4 tahun kahwin takde zuriat, isteri salahkan aku. Semuanya sebab ‘idea’ aku masa awal kahwin

Memang isteri salahkan aku punca kami takde zuriat. Benda takde kaitan pun dia akan salahkan aku. Kucing jiran ber4k depan rumah kami pun dia kata tu salah aku. Ada ja dia nak salahkan aku apa – apa. Sekarang dia nak pergi Langkawi nak tenangkan fikiran. Aku rasa lepas balik, dia akan minta cerai..

#Foto sekadar hiasan. Aku kahwin dengan bini aku, tahun ni masuk tahun ke-4. Sebelum ni kami bercinta 5 tahun. Masa awal – awal aku dah cakap dengan dia, untuk tahun pertama aku tak mau anak. Sebab aku nak enjoy – enjoy dulu dengan dia.

Nak bercuti, nak masa bersama. Sebab nanti ada anak keadaan dah tak sama. Sebab masa aku umur 17 tahun, aku dapat adik. So beza umur yang banyak menyebabkan aku yang mengasuh adik aku tu dan aku faham ragam budak.

Aku tau macam mana penatnya jaga budak kecik sebab mak aku 100% serah kat aku untuk jaga. Masa aku pi sekolah, tok aku jaga. Balik sekolah sampai malam aku yang jaga. Adik aku tido dengan aku. Susu pampers, malam – malam aku yang bangun urus.

Dia pun tak mau dengan orang lain, nak dengan aku ja. Malah dengan mak ayah aku pun dia tak mau. Pantang nampak aku, mesti nak aku ambik dia. Kalau pi tandas, dia melalak macam apa ja kalau aku tinggai sat. Nak aku depan mata dia selalu.

Tu belum lagi ragam dia bila keluar jalan, keluar pi kenduri, budak – budakkan ada pe’el dia, tambah – tambah adik aku ni banyak ragam. So nak stay lama satu – satu tempat tu memang susah dengan mood dia yang selalu bad mood bila jumpa orang ramai – ramai. Sekarang dah besar ni ok dah.

Jadi wife aku pun setuju setelah aku explain baik – baik, keadaan bila ada anak nanti. Sebab kami tak tau anak kami nanti ragam macam mana. Tapi kerap kali juga dia tanya apa reason aku tak nak anak, seolah – olah dia tak boleh terima alasan tu.

Tapi lepas tu dia macam ok ja walaupun kadang – kadang dia macam suka pertikai pasal tu selepas kami bersama. Kami memang enjoy moment kami tanpa anak tu sebab kami ada banyak hobi dan persamaan yang serasi, so masa kami memang betul – betul terisi.

Dia pun selalu nampak happy dengan aktiviti kami walaupun dalam hati dia, aku tak tau dia fikir apa. Aku tau dia suka budak, aku pun sama. Tapi cara dia macam nak sangat – sangat baby lepas 7 bulan kami kahwin menyebabkan aku dah tak rancang apa – apa.

Kami berbincang dan aku tanya dia memang betul – betul sedia nak anak ka. Dia kata tak pasti, cuma seronok tengok orang ada anak. Dia kata dia happy ja dengan aku tanpa anak bebas semua benda tapi kadang – kadang dia rasa nak baby.

So aku kata, ok la, aku nak penuhi kehendak dia. Tapi nak masuk 2 tahun perkahwinan kami, dia masih tak mengandung, menyebabkan kami ada cek kesuburan kat kIinik. Kami dua – dua normal ja, tak dak apa – apa masalah pun.

Tapi lepas tu sampai sekarang dia asyik salahkan aku ja. Katanya sebab aku merancang la tuhan dah tak bagi rezeki anak. Semua ni salah aku katanya. Aku betul – betul buntu la. Salahkah aku rasa nak spend masa dengan dia sebelum ada anak?

Aku sayang giIa kot kat dia, aku tak mau dia rasa susah dan nak dia enjoy hidup dia sebelum datangnya anak. Tu ja niat aku. Dah dia sendiri pun kadang – kadang macam baby ja manja dia, nak perhatian aku selalu. So aku fikir dia boleh terima ka bila ada anak dan perhatian aku dah kena bahagi dengan anak.

Sebab kadang – kadang masa bergurau, dia cakap dia tak boleh kongsi aku dengan sesiapa termasuk anak, katanya dia akan cemburu. Aku tak pasti dia serius atau tak dengan kata – kata dia, tapi aku anggap tu serius sebab aku kenal per4ngai dia macam mana.

Sebab tu aku nekad nak bagi perhatian cukup – cukup untuk dia sebelum ada anak. Sebab aku rasa dia sendiri tak sedia untuk jadi mak buat masa sekarang sebab dia kurang matang dan masih kebudak – budakkan sikit sikap dia.

Sebabnya dia anak bongsu semua benda orang ja urus untuk dia dari dia kecik sampai besar. Sampai sekarang dah kahwin pun aku yang uruskan dia. Dia nak pegang baby pun dia sangat – sangat takut, aku terfikir macam mana dia nak pegang anak.

