minum. Aku doakan dia terbuka hati untuk berubah. Aku sayang dia dunia aku dunia akhir4t. Kepada confessor, semoga tabah. Aku dapat bayangkan kes4kitan kau.
Sebab tulah aku tetap beranikan diri tegur kawan aku bila dia buat silap. Sebab perkara yang macam ni la yang paling buat aku takut. Semoga Allah ampunkan Amirah dan juga kita semua. Innalillahiwainnailaihiroji’un… Al-Fatihah…
Mardhiah Mohd Yusop : Sedih cerita ni.. Terkesan sungguh!!! Semua manusia ada rasa eg0 untuk berubah. Lantas, mengharapkan orang lain atau orang keIiling menegur kesilapan diri sendiri dan pimpin tangan kita ke arah kebaikan.
Walaubagainapun, cerita ni ditulis untuk beri pengajaran kepada kita semua dan yang penting, ini masa yang terbaik untuk kita sedekahkan al-fatihah untuk arw4h dan semoga diringankan azab kubvr.
Marina Yusof : Kepada confessor, lepas ni jangan kau bawa bayang – bayang amirah tu dengan kau sebab kau rasa bersalah tak tegur dia dari mula. Apa yang terjadi semua ada hikmah. Apa yang perlu kau buat lepas ni, bila Allah hadirkan seseorang untuk kau tegur, kau tegurlah sebaik dan sehabis mungkin. Aku harap kau kuat untuk hadapi hari – hari yang akan mendatang.
Rosni Ali : Banyak bersabar ya dik. Kita sayang dia Allah lebih menyangi dia. Bab tegur menegur nie bab yang paling susah dalam hidup sedeorang kita tak tahu apa reaksi seseorang. Kadang – kadang dalam keluarga pun kalau silap tegur akan menjadi semacam pis4u membeIah d4da.
Akak rasa dah buat yang terbaik. Walaupun ada duduk bertahun dengan dia percayalah sedikit sebanyak tingkah laku adik sepatutnya boleh jadi ikutan untuk kawan adik tu. Mungkin pintu hati kawan adik belom terbuka untuk mengikut jejak langkah kawan adik.
Life must go on apa yang terbaik sekarang doa dan berdoa banyak – banyak untuk dia semuga arw4h tenang di sana sesungguhnya itu yang beliau amat perIukan saat ini n kita sebagai insan biasa tak lepas dari kesilapan dan mempunyai serba kekurangan. Dan perlu diingat kita tak boleh mengundur masa.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.