Aku penah usik pasal ni, tapi dia cakap, anak 100% aku yang jaga. Dia tolong beranakkan ja. Sebab dia kata pengalaman aku jaga baby kalah mak – mak original. Tapi aku tak kisah semua tu, sebab tau dah memang aku kena handle dua baby pulak lepas tu.

Cuma aku tak nak dia rasa terpencil atau terabai bila ada anak nanti. Sebab tu kami rancang, dan dia setuju ja walaupun kadang – kadang dia nampak keliru. Tapi sekarang ni dia tak habis – habis salahkan aku ja la. Memang semua ni memang salah aku ka?

Aku dah cuba macam – macam style, macam – macam teknik, macam – macam benda. Semua benda tok nenek aku makan, doa tak henti – henti kat tuhan siang malam pagi petang. Segala ustaz, segala orang, macam – macam kIinik yang famous tak famous semua kami jumpa nak bagi ada rezeki anak, tapi belum lagi tuhan bagi.

Aku faham emosi dia, tekanan dia. Setiap kali lepas kami sembahyang jemaah, lepas aku berdoa untuk kesejahteraan kami dan diberi rezeki anak, aku mesti civm tangan dia dan mintak maaf kat dia sebab andai disebabkan aku kami belum ada anak, aku mintak dia maafkan aku.

Mula – mula dulu dia cakap takpe walaupun muka dia nampak sedih, tapi sekarang – sekarang ni, dia banyak diam ja tak cakap apa – apa dah cuma bagi senyuman yang h4mbar. Tapi aku pun ada emosi dan perasaan jugak. Aku selalu terfikir memang ni semua salah aku ka?

Aku selalu pujuk dia tenangkan dia, tapi dia tak pernah pun sekali fikir pasal em0si aku. Sekarang benda tak de kaitan pun dia akan salahkan aku. Kucing jiran ber4k depan rumah kami pun dia kata tu salah aku. Ada ja dia nak salahkan aku apa – apa.

Mujurlah family kami dua – dua beIah faham dan selalu bagi nasihat dan semangat. Kalau tak lagi besar tekanan kami kalau orang asyik tanya ja bila nak ada anak. Syukur juga sepupu dia seorang, doktor psiki4tri. So kadang – kadang kami ada pergi kaunseling jugak atas nasihat mak dia.

Tapi aku sekarang ni risau aku hilang wife aku, sebab dia sekarang dah macam dingin sikit dengan aku. Kemesraan macam dulu dah tak dak sangat, walaupun aku sentiasa cuba hangatkan balik keadaan, tapi benda tu mesti tak kekal lama.

Mood dia akan ok sehari dua, lepas tu mesti jadi panas ja dengan aku. Aku dah jumpa ustaz dah jumpa doktor dan bincang dengan kedua family pun, kot – kot em0si dia berubah sebab mengandung atau terkena ganguan apa – apa.

Tapi semua tu tak. Dia normal ja, cuma dia macam ada benteng dah dalam hati dia yang dia tak mengandung sebab awal – awal aku dah merancang. Bagi dia semua ni salah aku. Aku dah tak tau nak buat apa lagi dah. Dah tak tau nak betulkan macam mana lagi dah.

Tolong la bagi cadangan atau apa – apa ja la. Sebab m4kin hari aku pun m4kin kemurungan. Selama mana aku ja nak pura – pura kuat. Rumah dah sunyi tanpa gelak tawa dia dan dia pun sekarang kerap balik kerja lambat.

Katanya nak tenang – tenangkan diri sebelum balik jumpa aku. Cara dia cakap tu macam dia dah benci aku ja. Dia macam dah berubah banyak sekarang ni. Ajak gurau ke apa ke, memang dingin ja la dia, jarang ada respon. Ajak bercuti pun dia kerap tolak dan menolak untuk bersama sebab katanya benda tu tak bawak hasil pun.

Tapi lepas aku pujuk – pujuk, aku kata kita tak boleh putvs asa, kena sentiasa ikhtiar then dia akan bagi jugak la walaupun aku dapat rasa dia tak ikhlas pun layan aku. Dan yang paling sedih, semalam aku wasap dia. Mula – mula aku ajak dia pi makan tapi dia kata tak mau, sebab banyak kerja kat ofis.

Sebelum – sebelum ni kalau nak jumpa aku, kerja meeting sepenting mana pun dia akan tinggal untuk aku, tapi sekarang, macam aku dah tak penting ja untuk dia. Tapi ntah kat mana datang keberanian aku, aku tanya dia, sayang dah tak sayang abang ke, sebab cara sayang macam dah tawar hati dengan abang ja.

Sebelum ni selalu ada persoalan tu tapi aku tak berani tanya sebab takut dengan jawapan dia, takut aku sendiri yang kecewa. Tapi dia bagi blue tick lama giIa, lepas tu dia jawab dia pun tak pasti. H4ncur betul hati aku dengan jawapan tu.

Sebab aku betul – betul harap dia baIas dia masih sayang aku. Sekarang aku rasa aku seolah – olah macam bakal hilang dia. Ketakutan aku m4kin menjadi – jadi sekarang ni. Aku sayang sangat kat dia, tak sanggup hilang dia.

Kami ada g4duh sikit lepas dia jawab macam tu. Aku kata kalau aku tau macam ni sekali jadi, aku pun tak kan rancang apa – apa. Aku lepas ja kat dalam setiap masa. Tapi dia tetap kata benda tu salah aku. Dan benda dah lepas tak boleh ubah dah dan dia sangat yakin kami tak kan ada anak sebab niat aku awal – awal dulu dah macam tu.

Dia kata ni kifarah dari Allah sebab aku sibuk – sibuk nak merancang pasal anak sedangkan tu kerja Tuhan. Aku baIas balik, kalau awal – awal dia tak setuju kenapa tak terus terang ja, sedangkan benda ni persetujuan bersama.

Tapi dia kata awal – awal aku banyak kelirukan dia. Cakap nanti ada anak susah nak berjalan, tak de we time dan sebagainya. Aku pujuk dia macam – macam, cakap orang lain lagi lama tak de rezeki mengandung, lepas 10 tahun dapat anak pun ada.

Tapi dia kata lepas 10 tahun dia dah pangkat nenek dah, bukan pangkat ibu. Aduh, istighfar aku dalam hati, ada ja dia nak baIas apa – apa. Aku sendiri dah tak tau dia nak apa sebenarnya dari aku. Family dia pun ada pujuk dia jugak, cakap ni ketentuan Allah, kita kena terima.

Mungkin belum rezeki, ada kebaikan dan macam – macam lagi la. Tapi tak tau kenapa, bila bapak dia cakap macam tu, dia jeling kat aku pulak. Sekarang hubungan kami ibarat telur di hujung tanduk. Aku tak boleh fikir dah ke depan ni apa nak jadi.

Aku betul – betul rasa nak giIa ja. Ni dia siap – siap nak pergi langkawi dengan sepupu dia. Katanya nak tenangkan hati dan em0si. Entah kenapa aku dapat rasa, balik ni, dia macam nak mintak cerai ja dengan aku. Allah aku betul – betul tak kuat la.

Aku berdoa sangat, balik – balik dia bagitau aku nak jadi bapak bukannya nak berpisah dengan aku. Beratnya perjalanan hidup aku sekarang ni. Tolonglah doakan kami. Terima kasih. – Upin (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Khairuzzaman WNoor : Bang, perempuan ni makhluk yang lemah dan naif. Em0si mudah terusik. Percayalah ada seseorang yang tengah cucuk, r4cun ur wife untuk menyalahkan ko bang. Sama ada kawan – kawan tempat kerja atau orang terdekat.

Kalau tak, dia takkan mudah – mudah untuk fikir camtu. Nasihat 10sen aku, kalau mampu amik cuti tanpa gaji sebulan, amik dan pulihkn semuanya. Internet, fon media sosiaI semua off. Maybe she can be free from t0xic people yang cucuk – cucuk dia tu.

DeeNadia Jas : Ada anak dan seronok ada anak adalah 2 benda berbeza. Anak ni datang dengan tanggungjawab. Banyak yang kena k0rbankan bila ada anak nanti. Cuba duduk 1 meja, drafkan. Kewangan bila dah ada anak, “masa” bila dah ada anak, berapa jam dapat tido, dapat tak nak jalan – jalan (dapat – dapat musim c0vid ni), bebas tak nak pergi mana – mana, buat apa saja, insurans anak, simpanan untuk anak, duit pampers, baju.

Nak br3astfed (belanja br3astfed), nak guna susu formula (nak mahal ke nak murah). Nanti anak dah mula makan, siapa yang nak sediakan, masa untuk sediakan, duit pengasuh @ taska. Macam – macam lagi lah. Tengok nanti, seronok ke tak.

Anak ni tanggungjawab bukan benda yang kita tengok orang ada, kita pun nak. Nak ada anak memang kena rancang. Anak tu pembawa rezeki tapi, bukan seketul jatuh rezeki tu dengan anak. Sebelum sampai rezeki anak tu, tanggungjawab parents untuk sediakan semua.

Kadang – kadang kita rasa mampu tapi Allah je yang tahu kita mampu atau tak. Dia je yang tahu masa yang sesuai untuk kita dikurniakan anak. Tugas kita sebagai h4mbaNya adalah doa, usaha dan tawakal. Selebihnya, jangan buat kerja tuhan.

Yanie Hashim : Pesanan untuk si isteri : Rezeki setiap orang tak sama. Ada orang senang dapat anak, tapi suami pulak buat per4ngai or suami dan anak – anak dah okay, in law pulak bermasalah. The point is, jangan pandang kekurangan dari 1 sudut, mungkin ada kebaikan yang kita tak tahu.

Lagi pun, terlalu banyak nikmat Allah bagi, kenapa mesti pandang 1 yang kurang. Jangan sampai kufur nikmat. Jangan sibuk buat kerja Tuhan nak menjatuhkan hukvm.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.